Wednesday, July 13, 2011

Nak ber''demo'' , boleh ke ?



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Dunia , dunia ... , Demonterasi , Haruskah ?

Kali ini , saya akan memuatkan sedikit artikel berkenaan Demontrasi . Haruskah ?
Boleh kah kita pergi berdemo , tak menganggu orang ke ?

Mudah-Mudahan bermanfaat .


Ini bukan pandangan saya , tetapi pandangan dari beberapa orang yang 'alim dalam perkara ilmu ugama .


Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Zaharuddin.Net ) telah mengusahakan pandangan dari beberapa orang Ustaz- Ustaz tentang hukum berdemonterasi .


Bilamana Ali K.A.W datang jumpa Nabi untuk bertanya ,


" Kalaulah datang suatu perkara baru yang belum ada dalam al-Quran , so , bagaimana kita nak memutuskan perkara tersebut . "
Masa tu , al-quran still sedang turun .

Soalan Ali , How ?



Dalam konteks ini , kata Ustaz Zaharudin sebagai Pengerusi Majlis ,


" Saya telah cuba kumpulkan ilmuwan yang menjadi tempat ruju' masyarakat . "



Ustaz yang menjayakan program ;

01 . Ustaz Syed Muhammad NorHisyam Tuan Padang al-Idrus
02 . Ustaz Zahazan Mohamed
03 . Ustaz Nidzam Abdul Kadir
04 . Ustaz Mazlee Malik
05 . Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman
06 . Ustaz Aizam Mas'ud
07 . Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Abu Soif )
08 . Ustaz Ashraf Ridzuan ( Imam Muda Unggul Musim Pertama )
09 . Ustaz Zulkifli Mohammad al-Bakri ( Mursyid Liqa' )
10 . Ustaz Wifaq Mokhtar
11 . Ustaz Ramadan Fitri
12 . Ustaz Khairuddin Aman Razali
13 . Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ( Pengerusi Liqa' )

" Hasil mesyuarat bersepakat , keharusan berdemonter
asi , dan yang haramnya , adalah sesiapa yang menghalangnya , yang memprovokasi . "

Pemerintah tak boleh halang , dia kena bagi permit untuk berdemontrasi , dan dia kena jaga laluan pulak .

Even , kalau dari parti belah sana nak buat demonterasi ditempat belah sini , kita kena bagi buat jugak .
Bila pemerintah gagal melaksanakan diskusi dengan rakyat , tu yang rakyat nak berdemonterasi .

Kalau pemerintah tak nak berdemonterasi , jumpa dengan pengajur , bincang baik baik .


" Kami nak ini , dan ini . " Tunaikan jika sesuai dengan syariat !


Bukankah asal sesuatu perkara itu harus , menjadi hukum lain jika ada dalil .

Demonterasi itu harus , tetapi ada syarat-syarat nya , jangan maki orang , jangan menggangu ketenteraman orang , kena tutup aurat , jaga batas pergaulan dan lain lain lagi .

" Islam itu produk terbaik , tetapi penjualnya yang tidak pandai menjual , " Renungkan kata kata mutiara dari Dr.Daniel Zainal Abidin .



" Bodoh punya , Ulama' . "


Hey , Tuan Guru Hadi Awang tu , kitab Tafsir dia , ulama luar pakai tau . Hina bukan main , tapi bila tiba nak kahwin pandai pulak cari Ulama' - Ulama' .


" Pihak belah sana patut lakukan provokasi , sebab demontrasi ni menyebabkan ianya menghalang perjalanan , melambatkan kerja . "


Provokasilah menyebabkan huru - hara , diorang yang tutup jalan , diorang yang sembur asap dan banyak lagi perkara yang ''mulia'' telah diorang buat . Itulah menyebabkan huru-hara .


Kalau nak halang jugak demonterasi atas alasan menghalang jalan , maka , konsert besar-besaran , Lumba Basikal Le Tour ke tak tua ke , Sambutan Thaipusam , dan lain - lain tu pun menghalang jalan . Apsal tak halang ?

" Demonterasi harus kan ? Provokasi haram . Maka , elok lah elak harus, sebab ianya boleh mendatangkan haram . "


Makan minum tu harus , kan ? tetapi kalau makan minum sampai mendatangkan mudharat ... maka , tak payah lah makan kalau macam tu ! ???

Boleh tak ? kalau tak boleh , jangan membantah cakap Ulama' .


Bagi kita , kita tak tahu , kita tak tahu sebab kita bukan ahli ugama ...

" Ketua demontrasi ni kan agama lain ... "

Kalau dia nak lawan kita , kita tentang , tapi dia cuba untuk membawa kebenaran . Maka , bantulah .


Kalau dia islam sekalipun , tetapi dia membawa kejahatan , kecelakaan , kesesatan , maka , tentanglah dia !


Berlaku dizaman nabi S.A.W , Tom'ah bin Ubairid , mencuri baju besi dimasukkan dalam karung .
Dia bawak balik rumah , dan terperasan karung tu bocor .

Karung tepung ...
Maknanya , tepung yang bocor tu , menunjukkan jalan , siapa yang mencuri baju besi .

Tom'ah pun apa lagi , terus ke pintu belakang dan letak didalam rumah jirannya yang beragama Yahudi .


Tuan Baju Besi mengikuti kesan tepung , dan sampai ke rumah Tom'ah , Tom'ah tak mengaku , dan berpura-pura '' ikut kesan ni lagi , mungkin boleh jumpa ."

Tengok-tengok , jumpa baju tu kat rumah Yahudi , yahudi tak tau apa - apa , kena tangkap .

Dipendekkan cerita , saat nabi nak jatuhkan hukuman ke atas yahudi tersebut , Jibrail turun memberitahu perkara yang sebenar melalui wahyu .
Tak percaya , ruju' surah an-Nisa' ayat 105 hingga 109 .

Terus tak jadi nabi jatuhkan hukuman hudud dan terus menghukum Tom'ah .


Dalam kes ni , yahudi ni dia tak islam tetapi , mengapa nabi bela dia ? sebab dia di pihak yang benar !


" Ustaz A ni kata lain , Ustaz B ni pulak kata lain . "

Ibnu Umar , anak Umar al-Khattab , dan jawapan nya tegas . "

Ibnu Abbas pulak , jawapan yang diberikan ada sedikit kelonggaran . "


Sohabat keliru , nak ikut mana ?

Nabi bersabda ;
" Berfatwalah mengikut hati "

Nabi suruh pilih antara dua , berdasarkan hati .


Wallahu'alam .

Berjuanglah untuk matlamat Islam ( BUMI )

Monday, July 11, 2011

Superhero Solat . OMG !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Apa pendapat Islam tentang gambar ni ?


Bagi saya yang hina dan dhoif ini , gambar ini seolah olah dan ianya sememangnya mempersendakan islam .

Orang yang buat gambar ni sepatutnya memohon kemaafan kepada umat islam kerana telah mempersenda agama islam .

Seandainya jika benar , lukisan ini adalah dari situasi sebenar ,

ada beberapa komentar yang saya ingin tampilkan .

Pertama ;

Of course sujud mereka tak sah sebab diselindung disebalik kain . Dahi bertutup , hidung pun ditutup jugak ? almaklumlah pakai topeng . Untunglah muka diorang hensem ~

Bila sujud tak sah , confirm solat pun tak sah .

Kedua ;

Pakaian yang keterlaluan , pakai seluar dalam kat luar ? sudah nama pun seluar dalam , pakainya kat dalam , apehe pakai kat luar pulak dah ?

Nak tanya , kalau kita pergi Haji pakai kain warna merah , orang lain warna putih , boleh tak ?

tak , sebab ianya akan menyebabkan fitnah berlaku . Boleh menyebabkan huru hara .

Pakai spender dalam solat . Cuba pikir apa yang akan timbul dalam minda orang yang bersolat disebelah , belakang , atau sekeliling ?

Khusu'kah solat mereka ?


Wallahu'alam . Minta penjelasan 'alim Ulama' tentang perkara ni .

Sunday, July 10, 2011

Fardhu Puasa ~


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad



Ketika difardhukan puasa , cuaca begitu panas .

Ada satu soalan yang saya nak kongsikan .

" Ustaz , kalau kita berpuasa , tapi tak solat sebab penat . Boleh ke ? "

Perasan atau tidak , tak kira siapa , yang tak tutup aurat , yang mengumpat , yang menonton bLUEcah , dia puasa tapi tak solat !

Pahamkan konsep solat , solat mencegah kemungkaran . Kalau tinggalkan solat , ertinya telah mencegah kemakrufan , melakukan maksiat dan telah meruntuhkan agama .

Islam menjaga solat , walaupun dia berumur 7 tahun .

Kalau 5 tolak 1 boleh tak ? apa jawapan dia . Kaedah matematik jawapannya ialah 4 , tapi islam , tolak benda yang wajib satu ... jawapannya kosong .

Bila kejut sahur , laju je bangun . Tapi bila kejut suruh solat subuh ..

" La ikra ha fiddin " ..

banyak la ''tak ada paksaan dalam agama " . ayat ni ditujukan kepada orang bukan islam bukan kepada orang islam ..

Baik ,

kita pergi balik kepada tajuk puasa tadi ,

Tahukah kita , bahawa beruang polar atau ( lebih dikenali sebagai Beruang Kutub ) juga berpuasa , lagi lama daripada kita iaitu selama 3 bulan . Untuk apa dia tidur ? untuk membakar lemak-lemak dia . Sepanjang 3 bulan tu kerja dia tidur je . Proses ini dikenali sebagai hibernasi .

Jadi , kalau ada kawan - kawan kita yang bila puasa je tidur , ada dna keturunan kot dengan beruang ...

Puasa sememangnya membakar lemak , perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang diwartakan oleh seorang Doktor dari Russia yang bernama DrNicolus .

" Penduduk Russia kena benar-benar menjaga pemakanan , ( dalam konteks islam , puasa ) , tidak kurang 3 minggu dan tidak lebih 4 minggu . "

Nampak tak kenyataan tersebut , islam dah jaga lama dah benda ni . Bahkan semua doktor didunia menyatakan , semua penyakit datangnya daripada pemakanan .

Kencing manis , diabetis , gaot ( bukan go Out ) dan macam macam lagi . Bahkan penyakit hati juga datangnya dari pemakanan .

Teringat dengan lagu Jalil Hamid - Makan ,

" Negara lain kebulur mati tak makan ,
Tapi kita ( Malaysia ) mati kerana banyak makan ... "

Mungkin ada yang tahu , dan ada yang tak tahu ,

Pada masa puasa disyariatkan , kalau tak larat dibenarkan makan ataupun bersedekah . Cuba lah buat masa sekarang kalau nak naik van jenazah .

Begitu juga dengan solat , solat pada mula dahulu boleh bercakap ,

" Masbuk ye , Mana yob , ? lambat datang . "

" Oh , tadi ada roadblock "

" Tulah , anta pakai baju warna kuning sapa suruh . "

Lepas solat dah tak boleh bercakap , Muawiyyah sohabat nabi , boleh pulak jawab bersin dalam solat . Maka , sohabat lain tengok je Muawiyyah . Muawiyyah apa lagi , dia tak tahu yang tak boleh cakap dalam solat . Sohabat yang dengar muka lain macam .

Maka lepas solat , nabi nasihat kat Muawiyah bahawa solat dah tak boleh bercakap .

Bila dah tahu , jangan gatal-gatal nak cakap dalam solat .

Selingan jap ;

3 budak sedang bersolat ;

" Hatchuum ( bersin ) , alhamdulillah .. lega .."

" Hei mana boleh bercakap , nanti batal lah solat . Kalau zaman dulu boleh la bercakap , ustaz kita yang cakap . Tapi zaman sekarang dah tak boleh , nanti batal . "

" ( bercakap dalam hati ) , lah , yeke , kita baru tahu . Nasib baik kita tak bercakap dalam solat . "

dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 184 . Firman Allah .

( Puasa yang diwajibkan oleh Allah ) beberapa hari sahaja ...

Allah gunakan kalimah beberapa hari je . Psiko tu , nak suruh kita puasa , ''je'' tu nampak macam 3 hingga 4 hari , tetapi sebenarnya 4 minggu .

Beginilah , kita nak beli IPAD tapi duit kita kumpul ada sedikit . Apa ayat yang kita guna untuk memotivasikan diri .. '' sabarlah wahai diri , tinggil sedikit je nak kumpul nak beli IPAD . "
walhal nak beli IPAD tu sama dengan untung bersih gaji kita 3 tahun .



Jadi ingat , kita puasa bukan sebab nak kurus , tapi nawaitu pertama kita kerana Allah .

Sebab tu Yusuf Qadrawi kata apa tentang puasa ramadan, dia olah balik apa yang diungkap kan oleh Saidina Abu Bakar tentang kematian nabi Muhammad .

Saidina Abu Bakar kata ;

Sesiapa yang menyembah nabi Muhammad , maka nabi Muhammad telah wafat .
Tetapi sesiapa yang menyembah Allah , maka Allah itu terus hidup .

Apa kata Yusuf Qadrawi ?

" Sesiapa yang menyembah ramadan , ramadan telah berlalu .
Tetapi siapa yang menyembah Allah , Allah sentiasa ada . "

Wallahu'alam bissawab .

Berjuang Untuk Matlamat Islam ( BUMI ) ~

Saturday, July 2, 2011

Biografi Ustaz Kazim Elias al-Hafiz


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Saya bukan nak membanggakan sesiapa just mahu korang jangan pandang sebelah mata tentang kehebatan seorang Ustaz . Paling penting , dia ni merendah diri dan pandai melayan tetamu .

Harini , saya nak cerita sedikit lah , apa yang saya ada . Kalau salah , harap diperbetulkan .

Ustaz Kazim anak kelahiran Perak ini , telah menarik perhatian ramai pihak .

Kalau dahulu , seorang anak kecil yang riang masuk je dalam kereta memasang vcd Upin Wal Ipin . " Sahih , Sahih , Sahih , " kini , yang kedengaran di halwa telinga mereka ialah Ceramah Ustaz Kazim Elias al-Hafiz .

Seorang kanak kanak juga menyukai ceramah Ustaz , mengapa ?

Cuba dengar Video ni . Dan anda nilai ;


Baiklah , saya nak buka minda tuan - tuan lagi .


( gambar pagi 3 julai )

ini ialah gambar yang diprint screenkan dari fan-page Ustaz Kazim . Seramai 258 , 912 Orang yang like page Ustaz Kazim . Tuan- tuan baca betul - betul , saya tulis seramai 258 , 912 Orang . ye . Maknanya , bukan hanya orang islam yang like page Ustaz Kazim , yang tak tutup aurat ada , yang tak solat ada , yang muaalaf ada , yang kafir pun ada , . Subhanallah .

Saya nak tanyalah , kalau kita sebagai umat islam , ada tak kita like paderi diorang , sami diorang ? tak ada kan ?

Apa method yang Ustaz Kazim gunakan ?

Insan kelahiran 28 November tahun 1972 ini menarik minat ramai pendengar ceramah dengan ceramah nya yang petah , santai , bersahaja , berfakta dan mudah difahami . Satu lagi , beliau tak maki hamun orang !

Ustaz Kazim ketika ditanya diantara method ceramah lawak atau serius berfakta , mana yang lebih baik .

" the right men in the right job . " jawab Ustaz .

Maknanya , sesetengah orang sesuai dengan ceramah lawak , dan ada yang tak lawak sangat tapi sangat sangat berfakta seperti Ustaz Zahazan Mohamed .

Ustaz Kazim menyatakan lagi , saya adalah " guru Tadika " kepada orang yang baru nak mengenali islam , baru nak berjinak-jinak dengan islam .

" Jarang ada Ustaz macam ni . Sebab tu , ana ambil usaha untuk mempromote-kan Ustaz Kazim dalam FB . " kata Admin FB Ustaz Kazim Elias .

Pengetua kepada Pusat Pendidikan al-Barakah yang juga adik kepada YB Batu Kurau , Najmuddin Elias al-Hafiz , mula berceramah semenjak tahun 1990 , kini mula mendapat perhatian .

Nama Ustaz Kazim semakin meningkat setelah mendapat lamaran dari pihak TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustaz . Rakaman yang dibuat pada bulan Disember 2010 telahpun ditayangkan pada 2 dan 3 Mac dengan tajuk Jangan Mengeluh : Berdoalah .

Jangan Mengeluh : Berdoalah
( bahagian 1 )
Jangan Mengeluh : Berdoalah ( bahagian 2 )

pada 26.05.11 pula , Ustaz Kazim telah bergandingan dengan Ustaz Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Ridzuan Tee Abdullah dalam Forum Perdana Ehwal Islam di Tv1 secara live dengan tajuk " Virus Soksek " . Rakaman boleh didapati di Facebook , "Forum Perdana Ehwal Islam "

Ustaz Kazim juga mendapat tempat di majalah anis keluaran April .


dan terbaru , Ustaz Kazim menjadi cover besar untuk majalah I terbitan karangkraf keluaran Jun .


" Cerciter cerciter . Kita bakor je . ceAngkat tangan macam saye ~ " ceramah Ustaz Kazim yang menggunakan ayat Syed Muhammad Asri atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha . Yang terkini dengar citer Ustaz akan berganding dengan Usop Wilcha 23.7.11 . Wallahu'alam .

Korban Cinta di Karangkraf

Namun begitu , ada juga yang membenci dengan Ustaz ni , biasa lah . Standard la tu , nabi Muhammad yang maksum tu pun ada orang benci inikan pula kita yang hina dan dhaif .

Wallahu'alam bissawab .