Saturday, February 9, 2013

Tanda-Tanda Cinta


Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

Macam mana rasa cinta?

Sebelum saya berkongsi bagaimana rasanya cinta, atau apakah tanda-tanda kita sudah jatuh cinta, suka saya meng-share bahawa apabila cepat jatuh cinta merupakan tanda-tanda kita sudah perlu berkahwin.

Terdapat sepuluh tanda seseorang itu sudah wajib berkahwin, perkongsian menarik ini diambil dari buku "Mencari Pasangan Hidup" karangan Ustaz Emran Ahmad.

1. Hati berasa sunyi walaupun ada ramai orang disekelilingnya.
2. Kehidupan tidak terurus.
3. Jantung berdegup laju bila wujud lawan jantina.
4. Hilang fokus bila wujud lawan jantina.
5. Cemburu terhadap kebahagiaan orang lain.
6. Sayang terhadap kanak-kanak.
7. Jatuh cinta.
8. Cepat tergoda dan teruja.
9. Onani.
10. Ingin terhadap hubungan intim.

Baiklah, terus kepada jawapan, dipetik dari kitab "Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin karangan Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Berikut diberikan beberapa tanda seseorang itu sudah jatuh cinta terhadap seseorang;

1. Memanahkan dan menghalakan pandangan mata (nampak dia di mana sahaja)
2. Malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Selalu mengingati dan menyebut tentang orang yang dicintai.
4. Tunduk kepada arahan orang yang dicintainya.
5. Bersabar menghadapi gangguan (perangai) orang yang dicintainya.
6. Memperhatikan dan mendengar ucapan orang yang dicintainya.
7. Mencintai tempat dan rumah orang yang dicintainya.
8. Segera menghampiri orang yang dicintainya.
9. Mencintai apa-apa yang dicintai orang yang dicintainya.
10. Jalan yang ditempuh terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintainya.
11. Perasaan serba salah mengunjungi orang yang dicintainya atau orang yang dicintainya mengunjungi dirinya.
12. Gementar bila berhadapan serta bila disebut nama orang yang dicintainya.
13. Tidak menyukai sesuatu yang tidak disukai orang yang dicintainya.
14. Berkorban untuk mendapat keredaan orang yang dicintainya.
15. Menyukai apa-apapun yang menyenangkan orang yang dicintainya.
16. Suka menjauhi orang lain.
17. Tunduk patuh kepada orang yang dicintainya.
18. Bernafas panjang dan lebih kerap.
19. Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan dengan orang yang dicintainya.
20. Adanya kesesuaian dan keserasian dengan orang yang dicintainya.

Akhir sekali, ingin saya tutup dengan kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah;

"Dunia ini ibarat bayang-bayang, jika kamu tangkap tidak akan dapat, Jika kamu berpatah balik, ia akan mengekorimu."

Wallahu'alam

Saturday, September 22, 2012

Bertemu Ustaz Don :)

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

Berjumpa dengan ulama itu nikmat. Apalagi ulama itu seorang yang kita cintai ilmunya kerana kita cintakan nabi Muhammad S.A.W.

Peluang diberi kepada saya, untuk berjumpa ulama muda bernama Don Daniyal Don Biyajid. Ustaz Don ketika saya temui di studio TV al-Hjirah. Kami sampai ke sana dari Shah Alam lebih kurang 2-3 minit rancangan yang dikendalikan beliau akan keudara. Masuk je kami ke dalam studio tersebut kelihatan kelibat Ustaz Don sedang bersedia untuk ke udara.

Tahu tak siapa yang beri salam kepada siapa?
Ya. Ustaz Don yang setart dulu.

Banyak orang kenamaan yang saya temui apabila bertemu tidak memberi salam melainkan orang yang memberi sapaan salam terdahulu kepada dirinya. Berbeza dengan ustaz Don.

Seusai 30 minit Ustaz Don Episod Sujud bahagian 3, Ustaz Don ditemuramah oleh wartawan sebuah majalah nombor 1 Malaysia. "Saya tidak mahu ada sebarang gambar mendedahkan aurat artikel saya." Ustaz Don ketika ditemuramah sempat menegur vlogger nombor 1 kita,

"Bila jumpa dia kirim salam kat dia." Video dia buat bagus. Tapi...ada benda tak betul dalam video dia. Orang yang mengaji dia tau la..."


Begitu hikmah Ustaz Don menegur. Dalam satu siri 30 minit Ustaz Don, Ustaz Don menegur seorang hamba Allah yang mengaji, "Puan, sedap bacaan puan tetapi... saya belajar macam ni."

Ya Allah, berilah hikmah kepada kami :)

Dalam siri wawancara bersama Ustaz Don tersebut, Ustaz Don menyebut bahawa as-Syeikh Fuad Kamaluddin tidak menyalahkan menonton filem bollywood tetapi pandai-pandai lah jaga diri. Ketika itu, ustaz Don sedang mengulas yang dia juga manusia biasa meminati Linkin Park tetapi tidak mengikuti budaya mereka. Antara yang Ustaz Don sebutkan rapper yang dia minati ialah Boona.

Saya ingat lagi, seusai tamat sesi temuramah, saya baru tahu bahawa besok hari ustaz Don bakal
 pergi ke umrah buat kali pertama. Ustaz Don berkemas-kemas untuk bersiap. Kotak separa besar diangkat Ustaz Don. Namun Ustaz Don tidak mahu ditolong. "Dosa saya pun saya tanggung.". Subhanallah. Moga Allah perbanyakkan lagi umat seperti Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid al-Hafiz!





#Artikel diatas telah diolah gaya bahasa kata-kata Ustaz Don. Sebab saya tak ingat susun kata Ustaz Don. Sorry :)

Wednesday, June 13, 2012

Etika berpakaian

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

9 Rejab 1433 bersamaan hari Rabu 30 Mei 2012, saya telah ditemuramah (panggilan hangit) disalah sebuah radio streaming. Kebetulan, juruhebah tersebut merupakan sahabat karib saya, tempat saya berkongsi idea dan mencakna minda saya.

Tajuk yang dikongsikan berkenaan etika pakaian.

Juruhebah bertanya kepada saya, adakah terdapat halangan untuk saya selaku lelaki yang berbadan besar untuk mengenakan pakaian.

Saya jawab mudah. Tidak ada. Saya seringkali kelihatan keluar ke rumah, untuk ke masjid atau surau mengenakan pakaian yang gelap iaitu bewarna hitam. Jubah yang dikenakan oleh saya, adalah unik. Kata orang, satu-satunya jubah didunia. Jubah selalu dikaitkan dengan pakaian orang tua. Disebabkan itu, jubah saya memang unik kerana bertulangkan selain daripada warna jubah itu.

Terdapat beberapa koleksi jubah yang saya pakai. Antaranya ialah hitam tulang merah. Saya juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian yang berwarna cerah seperti warna putih bertulang merah dan warna ungu bertulang hijau muda.

Islam tidak menghalang fesyen, namun, ada batas-batas yang perlu dijaga.

Misalanya, kita memakai jubah. Tetapi membuat lubang dipunggung, tetap tidak boleh dipakai jubah tersebut sebab menampakkan aurat kita. Ataupun kain jubah yang menampakkan susuk badan, tetap tidak boleh digunakan.

Bagaimana pula sekiranya kita memakai kain ihram sahaja? Kalau kita pakai buat jengjalan kat Malaysia… nanti timbul fitnah la der. Tak payah pakai kalau macamtu. Lagi-lagi kalau pakai kain warna jingga.

Saya tidak berjubah 24 jam. Kadangkala saya memakai kurtha pergi ke masjid atau surau. Saya rasa saya sudah kemas itu yang penting. Tidak perlu berantai atau jeans yang terkoyak rabak. Tidak perlu. Mudah dan mencakna minda. Yang penting juga, ialah pemilihan warna tersebut. Sahabat nabi pernah membakar pakaian berwarna kuning. Maka nabi menrespon, supaya jangan membakar, kerana pakaian tersebut boleh dipakai oleh wanita dalam ahli keluarga nabi Muhammad.

Diakhir pertemuan saya dengan sahabat saya di internet, saya mengakhiri temuramah tersebut dengan kata-kata yang ramai orang ingat ini ialah hadis.

Kata-kata Syeikh Said Nursi Badiuzzaman :

“Allah menyukai pemuda yang berpakaian seperti orang tua. Dan Allah membenci orang tua yang berpakaian seperti orang muda.”

#Kita ni cantik sebab ada pakaian, kalau tak ada pakaian...mak datuk.. menggerutu badan-badan kita. Nak muntah orang lain  tengok. Semoga ada yang lebih molek daripada pakaian iaitu akhlak dan agama. Kerana pakaian boleh dipakai, tetapi agama dan akhlak, tidak boleh didapati dikedai dua ringgit. Ia tidak diwarisi, ianya dicari, dicari dan terus mencari...

Wallahu'alam

Monday, May 7, 2012

Mengapa dia ke Neraka...

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

Nabi (S.A.W) pada satu hari, berjalan nak pergi masjid. Nabi jumpa siapa? Nabi nampak sekelompok atau sekumpulan orang perempuan. Apa nabi kata ;

“Wahai orang-orang perempuan. Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar.”

Kenapa nabi tiba-tiba datang, nabi cakap macam ni pada orang perempuan tu tadi?

Sebab nabi kata ,  bahawasanya “Aku tengok golongan yang paling ramai sekali dalam neraka daripada golongan kamu ;orang perempuan.”

Kemudian, salah seorang perempuan yang ada dekat situ bertanya kepada nabi,

“Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakan kami ini masuk tergolong dalam ahli neraka?”

Apa kata nabi? Nabi sebutkan kaum wanita suka mencerca.  Kaum wanita suka mencerca dan melupakan jasa suami.

Perempuan mudah masuk syurga namun perempuan juga mudah untuk masuk neraka.

Dunia ini Allah ciptakan cukup baik, cukup elok. Allah tak jadikan atas muka bumi ni lelaki semua. Lepas saya tengok muka folan, jumpa pulak muka folan yang lain, lepas tengok muka folan yang lain tengok pulak muka folan yang seangkatan dengannya. Lepas berjanggut, berjanggut, lepas berjanggut, berjanggut. Allah tak jadikan macam tu.

Eloknya ciptaan Allah, Allah jadikan ayat dalam surah an-Nisa, Allah letakkan martabatkan kaum wanita dalam surah an-Nisa surah yang keempat. Al-Fatihah dulu, kemudian al-Baqarah, Ali Imran dan kemudian an-Nisa. Menyatakan betapa pentingnya kaum perempuan ni tadi.

Anak-anak yang bermasalah pun boleh berbalik jadi baik semula dengan syarat si ibu ni tadi mesti jadi baik dahulu. Bila masa nak jadi baik ?

“Esok nak kahwin nanti jadilah baik.”

Boleh jawab macam tu?

Anak-anak yang akan dididik oleh seorang ibu yang baik sekiranya sampai masa anak itu tadi diuji dengan ujian masalah sosial atau moral, boleh berpotensi menjadi baik semula dengan syarat ia dididik dengan ibu yang baik. Bukan bila nak mengandung baru nak bertaubat.

“Eh, apasal tiba-tiba awak pakai tudung ni?”

“Taubatlah bang, perut dah sembilan bulan.”

Tak jadi,sebab apa? Kepentingan ibu diletakkan bila mana anak-anak yang dikandung ini tadi dia meng-imitasi perangai si ibu. Sekiranya si ibu ini baik, maka anak yang dalam kandungan itu dia akan jadi baik . Baik anak tu lelaki, ataupun anak tu perempuan. Ibu mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada anak-anak .

Cuba tanya kepada si ibu yang mengandung. ( si bapa yang mengandung tak ada ye).
Tanya kepada mana-mana ibu yang perut mengandung, pernah atau tidak terfikir untuk meletakkan perutnya ditempat lain?

Cuba je tanya, awak yang bertanya pulak janganlah datang-datang je kat akak tu , “pernah terfikir tak nak meletakkan perut akak tu?”. Janganlah macam tu, datang…beri salam, tanya khabar, dan mintak izin nak bertanya. Kan elok macam tu, kalau yang lelaki datang dengan berkopiah.

Daripada setitis mani, Allah jadikan menjadi seketul darah, kemudian tukar pulak menjadi segumpal daging, kemudian daging tu dibalut dengan tulang, kemudian dibalut lagi dengan daging. Kemudian ditukar menjadi satu bentuk , rupa bentuk yang lain dalam tempoh sembilan bulan.

Saya yakin dan pasti, pasti si ibu mengatakan tidak nak meletakkan sekejap perut. Nak pergi bilik air bawak, pergi jalan-jalan bawak. Ini yang dimaksudkan anak mengimitasi perangai ibunya. Walaupun nanti, anak ini akan diuji dengan masalah sosial, moral dan sebagainya.Potensi untuk anak ini jadi baik sangat tinggi. Berbanding dengan si ibu ini sendiri dari awal bermasalah.

Pesanan kepada bakal-bakal ayah;

Pilih elok-elok , pilih yang beriman. Nabi bagi galakan untuk kita pilih calon isteri. Ada empat. Ada keempat-empat ni pun takpe, ada dua daripada empat pun takpe.Yang penting isteri ada iman.

Kalau kata tak ada iman, awak tanya kepada satu orang. Nak pilih calon isteri nanti yang macam mana? Si Folan ni pun jawab, “Saya nak yang macam model, rambut kuning ikal mayang, tinggi dan dia pakai kasut tinggi, nak yang badan dia saiz 30, 24, 24.”
Fuh mantap, tetapi jangan bayangkan. (TIDAK MERUJUK KEPADA SIAPA-SIAPA)

Tak kisahlah, apapun pilihan dia, walaupun ada yang memasang niat, “kalau bukan kita, siapa lagi yang nak bawak orang ni nak jadi baik?” Bagus niat murni tersebut,tetapi satu perkara yang perlu difikirkan, MASA HADAPAN.

Sekiranya ada ilmu atau skill, maka silakan, dalam kitab Muhimmah, karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdur Rahim Fathani memuatkan satu hadith, bahawa nabi menyatakan pengharaman tubuh wanita jika kita kahwin kerana benda tersebut.

Berbalik kepada orang perempuan, satu hadith nabi daripada Abi Hurairah menceritakan perihal 2 golongan pada akhir zaman.
 Golongan pertama, harini banyak dah, yang ketatnya. Atas pakai baju tapi bawah pakai skirt. Sesetengahnya terbuka, sesetengah terbuka. Ada yang pakai kain yang panjang, tetapi tali (dibahu) ala-ala halus je. Jangan kata gunting, tarik pun putus.Itulah berpakaian tetapi bertelanjang.

Satu baju perempuan, baju kurung. Mengapa dinamakan baju kurung?

Tujuan dinamakan baju kurung dan rupa baju kurung memang macam baju kurung memang bertujuan untuk mengurung orang perempuan. Tetapi orang kini buat “kurungan’’ tersebut dengan transparent. Kain baju yang pada asalnya tebal, ditukar menjadi halusss je. Lepas tu, tambah extra baju tight. Ini semua termasuk dalam ketegori berpakaian tetapi bertelanjang .

Lebih parah lagi, diaorang ajak orang lain pakai macam diorang.

“Apa pakai jubah? Sekarang ni dah tak trend dah. Pakailah transparent.” Wooooo

Dan disebut lagi dalam hadith berkenaan golongan pertama ni tadi, memakai tudung berbonggol unta.

“Saya tak bolehlah ustaz, rambut saya panjang.”

Kalau panjang, ikat! Tetapi jangan ikat dan gantung dekat atas, gantung dekat belakang leher. Tak ada masalah.

Bonggol dekat tudung bagai, macam ketumbuhan. Bangga pulak tu, “saya bonggol unta dan saya masuk tv.”

Mengapa simpul rambut tinggi-tinggi? Nak lawan ke, rambut siapa paling tinggi?

Golongan kedua dalam hadith nabi ini, ialah lelaki yang memegang cambuk lembu memukul orang.

Kedua-dua golongan ini nabi kata, tidak akan mencium bau syurga. Sedangkan bau syurga tu boleh dihidu untuk satu jarak yang tertentu.

Kalau kata masih nak berlawan bonggol, silalah.

“Alah, tak dapat cium bau syurga je.”

Maksudnya, jangan kata cium, masuk pun tak dapat.

Akhirnya, nabi S.A.W kata apa,

“Dunia ini perhiasan,”

Pokok tu perhiasan, bukit bukau tu perhiasan, kambing itu perhiasan, manusia itu  pun perhiasan.Tetapi dalam hadith ni nabi ada kata,

“dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”

Macam mana nak jadi perempuan yang baik?

Salah satunya, balik bukak surah an-Nur ayat 30 dan 31.

Perempuan nak masuk syurga tak susah; solat, puasa, menjaga kehormatan dan taat suami. Maka masuklah mana-mana pintu syurga yang nak.

Saya tanya tuan-puan, kalau tuan-puan dah diberi pilihan nak rm1 atau rm50, mana tuan-puan pilih? Renung-renungkan diri dan selamBat bertaubat.

Wallahu’alam.