Thursday, November 11, 2010

Bercatur ? didalam bulan Puasa ?




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kami sekumpulan pemuda bujang tinggal sebumbung . Untuk mengisi masa lapang biasanya kami bermain catur termasuk juga dalam waktu bulan ramadan . Sahkan puasa kami hanya kerana kami bermain catur ?




Alhamdulillah , kamu semua duduk didalam rumah . Saya salah baca tadi , saya baca tinggal atas bumbung . hehe

Apapun , merujuk kepada soalan anda ; Menurut pendapat dalam mazhab Hanafi , Maliki dan Hambali , bermain catur itu hukumnya haram secara mutlak sama ada bertaruh atau tidak . Adapun dalam mazhab Syafie , hukumnya adalah makruh dengan syarat tidak dicampur dengan pertaruhan .

( Rujukan : Fath Al-Mu'in pada Hamisy I'anah Al-Talibin Juzuk iv halaman 285 )


Mengenai ibadah puasa , adakah sah puasa ? Menjawab persoalan anda , kita rujuk al-hadith ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi sebarang pahala kecuali lapar dan dahaga . "

Ini bererti , pahala kita rosak .
Namun begitu bagi saya , elok kalau kita melakukan sesuatu yang makruh berbanding yang haram seperti mengumpat . Tapi kalau sambil main catur pun duduk mengumpat lagi . Tak tahulah nak cakap apa .

Wallahu'alam

No comments: