Saturday, May 7, 2011

Al-Khawarizmi Guru Ilmu Matematik Moden






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi .

Selain itu , beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff .

Di barat , Al-Khawarizmi dipanggil dengan pelbagai ejaan nama seperti ; al-Cowarizmi , Al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi , al-Gorismi dan pelbagai lagi .

Beliaulah yang menemukan al Jabru wal Mukobala ( Penjabaran dan Penyelesaian ) .



Lantas al-Jabar dalam disebut didalam sebutan Latin .

Beliau telah dilahirkan di Bukhara . Sumber lain menegaskan beliau lahir di Khawarizm , Uzbeskistan pada tahun 194H / 780M dan meninggal tahun 266H / 850M di Baghdad .


Pendidikan ;

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh islam yang berpengetahuan luas . Pengetahuan dan kembahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri , kejuteraan , sejarah Islam dan kimia .

Al-Khawarizmi dianggap sebagai guru aljabar di Eropah dan beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi .

Pada usia muda , beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun , bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad . Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi .

Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan Khalifah .

Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India kepada dunia Islam .

Juga , penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin .

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula- mula memperkenalkan aljabar dan ilmu hisab . Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang .


Peranan dan Sumbangan al-Khawarizmi

Antara hasil karya beliau ialah al-Jabr wa'l Muqabalah dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah .

Karya - karya agung beliau dalam bidang matamatik bukan sahaja terkenal pada zaman tamadun islam malah dikenali di Barat juga hingga ke hari ini .


Ketokohan al-Khawarizmi

Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi .

1 . Dalam bidang matematik , al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab .

Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam .

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan .

Antaranya ialah kos , sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan , teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan megira luas segitiga , segi empat selari dan bulatan dalam geometri .

Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan .

Banyaj lagi konsep yang dalam matematik yang telah diperkenalkan al-Khawarizmi .

2 .Bidang astronomi pula , Al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun islam .

Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq yakni ilmu pengetahuan berkenaan bintang - bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan , pergerakan , dan pemikiran serta tafsiran berkenaan bintang .

Seawal kurun ketiga lagi , al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah karya dan salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol Kristian .

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad . Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna dan geometri sahaja .

Wallahu'alam .

3 Jamadil Akhir 1432 ,
7 Mei 2011 ,
Sabtu

No comments: