Tuesday, November 23, 2010

Fatimah mengidam Sebiji Buah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Fatimah , isteri Saidina Ali mengidam buah Epal . Almaklumlah perut dah "membesar" nak melahirkan anak .

Ali ni pulak penyayang ..mana boleh tahan dengan permintaan isteri..Kita macam tu jugak tapi bila dah tua ..isteri mintak kita buat pekak badak . ( badak pon tak pekak ) .

Maka Ali pun beli lah akan buah Epal itu ... Ali beli satu je sebab Ali bukannya kaya harta tapi kaya jiwa...haha..Masa beliau on the way balik ...terserempak dengan seorang yang sangat miskin . Akibat kasihan , Ali membelah epal tu separuh untuk isterinya dan separuh lagi untuk si Miskin .

Ali pun meneruskan perjalanan melalui highway lalu terserempak pula dengan seorang yang tersangat lapar sudah tiga hari tak makan . Maka balance buah epal itu Ali beri kepada Hamba Allah tersebut .

Persoalan : Berapa bijikah buah epal yang berada digengaman Ali ???
Kalau semua share dah bagi kat orang lain ...apa yang tinggal ? Habuk pun takda lah.ahaha.

Hatta pulanglah Ali kerisauan mengecewakan Fatimah . Bila sampai di rumah Ali meminta maaf kepada Fatimah lalu diceritakan akan peristiwa yang menimpa dirinya sewaktu pulang ke rumah .


" Tidak mengapa abang...ada hamba Allah dah bagi bungkusan buah epal tadi . " jawab Fatimah .

subhanallah ..menarik tak kisah ni ? sekejap..sabar dulu..kisah ni tak habis begitu sahaja...

" Benarkah begitu Fatimah ? Bagi abang lihat bungkusan Buah Epal tu . " Maka Ali melihat inti bungkusan tersebut lalu berkata ... " Eh , mana lagi sebiji buah Epal ni ? Abang tengok ada sembilan biji je ? "

" Hehe , saya dah makan , " jawab Fatimah ringkas.

Ha, hebat tak hebat Ali ? macam mana dia boleh tahu dalam bungkusan buah Epal tu ada sepuluh biji ? begini...Ternyata Ali orang yang berkeyakinan . Ali membantu 2 Hamba Allah tadi dengan yakin dan ikhlas .
Sesuai dengan Hadith ;

" Setiap satu kebaikan akan dibalas sepuluh kebaikan ..."

Ada riwayat mengatakan buah itu ialah buah delima bukan buah epal .
Adapun riwayat lain menyatakan , bungkusan itu diberi kepada Saidina Ali sendiri sewaktu Fatimah sedang kesedihan tak dapat apa yang diidamkan .

Turun satu malaikat menyamar menjadi lelaki yang hots beri bungkusan kepada satu sohabat . Khabarnya ianya bernama Salman Al-Farisi . Salman alFarisi berasal dari negeri Parsi bukan Paris .haha .

Akhirnya Salman beri kepada Ali . Ali check dalam bungkusan , ada 9 biji buah delima je .

"Aku tak nak terima ini buah . Allah janji nak balas 10 tapi ni ada 9 biji je ."

Salman pun berkata ; wahai Ali , aku dah cukai satu ."

kelakar pun ada diorang ni .haha

Macam tulah kisahnya ..

Adapun , sesetengah riwayat lagi menyatakan , malaikat itu sendiri menghantar bungkusan itu dengan wajah seorang lelaki yang Hot .hehe

Wallahu'alam

No comments: