Thursday, November 11, 2010
Isteri yang TIDAK mencium Syurga
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Ustaz , benarkah perempuan yang meminta cerai daripada suaminya , tidak mencium bau syurga ? Ada dalil tak menunjukkan demikian ?
Ya , memang benar seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab sebab yang diharuskan oleh syarak , maka dia sama sekali tidak akan masuk ke dalam syurga .
Hal ini seperti dalam hadith ;
" Mana - mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sesuatu sebab yang menyusahkan dirinya tidak akan mencium syurga . "
Mesti ada makhluk yang berkata , " alah , syurga confirm masuk yang tak dapat bau syurga je ."
Tidak ! isteri yang menuntut cerai tanpa sebab yang harus oleh syarak tidak akan mencium ke dalam syurga walaupun isteri itu deria hidungnya jelas mahupun tersumbat .
Menurut lafaz hadis yang lain ;
" Syurga itu haram ke atas dirinya ."
( riwayat Abu Dawud dan al-Tarmizi )
Tetapi , jika seseorang itu meminta cerai daripada suami ada alasan yang munasabah , seperti selalu dizalimi dan disakiti tubuhnya , suami kaki judi atau kaki botol , tidak menunaikan solat dan sebagainya . Maka , tidaklah berdosa jika si isteri meminta cerai daripada suami yang berkeadaan sedemikian .
Bagaimanapun , hal ini sebaik -baiknya dirujuk kepada Pegawai di Unit Undang - undang Keluarga di Jabatan atau pejabat Agama Islam terdekat .
Wallahu'alam .
Bercatur ? didalam bulan Puasa ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Kami sekumpulan pemuda bujang tinggal sebumbung . Untuk mengisi masa lapang biasanya kami bermain catur termasuk juga dalam waktu bulan ramadan . Sahkan puasa kami hanya kerana kami bermain catur ?

Alhamdulillah , kamu semua duduk didalam rumah . Saya salah baca tadi , saya baca tinggal atas bumbung . hehe
Apapun , merujuk kepada soalan anda ; Menurut pendapat dalam mazhab Hanafi , Maliki dan Hambali , bermain catur itu hukumnya haram secara mutlak sama ada bertaruh atau tidak . Adapun dalam mazhab Syafie , hukumnya adalah makruh dengan syarat tidak dicampur dengan pertaruhan .
( Rujukan : Fath Al-Mu'in pada Hamisy I'anah Al-Talibin Juzuk iv halaman 285 )
Mengenai ibadah puasa , adakah sah puasa ? Menjawab persoalan anda , kita rujuk al-hadith ;
" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi sebarang pahala kecuali lapar dan dahaga . "
Ini bererti , pahala kita rosak . Namun begitu bagi saya , elok kalau kita melakukan sesuatu yang makruh berbanding yang haram seperti mengumpat . Tapi kalau sambil main catur pun duduk mengumpat lagi . Tak tahulah nak cakap apa .
Wallahu'alam
Label:
Hiburan
Wednesday, November 10, 2010
Nak khusyuk dalam Solat ?
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Bagaimana untuk mendapatkan khusuk yang sebenar benar benar khusuk didalam solat ?
Kita kena faham bebetol konsep khusuk .
Khusuk terbahagi kepada dua , iaitu khusuk lahiriah dan khusuk Bathiniyah .
Khusuk Lahirirah ialah solat khudu' mengikut tuntuntan nabi S.A.W . Makna kata kalau solat subuh 10 rakaat , nak cari pahala lebih sebab dah pencen . Tak diterima .
Khusuk Batiniyah pulak , solat dengan penuh pengharapan , cemas , takut , dan ihsan .
Saya ada beberapa tips , kita boleh cuba amalkan untuk mendapatkan ia ;
1 . Hati ikhlas dan ihsan .
2. Wudu' dan tatacara solat kena betul lah , kalau wudu' pun dah tak betul, solat jangan harap nak betul .
Jangan berwudu macam nak berlawan dengan Muhammad Ali ( bertinju ) .
Jangan bertakbir bermacam-macam fesyen . Ada fesyen tangkap , bangau menawan a.k.a gitu-gitu Apek , gaya ultraman dan macam - macam lagi !
3 . Kena ada sifat Ihsan . Kena yakin seyakin yakinnya yang Allah melihat apa yang kita buat .
4 . Elakkan melakukan perkara yg makruh .
Contoh ; merokok , eh silap , merokok haram .haha . seperti memakan petai atau bawang kerana ia mnjejaskan persikataran alam didalam dewan solat. Adapun perkara ini boleh ditangani dengan menggoreng bawang bagi mengelakkan bau yang kuat . Tapi kalau petai goreng tak pernah dengar lagi .
Kalau lelaki makruh pakai baju kuning yea .
Macam tu jugak makruh untuk solat ketika nasi telah pun dihidang .
5 . Pastikan pakai pakaian yang seeloknya ketika menghadap Allah tak kira didalam rumah or dimasjid .
Ciri-Ciri pakaian Islam ;
* Menjauhi perkara yang haram :
- baju berkainkan nipis menampakkan aurat .
- baby size untuk bapak size
* Bukan pakaian yang haram :
- Emas ( termasuk cawan , tempat duduk dan lain-lain ) dan sutera bagi lelaki .
* Tidak melampaui batas :
- Memakai baju santa atau sami atau paderi atau seangkatan dengannya .
Firman Allah ;

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
( Surah Al - 'Araf : 7 : 31 )
Pakai pakaian yang bersih daripada kotoron yang mmbuatkan tak sah solat . Elakkan juga daripada memakai seluar yang ketat kerna hukum memakainya ternyata makruh . Bahkan cuba mengelak daripada memakai baju T-shirt yang bertulis depan mahupun belakang .
6 . Terlebih dahulu mengeluarkan angin dan qada' segala hajat .
Cuba bayangkan kalau kita berkemut kemut didalam solat , adakah ianya membawa kekusyukan? Jika kita menjadi ma'mum , pasti akan berkata " Bila imam nak habis ni ? "
CeTengok Menteri Pasola dalam laksamana Doremi ? macam mana muka dia ? Euww kan ?
7 . Suci zahir dan batin . Pastikan keadaan diri kita ini tidak berhadas atau sebagainya . Hati juga perlu dibersihkan . Tinggalkan dunia sementara didalam solat yang hanya 10 minit .
Hati pun kena bersih , jangan nak solat pun boleh kutuk orang . Imam laju pun bising , Imam perlahan lagi la bising .
8 . Berusaha memahami ayat ayat yang dibaca . Ya , solat yang sempurna ialah solat yang difahami bacaannya . Jikalau tersalah baca pun , kita akan faham yang kita sudah tersalah arah .
9 . Doa , memohon agar hati ini kekal mengingati Allah .
Berdoa dengan doa dari al-quran ayat 8 surah Ali Imran ;
" (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "
Sesetengah ulama menyatakan tidak sah solat yang tiada kekusyukan berdasarkan surah al-Maun ayat 5 ;
" (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, "
Hmm , justeru itu , marilah kita berusaha bersungguh - sungguh untuk menggapai waktu solat yang khusuk . Paling penting solat yang waktu . Ibadah nawaffil hanya untuk menampung yang fardhu .
Cuba bayangkan ;
1 solat fardhu bersamaan 10 minit
5 solat fardhu bersamaan 50 minit .
hanya 1 jam daripada 24 jam sehari kita mengingati Allah didalam solat . Tidak cukupkah lalai 23 jam ? Tidak mahukah khusyuk hanya satu jam sehari ?
Perlu diingatkan , untuk khusyuk solat , tidak perlu ;
1 . Menutup mata didalam solat ketika mengantuk .
2 . Memasang lagu . Alasan diberikan lagu akan menenangkan jiwa menyebabkan kita cepat tersentuh . Saya tanya anda . Kita tersentuh kerana sebuah lagu atau kerana mengabdikan diri kepada Allah ?
Wallahualam

Nama - Nama dalam Islam
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,
Allahumma Solli Ala' Muhammad
Hadiah mana yang kita dapat tapi orang lain yang guna ?
ya , nama .
Ada bermacam macam makneka nama dalam dunia ini . Khusus kepada manusia yang muslim .
Ada diantara kita yang namanya diambil dari gelaran yang diberikan kepada tokoh - tokoh Islam yang dibangsakan atau dirujukkan kepada keturunan keluarganya, atau kepada bandar iaitu tempat lahirnya atau dinisbahkan kepaa pekerjaannya . Sebagai contoh ;
i . Al-Bukhari yang dinisbahkan kepada bandar Bukhara di Asia Tengah ( jajahan Soviet Union) .
Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ismail Bin Ibrahim .
ii . Al-Syafie yang dinisbahkan kepada keturunan keluarganya . Nama sebenarnya ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman Bin Syafie .
iii . Al-Ghazali yang dinisbahkan kepada pekerjaan menenun bulu oleh bapanya . Namanya yang lengkap ialah Muhammad Bin Muhammad Bin Ahmad .
Nama Nur pula yang bererti Cahaya boleh diletakkan dengan nama yang lain tak kira anak itu berjantina lelaki atau perempuan , seperti ;
Nurul Islam , Nuruddin , Nurul Huda , Nurul Shafiq , Nurul Jannah dan lain - lain .
Nama Abu atau Ummu seperti yang terdapat pada Abu Bakar atau Ummu Aiman dan sebagainya adalah merujuk kepada nama timangan . Adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang orang arab memberi nama timangan kepada seseorang dengan tujuan sama ada memberi penghormatan dan sanjungan kepadanya , supaya tidak terkeliru dengan orang lain .
Nama sebenar Abu Bakar semestinya ialah Abdullah Bin Uthman . Nama sebenar Abu Hurairah ( Bapa si Kucing ) ialah Abdul Rahman Bin Sakhar . Rasulullah sendiri ada pelbagai nama , antaranya Abu Qasim .
Pada kebiasaannya , nama gelaran dibubuh dengan perkataan Abu diawal anak lelaki yang sulung dan pada anak perempuan pula Ummu yang bererti ibu kepada .
Boleh tak letak nama anak dengan nama Malaikat ? kan takda maksud nama malaikat tu .
Eh , ada lah , semua nama malaikat itu bererti Hamba Allah .
adapun , hukum meletak nama Malaikat sebagai nama anak hukumnya makruh .
Adapun , sesetengah Tok 'Alim menyatakan ambil nama dari al-Quran adalah baik , tapi agak - agak lah . Kita suka nama Firdaus dan Ainun . Kita gabung dua - dua . Firdaus kita ambil Fir manakala Ain'un kita ambil 'un . Jadinya ? Fir'un . Firaun ??? Bercakap mengenai Firaun , nama lain beliau ialah Abu Murrah .
Wallahualam .
Subscribe to:
Posts (Atom)