Thursday, April 14, 2011

6 Ilmuwan Astronomi Islam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Islam adalah pemacu kegemilangan dan tamadun umat manusia , di puncak kegemilangan islam , pengajian ilmu bersinar terang di setiap pelusuk dunia dan menghasilkan cendikiawan serta tokoh-tokoh ilmuwan yang terunggul dan diakui kecemerlangannya sehingga masa kini .


Ilmu sains bintang atau lebih dikenali sebagai astronomi , sistem ini , sistem pengukuran tarikh yang teratur , iaitu sistem kalender yang mampu membolehkan penentuan tarikh sesuatu peristiwa yang betul berpandukan ilmu astronomi ini .

Beberapa amal ibadat islam bergantung kepada pengamalan kalender yang betul . Tarikh haji , tarikh permulaan dan berakhir puasa , pengiraan tempoh kelayan membayar zakat juga adalah berdasarkan kalender ini .


Satu tahun hijrah ialah lebih kurang 11 hari lebih pendek dari satu tahun Masihi . Selain itu , terdapat banyak lagi amal ibadat yang waktunya ditentukan berdasarkan kalender ini .

Nama - nama para ilmuwan yang telah mengharumkan dan memartabatkan islam di bidang astronomi ? antaranya , ermm .

Jom kita tinjau ,


1 . Al-Khawarizmi ;

* Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zamannya .

* Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi .

* Mencipta alat penentu kedudukan bintang , sukatan masa dan jam matahari .


2 . Ulugh Beg ;

* Nama sebenar : Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh .

* Cucu kepada Timurlane , panglima Mongol yang amat terkenal .

* Tempat Lahir : Soltaniyah , Iran .

* Pemerintah , guru , saintis , dan ahli astronomi .

* Membina pusat pengajian ilmu di Samarkand serta sebuah balai cerap bernama Zurkhani Zij .

* Mengenalpasti dan membina zij yakni jadual menerangkan tentang kedudukan 1, 012 butir bintang secara tepat .

* Mencatit kaedah - kaedah dan teori sfera geometri dan trigonometri .


3 . Al-Sufi ;

* Dikenali nama Azaphi di dunia barat .

* Kitabnya yang terkenal ialah al-Kawakib , as-Sabit , al-Musawwar , keterangan tentang kedudukan buruj bintang .

* As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudkan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri , menggambarkannya , serta menghurai pantulan sinar dan warnanya .

* Menghitung tahun matahari dengan tepat .

* Saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya .

* Mengenal pasti galaksi Andromeda M31 .

* Menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab .

* Sebuah kawah dibulan yang berdiameter 47 km dan kedalamannya 3.7 m telah dinamai dengan nama beliau ( Azophi Crater )


4 . Al-Idrisi ;

* Menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II , lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim , laluan perdagangan , teluk , tasik , sungai , bandar - bandar besar , bukit , dan lembah serta gunung - ganang .

* Mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat .

* Menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan .

* Beberapa abad lamanya , Eropah menggunakan peta al-Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus .


5 . Al-Kindi ;

Hasil kerja belia ialah kajian tentang optik ( mata ) , gelombang , mono-graf pasang surut , peralatan astronomi , ruang dan waktu serta kaedah perhitungan untuk bulatan .

* Seorang ahli matematik yang agung ;

- telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India ,
- kesepaduan angka ,
- garis dan pendaraban nombor ,
- kuantiti bandingan ,
- kira - kira perkadaran dan masa ,
- kaedah - kaedah pengangkaan ,
- pembatalan dalam satu ungkapan persamaan
- teori keselarian .

* Menulis 16 buah buku berkenaan falak , fizik 12 buah , arithmatik 11 buah dan geometri 32 buah .


6 . Al-Battani ;

* Seorang ahli astronomi dan matematik .

* Mempelajari bidang ini daripada bapanya Jabir Ibn Sinan al-Battani yang juga seorang ahli sains .

* Membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat .

* Menemui longtitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy .

* Mengira diameter matahari dan orbit bulan .

* Memperkenalkan penggunaan trigonometri dalam matematik .

Banyak lagi sebenarnya ilmuwan islam yang memperjuangkan agama . Tetapi , ilmu saya terhad sampai disini . InsyaAllah , jikalau ada lagi ilmuwan yang saya tahu . Akan saya nukilkan didalam ini .

Wallahu'alam .

Pijak batu , kasi gegar otak ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini ,

saya nak memperingatkan kembali tuan-puan dan diri saya sendiri khususnya , tentang hadith yang menerangkan satu azab didalam yang akan dihadapi , yang bakal mengazabkan penghuni neraka .


Daripada No'man bin Basyir ;

" Paling kecil seksaan keatas seseorang itu di neraka apabila mereka itu diletakkan satu ketulan batu dibawah tapak kakinya ."

ketulan batu tu , ada juga sesetengah ulama menterjemahkan sebagai selipar .

Tak kiralah , batu ke selipar , yang penting azab !

Berbalik kepada hadith , batu yang dimaksudkan dalam hadith tu besar mana ?

jawabnya ialah batu kerikil yang tuan tuan baling time jamrah tu .

Besar mana batu kerikil tu ? ada besar penumbuk ?

Besar biji kopi je .. tapi azab dia , .. pergh .

Batu besar biji kopi je . Kalau batu besar kepala orang , kena cari atas bukit nun .

Dari tadi saya dok cakap pasal azab , azab , azab .

Apa azabnya ?

Bila mana , batu kecik tu diletakkan dibawah telapak kaki .

Maka , menggelegaklah otak , menggigil kepala otak kita .

Menggigil weyh . Pergh . Azab tu .

( gambaran je , bukan betul - betul )

Ketika itu , ada ahli neraka yang diazabkan dengan azab sedemikian , menyangka , itulah seberat - berat azab didalam api neraka .

Walhal , itulah selemah - lemah , seringan - ringan azab didalam api neraka .

Kalau batu yang kecil tu pun sudah menyebabkan kita terseksa yang amat sangat .

Apatah lagi , apatah lagi azab - azab neraka yang lain . Nauzubillahi minzalik

Wallahu'alam bissawab .

Thursday, April 7, 2011

Kenali Nafsu


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Apa itu nafsu ?


atau siapa itu nafsu ?

Nafsu ialah tempat terkumpulnya kejahatan dan keinginan .

Imam al-Ghazali menggambarkan nafsu itu ibarat kuda .

Kuda kalau liar , kita memang cukup susah nak tunggang , tapi kalau dah jinak , senang tak nak bergerak pergi mana - mana ?

Kita kena kenal , kita kena tahu , ada beberapa peringkat nafsu , antaranya ialah ;



1 . Nafsu Ammarah ;

Nafsu tahap tinggi . Nafsu paling jahat dan hina . Nafsu nak berzina kat sini . Nafsu nak membunuh kat sini . Banyak lagi lah benda- benda jahat .

2 . Nafsu Lawwamah ;

Nafsu yang suka mencela diri sebab sedar diri tu sentiasa berdosa .

Kalau kita main penalti atau main black jack lah ( tanpa judi lah .haha ) . Bila kalah je hentuk kepala . Cuba kita pikirkan kenapa jadi macam tu ?

Sebab tu , kat neraka , antara azab yang Allah Taala bagi kepada mereka yang sengaja meninggalkan solat ialah ketuk kepala dengan batu yang sangat besar .

Mengapa diorang macam tu ? sebab diorang rasa bodoh .

aduh , main penalti yang begitu senang pun aku tak dapat gol . bodoh betul .

serupa kat neraka .

aduh , solat lima waktu yang satu waktu lima minit tu pun aku tak mampu buat . bodoh betul .

Berbalik kepada topik ,

orang yang macam ni , percaya atau tidak , hati dia boleh dilentur , sangat cair bila kena majlis muhasabah diri atau majlis ilmu .

Tetapi , ada tetapinya jugak , dia juga tidak selamat bila berhadapan dengan maksiat .

Inilah nafsu ! Nafsu macam ni memang tak selamat jika berhadapan di kampung akhirat . Tetapi , ianya boleh diubah melalui sekarang !


3 . Nafsu Mulhamah ;

Nafsu ni memberi ilham kebaikan untuk menjadi insan yang lebih baik .

Dia tak nak buat dosa , tetapi kadang - kadang , secara tak sedar terbuat dosa jugak . Tak dapat dielakkan .

Contoh , kalau kita nak balik ke kampung , kena lalu tol kan ?

Orang perempuan yang jaga tol tu , ada yang tak pakai stongan .
Apakejadahnya stongan ni ?

stokin kat tangan lah . haha . atau pun sarung tangan sekali .

so , bila nak bayar duit syiling tu kadang - kadang kita terkena jugak tangan dia yang aurat .


4 . Nafsu Mulhamah ;

Nafsu ni hasil melawan nafsu yang jahat .

Latihkan diri tu secara istiqamah untuk dapat nafsu sebegini .

Bukan sahaja seronok melakukan kebaikan , tinggalkan kejahatan pun dia rasa seronok . Kita tak akan rasa benda ni , kalau dunia ini kita letak dalam hati .

Kita lihat as-Syeikh As-Syahid al-Imam Hasan al-Banna meninggalkan dunia ketika mempertahankan islam . Masa jenazah hendak dimandikan , terdapat kesan air mani .

Sesiapa yang dah pernah malam pertama atau dia dah terlanjur dengan ''permainan tradisional" ni pasti tahu rasa keluar air mani .

Maksudnya , Syeikh ni meninggalkan dunia dalam keadaan nikmat . Wow , hebat !

Wallahu'alam

Thursday, March 31, 2011

Who wants to be the next Penda'wah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Nak jadi penda'wah yang hebat ?

Tahniah . Andalah orang yang kami cari , sebuah perjalanan dalam sebuah kehidupan !




hmm , jawabannya boleh , saya boleh bagi tipsnya , walau saya sedar , saya memang bukan penda'wah yang hebat tetapi , anda boleh mencubanya .


1 . Berikonkan Nabi Muhammad S.A.W .

Mengapa saya letak nabi Muhammad ? cubalah kita cari cacat cela nabi Muhammad .

Tak ada ! Kita tak akan jumpa !

Nabi Muhammad buat baik kepada orang - orang baik .

dan Nabi Muhammad buat baik kepada orang - orang yang jahat .

Maknanya , kesabaran itu penting . Benda baik tu memang payah nak buat .

Da'wah tu benda baik ke benda jahat ? benda baik kan ? Kalau benda baik , mesti ada punya tentangan . So , tak payah nak pikir - pikir masalah orang tak nak dengar da'wah .

Kalau kita ambil contoh dari nabi Muhammad , Nabi guna cara hikmah .

Dikhabarkan , ada Hamba Allah yang suka mencuri nak masuk islam . Lalu , dia minta keizinan dari Nabi kalau - kalau lepas dia masuk islam ni boleh tak dia mencuri lagi .

Nabi pun kata , boleh dengan bersyarat . Boleh mencuri tetapi jangan menipu .

Hamba Allah ni pun seronok la . Nabi bagi lampu hijau nak mencuri .

Bila tiba suatu hari , Hamba Allah ni nak mencuri . Tiba - tiba , dia teringat pesan nabi supaya jangan menipu .

Kalaulah aku tengah mencuri ni , terserempak pula dengan nabi Muhammad , Nabi Muhammad tanya pula aku tengah buat apa , tak akan lah aku nak cakap yang aku tengah mencuri .

Nanti kena potong tangan woo . Tak nak aku .

Kalau aku berbohong , aku dah janji tak nak berbohong ...

Last - last , Hamba Allah ni cancel nak mencuri . Terus taubat dia .

Jadi , yang pertama , kita kena berikonkan nabi . Kita ikut cara islam .


2 . Komunikasi yang lancar .

Kalau percakapan kita gagap , orang susah nak faham apa yang kita nak sampaikan . Sebab tu , Nabi Musa dia ambil alternatif lain , dia minta bantuan nabi Harun untuk berhujah . Maknanya , kita kena pandai berpidato .
Apa fungsi pidato ?

pidato bukan hanya lancar berhujah tetapi banyak fakta yang betul .

3 . Kandungan da'wah yang sesuai .

Maksudnya apa ?

contoh lah ,

kita jangan mengajak orang - orang yang fakir supaya menderma , sebab , diorang dah tak ada duit macam manalah diorang nak bersedekah .

Jangan mengajar cara pemikiran kanak- kanak kepada orang dewasa .

contoh ?

" Kalau kita tengok power Rangers lah , 5 orang semuanya , itu melambangkan apa ? kekuatan ! kalau nak da'wah , susah kalau kita sorang - sorang . sebab tu , wonderpet kata , apa yang penting ? kerjasama "

yang Tuan puan cerita pasal wonderpets tu siapa suruh ? wonderwoman diorang kenal lah .

4 . Itonansi suara .

Kita kalau nak berda'wah tak boleh bagi da'wah dengan suara yang tinggi je . High note orang kata . 2 minggu dengar ceramah boleh masuk ICU orang , pekak suara .

Tak boleh jugak bagi da'wah dengan suara yang slow . Tertidur orang , meleleh air liur . Paling dahsyat , siap berdengkur lagi .


5 . Sebarkan walau satu ayat yang hanya kita tahu .

Apa yang kita tahu , kita sebarkan . Jangan sesekali sebarkan apa yang kita tak tahu .

Berdosa besar sebarkan benda yang kita tak tahu walaupun kebenarannya , apa yang kita sampaikan tu betul sebab kita sebarkan ayat tanpa ada ilmu .

Maknanya , kita cuba amalkan menyebut perkataan ''wallahu'alam" bila tak tahu sesuatu perkara . Jangan berlagak pandai !


6 . Benda yang Allah kata jangan , maka jangan kita buat .

Kita sebarkan kuliah , jangan hisap rokok . Fatwa kata haram ! Lepas habis kuliah , kita bawak kuliah kotak rokok , Dunhill oo , pastu , "fuhhh , lega '' . Orang yang macam ni , Allah janji akan bagi azab yang sangat pedih . Hipokrit !




7 . Penda'wah yang hebat perlu juga cari orang untuk dida'wah .

Kalau zaman dahulu , murid cari Tok Guru , tapi zaman sekarang ni berbeza dah . Sebab tu , kena tukar da'wah . Wahai para penda'wah , carilah murid sebab , ada murid yang ingin jalan pulang tetapi segan untuk mencari ilmu .

8 . Senyum .

Sebab apa ? untuk melembutkan hati orang yang mendengar da'wah . Cuma kat sini , saya nak nasihatkan , kalau tak ada orang , janganlah senyum .



Nabi Yahya dan Nabi Isa memang takutkan hari akhirat .

Nabi Isa kalau beri syarahan , baginda terlalu serius sebab takutkan hari akhirat .

Berbeza pula dengan Nabi Yahya , nabi Yahya memberi da'wahnya dengan cara ?

Senyum . Allah , suka dengan cara Nabi Yahya .


9 . Jangan ceramah pilih bulu .

Kita kalau nak ceramah , jangan pilih bulu . Nak ceramah yang high class je macam kat masjid negeri , luar negara . Jangan! habis , orang surau macam mana ? orang surau pun nak belajar jugak . Jangan pilih dunia , dunia tu fana , sementara je !

10 . Jangan fikir penda'wah hanya boleh berda'wah menggunakan pakaian tertentu seperti jubah atau serban atau sebagainya .

Benda yang tak betul , jangan ditangguh tangguhkan . Kalau kita nampak maksiat , tegur jelah . Jangan disebabkan kita time tu tengah pakai seluar jeans , kita tak jadi tegur .

Apa dalil yang menyebabkan kita pakai seluar jeans tak boleh berda'wah ?

11 . Jenaka .

Jenaka disini ialah buat jenaka yang boleh buat orang tak mengantuk . Bukan buat lawak bodoh !


12 . Mendekati masyarakat .

Kalau kita nak dekat dengan orang yang berumur ni senang jeh . Kedai kopi banyak .
Kalau orang muda pulak ?

Kita boleh berda'wah dengan menggunakan hobi mereka .
Orang muda suka apa ? hobi yang lasak macam main fixie , skateboard , bola sepak dan lain - lain . Jadi , kita kena dekat dengan diorang menggunakan hobi yang lasak . Belajar !

13 . Belajar bahasa .

Takkan lah orang melayu je yang kita nak da'wahkan ? orang Iban macamana ? orang India ? Kalau orang - orang tak payahlah kita nak cari pasal belajar bahasa dia .

Kita kena pandai tackle remaja , diorang ada bahasa diorang sendiri . Best giler , uish , lu gua , dan macam macam lagi .

14 . Personaliti .

Kita kena jaga personaliti . Boleh je pakai t-shirt dengan syarat kena pakai seluar sekali lah , jangan tak pakai seluar .

Paling penting , kopiah dikepala jangan tanggal ! sebab ? personaliti tu . Orang kenal kita sebagai penda'wah . Lepas tu , boleh pulak kita bantai pakai topi , kepala topi pusing belakang pulak tu . Sudah macam rapper pulak .

Tapi tak ada lah sampai berdosa pakai topi .

15 . Tawakkal .


Akhir sekali , banyakkan tawakkal . Biasakan diri bertawakal hanya kepada Allah seperti duduk dalam hutan . Jangan lemah semangat , benda tu cepat datang . Apa benda tu ? lu pikir la sendiri .

Wallahu'alam .