Monday, August 29, 2011

Mercun Raya Walaweyhh


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Asal balik kampung je raya , asal raya je balik kampung la .

Dah syok-syok balik , main mercun pulak dah .

Dah syok syok main mercun , putus jari .

Lepas tu insaf . Nasihat pulak kat kawan , jangan main mercun .


Maknanya , kalau tak putus , dia tetapi akan main meneruskan cita cita murni untuk memekakkan telinga jiran tetangga tok nenek dia . Mentang mentanglah jiran tok nenek dia semua pekak .

Tak cukup tu , dia pergi main mercun lagi time orang nak berkhutbah raya .

Jemaah menjerit : Bising lah !!!

Dia tak puas hati , dia menjerit balik , '' mercun mana boleh kasi slow . "

Dia yang ganggu orang , lepastu , dia marah balik .

Apa nak marah ? memang yang main mercun tu salah . Berbahaya la weh . Bukan setakat bahaya , bising pulak tu . Bukan setakat merbahayakan dan bising kepada diri sendiri . Tetapi , kepada orang lain jugak .

Bukankah ada hadith nabi SAW yang bermaksud ;

" Tidak boleh ( menimbulkan ) bahaya , dan tidak boleh pula membahayakan orang lain . "

( Hadith Riwayat Ibn Majah dari kitab al-Ahkam 2340 )

Maknanya , salah dari sisi agama tu satu hal , bahkan salah juga disisi undang-undang negara .

Ada banyak lagi benda yang boleh dimain , macam ps2 , ps3 , pc . Kenapa perlu cari yang memudharatkan ?

Wallahu'alam .

Sunday, August 21, 2011

Saya sayang Laila

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dalam bulan puasa ni , nabi suruh kita cari kekasih bernama Laila .

Nabi suruh cari kekasih ? kau bawak hadith dhoif ni !!! Couple tu haram !

haha . Rileks derr . bukan Laila , awek yg tip top tu . Lailatul Qadar la . Huhu .

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Qadar ?

al-Qadr ialah hari dimana , kita ditetapkan , ditakdirkan Allah untuk menerima jodoh , dituliskan ajal maut , musibah dan sebagainya . Korang boleh check benda ni dalam kitab Tafsir at-Tabari .

Lailatul Qadr , bukan malam lailatul qadr . Lailat tu dah bermaksud malam . Berapa kali nak malam ? haha

Macam tu jugak perkataan Syak wa sangka , Hasad dengki .

Syak tu bahasa arob sangka tu pulak , bahasa Melayu ...

Nasib baik tak , Siak Surau suka nangka . huhu .


Nabi bersabda ;

Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan .

( HR Bukhari )


Nabi suruh kita cari lailatul Qadr dengan bersungguh sungguh . Macam kita nak pilih baju raya , ada tak kita ambil je baju raya tu terus bayar ?

Tak bukan , kita mesti pilih size dulu , lepastu , warna . Corak nya . Satu baju kita nak beli sama dengan satu hari lamanya . Masjid kemana , solat kemana ...

Kita kena cari Lailatul Qadr ataupun malam al-Qadr , macam mencari barang yang tercicir . Kita tak akan cari dengan sambil lewa .

Katakan lah , kita dah balik shopping , sedar - sedar , anak kita dah hilang . Ada tak kita kata ," biarkanlah ... anak boleh buat lagi . " ? tak ada kan ?


Cuma , saya kat sini nak ambil peluang lah . Nak tegur diri saya dan semua .

Mana boleh kecoh-kecoh kat orang tentang date korang dengan Lailatul Qadr tu . Maknanya , korang diam-diam je lah dulu kalau dah terjumpa Lailatul Qadr . Jangan nak kecoh-kecoh kat orang . Ni tak , pi tulis pulak dalam fb .

Sebab apa , saya kata jangan tulis ? sebab menimbulkan fitnah , menimbulkan kucar kacir dan huru hara .


( Gambar hiasan je )

Confirm ke air tu beku secara tiba-tiba ? kau dah letak dalam freezer , memang la beku .

Pokok kat rumah kau tu bukan ruku' . Tapi layu , berapa hari dah kau tak bagi dia makan ? kau ingat dia puasa jugak ke ?



Betul , memang betul ada perkongsian dari pengalaman beberapa orang Ulama silam tentang tarikh lailatul qadr . Mereka menyatakan kalau puasa start sekian sekian sekian maka lailatul qadar akan muncul pada tarikh sekian sekian sekian . Itu based pengalaman ulama' .

Takkan tak faham hadith nabi , yang nabi iktikaf sungguh-sungguh 10 malam terakhir ?


Kita tak , akhir Ramadan bukan sibuk dengan Lailatul Qadr tapi sibuk di Lailatul Kamdar . huhu .
Bila kita cakap pasal ni , saya teringat satu selingan . Kisah antara Nujum Masai dan Pak Belalang .

Nujum Masai : Jika tuan bijak bestari , marilah jawab soalan hamba .

Pak Belalang : Silakan .

Nujum Masai : Apakah , 1 . Banyak-banyak , 2 . Sedikit - sedikt , 3 . Kadang-kadang , 4 . Jarang-jarang ?

Pak Belalang : Itu senang saja , jawabannya ialah solat .

Nujum Masai : Jelaskan .

Pak Belalang : Baiklah .

1 . Banyak-banyak ; iaitulah pada minggu first solat terawih , pada solat sunat raya dan solat Jumaat . Mereka ini digelar sebagai ahli sunat wal Jumaat .

2 . Sedikit-Sedikit ; iaitulah pada solat jemaah .

3 . Kadang-Kadang ; iaitulah pada solat Subuh .

4 . Jarang-Jarang ; iaitulah pada solat Qiam .

Waallahu'alam

Thursday, August 18, 2011

Hapus Hamper Habis-Habisan ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , ada satu pertandingan ni saya menang hamper , tapi saya dan kawan-kawan saya menang dengan cara yang menyalahi syariat . Kini , saya dah bertaubat , dan saki baki hamper tu masih ada lagi kat saya . Patutkah saya kunyah-kunyah , telan or buang ?

Barang yang lepas jangan dibuang . Macam familiar je pepatah ni . huhu .

Kerana apa jangan dibuang ? Kerana iannya barang yang bermanfaat .

Barang yang diperoleh secara haram ini , ianya bersifat hukmi dan bukan bersifat 'aini .

Ustaz apabenda sifat hukmi dan sifat 'aini tu ?

Hukmi tu hukum , dan 'aini tu jisim . Itulah sebab pentingnya arabic education .

Harta haram bersifat 'aini , itu yang wajib kita "bakoor" je . Contohnya macam daging babi , binatang sembelihan yang tidak disembelih , arak dan sebagainya .

Harta haram bersifat 'aini ni kita tak boleh nak bagi buat harta pusaka , nak bagi orang lain apatah lagi . Kena musnahkan nya . Wajib !

" Dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya , diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi dan perhiasan . "

( al-Halal wa al-Haram , fi al-Islam )

Dalam suatu hadith , yang berstatus hasan menurut Imam Ibnu Hajar dan al-Bani ,

Ada sorang sohabat nabi yang bernama Abi Talhah R.A , terbeli arak untuk anak yatim jagaannya . Sohabat mengadu kat nabi .

Nabi menjawab ,

" Musnahkan arak tersebut dan pecahkan bejana-bejananya . "

( HR Tirmidzi )

Harta yang anda perolehi secara haram itu menyebabkan hilangnya keberkatan pada hidup dan rezqi .

Harta haram secara hukmi ini tidak boleh digunakan untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga .

Namun , boleh disalurkan kepada baitul mal dan pusat zakat .

" tapi Ustaz , takkan hamper saya nak hantar kat baitul mal atau pusat zakat ? buang tebiat la . "

Baik , kalau macam tu , salurkan terus kepada fakir miskin . Jangan kata tak ada . Pergi cari kat pasar malam . Berlambak .

" Tak berdosa ke ? karang tak pasal - pasal amalan diorang tak terima 40 hari makan duit haram . "

Golongan fakir miskin diharuskan menerima wang daripada sebarang hasil , atas kemaslahaan umum , disebabkan mereka sangat sangat sangat memerlukan .

Tiada syubhah untuk mereka menerima dan tiada jua haram .

Wallahu'alam .

[ Solusi : isu 26 : ms 43 ]

Wednesday, August 10, 2011

Matlamat Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , boleh tak ustaz tolong berikan pandangan ustaz berkenaan '' Ramadan dan Guru Praktikal " ?


InsyaAllah , saya akan usahakan , setakat kemampuan saya .

Kita sendiri tahu , sendiri maklum bahawa ada pelbagai jenis watak , ada macam macam karenah manusia dalam dunia ni . Ada yang pemarah , ada yang periang , ada yang pendiam .

Sifat ini juga turut ada pada seorang guru atau bakal guru kerana mereka hanyalah seorang makhluq .

Ramadan , bulan penuh kemuliaan dan sarat dengan keberkatan . Justeru itu , mari kita munafaatkan sebaik baiknya bulan ramadan ni dalam mendidik jiwa kita daripada yang baik ke arah yang lebih lebih baik . Be the best among the best .

Sebagai umat islam , kita perlu faham , mengapa kita perlu berpuasa .

Supaya kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa . rujuk surah al-Baqarah ayat 183 .

Disebalik pengorbanan yang kita lakukan , pasti ada matlamat yang hendak kita kecapi .

Misalannya , kita sebagai seorang guru , kita pasti mahu mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri .

Begitu juga dengan bulan Ramadan . Pasti ada matlamat disebalik semua ini . Antaranya , yang saya dapat kongsikan disini ;

1 . Melatih diri bersifat sabar .

Sesungguhnya Allah bersama orang yang Sabar .

Lumrah 'alam , kalau anak-anak murid kita bawah umur tu , tak duduk diam ketika cikgu tengah mengajar . Jangan-jangan , kita dulu lebih teruk daripada budak-budak tu . Jaranglah ada budak-budak kalau cikgu mengajar tu dia teliti je dengar . Jarang ... Sebab , memang fitrah budak-budak tu buat silap .

Kita sebagai guru , atau bakal guru kenalah pandai , kena tahu cara memberi pendidikan yang terbaik buat anak anak murid .

Orang tua pernah berkata :

" Jaga seorang anak pun boleh jadi gila . "

Fahamkan kata-kata tersebut . Saya amat terkesan dihati dengan perkataan mereka . Memang mendalam maksudnya . Betul sangat apa yang mereka ungkapkan . Jikalau jaga seorang anak pun sudah boleh hilang kewarasan , apatah lagi ratusan anak ?

Maka , daripada sekaranglah kita kena bermula , khususnya pada Madrasah Ramadan .

Ada " spiesis " cikgu yang suka membawa mulut terhadap anak-anak muridnya yang kurang bijak , ada cikgu yang suka pilih kasih , ada yang mengajar kerana duit semata-mata .

Kita hapuskan sikap negatif , kita ambil yang jernih buang yang keruh . Amalkan puasa secara bersunguh-sungguh , mudah mudahan kita menjadi golongan yang bersabar .

Kalau kata , kita ni pemarah , dalam bulan ramadan , bila kita nak marah , cuba ingatkan kita sedang berpuasa . Kalau kita marah marah , nanti pahala berkurang , berkurang dan berkurang . Bukankah sudah rugi disitu ? InsyaAllah , akan terbantut marah kita tu .

Bukankah ada hadith yang bermaksud ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada pada puasanya kecuali lapar dan dahaga . "

Kita bukan manusia yang terpelihara daripada melakukan dosa .

Apa faedah nya jika ketika kita sedang berpuasa , kita bermaksiat pada Allah .

Maksiat , bukan sahaja berasmara berzina , atau buat perkara yang mengghairahkan .

Apa apa sahaja benda yang Allah larang dan apa apa sahaja perkara yang Allah perintahkan tetapi kita tidak laksanakan , itulah maksiat .

2 . Menjiwai perasaan orang-orang yang lemah :

Bakal guru sekalian , ramadan mendidik kita merasai kesulitan kelaparan dan penghayatan dalam kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik . Misalannya , mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan , ataupun yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Kita dahulu merupakan seorang murid hingusan , dan dihadapan kita ialah seorang guru yang berpenat lelah mengajar , dan mendidik kita bermula dengan huruf A , B , C hatta ke angka 999 . Namun , adakah kita menghargai dan mengerti pengorbanan guru tersebut ? yang bersusah payah kerana kita ? Sanggup keluar dari rumah dipagi hari walaupun pada bulan ramadan yang panas terik sehingga kering air tekaknya kerana mengajar kita .

Roda yang bawah akan naik keatas , dan roda yang atas akan turun kebawah . Maka , suatu hari nanti , insyaAllah , kita juga turut merasai pengorbanan tersebut .

3 . Menjaminkan sihat tubuh badan :

Semua pakar doktor sedunia bersetuju , bahawa segala penyakit berpunca daripada makanan .

Berpuasa , dapat membersihkan darah , melancarkan sistem penghadaman , dan membuang sisa kuman dalam badan .

Perkara ini mungkin dipandang sambil lewa , acuh tak acuh oleh kita dek kerana sibuk dengan profession guru kita . Maka , Ramadan , menjadualkan kita supaya kita menjaga pemakanan kita .

Wallahu'alam