Thursday, November 26, 2009

Wudhuk ,Bukti Islam agama bukan berpandukan Logikal

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Islam menyuruh kita berwudhuk sebelum menunaikan tuntutan fardhu solat lima waktu.Apakata, kita rujuk kembali hal-hal berkenaan Wudhuk;

Perintah wajib bewudhuk bersamaan perintah wajib mengerjakan solat wajib lima waktu , iaitu lebih kurang dua tahun sebelum hijrah ke Madinah .
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ( yang saya tak pasti ayat berapa...hehehe ) yang bermaksud ,

"Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu hendak mengerjakan solat , maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku , dan sapulah kepalamu dan ( basuh ) kakimu dampai dengan kedua mata kaki... "

Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib


Menurut Mazhab Syafie

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
  3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
  4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
  5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
  6. Murtad

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

Menghadap ke arah Kiblat.

  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Fadhilah dari Wuduk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

sumber ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai juga orang-orang yang bersuci"
Suratul Baqarah ayat 222






Kita lihat pula gambar diatas, kenapa Lelaki diatas menyapu bahagian atas kakinya dahulu,bukankah kalau ikut logik , kita basuh tapak kaki kita dahulu kerana ia besar kemungkinan telahpun kotor .

Soalan inilah yang telah Hairi Hermawan ,( bekas kariah surau yang telah balik ke kampung halaman ,Indonesia ) ajukan kepada saya.Saya terpinga-pinga.

"Jawapannya ialah inilah bukti Islam agama yang tak pakai akal kerana Ia peraturan dicipta sendiri oleh Allah ,"tambah abang Hairi lagi.

Juga,ilmu lain berkenaan wudhuk...digalakkan untuk dibaca;

*Wuduk menguji kesabaran


Kedua-dua artikel ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW dibawah yang bermaksud :

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu .
( Rawahul Muslim )

P/S : berwuduk dengan mandi lain tau..hehe

Isu ; cara mematikan Talifon Bimbit berbunyi ketika sedang Solat

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Telefon anda berbunyi waktu solat???Ada tak cara untuk mematikannya???Jangan risau,Islam agama yang mudah.Jawapannya ialah ada!.


Klik gambar dibawah untuk gambar yang lebih jelas










Sumber gambar:http://mr-tazkirah.blogspot.com/


Jelas cara diatas?Isu ini dipaparkan didalam blog kerana segelintir kariah yang terlupa untuk mematikan telefon sebelum solat berjemaah.Ini mengakibatkan kariah terganggu sewaktu solat apabila telefon seseorang berbunyi dengan kuat.Dahlah tu ,set up lagu handpone lagu sedih pula tu,tapi orang jadi sedih bukan sebab solat ,sebab dengar lagu. Lepas tu ,dia biarkan je hand phone dia "memekak".Sekarang ni dah tahu,jangan buat lagi.


"mesti ,mesti kena tutup hand phone ,sebab nanti menganggu orang lain tengah solat,alah, orang arab pun buat macamtu tapi dia tutup cepat-cepat hand phone dia,"ujar Imam Muhammad Bin Saad Al-Hafiz.

Monday, November 16, 2009

Beli!Beli!

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah hiwabarakatuh ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

VCD ini boleh didapati di Uptown ,Downtown ,Lefttown atau seangkatan dengannya ,

VCD ceramah ini memaparkan Ismail Kamus yang berceramah disurau Al-Amin.

Gambar Housing VCD ni tipu je.Jangan terpedaya,...heheeh


satu lagi,terdapat kesilapan dalam cd ini...ditulis dalam video CD ni "surau alamin seksyen 8" tapi sebenarnya "surau alamin seksyen 18"

Harap Maklum


Seorang kariah dari surau alamin terjumpa laman web yang memaparkan video ini...
Nah, selamat menuntut Ilmu...

Haji Dato Ismail Kamus - Wajah-Wajah Mayat


Ustaz Ismail Kamus - Wajah2 Mayat - For more amazing video clips, click here

Monday, November 9, 2009

Komik untuk Santapan Perut anda

Sila Klik pada Komik yang hendak dibaca untuk gambar yang lebih besar




Alpa

























Mesej : Jangan menegur seseorang itu tanpa usul periksa.( Entahlah,ada kena mengena ke mesej yang aku cuba sampaikan dengan komik yang aku buat ni? )







Jangan Lupa Lirik























Mesej : Anda mesti berusaha bersungguh - sungguh walaupun sedang gagal atau telah gagal atau hampir gagal atau separuh gagal atau...berapa banyak atau da...








Raya ; 24 atau 30 hari?

























Mesej : Berdoalah kepada Allah walaupun hanya mengadu seluar koyak kat tengah.( Bayar la RM 5 kat Tukang Jahit suruh dia jahitkan seluar korang yang terkoyak tu )




????tiada tajuk????
























Mesej : datang surau bukan kerana nak tidur ke nak baring.Tujuan utama kita datang surau sebab nak Solat,nak mendekatkan diri kepada-Nya .Tapi kalau da tertidur selama-lamanya dalam surau ,itu memang telah pergi mendekatkan diri kepada Nya







Tamborin
























Mesej : Bermain alat muzik untuk mendekatkan diri kepada Allah dibenarkan tetapi jangan menganggu orang lain kerana mungkin mainan alat muzik anda sumbang.Mungkin?siapa tahu?hehehe






Puasa ; 30 Malam Sudah




Solat terawih sunat sahaja.Solat wajib sila jemaah ...wajib bagi lelaki menurut ulama' tertentu..





Puasa ; Air Zam-Zam


Mesej: kifaayat meminum air zam-zam ialah berdiri menghadap kiblat.Tapi ingat.,,,jangan minum waktu siang bulan puasa...!!!





Seratus peratus Komik idea asal oleh Muhammad Irfan Bin Abdul Rani Bin Ismail Bin Abdullah