Monday, March 15, 2010

Kisah Pemuda dengan Sebiji Epal

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Alhamdulillah...kita sebagai umat Islam sewajibnya memiliki sifat Sabar...
kita hayati kisah Pemuda yang termakan sebiji epal....


( maafkan saya jika penyusunan cerita ini tidak teratur atau sedikit lari dari cerita asalnya )


Seorang pemuda yang bermusafir sedang lapar lalu terlihat makanan berupa sebiji epal bergolek hanyut di sungai . Lalu , dia mencapai buah tersebut dan memakan nya hanya beberapa suapan . Pemuda tersebut kemudiannya terfikir dari manakah sumber makanan yang telah dia makan .

Dia kemudiannya mengikuti arus sungai untuk memohon Halal pemilik buah keatas sebiji buah epal yang di makannya . Setelah berjumpa dengan Ladang yang dipenuhi dengan banyak buah Epal , dia mencari pemilik ladang tersebut dan ingin memohon ampun dan halal keatas makanan yang telah dimakannya .

Setelah berjumpa , dia memohon maaf atas kesilapannya itu .


" mashaallah , hebatnya dia ni , hanya sebiji epal sanggup datang begini jauh . " kata pemilik ladang .

Pemilik ladang tersebut tidak akan memaafkan dia kerana memakan sebiji buah Epal KECUALI jika dia bekerja di ladang epalnya yang besar selama 12 tahun
.Ada riwayat menyatakan ianya 8 tahun .Pemilik Ladang menyuruh Pemuda ini menguruskan ladangnya untuk menguji sejauh manakah iman dan tahap sabar pemuda tersebut .

Pemuda itu menerima tawaran tersebut dengan rela hati asalkan darah yang mengalir didalam badannya bukanlah Haram . Setelah
12 tahun bekerja , sekali lagi pemuda tersebut memohon maaf atas kesilapannya memakan sebiji buah epal yang hanyut di sungai 12 tahun yang lalu.

Namun , permohonannya untuk memohon maaf ditambah satu syarat lagi oleh Pemilik Ladang kepada Pemuda tersebut iaitu dia hendaklah mengahwini anak perempuannya yang tidak cukup sifat seperti PEKAK , BISU dan BUTA serta tidak cantik . Pemuda tersebut redho dan menganggap itu sebagai Jodoh dari Allah . Setelah dikahwinkan,Pemuda tersebut terkejut kerana tiada kecacatan pada Isterinya seperti yang dikatakan Mentua nya malahan wajah Isterinya cantik menawan dan berseri .

Mentuanya (Pemilik Ladang ) memberitahu
Pemuda tersebut bahawa inilah ganjaran yang Allah berikan hasil kesabaran nya selama 8 tahun bekerja . Pemilik Ladang tersebut juga memberitahu , apa yang dikatakan kepada anak mentua nya tentang anak perempuannya itu hanya lah Qiasan;

*Buta:Tidak pernah melihat benda yang kotor dan kemungkaran .

*Pekak :Tidak pernah mendengar benda yang keji .

*Bisu : Tidak pernah bercakap tentang hal yang menyakitkan hati atau sebagainya .

Persoalannya , siapa pemuda tersebut ? ya , jawabannya ialah Abu Soleh . Siapa pula Abu Soleh ? Abu Soleh ialah seorang ayah yang soleh kepada seorang anak yang soleh . Siapa anak yang soleh tersebut ? Tidak lain tidak bukan , anak yang dilahirkan setelah bernikah dengan perempuan ini ! Siapa ?

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani .

Cerita ini berlaku sebelum zaman Rasulullah S.A.W .

( Cerita ini adalah intipati Tazkirah Imam Subri Bin Abdullah , imam surau kawasan rumah penulis )

Inilah antara kehebatan kesabaran ....Jadi , ada orang nak nikahkan kita dengan anak nya yang cacat...terima sahaja lah...maybe dia nak test kita..tapi kalau benar... Kirim salam lah ek dengan pasangan korang tu.hehe