Friday, June 3, 2011

Ikhlaskan hatimu


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini saya nak kongsikan satu kisah berkenaan dengan ikhlas .


Ikhlas ni penting , Allah terima amalan yang ikhlas je . Amalan yang tak ikhlas , Allah tak pandang langsung .

Habib an-Najmi seorang murid kepada seorang Ulama' terkemuka yang bernama Hassan al-Basri .

Suatu hari , Habib an-Najmi ni menghidangkan makanan kepada Hassan al-Basri yang menziarahinya .

Tengah syok-syok Hassan al-Basri makan , ada seorang fakir miskin datang meminta makanan . Hassan al-Basri rilek je makan .

Habib an-Najmi ni lantas terus menyambar makanan yang dimakan Hassan al-Basri untuk diberikan kepada pengemis .

Hassan al-Basri terkejut ...

Tak lama lepas tu , ada sorang perempuan yang datang ke rumah Habib an-Najmi memberikan makanan . Allah Taala gantikan makanan yang diberikan pengemis .

Hassan al-Basri terdiam .

" Anda mungkin seorang Ulama' tetapi anda telah ketinggalan dalam kerohanian ." jawab Habib an-Najmi .

Hassan al-Basri tunduk berulangkali tanda setuju .

Suatu hari ketika Habib an-Najmi sedang solat , Hassan al-Basri berkebetulan sedang menziarahi . Timbul nawaitu nak jadi makmum kepada anak muridnya .

Hassan al-Basri kemudian terdengar bacaan Habib an-Najmi , banyak cacat celanya . Lantas , Hassan al-Basri terus cancel untuk bermakmumkan Habib an-Najmi .

Apabila Hassan al-Basri bermimpi pada malamnya ,

dia bermimpi mendapat firman Allah yang menyatakan jikalau dia mengikuti Habib an-Najmi lebih baik daripada solatnya seumur hidup kerana solat yang dilaksanakan adalah keikhlasan hati anak muridnya .

Ingat , Allah bukan hanya memandang luaran tetapi dalaman !

Wallahu'alam