Monday, July 18, 2011

Wanita Solehah Idaman lelaki


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Wanita yang solehah itu bila kita lihat dia , hati kita rasa tenang .

Bila suami lihat , suami rasa tenang .
Jadi tenang itu datang daripada mana ?

yang pertama , datang dari akhlak dia .


yang kedua , dalam keadaan wanita itu , sudah tentu berhias .


Suami balik rumah tengok ,

dia dalam keadaan bergincunya ,
dalam keadaan pipi merahnya ,
dalam keadaan bau yang sangat wangi ,

sudah pasti lelaki pasti gembira melihat wanita ini .
Inilah ciri wanita yang solehah .

Tetapi suasana yang didalam rumah itu dibawa keluar , maka wanita itu tidak jadi solehah lagi , dia jadi Tolehah ( sifat berlawanan dengan Solehah ) .


Kalau dia bergincu , dia bergincu hanya untuk suami tercinta .
Kalau dia nak berpipi merah , berpipi merahlah sebanyak manapun tetapi hanya untuk suami tercinta . Kalau dia nak memakai bau yang sewangi manapun , pakailah sebanyak manapun tetapi dia untuk suami tercinta .

Kalau ia digunakan didalam rumah , digunakan ketika bersama suami , maka dialah wanita solehah yang sejati . Tetapi kalau senjata itu dibawa keluar dari rumah , maka wanita tersebut akan menjadi wanita yang tolehah .


Itu kaedah mudah untuk kita ambil pengiktibaran .


Kalau kita lihat , harini ramai wanita wanita kita yang nak menambah nambahkan perhiasan perhiasan .

Telah kita sebut tadi , perhiasan-perhiasan yang dibenarkan untuk dizahirkan , hanyalah muka dan tapak tangan .
Ada khilaf dikalangan Ulama' yang mengatakan , termasuk muka ada perhiasan yang ada dimuka seperti celak .

Adapun gincu , tak pernah disebut oleh Ulama' boleh dizahirkan .


Namun begitu , kita tengok sebahagian daripada Ulama' kontemporari hari ini mengatakan bahawa , boleh gincu itu dilorekkan diatas bibir , tetapi sekadar untuk mengelakkan wanita itu nampak kusut masai .


Maklumlah , harini kalau wanita tak bergincu kita nampak macam mayat berjalan .

Jadi untuk elakkan orang kata macam mayat berjalan , maka letaklah sedikit sesuatu yang boleh mengilatkan bibir kita tetapi bukan sampai merah menyala . Sehingga boleh menarik perhatian lelaki .

Jadi , itu tak boleh .
Antara benda yang dibolehkan oleh Ulama' yakni memakai cincin , itu dibenarkan . Memakai cincin dan gelang ditangan .

Namun begitu , walaupun dibenarkan memakai gelang, gelang itu bukan diletakkan seperti mana diletakkan oleh wanita wanita , ( diatas pergelangan tangan ) tetapi kena letak diatas kain yang diatas pergelangan tangan .

Sebab kita kena ingat , tangan wanita termasuk dalam aurat dan ianya perlu ditutup .
Ada tak pengecualian , almaklumlah wanita zaman sekarang ni keluar bekerja , ada yang memengang jawatan tinggi tinggi , ada yang memegang jawatan rendah rendah , ada tak pengecualian kepada mereka ini , supaya mereka ini boleh berhias , tujuan untuk tugas .

Telah dinyatakan tadi bahawa , kita berbincang perkara ini , kita tak boleh pakai hawa nafsu . Kita mesti berdasarkan al-quran dan al-hadith nabi SAW .
Saya tak jumpa lagi , wanita boleh berhias kerana darurat kerna kerja atau sebagainya . Kita kena jelas , bahawa wanita itu asalnya duduk dirumah .

Cuma benar pergi bekerja atas alasan darurat . Maka bila keluar itu dhorurat , maka dia mesti menjaga , hak hak dhorurat itu sendiri . Jangan berlebih-lebihan .
Kalau pakai tudung , pakai tudung dengan cara yang betul .

Harini kita risau , wanita memakai tudung dengan cara yang tidak menepati syariat islam .
Tak bermakna memakai tudung tak menutup aurat .

Berapa ramai orang bertudung tetapi dianggap bertabarruj .


Tudung yang dibenarkan islam ialah tudung yang menutup paras rupa dan tutup dada mereka . Tudung yang dilabuhkan sehingga menutup dada sehingga menutupkan apa yang ada disebalik tudung itu , ialah tudung yang mengikut syariat .


Orang lelaki dia mampu mentafsirkan sesuatu yang tidak diduga .

Sebab itu wanita wanita mesti menutup kepala dan mesti menutup segala anggota .
Wanita bukan sahaja disuruh memakai tudung tetapi mesti dan wajib memakai jilbab . Rujuk surah al-Ahzab ayat 32 .

Apa itu jilbab ,

jilbab ini ialah satu pakaian , yang menutup dari hujung rambut sampai ke hujung kaki wanita .

Tetapi harini cuba kita lihat , mana wanita yang pakai jilbab ?
Baju kurung kita ni , boleh jugak kita ishtihar kan sebagai jilbab tetapi sayang , baju kurung dah menutup aurat , tetapi tak pakai stokin .

Kiranya , hujung kaki wanita adalah aurat , telapak kaki wanita juga aurat , tumit juga aurat . Sebab itu , jilbab yang diwajibkan keatas wanita ialah jilbab yang menutupi dari hujung rambut sampai hujung kaki .


Baju kurung orang Malaysia tak sampai kekaki , maka berkewajiban , untuk wanita wanita islam memakai stoking . Supaya tak nampak aurat .


Itulah batasan aurat , buku lali tak boleh tunjuk buku lima takpa . hehe


" Ustaz, Saidatina Aishah , dirias cantik oleh Asma' binti Yazid , semasa menyambut kedatangan Rasulullah SAW semasa perkahwinan mereka . Soalan saya , apakah agaknya keperluan , berhias dihari perkahwinan ? "


Kalau hari perkahwinan semua orang berhias , usahkan pengantin , bapak pengantin pun berhias juga . Siap ada juruandam lagi .

Peristiwa Aishah dihias oleh Asma' , ketika nabi bertandang sebagai seorang pengantin , ketika itu aurat tentang aurat tentang wanita belum diturunkan lagi .


Ayat tentang aurat wanita diturunkan pada tahun yang kesembilan hijrah . Sedangkan peristiwa itu berlaku sebelum .

Jadi , kita tak boleh mengambil dalil kepada peristiwa itu untuk mengatakan wanita boleh dirias secantik cantiknya ketika dia menjadi pengantin dan ditayangkan kepada khalayak ramai .


Pengantin mestilah kena cantik tetapi , pengantin dirias cantik untuk siapa ?
Yang bayar mas kahwin hanyalah suaminya sahaja . Maka yang berhak lihat kecantikan isterinya hanyalah suaminya sahaja .

Tak ada share holder yang lain .


Telah diajar kepada bakal-bakal pengantin bahawa bersanding tu tak boleh , tak mengikut cara yang islamik . Kalau nak bersanding jugak , kena bersanding dalam rumah .

Dihadiri oleh ibu dan bapa sahaja dan orang orang yang kita sebut sebagai mahram .


Ada sesetengah pengantin perempuan , mereka tidak bersanding , mereka menutup aurat , berkain putih , dan memegang bunga pergi melayan tetamu .

Itu tak salah , dengan syarat yang boleh dibuka ialah muka dan telapak tangan .

Wallahu'alam bissawab .