Wednesday, December 1, 2010

Ummu Salamah : Tiada Lelaki sebaik Abu Salamah !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Ummu Salamah berkata ;

" Ketika Abu Salamah meninggal dunia , aku sering bertanya kepada diriku sendiri , orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah . Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW . Pertanyaan itu sering aku mengulanginya lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri . "

Ummu Salamah berkata ;

" Baginda SAW mengutuskan Hatib Bin Balta'ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri . Lalu Ummu Salamah berkata lagi ; Aku sudah mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu ."

Jawab Baginda SAW ; " Mengenai anak perempuannya kita doakan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah SWT hilangkan rasa cemburunya itu . "

Berdasarkan kefahaman hadis ini , balasan Allah SWT atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah , ialah beliau dikahwinkan oleh Rasulullah SAW .

Wallahu'alam

Masjid Negeri Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( MSSAAS ) yang terletak di Shah Alam adalah masjid Negeri Selangor .


Kerja pembinaan masjid yang terletak di atas tapak seluas 35 ekar bermula 1 oktober 1983 .

Masjid yang dikenali sebagai "Masjid Biru" dalam kalangan pelancong ini mempunyai kombinasi seni reka bina tradisional Islam , Asia Barat , India , Barat dan ciri - ciri pembinaan Melayu .

Keunikan masjid ini ialah pada kubah besarnya yang mempunyai ukuran garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi dengan disokong oleh lapan tiang berbentuk empat segi .


Masjid ini mula digunakan pada Khamis , 3 Disember 1987 untuk solat Jumaat .

Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Sultan Selangor ; Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 Hijrah .

Wallahu'alam

Nama – Nama Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Nabi Muhammad SAW , memberikan nama kepada para Sohabat ;

* Abdul Rahman Abu Hurairah ; Bapa kucing kerana suka main kucing .

Satu ketika , sewaktu Nabi beri syarahan , terdengar bunyi "meow , meow " . Rasulullah bertanya ; dari mana datangnya bunyi kucing itu ? Abdul Rahman pun menjawab , dari lenganku ya Rasulallah . " Kamu suka sangat eh main kucing , apa , kamu ni Bapa Kucing ( Abu Hurairah ) . Itu kena sohabat , kalau kena kita , main ayam bawah kain , terus ayah kita cop kita "kamu ni Bapak ayam ? "

* Umar Al-Farauq – Pemisah antara Haq dan Batil .
* Abu Bakr As-Siddiq – Membenarkan segala macam sabda Nabi .

Nabi Musa sendiri pun memberi nama gelaran kepada Firaun , iaitu Abu Murrah .
Bahkan kita juga mempunyai nama lain , nama sudah sedap , mak bapak beri nama Khalid , panggil ? K !

Kalau yang perempuan pulak , dah sedap sedap nama Khadijah , pergi ke bandar namanya jadi Kay Thie . Sudah macam Cat T Cat dah .haha

Nama aku Irfan , orang panggil bob .

Contoh lain , Jin atau hantu .

Kalau yang mencuri tu , kita panggil Toyol .
yang melompat Pocong .
yang tinggi , Galah .
yang mati beranak , Pontianak . Wei , orang islam mati beranak masuk syurga , apa kes jadi pontianak ?

Ha , macam tu juga Fatihah .

surah Fatihah juga nabi ada beri nama gelaran .


Ok , apa itu al-Fatihah ?

Al-Fatihah itu ialah pembuka atau yang mula – mula .

Apa nama al-Fatihah ?

1 . Ummul Quran .

2 . Ummul Kitab

Dua nama ini diberi kerana ia mengandungi secara ringkas intipati al-quran .


3 . As-Sab’ul Mathani ( Tujuh ayat yang diulang bacaan ) didalam setiap rakaat solat .

Berapa surah Fatihah yang kita baca selama kita hidup ?

Umur umat nabi Muhammad bersamaan 63 tahun . Kita start baligh umur 15 tahun .
63 tolak 15 sama dengan 48 tahun . 48 tahun pula darab dengan 365 hari . Jawapannya ialah 17520 solat yang telah kita lakukan . 17520 darab dengan 17 fatihah , dapatlah jawapannya ialah 297840 surah Fatihah yang telah kita baca .

17 kali fatihah yang telah kita baca sekurang – kurangnya jika tidak musafir .


4 . Al-Hamdu – Segala Puji .

Nama ini diberikan kerana surah Fatihah dimulakan dengan memuji Allah .


5 . Al-Syifa’ / As-Syafiyah – Penawar

http://abuqawliy18.blogspot.com/2010/11/fadzilat-al-fatihah.html

6 . Asas Al-Quran .

Sebab dalam al-fatihah ada apa yang ada dalam al-quran .


7 . Al- Kaafiyah – Yang cukup .( dengan membaca surah ini sahaja ) . Kalau orang baru masuk Islam , tak tahu melainkan al-Fatihah dia boleh solat .

“ Tidak memadai Solat yang tidak disertakan dibaca padanya surah al-Fatihah ”


Hadith ni menyatakan bahawa solat tak sah kalau tak baca fatihah . Habis Ustaz , saya dah baligh , tapi tak reti – reti nak baca surah al-fatihah . Tak payah solatlah ? yelah , kalau solat , Allah dah tak terima ?

Memang betul anda tak payah solat , itupun kalau anda seorang yang majnun atau gila . Solat itu wajib pada umat islam yang cukup syarat .

Dalam hal ini , jika benar tidak mampu membaca surah al-fatihah , maka bolehlah membaca 7 jenis zikir atau doa .

Hadith Riwayat Abu Dawud menyebut ;

Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW mengadu bahawa dia tidak boleh membaca al-Quran . Maka , nabi pun mengajarnya menyebut ;

Subhanallah walhamdulillah wala ila hail lallah walllah hu akhbar
Wala haulawala quwwata illa billah .


Terdapat didalam beberapa kitab – kitab tafsir yang lain menambah nama – nama surah fatihah iaitulah ;

1 . Surah Minnati – Surah yang mengandungi cita – cita .

2 . Surah Mujziyyah – Surah yang memberi balasan .

3 . Surah Munjiyyah – Surah yang membebaskan daripada kesulitan .

4 . Suratus Saqalan – Surah Jin dan manusia .

5 . Suratul Majma’il Asma’ – Surah yang mengandungi nama – nama Allah .

Wallahu'alam bissawab