Sunday, August 8, 2010

Sekhusyuk Mana dengan Quran Tuhanmu ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Telah diriwayatkan bahawa Zurarah Bin Aufa , ketika sampai kepada Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Apabila sangkakala ditiup . " ( Al-Mudatsir :8 )

kemudian beliau jatuh lalu meninggal dunia .




Ibrahim an-Nakhaei ( atau Ibrahim Bin Adham ) setiap kali mendengar firman Allah SWT yang bermaksud ;

" Apabila langit bergoncang . " ( Al-Insyiqaq : 1 )

Aggota tubuhnya jadi gementar .




Abdullah Bin Waqid pernah berkata ;

" Aku pernah melihat Abdullah Bin Umar gementar dalam solatnya seperti ikan yang sedang dibakar ."


Sepatutnya macam itu lah hati seorang hamba , takut kerna janji Tuhan pasti berlaku . Abdullah Bin Umar merasa dirinya seorang hamba yang berdosa , hina dina dihadapan Allah SWT .

Sudah tentu makna setiap ayat Al-Quran berbeza kefahaman antara seseorang , sesuai dengan kefahaman setiap orang . Setiap orang mempunyai perbezaan faham mengikut tingkat fahaman yang ditentukan oleh tingkat ilmu dan kejernihan hati dan ini merupakan tingkat yang tidak terbatas .

Oleh itu , perlu untuk seseorang hamba itu mempunyai Haibah ( rasa takut ) bercampur Takzim ketika membaca ayat ayat suci Al-Quran dengan tartil ( mengatur bacaan dengan sempurna ) . Jangan baca terlalu cepat sehingga tidak terang huruf atau kata yang satu dengan lainnya .


Telah diriwayatkan bahawa an- Nakhaei , setiap kali membaca Firman Allah SWT yang bermaksud ;

" Allah sekali kali tidak mempunyai anak dan sekali kali tidak ada Tuhan lain beserta denganNya . " ( Al-Mukminun : 91 )

beliau akan merendahkan suaranya seperti seorang yang merasa malu menyebut Allah dengan sesuatu daripada Al-Quran .


Diriwayat Rasulullah bersabda bahawa kelak ( Akhirat ) akan dikatakan kepada qari Al-quran maksudnya ;

" Bacalah lembutkanlah suaramu , aturlah sebaik baiknya seperti dahulu kamu membacanya didunia . "

( Hadith Riwayat Abu Daud , Tirmizi dan Nasai )




Rasulullah SAW ada bersabda ;

" Sekiranya khusyuk hatinya , niscaya khusyuk pula anggota badannya "

( Hadith Riwayat Tirmizi dari Abu Hurairah )



Terdapat riwayat bahwa Abu Bakar bila berdiri dalam solatnya laksana patung , sedangkan Ibnu Zubair bagaikan sebatang pokok .

Ada juga mereka yang sangat tenang rukuk'nya sehingga kan burung hinggap di atasnya bagaikan benda mati....

maka , dimanakah golongan anda ???