Friday, January 21, 2011

Jubah Akatsuki



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/jubah-akatsuki.html

Ustaz,satu jubah ni diadaptasi dari anime. Jubah itu mempunyai gambar awan. Sedang jubah itu digunakan untuk meminta sesuatu selain daripada Allah. Saya syak benda tu sebagai jin . Wajarkah jubah itu digunakan didalam solat mahupun diluar solat? Ustaz boleh taip pada images "jubah akatsuki".




Jawapan;

Jika benar sebagaimana yang saudara katakan iaitu jubah itu dipakai oleh orang yang menjalankan upacara menyembah jin –dengan stail dan corak yang sama atau hampir sama-, tidak haruslah orang Islam memakainya –dalam solat atau diluar solat- berdalilkan hadis Nabi –SAW-;

من تشبَّه بقومٍ فهو منهم

“Sesiapa meniru satu kaum/golongan, ia dari kalangan mereka”

(HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Berkata Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Syarahnya (Faidhul-Qadier), hadis no. 8593).

Berkata Imam al-Qurthubi;

“Jika suatu pakaian telah khusus (menjadi identiti) orang-orang fasik dan orang-orang tidak berakhlak, dilarang orang lain selain mereka untuk memakainya kerana orang yang tidak mengenalinya akan menyangka ia (yakni si pemakai itu) adalah sebahagian dari mereka. Maka timbullah sangkaan buruk terhadapnya yang menyebabkan berdosa kedua-dua mereka iaitu orang yang menaruh sangkaan buruk dan orang yang menjadi sasaran sangkaan (kerana ia menjadi penyebab kepada sangkaan buruk itu)”.

(Faidhul-Qadier, hadis no. 8593).


Pada zahirnya pakaian itu kelihatan tiada sebarang lambang atau corak yang menyalahi Syarak. Namun jika benar dakwaan saudara bahawa ia dipakai oleh golongan yang meminta pertolongan dari jin , tidak selayaknya ia dipakai oleh orang beriman.

Adapun jika dakwaan itu tidak benar, ia kembali kepada hukum asal bagi perkara-perkara keduniaan dalam Islam (termasuk pakaian) iaitu harus.

Kaedah Fiqh yang diamalkan oleh para ulamak menyebutkan;

“Asal pada setiap perkara adalah harus selama tidak ada dalil Syarak yang melarangnya”.

Wallahu a’lam.


Rokok lagi !



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Alhamdulillah , saya nak share sikit cerita . Baru - baru ni , saya didatangi dengan seorang hamba Allah yang mengadu tak boleh berhenti merokok .

" Tolong aku , aku nak berhenti merokok , tolong aku . Tolong doakan aku . "

Errmmm , Alhamdulillah sekali lagi , ada keinsafan dalam diri insan ini untuk berubah ... saya tak ada masalah untuk doakan untuk kamu , bahkan untuk semua perokok tapi apa guna kalau saya berdoa tapi korang masih tidak mahu berganjak sendiri dari tompok yang lama .

Cuma , cuma ni la yang saya nak terangkan .

Macam saya kata , dah banyak kali saya sebutkan ,
untuk menjadi muslim yang mukmin ,

mesti ada 3 ,

apa dia 3 tu ?

1 . Ilmu .

2 . Yaqin .
3 . Amal .


Sekarang ni , kes hamba Allah yang merokok ni , kenapa susah nak berhenti . Nak mengamalkan budaya yang sihat . Tak tahu ke merokok tu haram ? Tahu dah .

Sebab apa kes macam ni boleh berlaku ?

Kita kurang yaqin dengan dosa pahala . Kalau kita yaqin sebenar benar yaqin . Inshaallah , benda ni boleh dielakkan . Masalah ni boleh diselesaikan .

Berapa ramai kita lihat , Ustaz - ustaz , imam - imam merokok . Bagaimana mahu memimpin para ma'mum sedangkan diri sendiri pun tidak terpimpin .

Sedangkan Fatwa Kebangsaan Malaysia 1995 kalau tak silap la telahpun mengharamkan rokok !

Antara kandungan yang terbaru rokok yang dijumpai oleh Profeser Sydney , Simon Chapmon ialah darah khinzir . wow ! Masih nak memakruhkan lagi ?
Bukankah daging khinzir itu haram dimakan ?

Nak hisap yang makruh , hisaplah rokok daun . Lagipun , hargapun murah .

Mereka yang merokok ni pun , saya paham , ada nawaitu untuk berhenti . Tetapi , apakala nafsu menjadi Tuhan , mereka terumbang ambing dalam kegelapan duniawi .

Maka , benarlah kata - kata Nabi Allah Sulaiman A.S ;

" Menjaga nafsu itu lebih sulit daripada membina sebuah kota ."

ni bukan Haji Leman sebut , Nabi Sulaiman yang sebut .


Saya nasihatkan dia , kalau sungguh kau nak berhenti , alhamdulillah , silakan .

Saya nasihatkan dia , kau jangan rapat dan lepak sangat dengan kawan - kawan kau yang berperangai negatif !

Cuba korang menguap , antara orang sekeliling kau pasti aku TERmenguap sekali . Wallahu'alam , Myth Buster kata benda ni palsu .

Kalau betul , Alhamdulillah , kalau salah pun alhamdulillah .

Makna kata , bila kawan kita buat jahat , kita pun pasti "nak try lah" .

Kebetulan , hamba Allah yang mengadu masalah ni pun berstatus remaja yang darahnya masih panassss dengan sifat ingin mencuba .

Kalau cara begini tak berjaya , kita ada alternatif lain .

Sekarang ni , ubat-ubatan banyak boleh membantu kita mengurangkan kita ghairah kepada rokok . Makan lah niQuitin .

" ustaz , niQuitin ni sesetengah orang kata ada unsur dadah . Bila makan satu nak lagi . Harga pun mahal "

Dadah pulak , macam macam hal lah .

Ok , kalau cara tu pon tak boleh ,

Saidina Umar ketika dilanda musibah kemarau , tak ada makanan , apa yang beliau buat ?


Saya bagitau ni , dan saya rasa , kita semua patut cuba ..

Apa yang Saidina Umar buat bila lapar tak ada makanan ?

Ikat perut .

simple but berguna dunia akhirat .

Kalau itu pun tak jalan , boleh jalan la . haha . Kalau tak boleh jalan cara tu ,

PUASA ! hanya puasalah mampu mengekang nafsu kita .

Kalau tu pon tak boleh , " there is no alasan tu change " .

Cuba , inshaallah Allah akan membantu perjuangan anda . Niat kena betul , kerana Allah bukan kerana yang lain .

Wallahu'alam bissawab .