Tuesday, November 23, 2010

disebalik piring U.F.O ? Manusia , Jin atau Alien ?




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

artikel oleh Ustaz Kazim Elias al-Hafiz yang telah diolah .




Ustaz , saya nak tanya lagi . Boleh tak ? hehe Bagaimana pula dengan piring terbang UFO atau lebih mesra panggil dengan nama makhluk Asing ? Wujud atau tidak ?

Kau lagi ? tak mengapa , silakan bertanya .
piring terbang milik unidentified flying object atau UFO wujud atau tidak ?

Perlu ke saya jawab ?haha

Ya , tidak ada juga . Apa yang tidak ada ? piring terbang UFO !

Tidak wujud sama sekali .
Allah dah jawab dalam surah Luqman ayat 20 ;


Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Yang terbang dilangit itu Allah kata manusia . Bukan jin atau alien .


Ya , propaganda Yahudi untuk umat islam menolak satu ayat daripada al-quran dari surah at-Tin ayat 4 ;

Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

" Oh , hebatnya Alien . laju betul kapal terbang dia . Kapal terbang kita baru nak terbang dah jatuh . Mesti alien ni bijak ."

Ianya teknologi gambar semata - mata !

Dalil lagi ? kali ni saya bagi ikut logik . Sky Hawk yang laju tu tak dapat kejar piringg terbang UFO . Bahkan kereta kancil pun tak dapat kejar .
Bayangkan betapa lajunya piring terbang UFO uh ?

haha
Bahkan Radar paling canggih pun tak dapat detect .

Jadinya , tidak ada piring terbang UFO . Fullstop .haha


Tetapi , Alien ? ada riwayat mengatakan ianya JIN !





Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan DiaMaha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.
Asy-Syuura 42:29

Siapakah makhluk makhluk yang melata ? yang hidup di langit dan bumi ? Wow !
Mungkin inilah Alien !

Hamka didalam Tafsir Al-Azhar , mentafsirkan daabah sebagai segala yang hidup , merangkak , merayap dan berjalan menggunakan kaki .

Hamka menyatakan ayat ini menunjukkan hidupan diluar bumi . Beliau berkata ;

" Binatang yang melata bukan sahaja wujud di bumi , tetapi ia wujud di langit ."

Said Hawa didalam al-Asas fi al-Tafsir mempunyai dua pendapat tentang ayat ini .
Pertama ;

Mengenai wujudnya hidupan dikosmos ini .

( Tak ada kena mengena dengan Ultraman Cosmos )


Kedua ;

diBumi sudah ada hidupan seperti jin , manusia dan pelbagai jenis binatang . Begitu pula di langit , hidupan nya dalam bentuk para malaikat .

Kesemuanya sudah bertebaran dilangit dan dibumi mengikut ketetapan Allah .

Pendapat yang kedua ini adalah selari dengan tafsiran yang dimuatkan didalam Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir . Secara dasarnya , berpandukan ayat ini , Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan diluar bumi sama ada di sistem suria ataupun kosmos secara umumnya .

Wallahu'alam

Fatimah mengidam Sebiji Buah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Fatimah , isteri Saidina Ali mengidam buah Epal . Almaklumlah perut dah "membesar" nak melahirkan anak .

Ali ni pulak penyayang ..mana boleh tahan dengan permintaan isteri..Kita macam tu jugak tapi bila dah tua ..isteri mintak kita buat pekak badak . ( badak pon tak pekak ) .

Maka Ali pun beli lah akan buah Epal itu ... Ali beli satu je sebab Ali bukannya kaya harta tapi kaya jiwa...haha..Masa beliau on the way balik ...terserempak dengan seorang yang sangat miskin . Akibat kasihan , Ali membelah epal tu separuh untuk isterinya dan separuh lagi untuk si Miskin .

Ali pun meneruskan perjalanan melalui highway lalu terserempak pula dengan seorang yang tersangat lapar sudah tiga hari tak makan . Maka balance buah epal itu Ali beri kepada Hamba Allah tersebut .

Persoalan : Berapa bijikah buah epal yang berada digengaman Ali ???
Kalau semua share dah bagi kat orang lain ...apa yang tinggal ? Habuk pun takda lah.ahaha.

Hatta pulanglah Ali kerisauan mengecewakan Fatimah . Bila sampai di rumah Ali meminta maaf kepada Fatimah lalu diceritakan akan peristiwa yang menimpa dirinya sewaktu pulang ke rumah .


" Tidak mengapa abang...ada hamba Allah dah bagi bungkusan buah epal tadi . " jawab Fatimah .

subhanallah ..menarik tak kisah ni ? sekejap..sabar dulu..kisah ni tak habis begitu sahaja...

" Benarkah begitu Fatimah ? Bagi abang lihat bungkusan Buah Epal tu . " Maka Ali melihat inti bungkusan tersebut lalu berkata ... " Eh , mana lagi sebiji buah Epal ni ? Abang tengok ada sembilan biji je ? "

" Hehe , saya dah makan , " jawab Fatimah ringkas.

Ha, hebat tak hebat Ali ? macam mana dia boleh tahu dalam bungkusan buah Epal tu ada sepuluh biji ? begini...Ternyata Ali orang yang berkeyakinan . Ali membantu 2 Hamba Allah tadi dengan yakin dan ikhlas .
Sesuai dengan Hadith ;

" Setiap satu kebaikan akan dibalas sepuluh kebaikan ..."

Ada riwayat mengatakan buah itu ialah buah delima bukan buah epal .
Adapun riwayat lain menyatakan , bungkusan itu diberi kepada Saidina Ali sendiri sewaktu Fatimah sedang kesedihan tak dapat apa yang diidamkan .

Turun satu malaikat menyamar menjadi lelaki yang hots beri bungkusan kepada satu sohabat . Khabarnya ianya bernama Salman Al-Farisi . Salman alFarisi berasal dari negeri Parsi bukan Paris .haha .

Akhirnya Salman beri kepada Ali . Ali check dalam bungkusan , ada 9 biji buah delima je .

"Aku tak nak terima ini buah . Allah janji nak balas 10 tapi ni ada 9 biji je ."

Salman pun berkata ; wahai Ali , aku dah cukai satu ."

kelakar pun ada diorang ni .haha

Macam tulah kisahnya ..

Adapun , sesetengah riwayat lagi menyatakan , malaikat itu sendiri menghantar bungkusan itu dengan wajah seorang lelaki yang Hot .hehe

Wallahu'alam

Dinasour .. Roar !






Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , ada tak dalil dalam quran atau hadith tentang kewujudan dinasour ?

Wallahu'alam , saya tak terjumpa lagi pun dalil tu .

Bagaimanapun , kajian ahli - ahli pengkaji menyatakan ianya wujud berdasarkan penemuan rangka - rangka makhluk bernama dinasour .

Ingin saya tekankan , terdapat sebilangan saintis barat menyatakan burung itu berasal dari dinasour . Ini tidak benar . Bahkan mereka tidak mengkaji pendapat mereka . Burung - burunglah , dinasour - dinasour ! jangan campur .

Ada tak readers dengar seekor ayam jantan beranak keluar angsa ?

jap , jap .. ayam jantan ? beranak ? hehe

Saya tanya , ada tak readers dengar ayam betina bertelur keluar angsa ? tak pernah bukan ?




Ok , soalan pertama Ustaz dah menang . Ustaz kata tadi wujud kan dinasour ? Ok , saya nak tanya lagi . Possible atau tidak , wujud dinasour pada zaman Adam A.S ?

Nak tahu jawapannya ? Tidak ada !

Seperti yang tersedia maklum Allah telah menghantar utusan , atau seekor makhluk yang bernama komet untuk menghancur dan mempupuskan dinasour . Sebab apa ?

Silalah rujuk surah al-Baqarah ayat 30 .

Allah kata Allah nak ciptakan khalifah dimuka bumi ini .

Khalifah disini bererti pengurus yang baik , menguruskan bumi tanpa sebarang gangguan .

Cuba anda bayangkan , kalau Nabi Adam nak buat rumah . Rumah dah siap , tiba - tiba kena pijak atau kena langgar dengan dinasour . Seksa beb ..

Tak percaya ? Cuba tengok Ultraman .



Ustaz , ustaz .. saya tak puas hati . Saya nak tahu satu lagi jawapan . Ustaz jawab tau ! ni , di Russia , orang sana ada terjumpa sebiji telur barangkali telur dinasour . Boleh tak kita menghidupkan yakni menetaskan telur tu ?

Er , er .. janji eh ni last soalan.hehe

Betul atau sahih itu telur dinasour ? mungkin itu telur burung unta ke ? haha

jawapannya ialah .. jeng jeng jeng ..

Tidak boleh , walaupun Malaysia boleh !

dalil ?




Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

( Surah al-Baqarah ayat 106 )

Wallahu'alambissawab ..

Sekian ~