Sunday, December 5, 2010

Qada Zakat Bapa yang Almarhum


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Apakah yang wajar dilakukan oleh anak - anak apabila mengetahui bapanya yang baru meninggal dunia tidak pernah mengeluarkan zakat harta walaupun sekali sepanjang hayatnya ?


Alhamdulillah , mujurlah simati mempunyai anak - anak yang ada kesedaran untuk berzakat . Ini kerana , orang yang sengaja enggan menunaikan zakat sepanjang hayatnya sedangkan dia sudah mencukupi segala syaratnya , maka dia dianggap berhutang dengan Allah SWT bahkan berdosa besar , wal 'iyazubillah .

Untuk itu , anak anak atau waris si mati wajib mengqada zakat harta tersebut .

Bahkan menurut kitab Mastika Hadith Jilid 3 ;

" Orang mati yang masih belum membayar zakat , maka zakat itu wajib dikeluarkan daripada hartanya sebelum membayar hutangnya sesama manusia dan sebelum melaksanakan wasiatnya dan bahagian waris-warisnya . "

Hal ini sejajar dengan apa yang diterangkan oleh sebuah hadith Nabi SAW ;

Dari Ibnu Abbas R.A , bahawa Rasulullah SAW bersabda ;

( Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar ) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan .

( Riwayat Bukhari dan Muslim )