Monday, December 14, 2009

Menyampaikan Ilmu Satu Kewajipan


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Mendengar kuliah wajib,menyampaikan kuliah wajib , untuk menjadi golongan Ulul Albab

Allah SWT telah berfirman,


dalam surah Al-Baqarah ayat 159 yang bermaksud ;
"Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan , diantara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam Kitab, nescaya mereka itu dikutuk Allah dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya"

( Tafsir Quran Qarim 30 JUZU Prof.Dr.H Mahmud Yunus )



dalam surah Ali Imran ayat 187 pula Allah berfirman kepada Bani Israel yang tempiasnya terkena kepada Umat Islam yang bermaksud ;
"( Ingatlah ) ketika Allah mengambil janji orang-orang ahli kitab ( iaitu ) :Hendaklah kamu terangkan Kitab kepada Manusia dan jangan kamu sembunyikan , lalu mereka lemparkan perjanjian itu dibelakang punggungnya ( tidak menepati janji ) dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat barang yang mereka jual itu."


( Tafsir Quran Qarim 30 JUZU Prof.Dr.H Mahmud Yunus )


2 ayat diatas menerangkan bahawa betapa pentingnya kita menyampaikan ilmu.Tak kira lah kita ni siapa ...Pembawa teksi ke, Kelindan Lori ke, Penyapu ?hehehe...tukang sapu ke..ada pangkat ke ...takde pangkat ke...menyampaikan ilmu itu diwajibkan kepada umat Islam...siapa yang baca ilmu agama diblog ini dan dia tak sebarkan ilmu itu maka tanggunglah dia akan dosa tersebut.Hikmah ilmu disampaikan kepada orang lain adalah kerana mungkin orang lain yang mendengar lebih faham akan ilmu tersebut lebih daripada orang yang menyampaikan ilmu tadi...ini adalah intipati hadis nabi ye...

Kalau dah menyampaikan ilmu pun wajib apatah lagi menuntut ilmu...
mari kita hayati bidalan orang Arab ;

Dalam banyak-banyak makhluk , Allah jadikan manusia paling sedikit ,
Dalam sedikit manusia itu sedikit yang berilmu,
Dalam sedikit manusia yang berilmu sedikit pula amalnya,
Dalam sedikit manusia yang beramal dengan ilmunya sedikit pula dia menyampaikan ilmunya.
Dalam sedikit manusia yang menyampaikan ilmunya sedikit pula ikhlasnya.

bermakna ,

ilmu tanpa amal dan penyampaian serta ikhlas ibarat pohon tidak berbuah



"intipati tazkirah Imam Shahreem Bin Ibrahim,Imam Besar Masjid Nadhah Al-Islam"

Nah , baca artikel ni berkenaan jihad dengan ilmu dan dakwah

Sesuai dengan hadith nabi ;
" Sampaikan lah daripada aku walaupun satu ayat "


P/S : ilmu mengorat perempuan cun bukan dari ilmu Islam yer...haha