Wednesday, June 2, 2010

Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kita seringkali "mengumpat" Yahudi Laknatullah...Boleh ke tak kita bercerita kan tentang Yahudi ni sebenarnya?????


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".

Maka , jawabnya boleh …Cuma ..janganlah sampai nak kaji alat sulit diorang..itu melampaulah..haha

Diceritakan juga ..yahudi ni..hati dia ..pergh..sekeras titanium.haha..sebab memang tak nak dengar kata walaupun dah ada bukti yang sangat jelas...

Asal Yahudi ???
Kita asal dari kampung . Kampung kita , syurga. . Moyang kita ? Adam A.S
Kita satu keturunan dengan Yahudi… pecah keturunan kemudian…
Macam Nabi Muhammad , asal dari Nabi Ibrahim …Nabi Ibrahim lahir Nabi ismail lahir pula Nabi ishak … Nabi Ismail lahirkan bangsa arab …Nabi Ishak lahirkan bangsa Bani Israil ..bermakna ..kita dengan Yahudi itu bersaudara…

Apakah itu Yahudi ?
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

Apakah Israel ?
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Ada juga pendapat bahawa IS itu bermaksud Hamba dan RAEL itu pula bermaksud Allah …



Kisah kedatangan Yahudi ke Palestin

Ada kisah yang tercatat dalam Quran … ketika Nabi Musa dan Bani Israil lari dari Firaun … lalu mukjizat berlaku…laut merah atau ( persisiran ) teluk suez terbelah setelah Musa berdoa ……Nabi Musa dan Bani israil selamat menyeberangi laut tersebut dengan selamat . Lalu , ketika Firaun sudah sampai dipertengahan laut , laut merah bercantum semula…Firaun memohon taubat tapi sudah tidak diterima lagi taubatnya…

Dipendekkan cerita…

Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.


Dipendekkan cerita lagi… setelah kewafatan Nabi Musa …tampuk kepimpinannya diganti oleh anak muridnya yang bernama Yusha’ Bin Nun, juga seorang nabi . Kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel lah faktor mereka berjaya memasuki tanah Palestin.


Dalam Quran terdapat banyak cerita tentang Israil ni…

Contohnya ayat 122 surah yg ke2 … ayat yang selalu dilafazkan didalam solat oleh Imam Muhammad al-Hafiz

Ya baniii israaail laz kurunik’matiyallatiii an a’m tu alaikum ..
Wa anni Faddhol tukum a’lal a’lamin

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

Dan lain2…


Apakah layak Israel memerintah ?

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia. – Surah An Nisa ayat 53

Kita tengok sekarang..Ya Allah..bermacam macam jenis penderitaan makhluk Asing ni "mengusik" umat Islam diTanah Suci Palestin..setiap hari...mereka memang tak layak ,,..cukup tak layak mentadbir bumi ini!...

Kita seringkali tertanya tanya , kenapa Palestin yang dikecam Yahudi ???
Dalam persoalan ini , menurut kajian , Palestin dahulunya negara Islam yang melanggar syariat...maka Allah memberikan bala kepada negara mereka...Wallahualam...
Malaysia kemungkinan tak lama lagi jika keadaan sosial kita masih dalam keadaan sebegini teruk...
Apapun , jika kita dilanda musibah..maka...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Allazi na iza asobathum musibatun qolu ; innalillah hi wa inna ilaihi rojiun...
Surah AlBaqarah ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Entri ni saya ceritakan secara ringkas ( banyak copy paste ..haha ) ..jadi.kalau nak lebih mendalam...maka .."membaca amalan mulia" haha...apapun..suka saya nak sebut..tajuk buku ni... Bani "IsRael Is not Real!!!"