Thursday, April 7, 2011

Kenali Nafsu


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Apa itu nafsu ?


atau siapa itu nafsu ?

Nafsu ialah tempat terkumpulnya kejahatan dan keinginan .

Imam al-Ghazali menggambarkan nafsu itu ibarat kuda .

Kuda kalau liar , kita memang cukup susah nak tunggang , tapi kalau dah jinak , senang tak nak bergerak pergi mana - mana ?

Kita kena kenal , kita kena tahu , ada beberapa peringkat nafsu , antaranya ialah ;



1 . Nafsu Ammarah ;

Nafsu tahap tinggi . Nafsu paling jahat dan hina . Nafsu nak berzina kat sini . Nafsu nak membunuh kat sini . Banyak lagi lah benda- benda jahat .

2 . Nafsu Lawwamah ;

Nafsu yang suka mencela diri sebab sedar diri tu sentiasa berdosa .

Kalau kita main penalti atau main black jack lah ( tanpa judi lah .haha ) . Bila kalah je hentuk kepala . Cuba kita pikirkan kenapa jadi macam tu ?

Sebab tu , kat neraka , antara azab yang Allah Taala bagi kepada mereka yang sengaja meninggalkan solat ialah ketuk kepala dengan batu yang sangat besar .

Mengapa diorang macam tu ? sebab diorang rasa bodoh .

aduh , main penalti yang begitu senang pun aku tak dapat gol . bodoh betul .

serupa kat neraka .

aduh , solat lima waktu yang satu waktu lima minit tu pun aku tak mampu buat . bodoh betul .

Berbalik kepada topik ,

orang yang macam ni , percaya atau tidak , hati dia boleh dilentur , sangat cair bila kena majlis muhasabah diri atau majlis ilmu .

Tetapi , ada tetapinya jugak , dia juga tidak selamat bila berhadapan dengan maksiat .

Inilah nafsu ! Nafsu macam ni memang tak selamat jika berhadapan di kampung akhirat . Tetapi , ianya boleh diubah melalui sekarang !


3 . Nafsu Mulhamah ;

Nafsu ni memberi ilham kebaikan untuk menjadi insan yang lebih baik .

Dia tak nak buat dosa , tetapi kadang - kadang , secara tak sedar terbuat dosa jugak . Tak dapat dielakkan .

Contoh , kalau kita nak balik ke kampung , kena lalu tol kan ?

Orang perempuan yang jaga tol tu , ada yang tak pakai stongan .
Apakejadahnya stongan ni ?

stokin kat tangan lah . haha . atau pun sarung tangan sekali .

so , bila nak bayar duit syiling tu kadang - kadang kita terkena jugak tangan dia yang aurat .


4 . Nafsu Mulhamah ;

Nafsu ni hasil melawan nafsu yang jahat .

Latihkan diri tu secara istiqamah untuk dapat nafsu sebegini .

Bukan sahaja seronok melakukan kebaikan , tinggalkan kejahatan pun dia rasa seronok . Kita tak akan rasa benda ni , kalau dunia ini kita letak dalam hati .

Kita lihat as-Syeikh As-Syahid al-Imam Hasan al-Banna meninggalkan dunia ketika mempertahankan islam . Masa jenazah hendak dimandikan , terdapat kesan air mani .

Sesiapa yang dah pernah malam pertama atau dia dah terlanjur dengan ''permainan tradisional" ni pasti tahu rasa keluar air mani .

Maksudnya , Syeikh ni meninggalkan dunia dalam keadaan nikmat . Wow , hebat !

Wallahu'alam