Thursday, December 3, 2009

Rokok,Jalan pintas ke Neraka???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad








Hukum merokok Haram !

Ketahuilah sahabatku setiap perbuatan itu menjadi sia-sia yakni tiada keberkatan apabila ianya dilakukan tanpa menyebut " Bismillah hirrahman nirrahim " yakni bermula dengan kalimat kerana Allah...

kalau orang merokok baca nama Allah,niatnya hanya untuk mempersenda Islam...
renungkanlah...




menarik kan gambar ni...renung maksud sebenar gambar ni...



Ada ke ayat larangan Allah terhadap Rokok ?
Ada , !!! Allah SWT telah berfirman dalam surah Al - Baqarah ayat 195 ,




Maksud nya ;
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.





Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

memang benar..rokok itu memudaratkan diri dan orang lain.

kalau kita ada baca , kajian yang dikaji oleh pakar di Amerika , penyakit - penyakit yang disebabkan rokok seperti sakit jantung dan barah menjadi punca kepada 40 000 kematian dalam kalangan golongan dewasa SAHAJA di AMERIKA SAHAJA setiap tahun .

Kita dilarang untuk memudaratkan diri mahupun orang lain ,

bersabda Nabi ;

" dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin ataupun menipunya "

Rasulullah juga melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan...


Ada pula manusia yang menjadi penglipu lara terhadap gambar kempen
TAK NAK ROKOK ...


Nak tahu apa yang dijenakakan???

"memang lah orang tak nak rokok tu sebab rokok tu sudah patah "

sungguh "bijak" orang ini....dimanakah letaknya maruah mereka ???







5 "HIKMAH" merokok :

* mendaftarkan diri ke Neraka .
* memberi makanan kepada Jin.
* menaikkan nafsu marah.
* membelanjakan harta kearah yang dimurkai Allah.
* menyebabkan doa tidak makbul.

harap anda faham maksud sebenar 5 Hikmah ini...
Saya menyeru sekali lagi ..JAUHILAH kekasih mu ROKOK




menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) , rakyat Malaysia menghisap 14.5 bilion batang rokok pada tahun 1985 berbanding dengan hanya 9 bilion pada 1973 . Perbelanjaan yang dikeluarkan berjumlah lebih kurang Rm 1.5 Bilion .

Membeli rokok adalah boros , adakah Allah suka akan boros?

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. "

( surah Al Nisa ayat 17 )

Jawapannya : TIDAK!!!





kalau kita baca ayat dibawah ini pula , menerangkan bahawa kita tidak boleh membiarkan duit yang kita bazirkan ( dengan membeli rokok ) kepada kafir laknat untuk menentang UMAT ISLAM ,

.....Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
( surah alMaidah ayat 2 )




"Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. "
( surah An-Nisa ayat 29 )

janganlah mengikuti hawa nafsu mu....



Ok, hukum kita dah tahu..sekarang , Ulama manakah yang mengaramkan Rokok ???

antara Ulama yang mengharamkan rokok ialah ;

Ulama dari mesir ,
* Syeikh Ahmad asSanhuri
* Syeikh Ibrahim al Liqani
* Syeikh Yusuf al-Qadrawi

Ulama dari Morocco ,
* Syeikh Abdul Ghaiyh alMaliki

Ulama dari Syria ,
* Syeikh Najmuddin Bin Badruddin

Ulama dari Yaman ,
* Syeikh Ibrahim Bin Jam'an

Ulama dari Mekah dan Madinah ,
* Syeikh Abdul Malik al-Isyami
* Muhammad Bin 'Alamah


Yusuf Al-Qadrawi pernah ditanya mengenai hukum merokok ,

Yusuf Al-Qadrawi dalam fatwa muasirat berkata ;
" daripada penjelasan yang diberikan saya berpendapat pandangan yang menghalalkan merokok adalah tidak dapat diterima sama sekali malahan pendapat sebegitu adalah salah .
Justeru , kita hanya mempunyai 2 pilihan hukum , makruh atau Haram . Berdasarkan kajian terkini , penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujah ."

Untuk lebih huraian di Facebook , sila klik Soal jawab Rokok