Sunday, March 8, 2009

Nabi Muhammad SAW ; PeribadiRasulullah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Maulidur Rasul 1430hijrah 12 Rabiul Awal bersamaan 9 Mac

Salam Maulid Nabi kepada semua pengunjung Surau Al Amin Shah Alam 18 blogspot. Ayuh mari kita jadikan Junjungan Nabi kita sebagai suri teladan dalam kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasul sekalian alam juga kepada para Sahabat dan Ahli Keluarga Baginda seluruhnya.
Mari kita kongsikan antara beberapa peribadi dan akhlak Rasulullah S. A. W buat pedoman kita mengharugi sisa-sisa usia kita untuk menjejaki kehidupan yang abadi nantinya.
Sesungguhnya Akhlak Rasululullah ialah Al quran.Ulama bersependapat akhlak Rasulullah ialah dalam surah Al Mukminun...

1) Baginda bersolat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8)Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak- kanak
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. "

(surah al-Ahzab : 56)



4 Syafaat Malaikat Kanan Bagi Meraka Yang Berselawat


Rasulullah Sollallahu a'laihi wassalam telah bersabda : "Malaikat Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail A'laihissalam telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A'laihissalam : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang berselawat ke atas mu sebanyak sepuluh kali setiap hari, aku akan pimpin tangannya dan akan bawa dia melintasi sirat sepantas kilat yang menyambar."


Keterangan:

Bukankah kalian tahu bagaimana keadaan Titian Sirat.Dibawahnya Neraka.Panjangnya titian Sirat 1500 tahun akhirat(Wallahualam).Berbagai keadaan orang melintasi Titian Sirat.Ada yang merangkak,berpaut suami isteri dan bermacam-macam keadaan lagi.Oleh sebab itu,Jibril akan memimpin Orang yang berselawat kepada Baginda SAW.


Berkata pula Mikail A'laihissalam : "Mereka yang berselawat kepadamu,akan aku beri mereka minum air dari telagamu."

Keterangan :

Bilakah Malaikat Penyampai rezeki ini memberi orang yang berselawat minum air dari telaga Nabi Muhammad?Apakah fungsi telaga itu?Jawapannya;Mikail akan memberi kita minum air dari telaga KAUTSAR yang pabila kita minum tidak akan dahaga selama-lamanya.Bila?Apabila orang yang berselawat merasa dahaga bila berada di padang Masyar yang panas terik...


Berkata pula Israfil A'laihissalam : "Bagi mereka yang berselawat kepada mu,akan aku sujud kepada Allah SWT dan tidak akan aku angkat kepalaku melainkan Allah SWT mengampunkan dosa orang yang berselawat itu."

Keterangan :

Doa Malaikat akan Allah makbulkan...Lagipun,Israfil inikan Malaikat Kanan (rapat dengan Allah).


Berkata pula Izrail A'Laihissalam : "Bagi mereka yang berselawat ke atas mu, akan ku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya sepertimana aku mencabut ruh para nabi."

Keterangan :

Terlalu pedih sakarat Maut...ibarat 70 panahan anak panah menembusi satu badan sekaligus.Itu Nabi...Kita?Oleh itu selawatlah kita kepada Nabi Muhammad SAW.Mudah-mudahan mati kita dengan mudah dan kurang kesengsaraan.Amin



Wallahualam