Monday, May 24, 2010

Hakikat Khusyuk dalam Solat


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Daripada segi bahasa , kata khusyuk diertikan sebagai tunduk , rendah hati , takluk dan tunduk hati ataupun tunduk badan . Khusyuk , sekiranya dikaitkan dengan suara , bererti diam dan sekiranya dihubungkan dengan pandangan mata , bererti rendah . Menurut pengertian syariat , tunduk itu ada kalanya dalam hati atau dengan badan seperti diam atau kedua - duanya .

Khsuyuk bererti jiwa raga tunduk dan penuh taat dalam mengerjakan solat di hadapan Allah . Raga tenang dan merunduk keana berasa rendah diri di hadapan ALlah . Semua ini dapat dilakukan apabila seseorang itu berasa di bawah pengawasannya .

Secara sederhana , Thalib membahagikan khusyuk kepada dua bahagian ;

1. Khusyuk lahiriah , iaitu melakukan gerak geri solat dan ucapannya sesuai dengan tuntutan dan ajaran Nabi Muhammad .

2. Khusyuk bathiniah , iaitu melakukan solat dengan hati penuh harapan , cemas , takut , berasa ihsan atau diawasi dan suasana mendorong terciptanya perlaksanaan lahir batin dalam melakukan solat yang khusyuk .


A'lim Ulama' menjelaskan bahawa hakikat khusyuk yang antara lainnya mencakup ;

01. Imam al-Ghazali
;
* kehadiran hati
* Mengerti apa yang dibaca dan dilakukan
* Mengagungkan Allah
* Berasa gentar terhadap Allah
* Berasa penuh harapan kepada Allah
* Berasa malu padanya

02. Ibnu Abbas ;
* Takut mati ,
* Tenang anggota badan dan hati

03. Ali Bin Abi Talib ;
" khusyuk itu tempatnya dihati , dan yang mesti khusyuk itu adalah hati itu sendiri ."

04. Ibnu Kathir ;
* Membulatkan hati untuk solat
* Menghindarkan soal lain
* Utamakan solat dari hal-hal dunia .

05. Ibnu Araby Allah ;
" Tunduk , merendahkan dan menghinakan diri di hadapan Allah SWT ."

06. Al-Ustaz Ahmad Mustafa ;
" Merendahkan diri , takut , tetap dan tenang anggota badan dan hati semata- mata kerana Allah S.W.T ."

07. Syeikh Tantawi dan Jauhary ;
* Merendahkan diri dan tunduk , tidak berpaling kanan mahupun kiri .
* Tidak menggerakkan tangan keika solat .
* Hanya memusatkan kemahuan dengan hati kepada Allah .
* Merenung maksud dari apa yang diucapkan iaitulah bacaan zikir dan doa .

08. Assyahid Sayid Quthub ;
" Hati yang sedang solat merasa gentar dan takut dihadapan Allah , hingga menjalar kekhusyukan yang terdapat di dalam hati itu kepada anggota badan , terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak geri solat serta fikiran tidak terganggu dengan persoalan dunia ."

09. Imam Malik ;
* Menghadap dengan penuh perhatian atas solat itu .

10 . Mutaqil ;
* Tidak mengetahui orang dikanan dan kirinya .

11. Imam Syafie ;
Seorang Mushalli haruslah menitik beratkan pandangan ke tempat sujud sebab itu lebih menzahirkan hati dan lebih memusatkan fikirannya .


Didalam Al-Quran , Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 45 hingga 56 yang bermaksud , " ... Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat , kecuali bagi orang -orang yang meyakini mereka akan kembali kepadaNya." Dan secara khusus , Allah memerintahkan supaya khusyuk dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud , " dirikan solat untuk mengingatiKu."

Dalam sebuah hadith nabi , Nabi Muhammad mengatakan yang khusyuk adalah pekerjaan hati . Dengan kata lain , seandainya seseorang hatinya khusyuk , maka seluruh anggota badannya juga akan khusyuk . Dalam hal ini m Nabi Muhammad sering berdoa dengan kalimat ," Ya Allah ! Aku mohon perlindunganMu daripada hati yang tidak khusyuk ."

Para Ulama berbeza pendapat mengenai kewajipan khusyuk semasa solat . Sebahagian ulama sufi berpendapat khusyuk itu termasuk salah satu diantara syarat sah solat . Sedangkan ulama Fiqh berpendapat khusyuk dalam solat hanyalah sunnah . Alasannya , khusyuk itu bukan sebahagian daripada solat dan ketiadaannya tidak membatalkan solat . Selain itu , khusyuk merupakan perbuatan hati yang bersifat individual . Perbuatan hati ini tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat .

Al-Kahlani mengatakan tidak perlu memperselisihkan kewajiapan khusyuk dalam solat kerana memang tidak ada nilainya solat yang dilakukan tanpa kusyuk . Malahan , Allah mengukur kejayaan orang yang beriman itu dengan kekhusyukan . Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 12 yang bermaksud , " Sesungguhnya beruntunglah orang orang beriman iaitu orang orang yang khusyuk dalam solatnya ."

Secara ringkas , kalangan alim ulama memberikan beberapa cadangan supaya kita lebih khusyuk dalam solat dengan melakukan perkara- perkara berikut ;

* ketika solat , hendaklah ia merenungkan ia sedang dihadapan Allah yang maha Kuasa , yang maha mengetahui apa yang tersimpan dalam fikiran dan hati .
* Menghayati makna apa yang dibaca .
* Memasukkan erti bacaan tersebut ke dalam hati .
* Tidak tergesa gesa dalam ucapan dan amalan solat .
* Menundukkan muka ke tempat sujud .
* Menjauhkan dariapada segala hal yang menanggu ketenteraman hati .

Thalib secara teknikal dan menyeluruh , merangkum pelbagai hadis yang mengajar cara- cara bagi melakukan solat dengan lebih khusyuk . Menurut Thalib , supaya seseorang mampu khusyuk dalam solat , sebaik baiknya lakukanlah 20 langkah berikut :

1. Apabila lapar , makan terlebih dahulu .
2. Tidak menahan kentut kentut , buang air besar mahupun kecil .
3. Tidak mengantuk.
4. Hawa tidak panas .
5. Berpakaian bersih dan kemas .
6. Melakukan solat pada awal waktu.
7. Pergi ke masjid dengan tenang dan didahului dengan doa , sekiranya solat dimasjid.
8. Tempat solat mestilah suci daripada kekotoran.
9. Tidak ada gambar di tempat solat.
10. Tempat solat tidak bising .
11. Ketika solat , tidak ada urusan duniawi yang menganggu fikiran .
12. Tidak tergesa -gesa melakukan bacaan dan gerakan solat .
13. Menyedari bacaan yang diucapkan.
14. Rukuk dan sujud dengan tenang .
15. Tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri .
16. Melihat tempat sujud.
17. Tidak mengusap pasir ditempat sujud.
18. Tidak menguap.
19. Tidak meludah kecuali terpaksa.
20. Melurus dan merapatkan saf dalm solat berjemaah.

Wallahualam...

ohoho..kaorang hanya khusyuk dalam tidor saje kan ???haha