Friday, November 19, 2010

Hukum berkawan dengan Non-Muslim



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , saya suka sangat sangat kawan dengan orang muslim . Boleh tak terangkan batas - batas pergaulan antara umat islam dengan umat lain ?


Baik korang kawan dengan aku , aku pon Hot apa ? haha

Orang Islam harus berkawan dengan orang bukan Islam, tetapi hanya sekadar berkawan, bukan terteman rapat. Ada perbezaan di antara berkawan dan berteman rapat.

Berkawan hanya sekadar bertegur sapa dan saling berlaku baik sebagai sesama insan (termasuk tidak menzaliminya dan merampas haknya).

Adapun berteman rapat ialah berkasih sayang sesama saudara seaqidah, berkongsi iman dan ilmu, bersama-sama dalam jamaah/toifah al-haq, saling nasihat-menasihati kerana Allah, berkongsi matlamat dan tujuan yang sama untuk agama dan ummah. Berteman rapat tidak harus melainkan dengan orang Islam yang taat kepada Allah.

Sabda Nabi -SAW-;

"Seseorang itu berada di atas agama teman tapatnya (khalillihi). Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman rapat" (al-hadis). Kesimpulannya, berkawanlah dengan sesiapa sahaja, namun berteman rapat hanya sesama saudara Islam yang taat.

Wallahualam