Wednesday, March 23, 2011

Tafsir Surah an-Nazi'at ayat 34 hingga 39 : Eh , dah qiamat dah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kita masih menyambung lagi surah yang ke79 iaitulah surah an-Naziat .

Surah an-Naziat ini juga dikenali dengan nama '' As-Saahirah '' yang diambil dari ayat yang ke 14 .

Selain itu , surah ini dinamai dengan nama '' At- Thaammah '' yang diambil dari ayat yang ke 34 .

Punyalah lama entri -Tafsir An-Naziat- dientrikan baru saya nak bagitahu nama lain dia .

Jawaban saya ialah .

Itulah yang saya nak bincangkan malam ni . ayat yang ke 34 .

Surah an-Naziat ini terkandung dalamnya dua perkara ;

1 . Kisah Musa dan Firaun .

dan yang kedua , semestinyalah berkaitan

2 . keimanan tentang hari kemudian .

Ada manusia yang buat - buat jahat , sedar - sedar dah nak mati . sedar - sedar , dah nak qiamat .

Jadi , ini yang saya akan cuba sampaikan pada artikel kali ini .

berkaitan qiamat !


" Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, "

11 Mac 2011 , tarikh yang trauma bagi penduduk Jepun , Tsunami datang menyerang ! Gempa bumi yang dahsyat !

Said Quthub menjelaskan bahawa bencana besar tersebut ialah dunia ini dilipatkan . Wow ! Bencana yang berlaku kat Jepun tu pun dah seram kita tengok inikan pulak dunia dilipatkan .

Gambaran Qiamat yang lain :



Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

( Surah al-Hajj ayat 2 )

Ada 3 jenis orang disini ;

1 . Ibu penyusu lupa anak yang disusu .
2 . Wanita mengandung akan gugurkan anak kandungannya .
3 . Manusia mabuk walhal berfikiran waras .

Ini hanya gambaran yang Allah Taala gambarkan untuk bagi kita mudah faham . Situasi sebenar qiamat lebih dahsyat dan mengerikan !

Macam kat syurga . Allah Taala sediakan sungai , dan macam - macam lagi . Bukanlah maksudnya sungai betul . Bahkan lebih indah dari sungai . Sungai didunia ni pun kita tengok dah tenang , inikan pula sungai di akhirat .




" Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya , "

Manusia sifat lumrah dia tersedar dari mimpi yang lena bila susah . Bila nak sakit je baru teringat Allah . Itu tak apa , diampunkan .

Tetapi , bila dah nak qiamat ( termasuk mati ) baru nak ingat Allah , itu susah ...

Manusia ni bila dah nak mati , dia mintak balik untuk hidup ke dunia . Kerana apa ?

kerana , amalan yang sedikit !

Manusia mintak dihidupkan ke dunia . Jika diterima permohonannya sesaat pun dah memadai untuk dia sedekahkah seluruh harta benda dia .

ini sifat lumrah manusia !



" Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, "

Well , well , well , dahlah buat dosa lepastu mintak dihidupkan balik . No way , Allah nak perkenankan . Sekarang Neraka balasan bagi orang yang mempermainkan agama Allah .


" Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), "

Hah , siapa orang yang melampau batas ni ?

Hedonisma ! Hidup nak seronok je . Asal bangun seronok , tidur pun seronok . last - last mati time tengah seronok !



" Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata , "

Imam Abu Hanifah ketika dipanggil seorang khalifah untuk menjadi mufti , Imam Abu Hanifah menolak .

Khalifah yang mengajak Imam Abu Hanifah dengan cara baik bertukar dengan cara yang kasar .

" Tidak mahu "

Imam Abu Hanifah menolah walaupun telah disiksa dan dipenjara .

" Mengapa kau tidak mahu ? Bukankah kau seorang yang 'alim ? "

" Saya bukanlah orang yang 'alim "

" Kau penipu ! "

" Ye wahai khalifah , seorang penipu tidak layak menjadi mufti "

Persoalan disini , mengapa ? mengapa ?

sebabnya ialah pada hati .

Imam Abu Hanifah takut kepada penyakit cintakan dunia !

Penyakit cintakan dunia , tak kenal sesiapa walaupun kau seorang Ulama' sekalipun .

Orang yang cintakan dunia dan sifat - sifat tercela dimana tempat pengakhirnya ?


" Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. "

So , apa tunggu lagi . Moh le bertaubat . Kita jangan letakkan dunia didalam hati .
Muhasabah diri ~