Friday, December 31, 2010

Cegah Kemugkaran !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , apa cara untuk mengatasi maksiat ? saya benci lah tengok orang perempuan , dewasa tak tutup aurat .


Satu hadith yang saya kira cukup popular , dan boleh dibuat hujah .

Rasulullah SAW bersabda ;

" Apabila kamu nampak kemungkaran , maka cegahlah menggunakan tangan ( kuasa ) ,
jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan lisanmu , dan jika tidak mampu , ( cegahlah ) dengan hati , maka itulah selemah - lemah iman . "

( Hadith Riwayat Muslim )

Perlu diingatkan , bukan perempuan je ada aurat , laki pun sama . Kena tegur semua . Not fair la perempuan je kena . hehe

ok ,

Nabi kata cegah guna tangan ! apa itu tangan ? tangan itu bukan bererti pelempang ye .
Tangan disini bererti Kuasa . Dalam al-Quran sendiri pun banyak Allah menggunakan perkaataan '' tangan Allah " , kena faham uh, tangan Allah bererti qudrat , kekuasaanNya . Kuasa !


Orang yang ada kuasa , siapa ? semestilah pemerintah .Bukan Ultraman atau power Rangers

Besar tu tanggungjawab pemerintah . Kalau tak jalankan amanah , berdosa ooo .

Nabi Muhammad SAW bersabda :

" Tidak akan masuk syurga , orang yang tidak menjalankan amanah , sehingga unta boleh masuk ke dalam lubang jarum . "

Logik akal , unta boleh masuk dalam lubang jarum ? benang pun belum tentu dapat masuk dalam lubang jarum .

Kedua , menggunakan lisan .

Kita yang tahu ni , yang berani mesti bagitau mereka , barangkali mereka tak tahu ataupun mereka alpa . Sebahagian pendapat menyatakan menggunakan lisan hanya untuk ulama' .

Yang terakhir ialah , benci ! benci ! benci ! ini selemah iman .
Kalau tak ada perasaan benci dalam diri . Hati - hati !

Kaedah arab menyebut ;

" Reda dengan kekufuran dikira kufur ,
dan reda dengan maksiat dikira maksiat . "

Wallahu'alam

Sunday, December 26, 2010

Dalam Manusia ada Kambing ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , kenapa nabi Muhammad SAW bela kambing ?


Bukan nabi Muhammad je bela , semua nabi bela kambing .


Saya mungkin dah pernah kupas isu ni , tapi tak apa , ulangkaji . Revision kata orang putih .


Jadi , kenapa kambing ?


Kambing ialah bintang yang sangat degil .

Cuba readers ajak dia mandi , binatang tu break 4 kaki oo .

Punyalah degil tak mahu mandi .


Kalau kita pagar pokok pisang . yang dipagar tulah yang makhluk tu nak , disandal pokok pisang yang dipagar tu .


Pisang kat luar dia bukan nak . dia nak yang kat dalam pagar jugak .


Serupa dengan manusia , yang dilaranglah yang kita suka .
kan kambing namanya .






Tertulis dalam kitab Bahrul Madzi jilid ke15 ;
" orang yang tak mahu ikut peraturan , seperti kambing . "

Kenapa nabi bela kambing ?


Sebab nak membiasakan diri dengan kedegilan kedegilan umat manusia .

Kerana kedegilan manusia lebih dahsyat daripada kambing .


Kambing kalau tak mahu , dia just tak mahu dan sondol je .


Tapi kalau manusia yang tak mahu , dia boleh buat macam macam , kalau dah degil sangat sangat .


Merompak lah , membunuh , merogol , dan macam macam lagi .


Wallahu'alam .

Monday, December 20, 2010

Sudahkah anda memotong ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz, sekarang ni cuti sekolah macam macam promosi yang keluar . Ingatkan TM je ada i'lan "potong , potong , potong ." , rupanya Klinik pun ada i'lan potong tu . So ustaz , ceritakan sikit pasal khatan ni boleh ?

Nabi SAW bersabda dalam Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ;

Fitrah itu lima ;

1 . Khatan .
2 . Memotong bulu kemaluan .
3 . Menggunting misai .
4 . Memotong kuku .
5 . Mencabut bulu ketiak .

Jadi , pasti ada hikmah disebalik semua yang disuruh Nabi . Kita fokuskan yang nombor satu tu . Orang Melayu panggil khatan sebagai sunat .
Jadinya , ianya sunat yang wajiblah !ahaha .

Di Malaysia , kebanyakan kanak - kanak lelaki dikhatankan apabila memasuki usia antara tujuh hingga 12 tahun .


Di negara Barat dan Eropah , amalan ini dilaksanakan ketika bayi sehari dilahirkan .

Berkhatan tidak hanya dilakukan oleh orang Islam tetapi turut diamalkan sesetengah penganut Kristian Ortodoks di Afrika .

Ia adalah prosedur pembedahan TERTUA didunia yang dilakukan atas tuntutan agama . Ada yang melakukan khatan ini atas dasar budaya dan resam keluarga .

Kini , lebih ramai termasuk lelaku dewasa yang berkhatan atas dasar kesihatan .

Pada 2007 , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melalui Program HIV / AIDS bersama Bangsa - Bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit ( CDC ) mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV .

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks .

Bagaimanapun , perlu diingat , lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin yang lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan .

Umur ketika berkhatan boleh dibahagikan kepada tiga ;

* ketika neonatal ( umur kurang sebulan ) .
* bayi ( satu hingga 11 bulan )
* kanak - kanak ( satu hingga 12 tahun .)

Khatan ke atas neonatal dan bayi diamalkan di Afrika Barat , Israel , negara Arab dan Amerika Syarikat .

Manakala dikebanyakan negara lain ia hanya dilakukan pada kanak - kanak yang berusia .

Berdasarkan laporan WHO , dianggar kan satu daripada tiga ( 30 peratus ) lelaki di dunia berkhatan dan 68 peratus daripada mereka adalah Muslim .

Di Amerika Syarikat , kira - kira 55 hingga 65 peratus bayi lelaki dikhatankan setiap tahun .

Apa yang menarik , amalan ini sudah merebak ke Kanada , Amerika Latin , Eropah , Australia , Filipina dan Korea Selatan .

Apa kelebihan berkhatan selepas bayi dilahirkan ?

Berkhatan selepas bayi dilahirkan dapat mengurangkan kesakitan kerana kesakitan hanya dirasai selepas sebulan .

Luka berkhatan pada bayi lebih cepat sembuh . Penjagaan bayi juga lebih mudah kerana bayi tidak banyak bergerak .

Bagaimanapun , bukan semua bayi boleh dikhatankan sejurus selepas sehari dilahirkan kerana ada yang mengalami masalah struktur pada zakar dan perlu dirawat terlebih dahulu .

Malah , berkhatan juga dikecualikan bagi pesakit HEMOFILIA ( yang cepat mengalami pendarahan akibat kekurangan faktor pembekuan darah ) .

Bagi pesakit Hemofilia yang mahu berkhatan , mereka dikehendaki mengambil ubat seperti arahan doktor selama beberapa minggu sebelum dibenarkan menjalani prosedur itu .

Kebaikan berkhatan sudah banyak dibincangkan .

Kebaikan berkhatan antaranya ialah menjaga kebersihan seperti yang dituntut dalam ugama islam .

Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kuli yang menutup penghujung zakar .

Berkhatan untuk perempuan dilakukan ketika bayi dengan membabitkan pemotongan kelentit atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar .

Membersihkan zakar kanak - kanak kecil mudah kerana ia boleh dicuci sahaja .

Bagaimanapun , menurut risalah pendidikan Persatuan Pediatrik Amerika , apabila mencecah umur baligh , bagi remaja yang tidak berkhatan , kulit kulup ini perlu ditarik kebelakang supaya mendedahkan hujung zakar untuk dibersihkan setiap hari .

Ini kerana , dicelah kulit inilah terkumpulnya sel mati dan kekotoran .

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca kepada jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan .

Berkhatan adalah cara baik terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini terutama bagi kanak - kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang .

Berkhatan juga baik atas alasan kesihatan lain seperti : refluks vesikouterus ( iaitu aliran balik air kencing dari pundi kencing kedalam rahim bagi kanak kanak perempuan akibat kerosakan injap buag pinggang ) atau pundi kencing atau keradangan kulit kulup zakar .

Kajian mendapati dalam kalangan kanak kanak lelaki yang berkhatan , masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak - kanak tidak berkhatan .

Masalah zakar seperti keradangan , kerengsangan dan jangkitan sangat kerap berlaku dikalangan lelaki yang tidak berkhatan .

Wallahu'alam

Sunday, December 19, 2010

Menyanyi ..lalalala~



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ustaz , orang dok komen menyanyi ni Haram la , makruh la , sebenarnya apa hukumnya ?

Menyanyi ni makruh adalah pendapat dari Imam Shafie ;

" Menyanyi ini hukumnya makruh dan orang yang meneruskannya adalah orang yang bodoh ."

Imam Shafie lagi berkata dalam syarahannya yang lain ;

" Mungkin apa yang saya anggap salah , benar pada tanggapan orang lain . Dan mungkin apa yang saya anggap benar , salah pada tanggapan orang lain . "

Menyanyi ni harus adalah pendapat dari Yusuf Qadrawi .

Menyanyi hukumnya harus ! dan ada yang menyebabkan hukumnya bertukar . Bukan bertukar menjadi Masked Rider ataupun Ultraman . tapi bertukar menjadi Haram .

lima perkara yg menyebabkan menyanyi ini daripada HARUS bertukar HARAM ;

1 . lirik lagu yang berunsur syirik , haram , lucah , memuji bukan mahram dan lain lain yang bercanggah dengan Islam .

Contoh lagu ?

" kan ku sujud dikaki mu , bila kita bertemu . "

Nabi SAW bersabda ;

" jika aku boleh menyuruh manusia sujud kepada manusia , pasti aku akan menyuruh seorang isteri itu sujud kepada suaminya ."

makna kata tak boleh . Haram seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain .

'' andainya matahari , terbit dari barat , tak akan kurang cintaku padamu~"

dah nak qiamat pun tergedik - gedik bercinta !

" kau yang paling ku cinta , kau yang paling ku sayang .... hidup matiku , aku serahkan , hanya untukmu sayang~ "

mana mau .. hidup mati kita hanya untuk Allah ! kan tiap - tiap hari kita baca dalam doa iftitah tu . Hidup kita mati kita hanya untuk Allah .


2 . Muzik yg menaikkan syahwat walaupun lagu nasyid atau nasihat .

Readers sekalian , kalau penyanyi tu menyanyi lagu sampai goyang kepala terhuyung hayang. tu yang jatuh haram . kalau dia nyanyi rileks je . Its ok .

3 . Pembaziran .

Ustaz , pembaziran tu dari segi apa ?

pembaziran dari segi penggunaan duit yang terlalu banyak dan membazir semata mata kerana konsert .

Ada penyanyi dinegara kita yang charge lima lagu rm13 k . Rm 13K wa cakap lu , bukan rm13 .

4 . Cara penyampaian penyanyi yang tidak berakhlak .

-diiringi dengan tarian yang melampau . Korang sendiri lebih 'arif daripada aku bab tarian tarian ni .

5 . Bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya . dan bercampur dengan benda yang haram .

didalam konsert lah . Mana lagi . Tak kira lah kat mana konsert tu , dalam shopping complex ke . jalan raya ke . Kalau bercampur lelaki perempuan , tak diasingkan . Haram nyanyian tu walaupun penyanyi tu mengalunkan lagu nasyid .

Contoh kedua ialah arak , dizaman Khalifah Umar Abdul Aziz , seorang hamba Allah ditangkap kerana terlibat dalam majlis yang mengandungi arak walaupun dia tidak meminum arak !

Wallahu'alam



Saturday, December 18, 2010

Warna rambut


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Ustaz , apa hukum kita warnakan rambut dengan inai ? walaupun cuma sehelai atau dua helai rambut ?



Pakai inai tak mengapa ,

Sabda Nabi Muhammad SAW ;

" Sebaik - baik bahan yang dipakai untuk menyemir uban ialah pohon inai dan katam ( الکتم ) "

( Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ashabus Sunan )


Apa itu al-katam ( الکتم ) ?

al-katam ialah sebuah pohon yang tumbuh di zaman Rasulullah SAW yang mengeluarkan zat bewarna hitam kemerahan .


Abu Bakr menyemir dengan inai dan katan sedang Umar hanya menggunakan inai sahaja .

warna dua helai rambut tak apa , tapi kalau habis semua kita semir . woo . bahaya .

Rambut yang diwarnakan tidak boleh menghilangkan warna asalnya .

Bagus atau tidak mewarna rambut ? Nabi suruh atau tidak ?

Nabi SAW bersabda ;

" Sesungguhnya orang orang Yahudi tidak mahu menyemir rambut , kerana itu berbezalah kamu dengan mereka . "

( Hadith riwayat al-Bukhari yang direkodkan oleh Abu Hurairah .)

Ustaz , warna hitam boleh ?

" Rubahlah ini uban tetapi jauhilah warna hitam . "

( Riwayat Muslim )

Al-Hadith ini untuk orang tua seperti kata az-Dzhuri ;

" Kami menyemir rambut dengan warna hitam apabila wajah masih muda tetapi kalau wajah sudah mengerut dan gigi sudah goyah . Kami tinggalkan warna hitam tersebut . "

Maknanya , orang muda boleh kaler rambut warna hitam , tapi jangan orang tua .

Ok ,
seterusnya , tak gunakan bahan warna rambut kimia sebab ? sebabnya warna kimia masuk sampai ke kulit dan menghalang air dari masuk ke rambut . Wudu' tak kena , dan mandi wajib tak sah . Bahaya oo . Solat pun tak terima la gamaknya .

Wallahu'alam

Friday, December 17, 2010

Tips Atasi Masalah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Salam Ustaz , saya ni selalu sangat ada masalah , buat tu masalah . buat ni masalah . Hairan bebenor . Ustaz , ustaz ada tips tak nak hilangkan masalah ?

Salam ,
Ustaz bukan sahaja ada tips nak hilangkan masalah . Hilangkan kau pun boleh . Kalau nak .haha

Okeh ,

Pertama ;

Kita kena bersabar dengan ujian yang melanda .

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 17 ;




"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat , dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


Nombor dua ,

Kita kena anggap masalah ni sebagai satu ujian . Sesuai dengan Firman Allah ;



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ?





Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

( Al- Ankabut : 29 : 2 hingga 3 )



Yang ketiga ,

Setiap masalah yang Allah beri PASTI ada hikmah nya !

Contoh yang Ustaz kemukakan , dalam satu hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari ;

" Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit , melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa - dosa , seperti pohon yang menggugurkan daun daun nya . "

Contoh lain , ayat si Heliza dalam syurga cinta .
Allah datangkan kilat sembunyikan matahari , rupanya Allah nak bagi kita pelangi .

Ha , macam tu jugak ujian , Allah bagi kita accident patah kaki , rupanya Allah nak selamatkan kita dari pergi PLKN .haha .Contoh , jangan ambik hati .

Yang keempat apa ?

iaitulah Menyedarkan diri kita . Betapa kerdilnya diri kita ini di Bumi Allah SWT .



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

( Surah al-Baqarah ayat 156 )

*p/s : ayat feveret aku ni .hahaha

Kami milik Allah ! ya . Kita semua milik Allah SWT .


Kelima ,

Kita sebagai manusia yang biasa . Bila kita ingat Allah ?

* Bila dapat nikmat . Lepas dapat nikmat tak ingat .

Tak caya ?

Cuba perhati time nak makan . Semangat nak baca doa . Habis makan , ada ingat nak baca doa ?

* Bila susah .

" Ya Allah , kau permudahkanlah urusan hidup aku yang susah ni ."

" Ya Allah , susahnya nak bangun . "

dan macam - macam lagi .



nombor enam pulak ,

Kita kena tanamkan dalam minda kita , yang musibah ini tanda cinta Allah kepada hambaNya .

Nabi SAW bersabda ;

" Sesiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan , akan diberikan cubaan kepadanya . "

( Riwayat Bukhari )


Apa dia nombor tujuh .

Ingat . Kita muhasabah diri kita .

Masalah yang kita hadapi ni kita anggap lebih kecil daripada masalah yang dihadapi oleh orang lain .

Kita ada 6 jari , fikir yang ada orang yang tak ada 1 jari .

Pak Abu ada 4 jari , dia patut bersyukur dia ada 4 jari , tuh Pak Mat accident motorkar vs motorkar tinggal tangan je jari putus .

Pak Mat ada tangan tanpa jari , patut bersyukur jugak . tu , lelaki hujung kampung , Pak Su , takda tangan , ada bahu ja .

Pak Su ada bahu je , kira ok lagi . Masih ada kaki untuk berjalan , daripada pak Teh . kencing manis . sudah potong dia punya kaki habis .

Kalau kita berfikir macam ni setiap hari , Inshaallah , kita akan sentiasa bersyukur .

Yang terakhirnya ,

Kita kena sedar yang kita ni hidup ada masalah . dan kena jadi mukmin professional dengan menganggap masalah boleh settle .

Kita kena ada .

1 . Keyaqinan . Yaqin masalah bisa diatur .

2 . Ilmu . Masalah diuruskan berdasarkan ilmu yang bermanfaat .

3 . Bilhikmah . Masalah itu mesti diuruskan dengan cara yang bijak supaya ianya tidak mendatangkan Cobaan yang lebih mengghairahkan . Mengghairahkan ??? hahaha

Apapun , Wallahu'alam

Thursday, December 16, 2010

Toyol lagik !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kisah yang cukup menarik , tahukah kamu sudah wujud Toyol semenjak zaman nabi SAW ?

mai la , kita baca ,

Suatu hari ,

Abi Said al-Khudri menge-check gudang miliknya . Setelah menge-check gudangnya , didapati beliau banyak barang sudah hilang .

Persoalannya , where is the barang gone ?

Jadi nya , Abi Said Al-Khudri itu tadi dok tunggu siapa yang punya angkara kejadian ini berlaku .

Rupa - rupanya yang mencuri itu ialah seekor makhluk . Bukan makhluk Tuhan paling seksi , bukan makhluk Asing , bukan juga makhluk Ah Seng tetapi ! Makhluk halus yang orang melayu kita panggil Toyol .

Kecik je makhluk tu .

Abi Said pun tangkap makhluk halus tu .

Lantas apa kata Toyol .

" Im sorry , tolong lepaskan saya . Aku berjanji tak mahu curi lagi barang kamu ni . "


Abi Said pun lepaskan Toyol . Kemudian , beliau yakni Abi Said al-Khudri pergi jumpa sama Rasulullah SAW .

" Ya Rasulullah , semalam saya tangkap seekor makhluk yang mencuri digudangku , kemudian saya lepaskan balik sebab dia janji taknak mencuri lagi . "

Rasulullah SAW bersabda ;

" Kamu sudah ditipu , nanti dia curi lagi ."

Rupanya memang , makhluk ni curi lagi barang dari gudang .

Abi Said dapat tangkap lalu berkata ;

" Kali ni aku tak akan lepaskan kamu . "

Bila Abi Said kata macam ni . Toyol tu pun berkata ;

" Aku berjanji tak mahu curi lagi barang kamu ni . Tolong lepaskan saya . "

Abi Said pun lepaskan lah makhluk halus ni .

Abi Said jumpa lagi Rasulullah , mengadu hal yang sama ;

Rasulullah SAW bersabda ;

" Kamu kena tipu lagi , besok dia mencuri lagi ."

Kali ni , Abi Said jumpa lagi . tangkap lagi . ROUND 3 .haha

Kata Abi Said ; Aku tidak akan melepaskan kamu lagi .

kata Toyol ; Kamu lepaskan lah aku . Aku akan ajar kamu satu ayat yang paling ditakuti syaitan dan jin .

Maka , diajarkanlah kepada Abi Said al-Khudri . Ayat apa ? itulah dia Ayat Kursi .

Maka , Abi Said pun lepaskan lah makhluk bernama Toyol ini .

Abi Said pun jumpa sama Rasulullah ;

" Semalam aku tangkap makhluk ni , dia suruh saya lepaskan dia kemudian dia akan ajar saya ayat yang ditakuti oleh jin dan syaitan . "

Rasulullah SAW bersabda :

" Ada yang betul pada makhluk ni , ada yang tak . "

Yang betul . Ayat kursi tu betul , Syaiton dan Jin takut banget .

Tapi yang tak betul kata Rasulullah SAW ;

" Besok , dia dok mencuri lagi ."

Wallahu'alam

Oh no , Haid is coming down !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Assalamualaikum Ustaz ,
saya nak tanya , kenapa haid saya ni lebih awal dari kawan kawan saya yang lain ? musykil la saya . Ustaz boleh terangkan tak? syukran .

Waalaikumussalam ,

First sekali yang saya dapat detect melalui soalan ni ialah , kau ni perempuan kan ? haha

Kedua , mana la saya tau kau awal ke lambat ke . Aku ni ustaz , bukan ustazah . Jadinya , tak pernah merasa haid , haid ni .Hehe

Haid , apa itu haid ?

Haid ialah satu proses biasa bagi kaum perempuan .
Tapi yang luar biasa nya haid ni pengalaman pertama mendapatkan haid ni .

Ada yang menarik , ada yang menakutkan tetapi itu lah haid ,, proses biasa yang bakal menginjak remaja perempuan .

Kenapa ia berbeza , itu soalan kau ?

Kanak - kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa umur 8 hingga 16 tahun .
Purata umur kanak - kanak perempuan yang datang haid adalah pada umur 12 tahun .

Namun , setiap gadis mengalami hadi pertama pada usia yang berbeza . Ada haid yang awal ( Isolated Premature ) dan ada juga yang lambat ( Primary Amenhorrhea ) .

Ini bergantung kepada ;

1 . Berat badan ;

Kamu yang berbadan berpotensi tinggi untuk mendapat haid pertama awal dari kawan kamu yang berbadan kecil .

2 . Faktor Keturunan ;

Jika ibu kamu dulu mengalami haid pertama yang lambat , kamu juga juga mempunyai potensi yang sama .

3 . Gaya hidup dan Pemakan ;

Bagi kamu yang aktif dan menjalani latihan sukan yang keras dan mengamalkan pemakanan tidak seimbang , haid kamu mungkin berbeza dengan yang lain .


Gejala Haid , Apakah natijahnya ?

1 . Perut berasa kembung dan tidak selesa .

2 . Sakt kepala ringan , sakit kaki atau punggung sakit selama beberapa jam .

3 . Sakit perut selama beberapa hari pertama dari tempoh haid pertama kamu.

4 . Mood berubah - rubah . Gunalah stay free.haha .
Emosi berubah -rubah , kemungkinan merasa tertekan - tekan , marah atau sedih kerana hormon badan tidak seimbang .


Wallahu'alam

Meh lah baling dadu


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Ustaz , sekarang ni bila tengok tv , ingatkan main lumba haram je saya dengar dapat aweks , main dadu pun sama . Halal ke main dadu , kalau tak ada unsur judi ?


Seluruh permainan yang di dalamnya ada perjudian hukumnya haram . So , kalau menang dadu , dapat perempuan mantop atau tidak mantop , hukumnya haram !

Apa itu judi ?

Judi , iaitu lah semua permainan yang mengandung untung rugi bagi si pemain . Dan itulah yang disebut maisir dalam al-Quran yang kemudian diikuti dengan arak , berhala dan azlam .

" Barangsiapa mengajak kawannya ; Mari berjudi ! Maka hendaklah bersedekah . "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Kalau kita telah ajak geng atau member kita berjudi dan kita telah bertaubat , maka untuk menebusnya kita boleh bersedekah .

Para Ulama telah bersepakat , permainan dadu yang disertai perjudian adalah haram .

Tetapi , apabila tidak disertai judi , maka sementara Ulama ada yang menyatakan hukumnya haram , dan sebahagian lagi memandang perkara ini makruh .

Alasan dadu ini haram mengikut Ulama yang mengharamkannya menurut hadith yang diriwayatkan oleh Buraidah ;

bahawa Rasulullah SAW ;

" Barangsiap bermain dadu , maka seolah - olah dia mencelupkan tangannya dalam daging babi dan darahnya . "

( Riwayat Muslim dan lain - lain )


dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Musa dari Rasulullah SAW bersabda ;

" Barangsiapa bermain dadu , maka sungguh dia durhaka kepada Allah dan Rasulnya ."

( Riwayat Abu Daud , Ahmad , Ibn Majah dan Malik )


Dua hadis tersebut cukup jelas dan bersifat umum , sama ada disertai judi atau tidak .

Tetapi asy Syaukani meriwayatkan , bahwa Ibn Mughaffal dan Musayyi membolehkan bermain dadu tanpa judi . Sedang kedua , hadis tersebut diperuntukkan buat orang yang bermain dadu sambil berjudi .

Makna kata , we can play monopoly without judi. hehe

Monday, December 13, 2010

Upah Simpan Barang ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


artikel oleh Ustaz Nurzamir Zakaria yang telah diolah .

Salam , Ustaz .. upah simpan barang tu kira riba ke macammana ?

Contohnya, Saya beli motor, harga motor tu RM12 000
Pi kat Bank
Bayar bulan-bulan sehingga 4 tahun
Kira-kira balik saya kena bayar RM 15 000
lagi 3 000 tu di kata duit upah sebab beli motor

Saya tanya ni bukan apa , risau..
Saya dah ghairah nak pakai motor ni , nak beli ..tapi takut riba .
So , Ustaz boleh explain ?


Amboi speaking ..haha

Maaf , ini bukan bab saya dan saya tak pakar sebenarnya dalam bab - bab ugama .
Tapi saya akan cuba juga ..Ops , saya tak cuba jawab .. orang lain yang akan jawab .hehe
Berdosa woo kalau tak tahu jawab tapi jawab jugak .


Ok , berbalik kepada soalan anda , jadi , upah simpan barang riba atau tidak ?

Tidak ada ! Bahkan tidak ada istilah upah simpan barang .

Harga motor memang 12k, bila beli dengan bank, lepas bayar semuanya jadi 15k.
Ini perkara biasa. Saya ulangi , ini perkara biasa ... sebab ? ,

bank beli motor tu daripada syarikat moto, kemudian dia jual balik pada kita.

Berapa harga dia letak, kita kena redhalah... selepas perjanjian dibuat antara kita dan bank.

Jadinya , tidak ada istilah upah beli motor dalam hal ni.

Memang nampak macam riba, tapi pandailah dia auta supaya nampak kelabu nak bagi halal juga urusniaga cara ni.

Nak bagi faham macamnilah ,

kita beli Aiskrim harga 20 Sen ,kita jual harga 30 Sen . Ambil untung 10 Sen . Ada faham ? Aku bab matematik ni agak lemah sikit .hehe

Wallahu'alam

Sunday, December 12, 2010

Allah Hu Akhbar !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , asal nak solat mesti "AllahuAkhbar" ( Allah Maha Besar ) ,besar ke Allah tu ?

Uishh ...besar ...

Kita faham dulu betapa besarnya malaikat baru kita faham betapa besarnya Allah .

Dikhabar kan , Jibrail menunjukkan rupa dia yang sebenar kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW .

Malaikat Jibrail , sangat besar kata Nabi Muhammad ..

Sebelah sayapnya mampu menutup barat dan timur , sedangkan sayapnya itu ada 600 pasang .

Jibrail berkata ; " Ada yang lebih besar daripadaku iaitu Malaikat Israfil " .

Malaikat Israfil itu mampu menutup badan Jibrail sepenuhnya hanya dengan satu sayapnya . Sedangkan , malaikat Israfil ini ada 600 sayap !

Tetapi , kalau readers nak tahu , ada yang lebih besar daripada Malaikat Israfil . Siapa ? jeng jeng jeng .

Iaitulah malaikat pemikul Arasy !

Malaikat Arasy ini pula sayapnya ada 600 dan satu sayapnya mampu menutupi Israfil sepenuhnya .

Dan ada 8 Malaikat Arasy !!!

Kalau malaikat pun dah besar , Arasy Allah ? kalau Arasy pun dah besar ... apatah lagi Allah ?

Betapa kerdilnya kita dibumi Tuhan tetapi kita masih bermaksiat kepadaNya ...

Wednesday, December 8, 2010

Jamakkan solat Jumaat ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Boleh atau tak jamakkan solat Jumaat dengan solat fardhu asar ?

Jawabannya , boleh aja , tak ada masalah .. Oppss . ada masalah .hehe

Solat Jumaat tidak boleh dibuat secara Jamak Takhir ! sebab ?

Solat Jumaat tidak boleh diundurkan waktu ke waktu asar .

So , Solat Jumaat mesti didirikan secara solat berjemaah bersama dengan ahli - ahli jemaah di sesuatu tempat , pada awal masuk waktu zuhur .

Dan sewaktu niat solat jumaat , jangan lupa untuk niat sekali dengan niat untuk tunaikan jamak taqdim dengan solat asar .


" Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat , Jamak taqdim , makmum kerana Allah Taala . "

Solat takhir boleh dilakukan jika kita bertolak untuk sesuatu perjalanan sebelum gelincir matahari tetapi !

yang kita buat tu solat antara solat asar dan solat zuhur .

Eh , kita tak solat Jumaat lah kalau macam tu ?

Ya , solat jumaat tidak diwajibkan pada insan yang sedang musafir . Kes istimewa lah katakan .haha

Erti kata lain , tidak berdosa meninggalkan fardhu Jumaat .. tapi berdosa meninggalkan fardu zuhur . Boleh faham tak ?

Kesimpulannya , seseorang musafir itu diberi kemudahan pada hari jumaat sama ada untuk menunaikan ;

Jamak taqdim : solat jumaat dahulu baru solat asar .

ATAU

Jamak takhir : solat Asar dahulu kemudian solat ZUHUR .


Ada sesetengah golongan mengharamkan keluar musafir pada tengahari dengan niat yang boleh dielakkan atau erti kata lain , sengaja nak keluar waktu tu dah tahu pun solat Jumaat hampir tiba dan kenapa pilih hari Jumaat ? hari Khamis kan ada ? .

Tapi kalau keluar ( waktu hampir Jumaat ) disebabkan oleh sesuatu yang dibenarkan syariat , maka ianya tidak mengapa .

Contoh ? contohnya , mendapat khabar berita ibu sedang sakit dikampung . Maka , moleklah langgar waktu tersebut .

Kalau nak juga keluar musafir , golongan ni kata , sebelum subuh dan solat jumaat hukumnya tidak wajib dikerjakan .

Sesetengah Tok Guru menambah ;

" yang haram itu zaman dulu dulu , la ni kita ada banyak masjid yang kat tepi - tepi jalan yang buat solat jumaat .. maka singgah lah solat dulu kat masjid tu . "

Wallahu'alam

Tuesday, December 7, 2010

Bertawassul : Nabi Adam dengan nama Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Wahai orang - orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu memperoleh kejayaan .

( Surah Al-Maidah ayat 35 )


Lafaz wasilah dalam ayat ni berbentuk umum . Sebagaimana yang dapat dilihat , ia meliputi bertawassul dengan zat - zat yang mulia dalam kalangan rang orang soleh ; sama ada ketika mereka hidup ataupun setelah mereka mati , dan juga dengan mengamalkan amalan - amalan soleh mengikut sebagaimana suruhanNya dan bertawassul dengannya setelah melakukannya .

Wasilah dalam ayat ini adalah semua yang dijadikan Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri kepadaNya dan penghubung atau penyampai kepada terlaksananya segala hajat daripadaNya .




Senang cerita tawassul tu kita berdoa dengan diceritakan kebaikan yang telah dilakukan oleh diri kita atau lebih afdhal lagi , amalan para Ulama' .

Telah diriwayatkan dalam hadith bahawa Nabi Adam A.S pernah bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW .

Berkata Al-Hakim didalam al-Mustadrak :

daripada Umar Al-Khattab berkata ; Rasulullah SAW bersabda ;

" Setelah Nabi Adam melakukan kesalahan , dia berkata ;
Wahai Tuhanku ! ( Tidaklah ) aku memohon keampunanMu demi haq nabi Muhammad SAW , melainkan agar Engkau mengampunkan daku ."

Maka Allah berfirman ;

" Wahai Adam ! Bagaimanakah engkau mengenali Muhammad , sedangkan aku belum menciptakannya lagi ? "

Adam A.S bersabda ;

" Wahai Tuhan ! Setelah Engkau menciptakan ku , dengan kekuasaanMu dan setelah Engkau meniupkan padaku ruh ( ciptaan ) Mu . Maka , aku mengangkat kepalaku .

Lalu aku melihat ditiang tiang arasy , tertulis kalimah ;

Laila hail lallah Muhammad Rasulullah .

Maka dengan itu , aku mengerti bahawa Engkau tidak akan meletakkan dsisi namaMu kecuali nama makhluk yang paling Engkau kasihi .

Allah berfirman ;

" Benarlah engkau wahai Adam ! Sesungguhnya dia adalah makhluk yang paling Aku kasihi . Serulah Aku dengan haqnya , maka Aku ampunkan bagi kamu . Jika tidak kerana Muhammad , Aku tidak akan menciptakanmu . "

[ Al-Mustadrak ( Kitab Tarikh ) Jilid 2 H: 615 )


Hadith ini diriwayatkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak dan beliau mensahihkannya . Ia diriwayatkan juga oleh al-Hafiz al-Suyuti dalam al-Khasois al-Nabawiyyah dan beliau juga telah mensahihkannya .

Al-Baihaqi juga telah meriwayatkan dalam Dalail al- Nubuwwah ( jilid 5 H: 489 ) , beliau tidak meriwayatkan hadith - hadith yang mauduk ( palsu atau rekaan ) , sebagaimana yang dijelaskan didalam mukadimah kitabnya .

Al-Hakim didalam al-Mustadrak berkata ; Sanadnya sahih , telah disahihkan oleh Syeikh al-Islam al-Balqini didalam fatwanya , diriwayatkan juga oleh Syeikh Ibnu al-Jauzi didalam al-Wafa pada awal kitabnya dan telah dinaqalkannya oleh Ibnu Kathir didalam al-Bidayah .

Sesetengah Ulama menolak kesasihan hadith ini dan mengklafikasikan hadith ini sebagai hadith yang mauduk seperti al-Zahabi dan lain - lain .

Waallahu'alam

Sunday, December 5, 2010

Qada Zakat Bapa yang Almarhum


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Apakah yang wajar dilakukan oleh anak - anak apabila mengetahui bapanya yang baru meninggal dunia tidak pernah mengeluarkan zakat harta walaupun sekali sepanjang hayatnya ?


Alhamdulillah , mujurlah simati mempunyai anak - anak yang ada kesedaran untuk berzakat . Ini kerana , orang yang sengaja enggan menunaikan zakat sepanjang hayatnya sedangkan dia sudah mencukupi segala syaratnya , maka dia dianggap berhutang dengan Allah SWT bahkan berdosa besar , wal 'iyazubillah .

Untuk itu , anak anak atau waris si mati wajib mengqada zakat harta tersebut .

Bahkan menurut kitab Mastika Hadith Jilid 3 ;

" Orang mati yang masih belum membayar zakat , maka zakat itu wajib dikeluarkan daripada hartanya sebelum membayar hutangnya sesama manusia dan sebelum melaksanakan wasiatnya dan bahagian waris-warisnya . "

Hal ini sejajar dengan apa yang diterangkan oleh sebuah hadith Nabi SAW ;

Dari Ibnu Abbas R.A , bahawa Rasulullah SAW bersabda ;

( Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar ) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan .

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Saturday, December 4, 2010

Mesej didalam Bahasa Melayu !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

cuba renungi masej tersirat disebalik beberapa perkataan dalam bahasa melayu ini .

1 . Suami Isteri ;

Kita tengok susunan kata perkataan ini . Kenapa "suami isteri " , " isteri suami " pernah dengar ?
Tak pernah bukan ?

Bukankah suami patut ditaati oleh isteri ? Islam mengangkat darjat suami .

Nabi Muhammad SAW bersabda ;

seandainya , boleh manusia itu sujud kepada manusia , akanku suruh isteri sujud kepada suami .~


2 . Ibu Bapa atau Mak Bapak ;

Pernah atau tidak didalam karangan , kita menggunakan atau dialoglah seharian kita , kita sebut Bapak Mak , bukan Mak Bapak ? belum pernah kan ? kan ? kan ?

Bukankah islam mengangkat darjat ibu sebanyak 3 kali baru bapa ?



3 . Bola ;

Kalau Bapa , kita sebut Bape , saya kita sebut saye . Tapi kenapa "bola" kita tak sebut "bole" ?
Kita pergi mana sekalipun , ejaan nya tetap Bola . Tak kira bahasa rojak mahupun bahasa baku sekalipun !

Itulah perumpamaan syariat ! Solat tetap dilakukan , diperlaksanakan semenjak zaman Nabi Adam A.S .

wallahu'alam

Ada orang tanya saya , " kenapa sekarang banyak kes cerai ? "
aku pun cakap la , tak tahu la saya ( ayat skema )
Maka , jawab dia ..cuba tengok ejaan dulu " Ibubapa " . Ejaan dulu "Ibubapa" kan tak jarak ? sekarang ni bila "ibu bapa" dijauhkan yakni dijarakkan , kes cerai pun berleluasa lah .

Aku pun jawab ; erm kepala hotak dia memang geliga , tapi apa kes , kes jarak ibu bapa jadi punca kes cerai ?

Jadi baik aku berhenti menulis sebelum aku bukak kes .

Wallahu'alam ~

Friday, December 3, 2010

Jin : Namaku Tuyul !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , apakah hukum orang yang membela toyol ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan hukum , kita kena kenal dulu siapa Toyol yang kita nak komenkan ni . Bak kata orang dulu - dulu ; " tak kenal maka tak cinta ." haha

Kebanyakan orang melayu biasa mendengar perktaan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu . Ia juga merujuk kepada kanak - kanak kecil daripada golongan jin , yang dibela oleh manusia untuk mencuri benda - benda tertentu terutama duit !

Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik . Mengikut sesetengah khabar , toyol ini akan menjelmakan diri dengan wajah kanak - kanak .

Mengikut Kamus Dewan , definisi toyol adalah ; " toyol ialah sejenis hantu yang suka menganggu orang ."
( Kamus Dewan , halaman 1711 , Kuala Lumpur , 2005 )

Misalnya , kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping , dia mungkin mencuri sebahagian , sekeping atau dua keping .

Sebab itu kita biasa mendengar kalau ada yang hilang duit akan berkata ; " Toyol manalah yang mencuri duit aku ." Kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol . Tak pernah aku dengar lagi . " Pontianak mana yang curi duit aku ." ...

Toyol ini berperangai seperti anak keci yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50 hingga 60 sentimeter sahaja .

Kulit beliau merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata yang agak terkeluar sedikit .

Dahinya menonjol , mulut lebar dan berkepala botak .

Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya . Memiliki perwatakan yang agak nakal , suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya .

Toyol berasal daripada perut mak dia .hehe . Tak da lah , gurau jeh .
Toyol berasal daripada bangsa jin yang kafir yang kebanyakannya digunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat .

Syarat - syarat kelayakkan yang dikenakan untuk membela toyol ;

* tidak boleh mengamalkan ajaran agama islam .
* tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan .
* bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya .
* bersikap cinta terhadap harta benda .
* menyediakan sajian untuk makanan toyol .
* rumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama .
* suasana rumah harus redup .
* sedikan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol .
* harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil .

Jadi , apakah hukumnya membela jin ?
Sudah pasti haram plus dosa besar !

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat50 ;


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Wallahu'alam

Wednesday, December 1, 2010

Ummu Salamah : Tiada Lelaki sebaik Abu Salamah !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Ummu Salamah berkata ;

" Ketika Abu Salamah meninggal dunia , aku sering bertanya kepada diriku sendiri , orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah . Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW . Pertanyaan itu sering aku mengulanginya lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri . "

Ummu Salamah berkata ;

" Baginda SAW mengutuskan Hatib Bin Balta'ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri . Lalu Ummu Salamah berkata lagi ; Aku sudah mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu ."

Jawab Baginda SAW ; " Mengenai anak perempuannya kita doakan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah SWT hilangkan rasa cemburunya itu . "

Berdasarkan kefahaman hadis ini , balasan Allah SWT atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah , ialah beliau dikahwinkan oleh Rasulullah SAW .

Wallahu'alam

Masjid Negeri Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( MSSAAS ) yang terletak di Shah Alam adalah masjid Negeri Selangor .


Kerja pembinaan masjid yang terletak di atas tapak seluas 35 ekar bermula 1 oktober 1983 .

Masjid yang dikenali sebagai "Masjid Biru" dalam kalangan pelancong ini mempunyai kombinasi seni reka bina tradisional Islam , Asia Barat , India , Barat dan ciri - ciri pembinaan Melayu .

Keunikan masjid ini ialah pada kubah besarnya yang mempunyai ukuran garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi dengan disokong oleh lapan tiang berbentuk empat segi .


Masjid ini mula digunakan pada Khamis , 3 Disember 1987 untuk solat Jumaat .

Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Sultan Selangor ; Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 Hijrah .

Wallahu'alam

Nama – Nama Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Nabi Muhammad SAW , memberikan nama kepada para Sohabat ;

* Abdul Rahman Abu Hurairah ; Bapa kucing kerana suka main kucing .

Satu ketika , sewaktu Nabi beri syarahan , terdengar bunyi "meow , meow " . Rasulullah bertanya ; dari mana datangnya bunyi kucing itu ? Abdul Rahman pun menjawab , dari lenganku ya Rasulallah . " Kamu suka sangat eh main kucing , apa , kamu ni Bapa Kucing ( Abu Hurairah ) . Itu kena sohabat , kalau kena kita , main ayam bawah kain , terus ayah kita cop kita "kamu ni Bapak ayam ? "

* Umar Al-Farauq – Pemisah antara Haq dan Batil .
* Abu Bakr As-Siddiq – Membenarkan segala macam sabda Nabi .

Nabi Musa sendiri pun memberi nama gelaran kepada Firaun , iaitu Abu Murrah .
Bahkan kita juga mempunyai nama lain , nama sudah sedap , mak bapak beri nama Khalid , panggil ? K !

Kalau yang perempuan pulak , dah sedap sedap nama Khadijah , pergi ke bandar namanya jadi Kay Thie . Sudah macam Cat T Cat dah .haha

Nama aku Irfan , orang panggil bob .

Contoh lain , Jin atau hantu .

Kalau yang mencuri tu , kita panggil Toyol .
yang melompat Pocong .
yang tinggi , Galah .
yang mati beranak , Pontianak . Wei , orang islam mati beranak masuk syurga , apa kes jadi pontianak ?

Ha , macam tu juga Fatihah .

surah Fatihah juga nabi ada beri nama gelaran .


Ok , apa itu al-Fatihah ?

Al-Fatihah itu ialah pembuka atau yang mula – mula .

Apa nama al-Fatihah ?

1 . Ummul Quran .

2 . Ummul Kitab

Dua nama ini diberi kerana ia mengandungi secara ringkas intipati al-quran .


3 . As-Sab’ul Mathani ( Tujuh ayat yang diulang bacaan ) didalam setiap rakaat solat .

Berapa surah Fatihah yang kita baca selama kita hidup ?

Umur umat nabi Muhammad bersamaan 63 tahun . Kita start baligh umur 15 tahun .
63 tolak 15 sama dengan 48 tahun . 48 tahun pula darab dengan 365 hari . Jawapannya ialah 17520 solat yang telah kita lakukan . 17520 darab dengan 17 fatihah , dapatlah jawapannya ialah 297840 surah Fatihah yang telah kita baca .

17 kali fatihah yang telah kita baca sekurang – kurangnya jika tidak musafir .


4 . Al-Hamdu – Segala Puji .

Nama ini diberikan kerana surah Fatihah dimulakan dengan memuji Allah .


5 . Al-Syifa’ / As-Syafiyah – Penawar

http://abuqawliy18.blogspot.com/2010/11/fadzilat-al-fatihah.html

6 . Asas Al-Quran .

Sebab dalam al-fatihah ada apa yang ada dalam al-quran .


7 . Al- Kaafiyah – Yang cukup .( dengan membaca surah ini sahaja ) . Kalau orang baru masuk Islam , tak tahu melainkan al-Fatihah dia boleh solat .

“ Tidak memadai Solat yang tidak disertakan dibaca padanya surah al-Fatihah ”


Hadith ni menyatakan bahawa solat tak sah kalau tak baca fatihah . Habis Ustaz , saya dah baligh , tapi tak reti – reti nak baca surah al-fatihah . Tak payah solatlah ? yelah , kalau solat , Allah dah tak terima ?

Memang betul anda tak payah solat , itupun kalau anda seorang yang majnun atau gila . Solat itu wajib pada umat islam yang cukup syarat .

Dalam hal ini , jika benar tidak mampu membaca surah al-fatihah , maka bolehlah membaca 7 jenis zikir atau doa .

Hadith Riwayat Abu Dawud menyebut ;

Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW mengadu bahawa dia tidak boleh membaca al-Quran . Maka , nabi pun mengajarnya menyebut ;

Subhanallah walhamdulillah wala ila hail lallah walllah hu akhbar
Wala haulawala quwwata illa billah .


Terdapat didalam beberapa kitab – kitab tafsir yang lain menambah nama – nama surah fatihah iaitulah ;

1 . Surah Minnati – Surah yang mengandungi cita – cita .

2 . Surah Mujziyyah – Surah yang memberi balasan .

3 . Surah Munjiyyah – Surah yang membebaskan daripada kesulitan .

4 . Suratus Saqalan – Surah Jin dan manusia .

5 . Suratul Majma’il Asma’ – Surah yang mengandungi nama – nama Allah .

Wallahu'alam bissawab

Tuesday, November 30, 2010

Fadzilat al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Cerita ini berlaku dizaman Rasulullah SAW , ibnu Abi Sa’id Al-Khudri berkata ; kami pergi berda’wah disuatu tempat , dan ketua kampong atau Tok Penghulu kampong terkena gigitan serangga .
( Tebuankah , ularkah , drakulakah . Wallahu’alam bissawab . )


Tiba – tiba bengkak , merah , gatal , sakit . Dia tanya , tak ada ada orangkah yang pada jampi ? Maka ada satu hamba Allah diantara yang ramai – ramai itu , boleh jadi Abi Sa’id al-Khudri sendiri , berkata ; aku boleh dengan syarat kena bagi aku hadiah berupa kambing .

Marilah hamba Allah yang terkena musibah ini , dan Abi Sa’id al-Khudri pun membaca sesuatu , lalu dia ambil sedikit air liurnya dan sapu ditempat yang terkena gigitan serangga itu , dibaca lagi dan disapu lagi dengan air liurnya , tiba – tiba sakit itu pun hilang .

Semua sahabat bertanya , bagaimana awak boleh pandai jampi ? Dimana awak belajar ? Dia pun jawab ;


“ Demi Allah , aku tidak membaca jampi melaikan dengan Ummul-Kitab .”

Mendengar dia berkata begitu , Tok Penghulu pun memberi dia berupa kambing , daging dan susu . Semua orang kata ; “ Eh , jangan makan , kita mesti tanya Rasulullah dulu .” Dan apabila mereka tanya kepada Rasulullah , Rasulullah senyum dan bersabda ;

“ How that you know al-Fatihah can use as jampi ? ”

Teruk betul Bahasa ingeris aku .haha .

“ Bagaimana awak boleh tahu boleh jampi dengan Ummul Kitab ? ”


Adapun fadhilat lain , boleh digunakan untuk ayat pengasih . Ayat ini saya rahsiakan kerna dikhuatiri , budak – budak rampas gadis pilihan hati aku .Haha

Fatihah juga boleh digunakan untuk menjinakkan makhluk yang liar dan melindungi tanaman daripada serangga . Menjinakkan isteri yang liar tak pernah dengar lagi .

Surah al-Fatihah , boleh juga dibuat air penawar , baca sebanyak 7 kali di air .

Inshaallah , akan hilang masalah adik angkat , kakak angkat , awek angkat . Jangan baca al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah . Sampai “ iza waqaatil waqiah ” pun tak berkesan air penawar tu . Baca sampai habislah dari bismillah sampai waladdhooollin .


Wallahu'alam

Apa ada dalam al-Quran ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


1 . Tauhid dan Ibadah ;

Surah an'am ayat 162 -163 ( bacaan dalam doa iftitah ) ;


Katakanlah: " Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam .”


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".



2 . Qiamat ;


dan apabila berlaku qiamat itu .


Tidak ada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya .


( Al-Waqiah ; ayat 1 dan 2 )



3 . Balasan - baik atau buruk ;


Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.


4 . Akhlak


( sebagai seorang suami bagaimana caranya , sebagai seorang isteri , sebagai anak , sebagai murid )


Kita lihat akhlak Nabi Nuh dalam mentaati Allah . Allah suruh Nuh buat bahtera besar .


Ada tak nabi Nuh kata ; a'aahh .. tak acilah , tak adil lah . ?


Walhal , Allah suruh Nabi Nuh buat bahtera tu sengsorang je . Cuba kita renung - renungkan .



5 .Sejarah ;


Siapa dia Muhammad SAW ? Siapa dia Isa ? Siapa dia Adam ? siapa dia Ibrahim ?



Kebetulan , 5 perkara ini ada dalam al-fatihah . Sebab tu kita kena tahu tafsir . Makna lain dan tafsir lain .

Contoh dalam al-quran surah al-Hijr ayat 99 ,



“ Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin."


Makna kata , kalau sudah yakin tentang Islam tak payah solat ?


Tidak benar , ini memerlukan ilmu untuk mentafsir ayat . “Yaqin” disini bererti mati .


“ Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu mati .”

.

Contoh senang macam ni ,

“ Irfan makan tosai .”

itu makna , kalau tafsir macammana ?

“ Irfan , makan tosai taruk cili di Al-Awwal pada 11.30 malam yang lalu “

lebih kurang macam tu lah .


Wallahu'alam



*sila baca entri seterusnya