Tuesday, May 10, 2011

Menangkis Jin

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Anda diganggu makhluq yang agak ''comel'' dan agak halus ?

Jangan risau , harini saya nak kongsikan cara - cara bagi meredakan dan mengelakkan gangguan jin .


Bagi tuan-tuan yang tak nak cari pasal dengan jin dengan erti kata lain , nak elak gangguan jin , boleh beramal dengan ayat 21 surah ar-Rum ;


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Itu amalan nak mengelakkan dari mendapat gangguan , macam mana pulak kalau dah kena kerasukan jin ? Bagaimana cara nak meredakan pesakit ?

Baiklah , begini caranya ;

1 . Sediakan air .

2. Melaungkan Azan sebanyak 7 kali .

3 . Membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali .

4 . Membaca surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak 1 kali .

5 . Membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .

6 . Membaca surah at-Toriq sebanyak 1 kali .

7 . Membaca ayat 21 surah al-Hasyr ;

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


8 . Sekali lagi membaca ayat Kursi sebanyak 1 kali .

9 . Kemudian , renjiskan air pada pesakit .

Wallahu'alam bissawab .

7 Jamadil Akhir 1432 / 11 . 05 . 11
Selasa .