Saturday, May 29, 2010

Pantun Sahabat Nabi


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kali ni entri saya ...saya muatkan satu pantun..pantun ni memang cukup saya suka..baca 2 hingga 3 kali sehari pun tak bosan..ada mesej...

Pantun ni dibuat oleh sayalah..haha

Pantun ni jugak telah mendapat johon dalam segmen pantun nasihat bersama Kak Dj Siti Rohani Surani , Dj IKIM.fm ..hehe..promote sket..ekeke



Nabi Muhammad contoh teladan ,

Kerana Akhlaknya ialah Al-Quran ,

Hendaklah kita mengingati Tuhan ,

Kerana ia menjana ketenangan .


Abu Bakar pengganti Nabi ,

Sebagai Imam juga pemerintah ,

Hendaklah kita mengingati mati ,

Kelak hidup diredai Allah .


Umar Al-Khattab pentadbir yang ulung ,

Sifat ammarahnya kerana Allah ,

Tiada guna pangkat digulung ,

Jika tidak bersyukur kepada Yang Maha Pemurah .


Uthman Bin Affan ahli korparat ,

Seorang warak dermawan pula ,

Jika hendak dihormati masyarakat ,

Hiduplah kita berbudi bahasa .


Ali Bin Abi Talib pemuda berani ,

Kanak kanak terawal memeluk Islam ,

Syariat Islam mesti ditaati ,

Elakkan hati menjadi kelam .


Bilal Bin Rabbah muazzin pertama ,

Senantiasa berwuduk dan bersuci ,

Hambakan diri sentiasa kepada Yang Esa ,

Kelak syurga kita duduki .


Hamzah Bin Abdul Mutallib pengatur strategi ,

Asadullah berperang di jalan Ilahi ,

Kepada Syaitan jangan dimaki ,

Kepada manusia apatah lagi .


Abu Hurairah perawi Hadis ,

Majlis ilmu sentiasa dihadiri ,

Hafazlah kalamullah sehingga fasih ,

Untuk akhirat juga duniawi .



Abdul Rahman Bin Auf peniaga berwawasan ,

Seorang Jutawan lagi dermawan ,

Berhati-hati memilih kawan ,

Elak hidup dalam kemaksiatan .


Yang sedihnya ...saya tak hantar alamat rumah ...patutlah 4 bulan menunggu hadiah tak sampai - sampai ....kawan saya kata ," patut la menang...sebab tak bagi alamat rumah . "...hahaha

Nabi Nuh ; Nabi Nuh bertemu Iblis

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Entri kali ni mengisahkan ...benda yang Syaitan akan gunakan untuk menjatuhkan kita sebagai manusia ...so , hayati cerita ni betul betul....



Abdul Farij Ibnul Jauzi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a , ia berkata ; Ketika Nuh a.s menaiki perahu , ia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya lalu Nuh a.s bertanya : " Mengapa kamu masuk ? "

Orang tua itu menjawab : " Aku masuk untuk merebut hati para sahabatmu sehingga hati mereka bersamaku dan jasad mereka bersamamu ."

Kemudian Nuh berkata kepadanya : "Keluarlah wahai musuh Allah!"

Iblis menjawab : " Lima hal , aku akan membinasakan manusia dengannya . Saya akan ceritakan yang tiga diantaranya sedangkan yang dua tidak akan saya sebutkan ."

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nuh bahawa Nuh tidak perlu penjelasan tentang tiga perkara tersebut tetapi perintahlah Iblis menjelaskan tentang dua perkara tersebut .

Iblis berkata : " Dua hal yang akan saya hancurkan manusia dengannya ialah hasad dan tamak . Kerana hasad , saya dilaknati dan dijadikan syaitan terkutuk dan kerana tamak dibolehkan bagi Adam A.S syurga seluruhnya lalu saya dapatkan keperluan darinya sehingga dirinya diusir dari syurga "


Oleh sebab itu..kita diminta supaya dijauhkan diri dengan Hasad dan Tamak kerana kesudahannya Suuil khatimah...

Kalau dah sudah tu maknanya dah habislah...dan habis itu bermakna ...Jumpa lagi di entri yang akan datang...hehe