Friday, March 19, 2010

Nabi Nuh; Nabi Nuh meraung tanpa henti


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,



Allahumma Solli Ala' Muhammad


Adakah anda tahu Nuh bukanlah nama sebenar Nabi Nuh meskipun seringkali nama Nuh digunakan didalam Al-Quran...

percaya atau tidak Nuh itu nama gelaran yang Allah taala beri kepada Nabi Nuh...

Apakah maksud Nuh ?
Nuh adalah nama dalam bahasa arab yang bererti " raungan atau tangisan yang berterusan "

nak tahu kenapa Nabi Nuh diberi julukan sedemikian ???

Kisah Nabi Nuh diberi julukan Nuh ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya . Rupa anjing itu lain dari yang lain tidak seperti anjing-anjing yang biasa . Anjing itu bermata empat , dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk nabi Nuh sendiri pada zaman itu . Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti dihadapannya dengan aga kehairanan .

Nabi Nuh kemudian memulakan bicara " Wahai anjing , aku lihat muka engkau ini begitu hodoh , mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain . Mengapa jadi begini ?"

lalu , anjing itu menjawab " Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku sebegini rupa . Kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini ? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau ! "

Nabi Nuh pun meraung ( menangis ) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu . Nabi Nuh menangis tanpa henti - henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan . Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu . Tidak henti - henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT dengan tidak sengaja .

Sejak daripada itu namanya pun dipanggil Nuh ( raungan ) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabdikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT .

Saidina Umar Al-Khattab menangis

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Sebagaimana yang kita tahu , Umar Al Khattab seorang yang tegas dan berani sehingga kan Syaitan takut nak menganggu Umar ...
Namun begitu..Umar amat menyayangi keluarganya...
mari kita hayati Kisah ini...


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari , anak Umar bin Al-Khattab pulang dari Sekolah sambil menangis . Ketika ditanya oleh ayahnya , anak itu menjawab "Teman - temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku . Kata mereka lihatlah anak Amirul Mukiminin bajunya bertampal seperti ini ."


Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya . Oleh sebab itu beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari Negara . meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong .

Maka bendahari mengirimkan surat jawapan yang berbunyi " Wahai Umar , adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan dapat hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu ? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu kepada Allah ?"

Membaca surat itu maka Umar tersungkur menangis , lalu berkata Umar kepada anaknya " Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun untuk sejam lagi "


Kalau kita,...sampai pecah anak tekak.."nak jugak!!!" ahaha..betul tak remaja ku???