Friday, December 23, 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Fenomena melanda Malaysia , siapa yang rajin menonton siaran Malaysia tv al-Hijrah pasti akan kenal dengan seorang Ustaz yang membawa slot keagamaan selama 30 minit .

Kenal tak ?

Confirm kenal punya ,

Cara pembawakan dia yang bersahaja , sempoi , mudah difahami , padat dan sarat dengan ilmu dan bermacam-macam lagi di dalam rancangan " 30 minit Ustaz Don " membuatkan dia dikenali dan diminati semua peringkat umur .

Seperti Ustaz - ustaz terkenal yang lain juga , membuat jenaka tetapi tidak lupa pada konsep asal da'wah , iaitu menyampaikan yang haq dan memcegah yang mungkar .

Rancangan "30 Minit Ustaz Don " disiarkan di Tv-al-Hijrah pada Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam dan ulangan nya pada hari Jumaat hingga Ahad , 4 petang .

Saya pun baru mengenali dia pada bulan Ramadan 1432 yang lalu didalam slot Ihya Ramadan di al-Hijrah , cara pembawakan dia memang menarik . Tidak terlalu laju , dan tidak terlalu perlahan . Subhanallah , mudah-mudahan Allah taala merahmati orang-orang yang 'alim lagi soleh .

( Senyuman beliau yang memikat . Chewahh )

Beliau ialah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid . Terbaikkk . Tetapi ditegaskan bahawa beliau tiada kena mengena ikatan saudara dengan Don Corleone The GodFather . hehe
Nama panjang beliau ialah Don Daniyal Bin Don Biyajid Bin Mustafa Bin Hamidon Bin Abdul Qahar.

Info yang saya ambil dari sebuah laman sesawang ( http://buzzera.blogspot.com/2011/11/biodata-profil-ustaz-don-don-daniyal.html ) menceritakan serba sedikit berkenaan ma'lumat butir diri beliau .

Umur baru 27 walaweyh . Lahir 14 November 1984 . Untunglah muda-muda dah jadi artis terkenal . Aku bangga bebenor ada orang muda yang hebat berda'wah . Semoga kita termasuk dalam kalangan itu wahai syabab-syabab !

Beliau memiliki tauliah di Selangor dan Pulau Pinang .

Selain bertugas sebagai Pensyarah Muda kursus Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) dan ber''ada'' didepan camera al-Hijrah , beliau juga pernah dilamar oleh RTM untuk berforum Hal Ehwal Perdana . Terbaik wok !

Anak muda Bukit Mertajam ni lulusan Universiti al-Azhar . Fuiyo , power Rangers tu .

Paling best tentang Ustaz Don , jangan terkejut yea . Cetengok gambar kat bawah .

Ramai gak gadis-gadis yang minat kat beliau , tetapi awas dia dah bertunang . Tetapi takpe , aku ada . haha

Apapun , Coolkan Ustaz Don ?

( Ustaz Don meet ( not meet Uncle Hussin ) Ustaz Azhar Idrus )

# Saya sebenarnya berpeluang dan pernah diundang oleh seorang sohabat ( studio director 30 minit Ustaz Don ) untuk berjumpa Ustaz Don ketika 16 Ramadan 1432 yang lalu sewaktu saya di Kuala Lumpur atas urusan menjadi saksi sohabat saya nak masuk Islam , tetapi malangnya saya menumpang orang . Tak dapat nak pi . Rugi sangat-sangat rasanya .

Ustaz Don , we Love you ! hehe

Wednesday, December 21, 2011

Cin Cin Cin Ta Ta

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Cinta memang indah , tetapi payah .

Cinta , bermadah-madah akhirnya kalah .

Ramai yang mengadu menghadapai masalah cinta . Sampai sanggup nak tukar kursus semata-mata nak bertentang mata dengan dia .

Ada jugak yang sanggup menghabiskan kredit talifon bimbitnya walaupun dikenakan charge yang agak mahal . Yang si ''pencintanya'' 017 , yang dicintanya pulak 019 . Kan Membazir dah kat situ .Tetapi takpe , diorang tak reti matematik ...

Ada jugak yang pada asalnya anti kepada kaum perempuan , saya pun tak tahu lah sebab apa dia anti . Dalam ramai-ramai geng dia , dia sorang je yang anti tetapi dialah orang pertama yang ada awek . Nampak tak penangan cinta ?

Saya sebenarnya bukanlah Dr.Love ataupun bahasa melayu digelar Dr.Cinta . Tak sampai pun ketahap itu walaupun ramai yang mengadu problem berkenaan cinta kepada saya .

Ada yang mengadu , berkongsi masalahnya , bahawa dia sudah jatuh cinta . Jatuh cinta dengan yang lebih tua daripadanya . Terpulanglah , kita sendiri mahir sirah nabawiyyah kan ? kita sendiri ditekankan ketika kecil bahawa perbezaan umur nabi Muhammad S.A.W dan siti Khadijah Khuwailid ketika berkahwin ?

Cantik itu subjektif . Jangan pilih dia , jangan jatuh cinta kat dia hanya kerana si dia cantik , ataupun muka dia jambu macam mamat korea .

Saya selalu tekankan kat kawan-kawan , bercinta biarlah ke gerbang pernikahan , maksud saya sampai ke syurga . Ini tak , bercinta hanya kerana keseronokan nafsu .

Pilih yang beragama , kalau pilih cantik , cantik tu akan dimakan dek tanah . Kita tak akan dapat rasa kecantikan tu selama-lamanya . Pilihlah yang wajahnya jika kita lihat sahaja , hati kita menjadi tenteram walaupun hakikat sebenar wajahnya penuh dengan ulat , misalannya . Itulah dia orang soleh !

Cinta tak kenal usia . Dah kubur kata '' mesti marey " pun boleh bercinta lagi .

Cinta jugak tak kenal tempat . Dekat facebook , pun boleh jatuh cinta . Sampai terciptanya '' Cinta Muka Buku . "

Tetapi awas , sekiranya sudah tiba tempoh matang , clash kecewa ... kita bakal memandang buruk kepada cinta . Sedangkan cinta itu fitrah , cinta itu indah , cinta itu bahagia .


Perlu diingatkan , cinta tu tak bersalah , yang salah ialah orang yang menggunakan cinta tersebut , cara melaksanakan cinta tu yang salah . Atas dasar nafsu serakah ataupun ikhlas kerana Allah ?

Saya suka memetik kata-kata Saidina Ali R.hu ,

" Cintailah sesuatu perkara tersebut sekadarnya , boleh jadi , sesuatu yang kamu cinta itu menjadi sesuatu yang kamu benci ... "

Saya sangat setuju dengan mutiara hikmah yang disampaikan oleh beliau . Really !

Seorang remaja mengadu masalah yang sama , remaja ni bercinta dengan seorang gadis bertudung labuh . Selalu bermain massage . Satu hari , bila si remaja ni dapat tau yang si gadis bertudung labuh ni bakal mendapat tunang , makanya dia kecewa . Semenjak tu , kata dia , dia memandang sinis kepada gadis-gadis bertudung labuh yang lain . See ?

Sohabatku , bercintalah dengan ikhlas . Nescaya kamu akan ikhlas bercinta .

Cintakan sungai , sungai kan kering .♪♫♪
Cintakan bunga , bunga kan layu .

Cintakan makhluk , makhluk kan mati .♪♫♪
Cintakan Allah , cinta Abadi ...


Ingatlah pesanan terakhir ku ,

'' Cinta ibarat 'chinese phone' , tiada guarantee ! "

# Artikel ini ditaip pada hari Khamis , 22Disember2011 , Kolej Universiti Islam Melaka .

Wednesday, December 7, 2011

Tips Pelajar Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Minggu yang lalu ( 03/12/11 ) , sewaktu kem yang dianjurkan oleh badan bukan Kerajaan , Kelab Remaja Nahdah al-Islam , satu tentatif disusun meletakkan remaja di dalam kuliah Maghrib di Masjid Nahdah al-Islam sendiri .

Alhamdulillah , kuliah maghrib berlangsung dengan jayanya . Malam tu , kami bersama Ustaz Shafie Mohd Amin .

( Ustaz Dr.Shafie Mohd Amin )

dan Entri saya pada harini , adalah untuk menyampaikan apa yang disampaikan oleh Ustaz .

Beliau menyampaikan , tips rohani untuk seseorang pelajar itu menjadi cemerlang ;

1 . Mulakan dengan Taawuz ;

" Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam . "


2 . Membaca melalui hati , basmalah ;

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang . "


3 . Istighfar sebanyak 100 kali sehari ;

" Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan daripadaNya , yang hidup dan yang menguruskan makhluqNya dan aku bertaubat kepadaNya . "

4 . Amalkan Zikir Hauqalah ;

" Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung . "

5 . Sebelum membuat sesuatu pilihan , seperti menentukan jadual harian yang lebih efisien , bacalah ayat enam dari surah al-Fatihah ;

" Tunjukilah kami jalan yang lurus . "

6 . Ketika sedang buntu atau takut ( cuak ) , bacalah ;

" Dengan nama Allah , aku bertawakkal kepadaNya . "

dan akhir sekali yang DrShafie kongsi ialah ;

7 . Amalkan doa dari surah al-Baqarah ayat 32 ;

Malaikat itu menjawab:

" Maha suci Engkau ( Ya Allah) ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami ; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui , lagi Maha Bijaksana ".

Wallahu'alam

Thursday, November 10, 2011

Sedikit mengenai Kaabah ~

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Kaabah , sebuah monumen biasa menurut orang yang tidak menggunakan akal untuk berfikir .

dalam surah al-Baqarah ayat 125 , yang saya akan kongsikan ayat itu sebentar sahaja nanti ,

Allah Taala menceritakan perihal Kaabah ini . Kaabah sebuah tempat berkumpulnya ramai umat islam ( مَثَابَةً۬ ) , tak kira lah dia tu dari golongan manusia atau jin .

Sebab itu , jikalau sekiranya Kaabah itu dibawa lari ke negeri lain , misalanya Eskimo , kiblat kita tetap di masjidil Haram bukan Eskimo .

Istimewanya Kaabah , di atas Kaabah itu , ada sejenis Kaabah lagi bernama Baitul Makmur .

Jikalau terjatuh Bait al-Makmur itu , nescaya akan menimpa Kaabah . Seramai 70 ribu malaikat masuk bertawaf sehari dan bila keluar tak akan masuk lagi dan digantikan dengan 70 ribu malaikat yang lain . WoW !


Setiap rukun , Kaabah dibanjiri oleh jutaan umat islam .

Rukun Hajar , rukun Iraqi , rukun Syami , rukun Yamani .

dinamakan rukun hajar kerana dipenjuru Kaabah itu terletaknya Hajar al-aswad .

dinamakan rukun Iraqi , Syami dan Yamani pula kerana penjuru tersebut menghala kearah negeri tersebut ( Iraq , Syam , dan Yaman ) .

Harus untuk umat islam bertawaf menaiki kenderaan ;

Pernah diceritakan , nabi bertawaf menaiki unta . So tak salah kita bertawaf menaiki kenderaan , tetapi janganlah naik motor . Tu melampau sangat .

Kalau yang sakit kaki , atau kencing manis , tak ada masalah bertawaf menaiki kerusi roda .

Untuk siapa yang tak tahu , Kaabah dahulu pernah dilanda banjir , maka orang yang bertawaf time tu pakat naik sampan , ada yang berenang . Tak ada masalah . Jangan tertanggal kain , sudah .

Zaman berzaman , Kaabah pernah runtuh , dan dibina semula . Tiba zaman khalifah yang agak jahil . Asal tukar khalifah je runtuh , dan bina yang baru .

Sehingga kan Imam Malik disuruh memberi fatwa , beliau menolak seraya berkata ;

" Jangan jadikan ( runtuh dan bina Kaabah ) permainan , khalifah-khalifah . "

Baik , kita pergi pula kepada ayat 125 surah al-Baqarah ;

" Dan ( ingatlah ) ketika Kami jadikan Rumah Suci ( Baitullah ) itu tempat tumpuan bagi umat manusia ( untuk Ibadat Haji ) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang .

Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ( dengan berfirman ) :

" Bersihkanlah Rumahku ( Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang ) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf ( yang tetap tinggal padanya ) , dan orang-orang yang rukuk dan sujud ".


Perkataan '' مَّقَامِ '' dalam ayat ini bukanlah merujuk kepada orang mati , tetapi ada beberapa pandangan mengenai kalimah tersebut ;

1 . Masjid al-Haram

2 . Maqam ( tenpat berdiri ) Nabi Ibrahim ,

3 . semua Masyail Haji

4 . Bilik ( Hijr ) tempat nabi Ibrahim duduk .

Namun pandangan yang lebih tepat merujuk kepada no2 iaitu maqam tempat berdirinya nabi Ibrahim ketika membina Kaabah .

dan Allah suruh kita bersihkan ( طَهِّرَا ) Kaabah , sucibersih disini juga boleh jadi bererti membuang segala patung yang ada disekitar masjid-masjid Allah .

" ... untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf ( yang tetap tinggal padanya ) , dan orang-orang yang rukuk dan sujud ".

Ibnu Abbas menyatakan , maksud ayat ini ialah untuk orang yang solat . Bukan semata-mata sujud , bukan semata-mata rukuk .

Orang arab ni kadangkala suka berqias . Contoh ayat ,

" Kaki - kaki sedang bermain bola . "

Mustahil lah kalau kaki kaki je yang main bola , mesti la ada orang sekali kan ?


Dan ( ingatlah ) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah ( negeri Makkah ) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya , iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka".

Allah berfirman:

" ( Permohonanmu itu diterima ) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara ( di dunia ) , kemudian Aku memaksanya ( dengan menyeretnya ) ke azab neraka, dan ( itulah ) seburuk-buruk tempat kembali ".


Akhir ayat ini , nabi Ibrahim ada berdoa supaya memberikan rezqi kepada orang islam kat negeri yang penuh dengan berkah ini .

dan Allah balas , Allah bukan sahaja bagi keatas orang islam tetapi , kata Allah , ''sesiapa yang kufur dan ingkar , maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang . "

Baru-baru ni , kawan saya ada share satu video baik punya . Prince Waleed bin Talal . Sebut betul-betul , Talal bukan Tolol . haha .

Orang yang kufur nikmat , duit tu dia campak -campak je . Haishhh .

Baiklah ,

kita pergi kepada fiqh al-Awlawiyyat pulak . hehe

Antara solat sunat dan bertawaf , mana lebih aula ?

Imam Malik menyatakan , orang yang datang dari luar ( jauh ) , sunat untuk tawaf , daripada solat sunat .

Ye lah , tawaf hanya boleh dibuat di Kaabah bukan di Shah Alam .

Persoalan terakhir ,

Mana lebih aula ? cium hajar aswad atau tidak cium ?

Cium hajar aswad = sunat .

Bertolak bertumbuk sebab nak cium hajar aswad = haram .

nak buat sunat tetapi buat haram ?

Sebab tu kaedah islam ,

antara nak buat benda sunat dan dalam pada masa yang sama akan membuat benda yang haram , tak payah lah buat . Banyak benda sunat lagi yang boleh diutamakan .

Wallahu'alam .

Tuesday, November 1, 2011

Fiqh al-Awlawiyyat

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Fiqh al-Awlawiyyat ,


Saya just nak bagi yang ringkas-ringkas jea , supaya kita faham untuk mengutamakan benda yang utama .

Pepatah atau patah patah ada menyebut .

" Pentingkan yang lebih penting kerana pentingkan yang lebih penting , lebih penting daripada pentingkan benda yang penting . "

Boleh faham ke tak ni ? haha

Prof . Yusuf al-Qadrawi , lahir tahun 1929 , tua dua tahun dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat . Yusuf al-Qadrawi ni , khatam 10 kitab hadith dengan bersanad . Wow, power rangers tu !

dan yang paling penting , Yusuf al-Qadrawi ni bermazhab Hanafi .

Mesti heran , apehe aku bercakap pasal Yusuf al-Qadrawi ni ? takde kena mengena .

Ada la tuan-tuan , kitab Fiqh al-Awlawiyyah tu dikarang oleh beliau . huhu .


Saya nak tanya ,

antara sunnah tasyri'iyyah dan sunnah ghairu tasri'iyyah , mana lebih aula , atau utama ?

sunnah tasri'iyyah ni , sunnah yang nabi suruh , dan sunnah ghairu tasri'iyyah ni , yang bersandarkan perilaku nabi .

Saya bawak contoh sunnah tasri'iyyah , nabi suruh kita bersugi . Hatta ada satu hadith nabi , kalau tak memberatkan kita , nabi dah suruh kita bersugi setiap kali hendak berwudu' . Ada satu riwayat lain , hatta kita hendak bersolat .

Sunnah ghairu tasri'iyyah ni pulak , macam pakai jubah . Nabi Muhammad S.A.W. tak suruh buat pun , tetapi kita buat sebab nabi Muhammad buat , maybe atas dasar kecintaan kita terhadap nabi . Kita nak ikut , apa yang nabi buat .

Jelas ?

sekarang ni , mana lebih aula , kita ajak orang pakai jubah , atau kita ajak orang gosok gigi setiap hari ?

Ini yang perlu kita tekan kan , jawapannya , ialah kita ajak orang gosok gigi ...

Tuan-tuan jangan marah , saya nak bagi contoh je ni .

dan , selain gosok gigi tu , ada yang perkara yang lebih aula , iaitu ?

sila rujuk ayat al-quran , surah 'Ali Imran ayat 187 .

" Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya ".

Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit.

Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu .
"

Nabi memang suruh kita bersugi , tetapi ada yang lebih aula daripada bersugi , iaitu sampai kan , ajarkan isi kandungan al-quran .

Kalau tuan-tuan bukak kitab Fiqh al-Awlawiyyah , Yusuf al-Qadrawi tegur kepada orang yang membantu kewangan membuat masjid , kerana tidak mengutamakan pelajar yang belajar islam yang memohon bantuan kewangan .

Nampak tak ? kita kalau buat masjid tu , hebat dah pahala . Rupanya , ada yang lagi hebat daripada membina masjid . iaitu membina rohani orang islam .

Kalau kata , orang islam itu kita bantu , dia bakal ulama . dan berapa banyak anak murid yang akan menuntut ilmu daripada dia menyebabkan kita dapat pahala free free je .

Tapi ada jugak yang tegur , '' tu kalau jadi .. kalau dia tak jadi ? rugilah duit kami . "

tu pun masalah negara jugak .

Prof Yusuf al-Qadrawi tegur pulak bab Haji . Ramai orang kaya pi haji banyak kali , menyebokkan jemaah haji yang pertama kali menunaikan haji wajib . Kalau situasi di Malaysia , orang kaya ni telah merampas kuota haji untuk orang yang tak pi haji lagi . Lebih aula dia bantu orang miskin .

Buat rumah anak yatim lebih aula daripada buat haji atau umrah sunat .

Antara berzikir dengan membaca al-quran , mana lebih aula ?

jawabannya ialah membaca al-quran . Tetapi jangan lah pula tinggalkan berzikir . Kalau kata dah letih baca al-quran , sambil baring nak tidur , berzikir lah .

Maknanya , bila bertembung benda yang baik dengan benda yang baik , utamakan benda yang lebih baik .

Soalan cepumas , antara solat terawih 8 rakaat , dan 20 rakaat mana lebih aula ?

Sampai berbalah habis-habisan , yang buat 8 rakaat kata yang buat 20 rakaat tu bidaah ,
yang buat 20 rakaat kata yang buat 8 rakaat tu bidaah . Tak payah nak berbalah lah , yang lebih aula ialah menjaga perpaduan , itulah jawaban Syeikh as-Syahid Hassan al-Banna ketika ditanya soalan yang sama . Jaga silaturrahim tu wajib , solat terawih tu sunat la boss ...

Antara majlis ilmu dengan membaca al-quran atau berzikir , mana lebih aula utama ?

sudah tentu majlis ilmu sebab , dalam majlis ilmu adanya mengingati nama Allah , adanya membaca al-Quran .

Antara ziarah orang mati atau taat suami , mana orang perempuan patut ikut ?

nak tau jawabannya ? jawabnya taat suami . Taat suami tu wajib , ziarah orang mati tu sunat . Walaupun jenazah tu ibu bapa kita sendiri . Kalau suami tak izin , maka wajib taat .

Suami tak izin keluar rumah , suami pi kerja , kita duduk kat rumah . Tiba-tiba terbakar , mana lebih aula ketika itu ? sudah pasti menyelamatkan nyawa kerana dhorurat .

Antara susu kambing dan susu isteri , mana lebih aula ? haha .

sudah tentu susu isteri untuk anak kita .

Susu isteri untuk anak kita atau susu isteri untuk kita , mana lebih aula ?

Bersifat ihsan lah suami oi , bayi menangis tu .

Tu kalau benda baik , berlaga benda baik . Kalau benda jahat berlaga benda jahat , mana lebih aula ?

Kita driver bas , masa memandu bawak banyak orang , tiba kat satu tempat yang curam , tiba-tiba ada orang melintas jalan tak tengok kiri kanan . Nak elak ke nak langgar orang melintas ? kalau elak confirm kita jatuh dalam gaung dan ramai nyawa akan mati . Tetapi kalau kita langgar dia seorang ...

Kita bawak satu kereta , tiba-tiba brek kereta rosak . So macam mana ?

apa yang patut kita buat ?

lebih baik kita melanggar tiang , daripada kita langgar kereta orang . Kalau kita langgar kereta orang , risau nanti kita akan membunuh tuan kereta tersebut . Kalau kita langgar tiang , paling kurang kita je yang gol dulu . Tak menyusahkan orang lain . Hutang sebab langgar kereta orang lain pun takda .

Kaedah yang digunakan ialah mencegah kerosakan yang lebih teruk lebih utama daripada mencegah kerosakan yang kurang teruk .

So , kalau kita diberi pilihan untuk langgar lembu atau melanggar tuan lembu ? bukan saje je nak langgar la . Kes , kalau terpaksa . Macam mana ?

langgar la lembu , sebab lembu sejenis binatang . Kalau mati , mati macam tu jea . Tak ada syurga neraka .

Kita kalau langgar tuan lembu , ishh . Nyawa manusia tu bernilai tau ...

Saya nak bukak minda tuan-tuan .

Kalau tuan-tuan seorang polis yang ada pistol . Anak tuan-tuan kena culik jadi tebusan . Pembunuh tu ugut supaya jangan dekat kalau tidak dia kelar leher anak kita .
Bayangkan pembunuh tu peluk ketat ketat anak kita , dia jadikan anak kita sebagai perisai , kita kalau nak tembak , takut tertembak mati anak kita .

So macam mana ?



Tembaklah tangan atau kaki anak kita menyebabkan anak kita tersungkur jatuh , dan pembunuh itu kini tidak berperisai ! Tembakan dibuat bukan untuk membunuh penculik , tetapi nak menyelamatkan tebusan .

Korang faham tak ni ? aku pun tak faham ...

Ok , kalau bab harus pulak macam mana ?

contoh antara budu dan cencalok , mana lebih utama ?

Haishhh , tu urusan dunia , tak payah berbalah . Guna aqal pun boleh . tak payah bertekak . Macam nasi lemak lah , ada yang suka sambal pedas , ada yang suka sambal tak berapa nak pedas .

Allahu'alam ~

Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah .
Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy .

Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya .
Siapakah lelaki yang dimaksudkan ?

itulah ;
Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi .


Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .


Pendidikan :


Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda .


Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram .


Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah .


Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand .
Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak .

Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .


Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais .

Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .

As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .

Allahu'alam

Wednesday, October 26, 2011

Keagungan Allah terhadap Kaabah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

( al-Fussilat 41: 53 )





Dua gambar yang saya postkan mungkin nampak sama , tetapi sebenarnya gambar pertama ialah gambar magnet . Subhanllah . Maka benarlah firman Allah pada surah al-Fussilat ayat 53 .

Kaabah hanya sebuah batu , sebuah binaan yang biasa .

Dibina sejak zaman berzaman , dan di-repair oleh nabi Muhammad SAW .

Kalau tidak kerana dimuliakan oleh Allah , dimuliakan oleh nabi Muhammad , nescaya kita tidak boleh memuliakan nya .

Umar al-Khattab berkata ;

" kau hanya sebuah batu biasa , kalau aku tak tengok nabi cium kau , nescaya aku juga tidak akan cium kau . "

sebab itu , kita kena muliakan Kaabah tetapi bukan sampai ke tahap syirik .

Jika ditanya kepada kita ,

'' adakah sama Kaabah dengan bangunan hitam yang lain ? "

Jawapannya tidak sama . Berdosa kalau kita kata sama .

Kaabah hanya penunjuk arah kiblat . Mampu mengumpulkan seramai mungkin umat islam .

Kalau kita lihat agama lain , ada yang bersembahyang membelakangi kiblat , ada yang mengadap kesitu , kesinun , tetapi agama islam ...hanya satu kiblat iaitu Kaabah . Bertujuan menyatupadukan umat islam .

Seandainya Kaabah itu diangkat bawa lari dan di pindah ke tempat lain , misalannya Eskimo .

Umat Islam tetap dan wajib menghadap kiblat di tempat asal Kaabah bukan berpindah kiblat ke Eskimo .


Saturday, October 22, 2011

Surah Yaasin ayat 21 hingga 25 : Sayonara Habib an-Najar


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

bersambung dari kisah lalu dalam surah yaasin , masih lagi berkenaan Habib an-Najar ,

" Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk ".

Dan ( apabila ditanya : Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya ) : " Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah ( aku dan ) kamu semua akan dikembalikan ? "


" Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? ( Sudah tentu tidak patut, kerana ) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. "

Berhala , benda yang disembah .

Ada satu lagi istilah , iaitu ''keberhalaan'' , apebenda keberhalaan ni ? keberhalaan ni sifat keji .

Sifat keberhalaan ni dia tak suka sesuatu kehinaan disandarkan kepada benda yang dia suka .


Sebagai contoh , pasukan bola la . Kita sokong pasukan tut sampai apa apa jua komentar yang sampai kat pasukan bola kita , kita tentang habis-habisan . Kita jea yang betul walaupun salah . Sampai sanggup putus silaturrahim pun takpa , asal jangan ada walau satu kutukan pun untuk pasukan kita .

Habib an-Najar ceramah kat bebudak yang tak nak ikut 3 orang nabi ni . Berhala yang disembah oleh orang kafir , tak boleh nak selamatkan dia . Berhala yang disembah oleh orang kafir tak boleh nak buat apa - apa , tak boleh beri syafaat , senang citer tak boleh beri manfaat , dan tak boleh juga beri mudharat .

" Sesungguhnya aku ( kalau melakukan syirik ) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata . "

Kita kena faham , sesat tak semestinya sesat dalam hutan , sesat dalam kehidupan juga dikira sesat .

kalimah '' ضَلَـٰلٍ۬ " yang bererti sesat dalam ayat ni ialah , benda tu ada tapi kita tak jumpa , dibentengi oleh sesuatu .

macam math lah , jawab punya panjang tapi tak jumpa . Sama ada kita salah jawaban atau salah jalan kira .

kalimah '' ضَلَـٰلٍ۬ " pulak terbahagi kepada dua .

1 . Sesat sebab tak tahu , ( orang yahudi )
2 . Sesat sebab tak tahu . ( orang nasrani )

Kalau kita bukak surah al-fatihah ayat ke 7 . Apa kata Allah ?

" Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

Kalau bukak kitab Ibn Kathir misalannya dinyatakan bahawa ,

Kalimah " ٱلۡمَغۡضُوبِ " ( orang yang dimurkai ) disandarkan kepada orang yahudi .

Kalimah "
ٱلضَّآلِّينَ " ( orang yang sesat ) disandarkan kepada orang nasrani .

Kalau perkataan ''
ضَلَـٰلٍ۬ '' pun dah sesat , apatah lagi perkataan " ٱلضَّآلِّينَ " ?

lagi lah sesesat bebenor .

" Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku) ",.


Habib an-Najar , datang dari hujung kampung . Dah lah tak ada tauliah , tak fofular , datang entah dari mana , tiba-tiba nak bagi ceramah . Hangin la penduduk kaum tu .

Rupa-rupanya , ayat 25 adalah nasihat terakhir dari Habib an-Najar . Habib an-Najar lantas ditangkap , dan mati kat situ jugak dikerjakan oleh penduduk kampung tersebut .

Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pemuda . seorang pemuda bernama Habib an-Najar .

Kalau kita bukak ayat seterusnya ,

dah mati pun Allah letak kata-kata an-Najar ni dalam al-quran .

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: " Masuklah ke dalam Syurga ". Ia berkata; " Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui " -

Subhanallah , mulianya sifat Habib an-Najar , dah mati pun an-Najar teringat lagi kat kaum-kaum yang dah bunuh dia .

Wallahu'alam .


Sunday, October 16, 2011

Guruku Oh Guruku

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Guruku oh Guruku , popular bebenor puisi traidisional ni . Didekelamasikan oleh Usman Awang .


Pepatah orang melayu ada berkata ;

" Jaga seorang anak boleh jadi gilo , "

Ha , korang bayangkan kalau jaga satu kelas anak murid ? gilo tak gilo ?

Hargailah pengorbanan seorang guru . Artikel ni ditaip bukan pada 16 Mei . HUHU .

Saja saja je tulis .

Bersyukurlah kepada Allah , kerana kita dididik oleh guru , daripada kita stupid hatta kepada bijak pandai berhikmah .

ceciter , siapa yang ajar kan nabi junjungan kita , Muhammad SAW , wahyu yang pertama ? aku tidak tahu ! , lantas nabi dipeluk oleh Jibrail A.S .

disebalik kehebatan sultan Muhammad al-Fatih , ada pelbagai ulama' yang diambil sultan Murad II untuk mengajar dan mendidik anaknya sultan Muhammad al-Fatih . Antara yang ditugaskan mendidik al-Fatih ialah as-Syeikh Syamsuddin , seorang pakar dalam bidang botani , pertanian . Ada ulama' menyatakan , Syeikh Syamsuddin inilah sebenarnya al-Fatih maknawi yakni , al-Fatih yang sebenar , kerana tanpa beliau , Sultan Muhammad al-Fatih , hanyalah sultan Muhammad yang biasa .

Korang kenal ,

Ustaz Azhar Idrus ?

dahulunya seorang guru dalam bidang muzik , tetapi kini , subhanallah , beliau menjadi seorang ulama' yang hebat . Bagaimana boleh menjadi sebegini ?

jawabnya , beliau bertalaqqi dengan ramai Ulama' , antaranya yang saya ketahui ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin , Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai .

Seterusnya ,

Nobita Nobi , bagaimana beliau boleh menjadi seorang manusia yang matang ?

dalam satu fan-made komik yang dibuat oleh Nabuo Sato , setelah kehabisan bateri Doraemon , Nobita belajar dengan bersungguh-sungguh . Akhirnya Nobita menjadi seorang Doktor dalam bidang robot dan telah memperbaiki sendiri Doraemon . Cuba teka , siapa yang buat mesin masa ?

Saya ulang soalan , bagaimana Nobita boleh menjadi seorang manusia yang matang ? jawabannya , kerana seekor Doreamon disisinya , yang selalu menjadi Pakar Motivasi buat Nobita .


Uzumaki Naruto , dimana beliau belajar mendapat teknik terhebatnya Rasengan ? bukankah dari seorang "ulama'' bernama Jiraiya , dan dimana pula Jiraiya mendapatkan teknik tersebut , bukankah dari bimbingan anak muridnya sendiri ? saling berkongsi ilmu .

Son Goku , rata-rata semua orang kenal .hehe . Goku belajar dengan siapa ? bukankah dengan pelbagai tok guru yang hebat seperti Master Roshi ?

israk mikraj , mengapa mesti pada waktu malam ?
mengapa mesti menaiki Buraq ?
dan mengapa pula mesti bersama Jibrail ?

Itu semua simbolik ,

malam , adalah waktu yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah , kita merintih dosa-dosa yang kita lakukan .

Buraq , sebuah kenderaan , kita memerlukan kenderaan untuk kita pergi menuju Allah , untuk kita beribadat kepada Allah .

dan yang paling penting , mengapa mesti bersama Jibrail ?

Sebab , kita memerlukan seorang guru , seorang guru yang hebat , untuk membimbing kita , menyucikan hati dan rohani kita dalam perjalanan menuju Allah SWT .

Wallahu'alam bissawab .

Thursday, October 13, 2011

Kenali Tok Kenali al-Kelantani

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Muhammad Yusuf atau nama timangannya Awang lebih dikenali sebagai Tok Kenali .

Tok Kenali dilahirkan di Kenali Kelantan pada tahun 1868 masihi .


Pesanan beliau yang cukup terkenal dalam kalangan anak-anak murid yang datang mengaji dari setiap pelosok negera termasuk dari Kedah , Pulau Pinang , Terengganu , Pahang Selangor , Johor dan Selatan Siam ;


" Belajar rajin-rajin . " dan " balik bukak pondok . "

Beliau dianugerahkan Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air , dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat , mempunyai mulut yang masin .



Beliau adalah tokoh penting disebalik penerbitan majalah Pengasuh ( 19 18 ) di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Ulama . Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir .


Beliau membuka dua buah pondok dikampung kelahirannya di Kenali dalam jajahan Kota Bharu .


Sebagai Ahli Majlis Ulama , Tok Kenali turut terlibat dalam pemerintahan negeri . Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan .

Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat .

Menteri Besar Kelantan ketika itu diketuai oleh sohabatnya , Nik Mahmud Ismail sering brbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran .


Nik Mahmud Ismail pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu .


Lantas Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai , bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.
Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan .

Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali , Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi .
Selepas kematian ibunya , Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Menteri Besar .

Beliau meninggal dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November 1933 .


Syeikh Idris Marbawi daripada Grik yang baru sahaja pulang daripada Mesir , mendengar sahaja ada ulama' hebat bernama Tok Kenali , sanggup berjalan daripada Grik ke Kelantan melalui jalan gajah .


Wallahu'alam

Sunday, October 9, 2011

Bolehkah manusia melihat Jin ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , adakah manusia boleh melihat jin ? ada sesetengah hamba Allah , menyatakan beliau mempunyai deria mata yang sentitif sehingga mampu melihat wajah makhluk halus yang agak comel .

Baik lah , terima kasih kerana sudi bertanya .

Mana boleh mata kasar kita melihat jin . Sebab tu nama dia jin . Ungkapan jin itu sendiri terdiri daripada dua huruf iaitu huruf " ج " dan huruf " ن " . Perkataan yang bermula dengan huruf " ج " dan huruf " ن " ini bermakna tertutup .


ceCheck kitab Maqayis al-Lughah , bahagian jin oleh Ibn Faris .

Penamaan جنين ( janin iaitu bayi dalam kandungan ) kerana ia tertutup di dalam perut ibunya .

Penamaan جنة disebabkan syurga ditutupi dengan pokok pokok .

Penamaan مجنون ( majnun iaitu orang gila ) disebabkan akalnya tertutup dan tidak berfungsi .

Demikian pula perkataan جن yang membawa maksud tertutup dari pandangan mata manusia .

dan bukankah Allah SWT sendiri berfirman , yang manusia tak boleh melihat syaitan tetapi syaitan berupaya melihat kita ? Tak caya rujuk sendiri surah al-'Araf ayat 27 .

" ... Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan kamu yang kamu tidak dapat melihat mereka . "

Habis ustaz , guano dengan kawan saya tu memang dia kata dia nampak jelas wajah comel makhluk halus . Takkan kawan saya nak menipu saya . Kitaorang kawan semenjak dari mak kitorang kat wad hospital lagi time nak lahirkan kitorang .

sebuah hadith panjang mengenai syaitan yang mencuri harta zakat ramadan dizaman rasullullah dihadapan Abu Hurairah . Hadith ni panjang tuan-tuan , jadi saya just bagi kenyataan
Imam al-Hafiz Ibn Hajar didalam kitab Fathul Bari tentang hadith tu .

" Dalam hadith itu terkandung beberapa pengajaran yang dapat diambil . Antaranya , syaitan memiliki tabiat suka berbohong , boleh berubah bentuk sehingga dilihat oleh manusia dan kenyataan jin tidak dapat dilihat oleh manusia hanya dikhususkan apabila ia kekal dalam bentuk semula jadinya . "

[ Rujukan kitab Fatwa Jin dan Sihir , Karya Bistari ]

Wallahu'alam .

Friday, September 30, 2011

Agama dan Akhlak bergandingan


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Ada agama tak semestinya berakhlak mulia . Lebih baik kalau ada sedikit ilmu , dan dengan sedikit ilmu itu dia amalkan menyelusuri kehidupan seharian .

Tak guna kalau kita ada banyak ilmu , tafsir al-quran ni , pergh macam - macam tafsir dia pakar , dia master Tafsir al-Jailani , tafsir fi zilalil Quran , tafsir ibn Katheer dan macam -macam lagi . Tapi tak diamalkan pun isi kandungan ilmu itu . Tetap tak beri manfaat jugak .

" Ilmu yang tidak diamalkan tidak memudharatkan tetapi tidak juga memberi manfaat . "

Ada 2 kes yang saya dapat ,

kes pertama ;

si suami ni seorang yang agak susah , suruh isterinya yang duduk bersama keluarganya balik duduk bersama suami . Tetapi si isteri tak mahu . Walhal si isteri ni ada BA dalam bab syariah .
Dia patut tahu , apa hukum derhaka cakap suami .

kes kedua ;

si suami ni hebat orangnya dalam bab agama tapi sayang seribu kali sayang , ada skandal dengan perempuan lain . Padahal anak dah dapat , isteri dah ada . Apa lagi yang nak ?

Agama itu terletak dihati , dan perlu dizahirkan , kalau setiap hari pakai jubah , tapi mulut lancang peluru turpedo , tak akan berguna . Kalau nak kira pakai jubah tu dah 'alim . Yahudi mabuk pun pakai jubah . ( Tak caya tengok cerita Ahmad Albab )

Persoalannya , mengapa jadi begini ?

Ini kerana , ilmu dia tahu , amal tak mahu , berjaya di akhirat tak akan mampu !

dan bukankah nabi Muhammad SAW telah bersabda ;

" Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik , maka terimalah jangan dipersiakan kelak kamu ditimpa bencana dan malapetaka . "

( HR Turmudzi dan Ahmad )

Hah , jelas kan ? nabi tak suruh cari yang beragama sahaja tapi nabi suruh cari yang berakhlak juga .

Renung-renungkan dan selamBat bertaubat :)

Thursday, September 22, 2011

What is your Name ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Situasi kita kat Malaysia ni , macam macam nama gelaran .

Cicak Kobeng lah , Mat Top lah , Mat Pit lah , DolMat lah , macam macam ada .

Kalau pi kat facebook lain pulak nama gelaran ,

Teratak Kasih , Pencuri CintaNya , Stephen lah , walhal nama dia Dolah jea .

Nak panggil nama orang tu , biarlah ada maksud yang baik , ni tak , korang gamak panggil sorang hamba Allah tu dengan nama mandul . Gamak ?

" Bila masa pulak , kitorang tak pernah panggil hamba Allah tu dengan nama mandul . "

Yea , memang secara lafaz dalam kalimah rumi , tapi maksud disebalik panggilan tu dalam bahasa arab ialah mandul . siapa hamba Allah tu ? Tak perlu la sebut kat sini . Jaga air muka dia .

Dan antara nama yang paling popular , yang sering didengari di halwa telinga ialah MAMAT .
Subhanallah , korang faham ke maksud mamat tu ? Mamat tu bermaksud mati la derrr .
Kesian kawan korang . Innalillahi wainna ilaihi rojiun . Bukankah nama itu satu doa ?

16 Ramadan 1432 , saya pergi ke JAWI atas urusan saksi , ada hamba Allah masuk Islam . Ustaz yang mengelolakan , yang arrage hamba Allah ni , membenarkan dia menggunakan nama lama dia . Nama lama dia ni , based on nama bunga . Sebab apa kasi ? sebab , bunga tu cantik , wangi dan indah .

contoh nama yang tidak dibenarkan kekal ialah nama yang berunsur lucah . Tak yah bagi contohlah , semua orang faham . huhu .

Kita ni , adoi ... banyak kelemahan .

Mak bapak kawan kita bagi nama kawan kita elok-elok , ada manis-manisnye , tapi dirosakkan oleh kita . Bayangkan , nama kawan kita tu , sampai terpaksa buat 3 kad pengenalan , nak tampung nama dia yang panjang . Kita panggil shortcut jea . ( Sedikit info , nama panjang-panjang takpe , tapi jangan lebih dari 40 aksara . )

Nama bukan main , " Mahmud Arif Tolib Bin Ali Nadi Ta'ib Al-Idris " tapi kita panggil nama shortcut nya je . MAT BANTAI . Apekah ???

Kesimpulannya , bagi la nama baik-baik kat kawan kita , kawan kita masuk islam , kita jadi saksi . Nama asal dia Tyra Bank . kita cadangkan kat dia taruk nama Atirah Bank Islam . Haishhh , tak jadi jugak ....

Jadi , renung-renungkan , dan SelamBat bertaubat :)

Wednesday, September 14, 2011

Mintak Maaf la derr

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Budaya meminta maaf , sememangnya budaya yang dituntut . Namun ianya tidak perlukan tarikh atau masa untuk meminta maaf .

Kita kalau berdosa dengan Allah ( sememangnya kita memang berdosa ) , kita kena buat apa ?
ada yang kata ,

" Tunggulah masa pencen nanti baru bertaubat , " kata orang A

ataupun ,

" Tunggulah malam nanti , aku buat solat sunat Taubat , " kata orang B

Kata orang A tu langsung tak boleh pakai , orang ni dikira sebagai stupid la . Sebab dia pikir nyawa dia panjang lagi . Padahal , masuk je bilik air , terpijak sabun , terus arwah .

Kata orang B ni pulak , baguslah , tapi apasal nak tunggu malam ?

solat taubat tu sunat , bertaubat tu wajib ! masa terbuat dosa tu , cepat-cepat ucap ''astaghfirullah hal 'azim . " Macam lagu Wali band tu , lagu Tomat ( Tobat Maksiat ) .

Macam tu jugak kita , kenapa nak tunggu hari raya baru mintak maaf ?

dan kalau nak mintak maaf pulak , tak semua perkara kita boleh mintak maaf .

" aku pernah berzina dengan isteri kau . Aku mintak maaf yea ? "

Kita mintak maaf kat dia , kita bukan dapat kemaafan , tapi dapat kain kafan . Sengaja cari pasal .

Tak semua perkara boleh mintak maaf , kalau perkara tu , boleh datangkan perpecahan silaturrahim , perpecahan kaum , maka elakkanlah .

Beberapa perkara lagi ,

Tak kisah lah , macam mana pun sebutan kita ,

" Maaf Zahir dan batin . "

" Merafaqkan sejuta kemaafan . "

" Minta maaf atas dosa dari pangkal rambut hingga hujung jari kaki . "

ataupun yang terbaru ni , markah bola .huhu ,

" kosong kosong ye . "

tak kesah lah apapun sebab orang kita ni memang kaya dengan bahasa , tetapi , ''setakat menanam tebu ditepi bibir'' buat gapo ? kita kena ucap berserta hati . Bukan mulut jea bercakap tapi hati masih berdendam .

Ingat , Allah tak kira , Do ke yang ''mati'' dulu , atau Minah ke yang ''mati'' dulu . Tapi Allah kira , siapa yang mintak maaf dulu .

Seperkara lagi , kita kalau nak mintak maaf sungguh-sungguh , tangan kanan bersalam , tangan kiri pegang bahu , dan mata bertentang mata . ( Tips ni hanya untuk yang mahram ) . InsyaAllah .

Ingat ,

Berapa ramai yang ucap '' Im sorry " semasa bulan syawal . Tetapi , selepas bulan syawal , mereka mengucapkan , " Im sorry -lah to say sorry " . Renung-renungkan .

Wallahu'alam .

Thursday, September 8, 2011

Puasa Enam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Saya nak puasa enam Ustaz , tapi ... saya belum qada' lagi puasa wajib saya . Guano Ustaz ?


Tak kiralah , anda ni musafir ke , atau haidh ke waktu bulan Ramadan , wajib qada' puasa . Ada banyak pandangan para Ulama tentang hal ni , mana satu nak buat ??? moh le kita check .

1 . Qadha' dahulu baru tunaikan yang sunat .

Maksudnya apa ? maksudnya , kita utamakan hutang kita yang lebih besar kerana ia lebih penting .

2 . Puasa enam dulu kemudian Qadha ,

Ada dalam satu riwayat menyatakan isteri - isteri Rasulullah menggantikan puasanya pada bulan syaaban tahun hadapan . Menunjukkan disini , keutamaan menggantikan puasa , luas , bila - bila je boleh puasa . Sedangkan puasa sunat enam , hanya pada waktu syawal .

Saya cakap memang senang , sebab saya bukan perempuan , saya lelaki . Orang perempuan ni ada hari-hari Allah bagi cuti a.k.a ABC . Jadi , perempuan ABC ni diaorang nak puasa jugak . Tapi kalau puasa enam lepastu , terus nak direct dengan puasa qadha' . Tak larat !

3 . Puasa Qadha , diniatkan sekali dengan puasa sunat ,

Korang mesti tak pernah dengar kan perkara ni ? atau rasa was-was ?

Ada ibadah yang perlu dilakukan dengan dalil yang jelas . dan Ada juga ibadah yang dilakukan berdasarkan qiyas dan ijtihad . Justeru , perkara ni diharuskan berdasarkan qiyas keatas solat terawih . Boleh dirujuk dalam bab al-Umur Bimaqasidiha , kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan Imam al-Sayuti .

Perkara ini juga telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Syeikh Abdul Karim Zaidan dalam bukunya al-Mufassal fi-ahkam al-Marah . Beliau berpendapat , HARUS mengumpulkan niat fardhu dengan sunat .

Dalam buku Fatwa Majmak Fiqah Kuwaytiyyah , Himpunan Fatwa Ulama' Antarabangsa , juga telah membincangkan perkara ini . Mereka mengharuskan perkara ni . Namun , mereka bersepakat menyatakan perkara ini termasuk dalam hal khilafiyah yang menjadi perselisihan .

Ulama mengharuskan 2 dalam 1 niat beribadah tetapi bukan dengan wajib dengan wajib . Maksudnya , kita puasa qadha' disekalikan niat berpuasa nazar wajib . Maka , tak boleh macam tu .

4 . Puasa Qadha' dalam bulan Syawal , dapat pahala enam sekali .

Ada juga pandangan sebegini , maknanya , katakankanlah perempuan yang haidh ni dia kena ganti sebanyak 15 hari , sebanyak lima belas hari tu dia ganti dalam bulan syawal , dia sanggup tak pergi sale kat kompleks , dia sanggup tak pi open house rumah kawan-kawan dia . InsyaAllah , ada pahala sunat enam tu .

Ha , saya baru teringat , ada satu lagi pendapat , iaitu , puasa qadha je tak yah puasa sunat . HUHU . gurau jeh . Nak puasa , puasa je , tak yah nak kata orang ni tak betul , orang tu tak betul .
Cumanya , menurut pandangan Ustaz Gunawan Che Abdul Aziz , Ustaz Mohd Izhar Ariff dan lain- lain, pandangan terhadap nombor satu tu dah kira molek lah . Saya pun berpandangan sebegitu . Kita lari daripada khilaf .

Syeikh Ibnu Uthaimin R.A menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa hari Arafah atau Asyura , tetapi masih berhutang puasa Ramadan , maka puasanya sah . Tetapi , jika dia berniat untuk puasa ganti , maka ada 2 pahala . Satu pahala sunat dan kedua , pahala ganti puasa . Tetapi berbeza dengan puasa enam .

Bukan kah ada hadith nabi :

" Sesiapa yang berpuasa ramadan , disusuli dengan puasa enam hari syawal , seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun . "

( HR Muslim 1984 )

Syeikh Ibn Uthaimin menyatakan , sesiapa yang tak habis ( ganti ) puasa ramadan , maka dia tidak dikira sebagai berpuasa ramadan . ( Fatawa al-Siyam m/s 438 )

Wallahu'alam .

Tapi bila dah habis puasa enam , jangan lah puasa enam lagi kononnya nak tambah pahala setahun lagi =_="

Tuesday, August 30, 2011

Petua Mengelak Jin

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ramai jugak yang nak tau , ada tak cara supaya kita tak diganggu oleh makhluq - makhluq yang agak halus dan comel ni . Jadi saya akan kongsikan sedikit lah . Apa yang terbatas di benak pikiran saya .

1 . Menyebut nama Allah ketika ditempat gelap , misalannya dibawah tangga atau lorong-lorong gelap . Lorong haji Taib tak da kena mengena . Kat situ banyak kekasih gelap bukan tempat gelap .

Katakan lah , masa kita rilek je meneran dalam tandas , tiba-tiba blackout . Jangan pulak kita sebut nama Allah dalam tandas .

Kena faham jugak , ada beza tandas dan bilik air .

Tandas ialah tempat dimana kita membuang sisa sisa kumbahan yang agak wangi baunya . huhu . Manakala bilik air , tempat untuk kita mandi . Kalau dalam bilik air tu mengaji la selama mana pun . Tak salah pun . Melainkan bilik air tu dah jadi bilik untuk menakung ''air pancut yang panas '' , maka tak boleh lah sebut nama Allah kat situ .

Begitu jugak situasi bilik air kita yang bercampur dengan tandas . Tak boleh sebut nama Allah kat situ secara lafaz . Kalau dalam hati , silakan .

Tanda-tanda jin pada diri kita ialah , tiba-tiba je bulu roma meremang naik . Jadi , ada sorang hamba Allah ni masa dalam tandas , tiba-tiba je bulu roma tengkuk dia meremang .

Maka , dengan cepat - cepat dia lafazkan , dia baca kalimah basmalah . Tiba-tiba dia teringat , tak boleh lafaz kalimah Allah dalam tandas , maka dia insaf dan dia pun ucap , astaghfirullahal 'azim . Lagi sekali ???


2 . Jangan menyakiti binatang tanpa sebab , misalannya anjing dan kucing . ( Khusus berwarna hitam )

Kadang-kadang kita ni tak pasal-pasal nak cekik binatang . Sebab apa nak cekik ? sebab diorang comel . Ye ke ? yeee ... macam baby baru lahir tu kan , kalau boleh nak cubit , tangan tu pusing sampai 360 darjah .

Macam tu jugak dengan saya , saya selalu dibuli disebabkan kecomelan saya . HUHU . ni gurau jea . Jangan marah ye . hehe


3 . Elakkan tidur sendirian , jikalau terpaksa , maka jagalah adab untuk tidur , seperti berwudhuk , berdoa dan sebagainya .

Sebab tu , kalau siapa yang single tu , kahwinlah . Kalau nak kahwin pulak , kena lah cari yang suci bersih keturunannya . Bukan maksud saya , cari yang hot muka takda jerawat .

Maksud saya , cari yang keturunannya , tak pernah ambil saka . atau jin .

Tapi sayang , kita tak .. dah lah memilih jodoh . Lepas tu , terpaksa tidur sengsorang . Nak tidur tu melompat pulak atas katil . Mentang-mentang lah tilam ori berspring . dia terjun atas tilam tu terbang sampai ke siling .


4 . Jangan " memancut " ditempat yang berlubang .

Memancut , apakah itu ? aiseh , buat -buat tanya pulak . yang tu-lah . yang apa lagi .

yang kadang-kadang warna lutsinar , kadang -kadang warna kuning .

Jin tu rileks tengah rehat-rehat dengan anak isteri , kita pi pancut "air panas'' kat tempat berlubang tu . tu habitat dia . Mana lah dia tak hangin semacam . Korang bayangkan lah , dah la kena air panas , hancing pulak tu .

Selalu yang buat macam ni orang lelaki lah . Kalau nak kau ''punya'' bengkak dan tak boleh bersama Isteri , silakan lah buat .

Orang melayu kita , masa nak kencing kat hutan atau tepi jalan raya ( eii , tepi jalan raya pun boleh jadike ??? tak malu ! ) , ada satu ayat yang diungkapkan :

" Datuk , anak cucu tempat kencingggg "

Kalau jin tu bercakap , dia akan balas ,

" Bila masa pulak aku berkahwin dengan nenek kau ? "

Kaedah dah betul , tapi doanya salah . Aiseh ,

ni doa dia , amalkan InsyaAllah .

" Salam sejahtera kepada #Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "


( Surah as-Saffat ayat 79 )

# atau boleh juga dibaca , ditukarkan dengan nama nabi Sulaiman .


5 . Jangan membunuh ular sewenang wenangnya .

Firaun yang kejam tu pun , bila tangkap Masyitah , ada bicara mahkamah . Kita terus kasi ''lenjun'' ular tu . Silap haribulan , kita yang k.o dulu . Sebab kita kena faham , ada 3 golongan jin :

- jin yang terbang .
- jin yang jenis tak bergerak , dia duduk je kat satu tempat , atau penunggu dan jin yang berpindah randah
- jin yang jenis menyamar menjadi binatang seperti anjing dan ular .

Tanyalah dulu ;

" Kau ni ular ke jin , kalau kau jin , baik kau pergi . Kalau tak , aku bunuh ! "

Kalau kata tak suka cakap dalam bahasa Melayu , cakap dalam bahasa omputih ,

" Are you snake or ginie ? if you ginie , better you go out . If you dont want , i kill you ! "

Kalau rasa-rasa english education korang lemah , apa masalahnya cakap bahasa arob ?

" Hal anta thu'banun aw jin ? "

Sebab ada hadith dari Nabi Muhammad SAW ;

daripada Abi Said al-Khudri , beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ;


" Sesungguhnya di Madinah terdapat segolongan jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , sesiapa yang melihat ular di dalam rumahnya , halaulah ia keluar sebanyak tiga kali . Jika ia tetap berdegil , bunuhlah kerana dia adalah syaitan . "

( Hadith Riwayat Muslim : 2236 )

Al-Nawawi R.H berkata ;

" Maksud hadith itu ialah , sekiranya ia tidak mahu pergi setelah diperintahkan keluar , sebenarnya ia bukan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan bukan pula jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , tidak mengapa kamu membunuhnya dan Allah tidak akan mendatangkan sebarang bahaya ke atas kamu . Berbeza dengan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan jin yang telah memeluk islam . "

( Rujuk Syarah Muslim , jilid 14 ms 236 )


6 . Memakai minyak wangi .

Ini , khas untuk lelaki .

Habis , orang perempuan tak boleh pakai minyak wangi ke ?

Boleh , tapi bukan dengan melampau-lampau sehingga boleh menyebabkan , lelaki pun terbau minyak wangi tu .

'' tapi badan saya semerbak berbau kuat . "

Hilangkan bau tu , bukan sembunyikan bau tu dengan minyak wangi . Ada faham ?

Jin kafir sememangnya tak menyukai bau yang wangi .

Habis , tetiba kalau ada bau kapur barus ? Wallahu'alam , saya tak berani nak cakap siapa tu . Tapi jin memang tak suka bau wangi seperti kasturi .


7 . Menutup aurat bagi kaum perempuan .

Orang perempuan ni kalau tak tutup aurat , bukan sahaja dapat perhatian daripada seorang lelaki . Bahkan dapat perhatian daripada ''seekor lelaki '' .

Hati-hati wahai yang tak suka menutup aurat !!!

Wallahu'alam .