Friday, March 5, 2010

Nabi Muhammad SAW ; Riwayat Ringkas Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,



Allahumma Solli Ala' Muhammad








Alhamdulillah ...Sebagai umat Isl
am yang mukallaf , kita wajib mengetahui sejarah hidup Rasulullah SAW sebagaimana telah dikhususkan oleh Ulama untk mengetahui sejarahnya dengan ringkas atau secara mendalam .

Nabi Muhammad dilahirkan di Kota Makkah malam Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah tanggal 20 April Tahun 571 Masihi. Ulama juga khilaf tentang hari lahirnya Nabi Muhammad . Ada yang mengatakan lahirnya baginda pada 9 Rabiul Awal , ada pula yang mengatakan 13 Rabiul Awwal . Namun , hadith yang paling tepat ialah 12 Rabiul Awwal . Ayahanda Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abdul Mutallib manakala ibu baginda bernama Aminah binti Wahab .

Disaat Nabi dilahirkan , banyak hal - hal yang ajaib / yang pelik yang belum pernah dirasai oleh manusia .Ketika malam kelahiran Nabi , segala berhala di mana mana sahaja jatuh tersungkur dari tempatnya. Istana Kisra (Raja Parsi) juga bergoncangan . Api yang dipuja - puja oleh bangsa Parsi beratus - ratus tahun lamanya tidak pernah padam , akan tetapi tiba-tiba pada saat kelahiran baginda , api itu padam semuanya .

Nabi Muhammad SAW adalah berketurunan Bangsawan Quraisy di negeri Mekkah . Rupa Nabi SAW sangat elok dan tampan . Kulit nabi Nabi SAW pula putih bersih , kelakuan Nabi dipuji orang ramai . Baginda sangat jujur dan bijaksana .

Dalam kandungan ibunya ketika berusia lima bulan ( riwayat juga menyatakan 2 atau5 bulan ) , ayahnya meninggal dunia . Dalam usia empat tahun ibunya wafat .Baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutallib . Setelah kematian datuknya , baginda dijaga oleh Abu Talib , yakni ayah Saidina Ali .

Setelah dilahirkan Nabi menyusu kepada Suhaibah . Selama enam hari , Nabi tidak menyusu kepada ibunya sendiri . Kemudian menyusu kepada Siti Halimah . Nabi dijaga oleh Halimah sehingga usia empat tahun .

Usia sepuluh tahun Nabi mengembala kambing . Dikaji oleh pakar , nabi dikatakan diberi ujian oleh Allah taala dengan mengembala kambing kerana kambing ni binatang yang agak degil dan suka berpecah dalam kalangan jemaah. Allah takdirkan nabi megembala kambing kerana nak menguji kesabaran baginda dalam mengatasi manusia yang agak suka berpecah belah . Kalau readers tak percaya yang kambing ni suka pecah jemaah cuba tengok cerita Ahmad Albab .

Usia 25 tahun Nabi ikut Abu Talib berniaga ke negeri Syam. Kurang lebih 10 tahun lamanya Nabi memiliki pengalaman berniaga .


Usia Nabi 25 tahun Nabi menikah dengan Siti Khadijah di negeri Makkah , nabi hidup dengan bahagia bersama isterinya .

Usia 40 tahun Nabi menerima wahyu dari malaikat Jibril di gua Hira' yaitu selepas tahun lamanya Nabi Muhammad menyeru kepada umat Islam mendakwahkan kerasulannya .


Setahun sebelum hijrah Nabi Isra' dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab untuk menerima perintah solat. Pada awalnya perintah solat diwajibkan 50 waktu akan tetapi apabila Nabi Musa menasihati Muhammad meminta kurang solat , Nabi Muhammad berjumpa Allah kembali dan meminta kurang waktu solat , maka Allah mengurangkannya kepada 5 waktu solat yang waktunya sama juga dengan 50 waktu solat .

Kemudian , dalam usia 50 tahun lebih Nabi berhijrah ke Madinah bersama - sama sahabatnya . Nabi menegakkan Islam selama 23 tahun . Selama 11 tahun di Makkah dan 12 tahundi Madinah . Menurut keterangan ulama , Al-Quran diturunkan selama 22 tahun , 2 bulan dan 22 hari . Al-Quran berisi 114 surat terdiri dari 30 Juzuk berisi 6666 ayat .

Maka setelah Nabi membina agama Islam di Madinah , dalam usia 63 tahun Nabi kembali ke rahmatullah di Madinah , lalu baginda di makamkan di situ .

Demikian riwayat ringkas Nabi Muhammad SAW ...