Tuesday, November 30, 2010

Fadzilat al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Cerita ini berlaku dizaman Rasulullah SAW , ibnu Abi Sa’id Al-Khudri berkata ; kami pergi berda’wah disuatu tempat , dan ketua kampong atau Tok Penghulu kampong terkena gigitan serangga .
( Tebuankah , ularkah , drakulakah . Wallahu’alam bissawab . )


Tiba – tiba bengkak , merah , gatal , sakit . Dia tanya , tak ada ada orangkah yang pada jampi ? Maka ada satu hamba Allah diantara yang ramai – ramai itu , boleh jadi Abi Sa’id al-Khudri sendiri , berkata ; aku boleh dengan syarat kena bagi aku hadiah berupa kambing .

Marilah hamba Allah yang terkena musibah ini , dan Abi Sa’id al-Khudri pun membaca sesuatu , lalu dia ambil sedikit air liurnya dan sapu ditempat yang terkena gigitan serangga itu , dibaca lagi dan disapu lagi dengan air liurnya , tiba – tiba sakit itu pun hilang .

Semua sahabat bertanya , bagaimana awak boleh pandai jampi ? Dimana awak belajar ? Dia pun jawab ;


“ Demi Allah , aku tidak membaca jampi melaikan dengan Ummul-Kitab .”

Mendengar dia berkata begitu , Tok Penghulu pun memberi dia berupa kambing , daging dan susu . Semua orang kata ; “ Eh , jangan makan , kita mesti tanya Rasulullah dulu .” Dan apabila mereka tanya kepada Rasulullah , Rasulullah senyum dan bersabda ;

“ How that you know al-Fatihah can use as jampi ? ”

Teruk betul Bahasa ingeris aku .haha .

“ Bagaimana awak boleh tahu boleh jampi dengan Ummul Kitab ? ”


Adapun fadhilat lain , boleh digunakan untuk ayat pengasih . Ayat ini saya rahsiakan kerna dikhuatiri , budak – budak rampas gadis pilihan hati aku .Haha

Fatihah juga boleh digunakan untuk menjinakkan makhluk yang liar dan melindungi tanaman daripada serangga . Menjinakkan isteri yang liar tak pernah dengar lagi .

Surah al-Fatihah , boleh juga dibuat air penawar , baca sebanyak 7 kali di air .

Inshaallah , akan hilang masalah adik angkat , kakak angkat , awek angkat . Jangan baca al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah , al-fatihah . Sampai “ iza waqaatil waqiah ” pun tak berkesan air penawar tu . Baca sampai habislah dari bismillah sampai waladdhooollin .


Wallahu'alam

Apa ada dalam al-Quran ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


1 . Tauhid dan Ibadah ;

Surah an'am ayat 162 -163 ( bacaan dalam doa iftitah ) ;


Katakanlah: " Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam .”


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".



2 . Qiamat ;


dan apabila berlaku qiamat itu .


Tidak ada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya .


( Al-Waqiah ; ayat 1 dan 2 )



3 . Balasan - baik atau buruk ;


Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.


4 . Akhlak


( sebagai seorang suami bagaimana caranya , sebagai seorang isteri , sebagai anak , sebagai murid )


Kita lihat akhlak Nabi Nuh dalam mentaati Allah . Allah suruh Nuh buat bahtera besar .


Ada tak nabi Nuh kata ; a'aahh .. tak acilah , tak adil lah . ?


Walhal , Allah suruh Nabi Nuh buat bahtera tu sengsorang je . Cuba kita renung - renungkan .



5 .Sejarah ;


Siapa dia Muhammad SAW ? Siapa dia Isa ? Siapa dia Adam ? siapa dia Ibrahim ?



Kebetulan , 5 perkara ini ada dalam al-fatihah . Sebab tu kita kena tahu tafsir . Makna lain dan tafsir lain .

Contoh dalam al-quran surah al-Hijr ayat 99 ,



“ Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin."


Makna kata , kalau sudah yakin tentang Islam tak payah solat ?


Tidak benar , ini memerlukan ilmu untuk mentafsir ayat . “Yaqin” disini bererti mati .


“ Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu mati .”

.

Contoh senang macam ni ,

“ Irfan makan tosai .”

itu makna , kalau tafsir macammana ?

“ Irfan , makan tosai taruk cili di Al-Awwal pada 11.30 malam yang lalu “

lebih kurang macam tu lah .


Wallahu'alam



*sila baca entri seterusnya


Apa ada dalam Surah al-Fatihah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Pada suatu hari , masa Jibrail duduk bersama Rasulullah dan tiba – tiba bunyi disiling tempat mereka duduk , dan banyak pintu terbuka disiling . Lalu , Malaikat turun dan berkata ;


“ Tahniah ya Muhammad , ada dua cahaya yang Nabi lain sebelummu tak dapat , iaitu Fatihatul-Kitab dan Khawatim al-Baqarah ( ayat kursi ) .”


atau bahasa kita , kautim . Aku pun tak tau kautim tu apa benda . Deal kalau tak silap . Entah apa - apa lah orang kita .

Makna kata , surah fatihah ni hebatlah . jadinya , apa ada dalam al-fatihah ?



Ayat 1 ,


Ayat ini membuatkan kita yakin bahawa Allah sentiasa disisi kita , justeru membantu kita untuk terus bersifat ihsan .


Ustaz , kenapa mesti start dengan bismillah , bila nak buat sesuatu perkara ?

Al-Hadith dari Muhammad SAW ;


“ Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan nama Allah menjadi lagha ( sia – sia ) ”


Baru – baru ni saya ada dengar khabar cerita dari hamba Allah ;


“ Kalau nak makan kenapa mesti “dengan nama Allah ” ? Adakah Allah join makan dengan kita ? ”


Kalau kita tak baca bismillah , syaitan akan join makan kita , pilih ? nak makan dengan nama Allah atau nak makan dengan syaitan ?


Biar saya explain , waktu Nabi Muhammad dan Abu Bakr dalam gua . Ketakutan Abu Bakr , kegelisahan . Tapi apa kata Nabi Muhammad ?


“ Allah bersama kita .”


Ada tak Allah ikut mereka masuk gua ? Tak bukan ?

Nak lagi faham , macamnilah ,


Satu ayat yang dipetik dari I’lan mee sedap .


“ Aku dihatimu sayang .”


Adakah maksud lelaki , “ aku dihatimu sayang ?”


Adakah lelaki tersebut berada didalam hati perempuan tu ? Tak bukan ?


Menjawab persoalan anda , Kenapa mesti bismillah bila nak makan ? sebab sifat ihsan itu tadi .


Kita yakin Allah ada melihat kita . BUKAN Allah berada dimana – mana . Allah tetap berada Arasy tetapi pertolongan Allah itu . Allah sentiasa membantu hamba – hambaNya .


Tapi ingat , kalau benda tu dah haram , nak bismillah lagi , tak tau la nak cakap apa .

Bukak poket , keluarkan rokok , Pall Mall bai , Rokok letak kat bibir .


Tekan lighter sambil “bismillah hirrahmannirrahim .”



Ayat 2 ,



Korang faham ke apa makna 'alam ?


apa makna 'alam ?


benda hidup , benda tak hidup , kehidupan semesta , tak semesta , perkara ghaib , kehidupan mikroorganisma dan lain-lain , itupun sudah meliputi seluruh alam , tetapi korang perasan tak Allah gunakan perkataan " 'Alamin " . 'Alam itu pun sudah meliputi seluruh , apatah lagi ditambah kalimah jama' yakni banyak .


Senang faham , " Segala puji bagi Tuhan pemilik sekalian alam . "


'Alam tu pun dah meliputi semua , ditambah lagi dengan ''sekalian'' . Subhanallah .


Walau muncul 'alam yang baru , Tuhan yang buat alam tu Allah lah. ye la zaman dulu mana orang tau mikroorganisma tu . Zaman sekarang baru tahu . So , Allah yang buat sekalian 'alam , tak kira baru , tak kira lama .


Ayat kedua mengajar kita supaya meletakkan keyakinkan kita sambil memuji Allah Azza Wajalla yang mencipta seluruh ‘alam .

Satu sahabat Nabi diberi salam oleh Nabi , “ Assalamualaikum .”

“ Waalaikumussalam .”


Kemudian nabi bertanya ; “ Kamu sihat ? ”


“ Baik ya Rasulullah ,” jawab sohabat .


“ Kamu sihat ? ” Rasulullah bertanya lagi .


“ Baik ya Rasulullah .”


“ Kamu sihat ? ”


Sohabat ni pelik , dalam fikiran dia , Rasulullah tak pekak , aku dah kata baik , baik , baik , dia dok tanya tak henti – henti . Sohabat fikir confirm ada yang tak kena dengan jawapannya , Tiba – tiba dia teringat satu perkataan .


Jadi dia pun jawab , “ Alhamdulillah ya Rasulullah . Bil Khayr . ”


Itu jawapan yang aku tunggu dari kau , ” sabda Nabi SAW .


Kisah ini menunjukkan betapa kalimah syukur kepada Allah amat penting digunakan rutin seharian . Kalimah syukur digunakan untuk tidur , bangun tidur , makan , bersin dan macam – macam lagi .



Ayat 3 ,


Menyebutkan kesimpulan sifat – sifat al-Jalaal ( Kebesaran ) dan sifat – sifat al-Kamaal ( Kesempurnaan ) .


Persoalannya , mengapa bismillahir rahmanir rahim ~ ?


Pernah tak seumur hidup kita dengar bismillahil muntaqimul jabbar ?


Saya tanya sekali lagi , pernah atau tidak kita mendengar ayat “ bismillahil muntaqimul jabbar ” ?


mesti readers kata tak pernah . Pernahlah , saya baru je cakap tadi . Takkan tak pernah dengar lagi


Mengapa tak baca bismillahil hayyul qayyum ?


Ustaz , ustaz , saya pernah lafaz kalimah bismillahil awwal wal-akhiruhu .


Kalimah tu kaau sebut fasal kau asyik dengan melantak tak ingat akhirat . Makanan dah nak habis baru ingat Allah .


Selalunya mesti bismillah ar-rahman ar-rahim . Mengapa ? Kerna sifat Rahman melebihi sifat yang lain .


Dalam hadith Qudsi ;


“ Tuhan ada 100 rahmat , satu didunia , 99 diakhirat . ”


Cuba kita check al-Quran , ada beberapa surah yang dimulakan dengan ayat muqatta’ah seperti Alif lam ra , Haa mim , dan Nun bila digabungkan ketiga – tiga ayat ini menjadi ?


Ar-Rahman~ Subhanallah , hebat !


Dan ulama’ berijmak kata apa ? Rahman untuk seluruh makhluk , tak kira muslim atau non-muslim .


Tapi Rahim ? khas VVVVVVVVVIP untuk orang islam , dihari akhirat nanti .


Ada yang berkata ; basmalah tak wajib baca dalam solat sebab Imam Mekah tak bacapun dalam solat . Solat fardhu pulak tu . Betulkah kesasihan cerita ini ? Tidak !


Imam Mekah tu baca , cuma mazhab Imam yang mengimamkan solat di Mekah tak baca bismillah secara jahriyah ( kuat ) . Tahu – tahu dah “ alhamdulillahirabbil ‘alamin ” .

Kita mazhab Shafie kenalah baca secara jahriyah .


Kita komen je Imam tu tak betul , Imam ni tak betul lah , semua kita nak komen . Kalau jadi juri , Juri Akademi Fantasia pun kalah . Cuba kita check solat kita .


Takbiratul Ihram pun dah senyap , tak keluar bunyi . Nak sah macammana ? Cuba bayangkan kita nak temuduga kerja , bercakap tapi tak keluar suara , ingat boss nak amik kita kerja ?



Ayat keempat pula ,



Menyatakan tentang Qiamat yang pada hari itu akan menerima balasan amalnya supaya seseorang itu tidak menumpukan usahanya semata – mata nak mencari dunia .


Tak salah nak cari dunia , carilah . Tapi kenapa tak berlumba – lumbalah mengejar akhirat ?

Para sahabat berlumba –lumba nak bagi salam kepada Nabi , sampai melompat dari tempat tinggi . Last – last , Nabi juga yang beri salam kepada sohabat .


Aswadi , sohabat nabi yang hitam setelah diberi peluang perkahwinan seorang anak dara yang molek putih , tengah beli barang perkahwinan setelah disponsor oleh sohabat .

Terdengar panggilan perang . Terus cancel beli barang perkahwinan , beli alat peperangan siap dengan kuda dan penutup muka .

Hebat berjuang dan akhirnya syahid . Sahabat terkejut bila terbuka penutup muka . Aswadi ! akhirnya jenazah Aswadi yang hendak dimasukkan dalam liang lahad disambut dengan begitu ramai bidadari syurga .


Kita berlumba – lumba juga , tapi hal dunia jeh . Nak kereta 6 pintu , nak rumah yang ada 7 bilik . Last – last , dapat kereta satu pintu dan rumah satu bilik . Seksyen 21 .


Ayat kelima ,

iyya kana' bud


Menerangkan tugas mengapa manusia dicipta Allah . Ibadat itu dengan segala jenisnya tak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerna ia menghidupkan iman , menyihatkan tubuh badan , dan memperbaiki akhlak . Dalam ayat lain iaitulah surah al-zariyat ayat 56 ;


“ Tidaklah aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu .”


Dan [ Wai iyya kanas ta'ien ] memperkatakan tentang kelemahan manusia , mereka tidak melakukan sesuatu perkara melainkan dengan pertolongan Allah .



Ayat enam ini pula menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan kepada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufiq kejalan yang membawa kebahgiaan , dunia dan akhirat .



kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuhi , dan cara melalui hari – hari didunia pula banyak berbilang – bilang dan lain – lain yang disebabkan berlainan tabiat , ‘adat dan hawa nafsu yang beraneka ragam .


Kita nak pergi kerja , kena berhadapan dengan majikan yang kaki maki . Rilekslah , itu semua cubaan .


Kita nak pergi sekolah , kena berhadapan dengan makhluk yang bernama tidur . Rilekslah , itu semua cubaan . Apa salahnya tidur dalam kelas ? pahala still berjalan asalkan kita duduk dalam majlis ilmu .


Kita nak pergi majlis ilmu , kena bayar rm 20 , rileks lah , benda ni guna bukan untuk elaun aku . Tapi untuk bagi korang mencekik .


Perlu diingatkan , ayat ini bukan bererti kita tidak ada iman atau kita ini jahil langsung . Bukan ! , ayat ini lebih kurang sama dengan ayat dari surah ‘ali imran ayat 8 .


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.



Ayat ketujuh pula ,


Allah SWT mengarah manusia supaya sentiasa memerhati dan memikirkan kisah – kisah umat terdahulu , supaya ia memilih kebaikan yang membawa kebahgiaan dan berjaga – jaga serta menjauhkan diri daripada apa yang menyebabkan kecelakaan sehingga dapat hidup didalam nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga “ Darus Salam ”.


,Sirotol lazina 'an'am ta'alaihim , jalan yang Kau beri nikmat . Siapa lagi , kalau bukan nabi – nabi , rasul – rasul , dan orang orang yang soleh . Kalau dapat title mat Saleh pun , tak akan berguna dihari akhirat kalau tak beramal soleh .


Ghoiril maghdubi 'alaihim ,


Siapa yang Allah murkha ? Yahudi ? ya , Yahudi . Kalau kita nak mengumpat dia , perghh , 30 jilid buku pon belum tentu cukup . Tentera Yahudi diambil dari anak luar nikah , dilatih membunuh tanpa perasaan , hidup untuk kerajaan . Salah satu propaganda yahudi ialah tarikh 14 Februari sendiri , iaitu tarikh bermula kerajaan Haram Bani Israil !


Apa yang ada pada tarikh tersebut ? sekuntum bawang merah , sebuah memori , ..terima kasehhh !

Ops , terlebih sudah .


Bukan Yahudi sahaja yang Allah murkha . Orang yang tahu halal haram , tapi tak buat apa yang dia tahu , Allah murkha juga . Jangan kita kata tafsirnya yahudi saja . No , no , no , no no ! tahu couple tu haram , tapi bercouple juga .


Fatwa dah kata , merokok tu haram , yang dok gatal merokok kenapa ? mana – mana remaja yang saya nampak dan hidu ada rokok , aku sumbat mulut dia dengan kotak rokok tu sekali . Kenapa benda macam ni boleh berlaku ?


sebab ilmu ada tapi tak nak amalkan .

Ibarat telefon bimbit tanpa kredit .


Henset saya nampak je cikai . jenama cokia , tapi kredit .Kat surau tuh siap kena pasang traffic light , begitu panjang orang surau beratur nak mintak kredit .


waladhholliiiiin


Biar saya bagitau sekejap , ayat ini antara ayat yang amat sedikit para sohabat bunyi dengan betul . Hanya ada sesetengah sohabat je yang betul bacaannya part ni .


Wallahu’alam .


“ Dan orang – orang yang sesat ,” – kitab tafsir menyatakan orang yang sesat itu ialah nasrani berdasarkan al-hadith ;


“ Orang – orang yang dimurkai itu ialah kaum yahudi dan orang – orang yang sesat ialah kaum nasrani . ”


Macam yang diterangkan tadi , sungguh yahudi itu kaum yang dilaknat , nasrani sesat . Tapi kita ? perfect sangat ke ?

Halo , please~ , balik rumah muhasabah diri . Man Nahnu Ha’qa .

Bukan Man Nahnu Hardcore . Lain bunyi .


Sekian , Wallahu'alam


Al-Fatihah itu antara Allah dengan hambaNya


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Al-Fatihah – dibahagi dua dengan Allah .

Allah berfirman dalam hadith Qudsi ;

Fatihah itu , bahagi denganKu dengan hambaKu dua .

Kalau hambaKu kata ; Bismillah ar-rahman ar-rahim dengan khusyuk .

Allah jawab ; hambaKu puji aku .

“ Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin .”

Allah jawab ; hambaKu puji aku lagi .

“ Ar-rahman ar-rahim ”

Allah jawab ; lagi puji aku .

Suka hati sangat Allah , pasal kita asyik puji Dia . Macam budak – budak Muazzin nilah .

[ Azan gaya Mekah ]

Habis azan Haji Daud kata ; perghh , macam Bilal Mekah uh , Syaikh Ali Ahmad Muolla .
Suka kita kena puji . Besok tak sabar – sabar nak azan .

Lepas itu kita kata ; “ Maliki yaumiddeen .

Allah jawab ; “ hambaKu sudah mengaku ada Qiamat .

“ Iyyaakana’budu wa iyyakanasta’in ”.

Allah jawab ; hambaKu sudah mengaku dia akan sembahKu dan dia akan meminta tolong hanya denganKu .

“ Ihdinas sirotol Mustaqim ...”

Allah jawab ; HambaKu minta jalan yang baik , dan Aku mesti bagi kepadaNya . Mesti Aku terima apa yang hambaKu pinta .

Itu kalau khusyuklah , kita ni khusyuk bila time solat subuh je . Lebih – lebih lagi time sujud sejadah . Imam di bumi , kita di planet Zuhrah .


Wallahu'alam

Nama - Nama Syaiton dalam Al-Fatihah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2. HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB

3. KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU

4. KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK

5. KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS

6 . I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!

7. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.



Saya tanya ; betulke ?



Ustaz Amrin Kasimin menjawab ;


Nama-nama yang disebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.

Tidak ada nama syaitan didalam al-fatihah jikalau tersalah sebutan , cumanya salah dari segi tajwid .



Ustaz NurZamir Zakaria menjawab ;


Memang kalau dah tak reti arab, reka saja apa - apa supaya dapat tipu orang.. dan orang pun tertipu


Dalam al-Fatihah tidak ada nama syaitan , orang nama Fatihah sebut nama syaitan ada .

Ada tak orang nama Fatihah yang baca entri ni ?hehe


Wallahu'alam bissawab

Kitab Barzanji



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Bacaan kitab Barzanji atau Marhaban amat popular dalam kalangan masyarakat Islam dirantau ini . Bacaan tersebut lazimnya diadakan di Majlis Akikah dan dan Majlis MaulidurRasul SAW . Bahkan ia turut menghiasi majlis Walimatul Urus , sehingga ia dianggap sebahagian daripada budaya masyarakat di rantau ini .

Kitab Barzanji dikarang oleh Imam Jaafar al-Barzanji al-Madani , seorang khatib atau imam di Masjid Nabawi dan Mufti Mazhab Shafie . Beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun 1177 Hijrah bersamaan dengan 1763 Masihi .

Sebagai seorang imam di Masjid Nabawi sudah tentu beliau sering menziarahi maqam rasulullah SAW yang terletak di sebelah mihrab masjid tersebut .

Beliau ingin sekali mengajak umat islam mencintai nabi Muhammad SAW , selalu berselawat ke atas Nabi SAW , mengenal sirah dan perjuangannya , serta mengikut sunnah dan pengajaran baginda SAW .

Demi tujuan yang mulia dan suci itu , beliau telah mengarang kitab tersebut dengan uslub atau jalan bahasa yang indah dalam bentuk nathar .

Alhamdulillah , hasrat dan keinginan beliau telah dimakbulkan oleh Allah SWT , kerana kitab tersebut tersebar dibahagian alam islami termasuklah negara - negara kepulauan Melayu iaitu Malaysia , Singapura , Indonesia , Brunei Darus Salam , Filipina dan Thailand . Dalam kalangan orang Melayu , ia dikenal dengan nama "Rawi" .

Keistimewaan Kitab Barzanji dapat dilihat dari tiga aspek ;

* isi kandungannya menceritakan kisah hidup Rasulullah SAW , nasabnya sifat sifat utama yang menghiasi diri baginda dan lain - lain lagi .

* Menganjurkan agar memperbanyak solawat atas Nabi Muhammad , iaitu pada setiap awal dan akhir episod atau bab . Yang istimewa ketika sampai ke peringkat kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW , maka sekalian yang hadir dapat mebaca solat dan salam serta puji - pujian .

* Kitab barzanji dibaca dengan irama irama tertentu , sebagai daya tarikan kepada pendengar untuk menikmati isi kandungannya .

Orang orang yang berjiwa seni dan memahami sastera arab , pasti akan merasi betapa indahnya kitab berzanji ini . Bagi kita orang orang 'Ajam ( bukan arab ) yang kurang memahami bahasa arab , masih dapat menikmati keindahannya , iaitu apabila dibaca dengan irama lagu - lagu tertentu seperti Raqbi , Sikah , Banjakah , dan sebagainya . Apatah lagi kalau pembacanya mempunyai suara emas yang lunak dan merdu . Maka disinialah sebenarnya sebahagian daripada bukti mengenai betapa ketinggian seni dalam islam , selain daripada al-quran itu yang keindahannya tiada tandingan .

Hukum tarik Seluar atau baju


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , ustaz ... sahkah solat bagi orang yang setiap kali hendak sujud dia menarik seluar atau bajunya ?


Kes begini selalu sangat terjadi kalau orang yang makin kurus macam saya.hehe . Maka seluar pun jadi longgar .

Berbalik kepada masalah , orang yang solat ketika hendak sujud ( daripada i'tidal ) atau menarik lengan bajunya , solatnya sah tetapi perbuatannya itu makruh dan jika melibatkan pergerakan anggota tiga kali atau lebih secara berturut -turut , maka solatnya menjadi batal .

Wallahu'alam bissawab ~

Tuesday, November 23, 2010

disebalik piring U.F.O ? Manusia , Jin atau Alien ?




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

artikel oleh Ustaz Kazim Elias al-Hafiz yang telah diolah .




Ustaz , saya nak tanya lagi . Boleh tak ? hehe Bagaimana pula dengan piring terbang UFO atau lebih mesra panggil dengan nama makhluk Asing ? Wujud atau tidak ?

Kau lagi ? tak mengapa , silakan bertanya .
piring terbang milik unidentified flying object atau UFO wujud atau tidak ?

Perlu ke saya jawab ?haha

Ya , tidak ada juga . Apa yang tidak ada ? piring terbang UFO !

Tidak wujud sama sekali .
Allah dah jawab dalam surah Luqman ayat 20 ;


Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Yang terbang dilangit itu Allah kata manusia . Bukan jin atau alien .


Ya , propaganda Yahudi untuk umat islam menolak satu ayat daripada al-quran dari surah at-Tin ayat 4 ;

Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

" Oh , hebatnya Alien . laju betul kapal terbang dia . Kapal terbang kita baru nak terbang dah jatuh . Mesti alien ni bijak ."

Ianya teknologi gambar semata - mata !

Dalil lagi ? kali ni saya bagi ikut logik . Sky Hawk yang laju tu tak dapat kejar piringg terbang UFO . Bahkan kereta kancil pun tak dapat kejar .
Bayangkan betapa lajunya piring terbang UFO uh ?

haha
Bahkan Radar paling canggih pun tak dapat detect .

Jadinya , tidak ada piring terbang UFO . Fullstop .haha


Tetapi , Alien ? ada riwayat mengatakan ianya JIN !





Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan DiaMaha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.
Asy-Syuura 42:29

Siapakah makhluk makhluk yang melata ? yang hidup di langit dan bumi ? Wow !
Mungkin inilah Alien !

Hamka didalam Tafsir Al-Azhar , mentafsirkan daabah sebagai segala yang hidup , merangkak , merayap dan berjalan menggunakan kaki .

Hamka menyatakan ayat ini menunjukkan hidupan diluar bumi . Beliau berkata ;

" Binatang yang melata bukan sahaja wujud di bumi , tetapi ia wujud di langit ."

Said Hawa didalam al-Asas fi al-Tafsir mempunyai dua pendapat tentang ayat ini .
Pertama ;

Mengenai wujudnya hidupan dikosmos ini .

( Tak ada kena mengena dengan Ultraman Cosmos )


Kedua ;

diBumi sudah ada hidupan seperti jin , manusia dan pelbagai jenis binatang . Begitu pula di langit , hidupan nya dalam bentuk para malaikat .

Kesemuanya sudah bertebaran dilangit dan dibumi mengikut ketetapan Allah .

Pendapat yang kedua ini adalah selari dengan tafsiran yang dimuatkan didalam Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir . Secara dasarnya , berpandukan ayat ini , Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan diluar bumi sama ada di sistem suria ataupun kosmos secara umumnya .

Wallahu'alam