Friday, December 23, 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Fenomena melanda Malaysia , siapa yang rajin menonton siaran Malaysia tv al-Hijrah pasti akan kenal dengan seorang Ustaz yang membawa slot keagamaan selama 30 minit .

Kenal tak ?

Confirm kenal punya ,

Cara pembawakan dia yang bersahaja , sempoi , mudah difahami , padat dan sarat dengan ilmu dan bermacam-macam lagi di dalam rancangan " 30 minit Ustaz Don " membuatkan dia dikenali dan diminati semua peringkat umur .

Seperti Ustaz - ustaz terkenal yang lain juga , membuat jenaka tetapi tidak lupa pada konsep asal da'wah , iaitu menyampaikan yang haq dan memcegah yang mungkar .

Rancangan "30 Minit Ustaz Don " disiarkan di Tv-al-Hijrah pada Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam dan ulangan nya pada hari Jumaat hingga Ahad , 4 petang .

Saya pun baru mengenali dia pada bulan Ramadan 1432 yang lalu didalam slot Ihya Ramadan di al-Hijrah , cara pembawakan dia memang menarik . Tidak terlalu laju , dan tidak terlalu perlahan . Subhanallah , mudah-mudahan Allah taala merahmati orang-orang yang 'alim lagi soleh .

( Senyuman beliau yang memikat . Chewahh )

Beliau ialah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid . Terbaikkk . Tetapi ditegaskan bahawa beliau tiada kena mengena ikatan saudara dengan Don Corleone The GodFather . hehe
Nama panjang beliau ialah Don Daniyal Bin Don Biyajid Bin Mustafa Bin Hamidon Bin Abdul Qahar.

Info yang saya ambil dari sebuah laman sesawang ( http://buzzera.blogspot.com/2011/11/biodata-profil-ustaz-don-don-daniyal.html ) menceritakan serba sedikit berkenaan ma'lumat butir diri beliau .

Umur baru 27 walaweyh . Lahir 14 November 1984 . Untunglah muda-muda dah jadi artis terkenal . Aku bangga bebenor ada orang muda yang hebat berda'wah . Semoga kita termasuk dalam kalangan itu wahai syabab-syabab !

Beliau memiliki tauliah di Selangor dan Pulau Pinang .

Selain bertugas sebagai Pensyarah Muda kursus Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) dan ber''ada'' didepan camera al-Hijrah , beliau juga pernah dilamar oleh RTM untuk berforum Hal Ehwal Perdana . Terbaik wok !

Anak muda Bukit Mertajam ni lulusan Universiti al-Azhar . Fuiyo , power Rangers tu .

Paling best tentang Ustaz Don , jangan terkejut yea . Cetengok gambar kat bawah .

Ramai gak gadis-gadis yang minat kat beliau , tetapi awas dia dah bertunang . Tetapi takpe , aku ada . haha

Apapun , Coolkan Ustaz Don ?

( Ustaz Don meet ( not meet Uncle Hussin ) Ustaz Azhar Idrus )

# Saya sebenarnya berpeluang dan pernah diundang oleh seorang sohabat ( studio director 30 minit Ustaz Don ) untuk berjumpa Ustaz Don ketika 16 Ramadan 1432 yang lalu sewaktu saya di Kuala Lumpur atas urusan menjadi saksi sohabat saya nak masuk Islam , tetapi malangnya saya menumpang orang . Tak dapat nak pi . Rugi sangat-sangat rasanya .

Ustaz Don , we Love you ! hehe

Wednesday, December 21, 2011

Cin Cin Cin Ta Ta

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Cinta memang indah , tetapi payah .

Cinta , bermadah-madah akhirnya kalah .

Ramai yang mengadu menghadapai masalah cinta . Sampai sanggup nak tukar kursus semata-mata nak bertentang mata dengan dia .

Ada jugak yang sanggup menghabiskan kredit talifon bimbitnya walaupun dikenakan charge yang agak mahal . Yang si ''pencintanya'' 017 , yang dicintanya pulak 019 . Kan Membazir dah kat situ .Tetapi takpe , diorang tak reti matematik ...

Ada jugak yang pada asalnya anti kepada kaum perempuan , saya pun tak tahu lah sebab apa dia anti . Dalam ramai-ramai geng dia , dia sorang je yang anti tetapi dialah orang pertama yang ada awek . Nampak tak penangan cinta ?

Saya sebenarnya bukanlah Dr.Love ataupun bahasa melayu digelar Dr.Cinta . Tak sampai pun ketahap itu walaupun ramai yang mengadu problem berkenaan cinta kepada saya .

Ada yang mengadu , berkongsi masalahnya , bahawa dia sudah jatuh cinta . Jatuh cinta dengan yang lebih tua daripadanya . Terpulanglah , kita sendiri mahir sirah nabawiyyah kan ? kita sendiri ditekankan ketika kecil bahawa perbezaan umur nabi Muhammad S.A.W dan siti Khadijah Khuwailid ketika berkahwin ?

Cantik itu subjektif . Jangan pilih dia , jangan jatuh cinta kat dia hanya kerana si dia cantik , ataupun muka dia jambu macam mamat korea .

Saya selalu tekankan kat kawan-kawan , bercinta biarlah ke gerbang pernikahan , maksud saya sampai ke syurga . Ini tak , bercinta hanya kerana keseronokan nafsu .

Pilih yang beragama , kalau pilih cantik , cantik tu akan dimakan dek tanah . Kita tak akan dapat rasa kecantikan tu selama-lamanya . Pilihlah yang wajahnya jika kita lihat sahaja , hati kita menjadi tenteram walaupun hakikat sebenar wajahnya penuh dengan ulat , misalannya . Itulah dia orang soleh !

Cinta tak kenal usia . Dah kubur kata '' mesti marey " pun boleh bercinta lagi .

Cinta jugak tak kenal tempat . Dekat facebook , pun boleh jatuh cinta . Sampai terciptanya '' Cinta Muka Buku . "

Tetapi awas , sekiranya sudah tiba tempoh matang , clash kecewa ... kita bakal memandang buruk kepada cinta . Sedangkan cinta itu fitrah , cinta itu indah , cinta itu bahagia .


Perlu diingatkan , cinta tu tak bersalah , yang salah ialah orang yang menggunakan cinta tersebut , cara melaksanakan cinta tu yang salah . Atas dasar nafsu serakah ataupun ikhlas kerana Allah ?

Saya suka memetik kata-kata Saidina Ali R.hu ,

" Cintailah sesuatu perkara tersebut sekadarnya , boleh jadi , sesuatu yang kamu cinta itu menjadi sesuatu yang kamu benci ... "

Saya sangat setuju dengan mutiara hikmah yang disampaikan oleh beliau . Really !

Seorang remaja mengadu masalah yang sama , remaja ni bercinta dengan seorang gadis bertudung labuh . Selalu bermain massage . Satu hari , bila si remaja ni dapat tau yang si gadis bertudung labuh ni bakal mendapat tunang , makanya dia kecewa . Semenjak tu , kata dia , dia memandang sinis kepada gadis-gadis bertudung labuh yang lain . See ?

Sohabatku , bercintalah dengan ikhlas . Nescaya kamu akan ikhlas bercinta .

Cintakan sungai , sungai kan kering .♪♫♪
Cintakan bunga , bunga kan layu .

Cintakan makhluk , makhluk kan mati .♪♫♪
Cintakan Allah , cinta Abadi ...


Ingatlah pesanan terakhir ku ,

'' Cinta ibarat 'chinese phone' , tiada guarantee ! "

# Artikel ini ditaip pada hari Khamis , 22Disember2011 , Kolej Universiti Islam Melaka .

Wednesday, December 7, 2011

Tips Pelajar Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Minggu yang lalu ( 03/12/11 ) , sewaktu kem yang dianjurkan oleh badan bukan Kerajaan , Kelab Remaja Nahdah al-Islam , satu tentatif disusun meletakkan remaja di dalam kuliah Maghrib di Masjid Nahdah al-Islam sendiri .

Alhamdulillah , kuliah maghrib berlangsung dengan jayanya . Malam tu , kami bersama Ustaz Shafie Mohd Amin .

( Ustaz Dr.Shafie Mohd Amin )

dan Entri saya pada harini , adalah untuk menyampaikan apa yang disampaikan oleh Ustaz .

Beliau menyampaikan , tips rohani untuk seseorang pelajar itu menjadi cemerlang ;

1 . Mulakan dengan Taawuz ;

" Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam . "


2 . Membaca melalui hati , basmalah ;

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang . "


3 . Istighfar sebanyak 100 kali sehari ;

" Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan daripadaNya , yang hidup dan yang menguruskan makhluqNya dan aku bertaubat kepadaNya . "

4 . Amalkan Zikir Hauqalah ;

" Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung . "

5 . Sebelum membuat sesuatu pilihan , seperti menentukan jadual harian yang lebih efisien , bacalah ayat enam dari surah al-Fatihah ;

" Tunjukilah kami jalan yang lurus . "

6 . Ketika sedang buntu atau takut ( cuak ) , bacalah ;

" Dengan nama Allah , aku bertawakkal kepadaNya . "

dan akhir sekali yang DrShafie kongsi ialah ;

7 . Amalkan doa dari surah al-Baqarah ayat 32 ;

Malaikat itu menjawab:

" Maha suci Engkau ( Ya Allah) ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami ; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui , lagi Maha Bijaksana ".

Wallahu'alam