Saturday, March 10, 2012

Pantun Perlembagaan

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Assalamu’alaikum membuka perbincangan ,

Pantun dikongsi hasil penulisan ,

Undang Undang bertulis empat bahagian ,

Perlembagaan persekutuan kami persembahkan .


Nabi dilahirkan dibulan mulia ,

Rabiul awwal dimusim bunga ,

Perlembagaan persekutuan sumber utama ,

Undang-undang bertulis di Malaysia .


Di langit , Ahmad nama baginda ,

Muhammad nama dimuka bumi ,

Perlembagaan persekutuan terkandung kuasa ,

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri .


Sekiranya Rasulullah bersama kita ,

Melihat wajahnya tidak terkata ,

Duduk bersamanya indah belaka ,

Perlembagaan persekutuan boleh dipinda ,

Parlimen persekutuan meluluskan akta ,

Jika dewan bersetuju dua pertiga .


Nabi berasal dari kabilah terkemuka ,

Keturunan Quraisy kedua ibu bapa ,

Ada peruntukan yang boleh dipinda ,

Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .


Baginda di bawa ke kubur bapa ,

Di usia muda bersama ibu tercinta ,

Perjalanan pulang ibu meninggal dunia ,

Ada peruntukan yang boleh dipinda ,

Hak orang melayu dan Bumiputra ,

Sensitif lain-lain perkara .


Nabi Muhammad seorang yang kacak ,

Indah wajahnya daripada bulan yang menghiasi ,

Pindaan kedudukan Sabah dan Sarawak ,

Persetujuan oleh YDP Negeri .


( i ) Perlembagaan sebagai undang-undang utama persekutuan


Rasulullah ikon tokoh negarawan ,

Tidak membunuh walaupun panglima ,

Undang-undang dibuat tetapi bertentangan ,

Adalah batal tidak diterima .


Jika ingin syafaat baginda ,

Banyakan selawat janganlah malas ,

Undang-undang dibuat sebelum merdeka ,

Tertakhluk kepada perkara 16 .


( ii ) Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan .


Sunnah nabi jadi ikutan ,

100 pahala syahid di kurnia ,

YDPA bertindak sebagai ketua Persekutuan ,

Jawatan setanding presiden dan raja .


Buah labu baginda gemari ,

Daging pula dibahagian kaki ,

YDP Agong melantik YDP Negeri ,

Wilayah Persekutuan YDPA mengetuai .


Balingan batu sehingga luka ,

Di Taif baginda bersedih duka ,

Ahli majlis terdiri oleh raja – raja ,

Termasuk YDP Negeri sahaja .


Rasulullah bukan manusia biasa ,

Baginda terpelihara melakukan dosa ,

Namun baginda melakukan kesilapan ,

Surah Abasa sebagai misalan ,

Keahlian majlis untuk YDPA ,

Jika majlis bersidang 2 perkara ,

(a) melantik YDPA dan timbalan ,

(b) Perbincangan isu polisi kebangsaan .


( iii ) Islam Sebagai Agama Persekutuan


Kita tergolong umat akhir zaman ,

Hanya menanti Qiamat tiba ,

Agama Islam agama persekutuan ,

Tertakhluk dalam perkara tiga .


Yahudi tua cacat penglihatan ,

Islam kerana akhlak yang nabi tonjolkan ,

Agama lain boleh diamalkan ,

Syarat dikenakan – tiada pendakyahan .


(iv) Kebebesan Asasi


Baginda seorang ketua keluarga ,

Mendidik keluarga menjadi berguna ,

Baginda seorang ketua negara .

Mentadbir negara kukuh beragama ,

Baginda ketua segala perkara ,

Contohi baginda perolehi pahala ,

Pahitnya hempedu , manisnya di syurga ,

Peruntukan di dalam bahagian dua ,

Kebebasan diri , pengabdian dan kerja paksa ,

Perlindungan dari dibicarakan atas tuduhan yang sama ,

Kebebasan bergerak dan hak sama rata ,

Kebebesan berhimpun , menubuh persatuan dan bersuara ,

Hak kebebasan dalam beragama ,

Hak terhadap pelajaran dan harta .


( v ) Hubungan Antara Persekutuan dan Negeri


( a ) Pembahagian kuasa pemerintahan dan perundangan


Yaasin dan Toha nama gelaran ,

Disisi Allah hamba ‘Abdihi ,

Kehakiman persekutuan sistem kehakiman ,

Mentadbir undang-undang persekutuan dan negeri .


Memilih miskin namun kaya pekerti ,

Memilih senyuman walau di hutang darah ,

Mahkamah dibawah pentadbiran negeri-negeri ,

Mahkamah Anak Negeri dan Syariah .


Hati Rasulullah tidak kan tewas ,

Pada nasfu yang pelbagai perihal ,

Senarai persekutuan tersangat luas ,

Keselamatan , siasatan dan lain-lain hal .


Lafaz ummati detik kematian ,

Mengingatkan umat yang tercinta ,

Pemergian Rasulullah satu kehilangan ,

Sahabat bercucuran air mata ,

Senarai 2 jadual 9 ,

Senarai negeri terkandung perkara ,

Hukum syarak , tanah pertanian dan perhutanan ,

Dan banyak perkara yang membina .


Di hadapan nabi suara rendahkan ,

Meninggikan suara satu larangan ,

Surah al-Hujurat didalam al-Quran ,

Jika berlaku percanggahan ,

Antara undang-undang negeri dan persekutuan ,

Undang-undang persekutuan lebih diutamakan .


Kepala baginda letak di riba ,

Sebelum wafat disisi Isteri kesayangan ,

Senarai tiga senarai bersama ,

Perkara tersenarai perkara kebajikan .


( b ) Kuasa Parlimen membuat Undang-Undang untuk Negeri .


Simpulan rambut tersembunyi dalam perigi buta ,

Rasulullah disihir Yahudi Laknatullah ,

Parlimen berkuasa undang-undang adat dan agama ,

Berkuasa juga bab hartanah .


Apabila Rasulullah “ditutupi” bumi ,

Perjuangan disambung khalifah yang mengetuai ,

Perihal hartanah terkecuali ,

Sabah dan Sarawak tidak terpakai .


( c ) Peruntukan Kewangan


Tanpa Rasulullah satu kehilangan ,

Ibarat rembulan tanpa mentari ,

Hasil negeri kuasa persekutuan ,

Kegunaan agama kuasa negeri .


Wallahu'alam


Muhammad Irfan Bin Abdul Rani , Diploma Undang-Undang dan Syariah , Kolej Universiti Islam Melaka 2012