Tuesday, January 19, 2010

Muzik hiburan Akhirat


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan .
Muzik boleh terhasil memadai sahaja dengan rentak yang dimainkan oleh tangan , suara dan macam macam cara lagi . Bagaimanapun , harus diingatkan , kebanyakan muzik itu hanyalah sebahagian hiburan duniawi .



Hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati Tuhan dan menghayati ciptaan-Nya .
Kita telah diberi pilihan untuk memilik corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita , tetapi ia perlu mengikut landasan syariah agama terhadap kita .

Semasa peristiwa hijrah pun , Baginda SAW disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda . Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar .

Semasa peperangan , perkusi juga digunakan oleh Umat Islam untuk memainkan semangat pejuang malah gendang juga dimainkan oleh golongan wanita .

Ini menunjukkan wanita juga terlibat dalam medan peperangan .
Ini memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita . Semuanya bergantung bagaimana cara dan tujuan menggunakannya .

Dari sudut pandangan Islam , muzik telah menjadi hiburan manusia sejak berkurun - kurun lamanya dan Islam juga tidak menghalang umatnya menjadikan muzik sebagai wadah hiburan di kala kita memerlukannya .

Walaupun begitu Islam menetapkan garis panduan dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kita . Penggunaan alat muzik menjadi pokok perbincangan dalam menentukan sama ada ia boleh digunakan atau tidak .

Terdapat beberapa perbezaan mengenai alat muzik ini .

Pendapat pertama ;
semua jenis alat muzik adalah haram


Pendapat kedua ;
semua jenis alat muzik bertali dan alat perkusi yang tidak berlubang adalah haram .


Pendapat ketiga ;
Semua jenis alat muzik adalah dibenarkan bergantung kepada penggunaannya .
( kita boleh berpegang dengan pendapat ini )


Pendapat ketiga ;
semua jenis alat perkusi boleh digunakan .



Ulama telah buat kajian...
6 benda lazat dunia,

1.Makanan yang lazat ialah madu sedangkan ia hasil dari kotoran serangga ,

2.Minuman yang lazat ialah air sedangkan binatang pun perlukan air
(kita disamakan dengan binatang yang memerlukan air untuk hidup)

3.Pakaian yang lazat dipakai ialah sutera sedangkan ia keluar dari kotoran serangga.

4.Parfum yang lazat ialah Kasturi sedangkan ia merupakan darah binatang,

5.Muzik yang lazat ialah gitar sedangkan kesemuanya mengandungi dosa ( kelalaian ) .


6.Yang dinikahi ialah pada tempat keluar air kencing pada tempat keluar air kencing .


Islam mengharamkan sebarang penggunaan atau penglibatan muzik kearah maksiat atau perkara yang lagha .

Ulama agung Mesir , atau ketua Ulama sedunia , Yusuf al Qadrawi , menerusi bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris yang bertajuk Diversion and Art in Islam , beliau menegaskan bahawa selagi mana muzik itu tidak mendatangkan syak maka ia adalah diharuskan .

Yusuf Al-Qadrawi juga menyatakan bahawa Hadis yang mengharamkan muzik itu adalah hadis yang dhoif .

Kalau betul muzik itu haram kenapa seorang Sufi iaitu Al -Farabi mencipta alat muzik yang dinamakan Gambus ???

Asal sesuatu bagi sesuatu perkara itu adalah harus tetapi ia jatuh kepada Haram adalah perlakuan kita sendiri .


Contoh , bermain muzik sehingga terlupa untuk menunaikan solat atau menghadiri konsert di mana terdapat percampuran antara lelaki perempuan .


Dari contoh ini , kita dapat simpulkan bahawa muzik yang pada asalnya menjadi haram kerana perkara tertentu yang membuatkan hukumnya haram .

Satu lagi contoh , kita belajar bermain gitar sehingga mahir untuk menarik minat golongan belia yang melepak ditepi jalan untuk belajar cara bermain gitar dari kita . Lalu kita kenakan syarat , "nak belajar main gitar dengan aku , korang kena solat jemaah kat musollah "
Walaupun pada asalnya Ulama melarang tetapi tujuan kita bermain gitar itu untuk tujuan yang baik , maka ia adalah diharuskan .

Wallahualam