Thursday, September 30, 2010

Terjemahan Ringkas ; Ayatul Kursi


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Saya yang hina lagi dina , yang ilmu ugama belum cukup untuk disampaikan kepada semua , hari ini cuba untuk mentafsirkan secara ringkas seringkas ringkasnya. Inshaallah .




Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


maksud Ayat Kursi .


sifat Allah , wujud , kekal .....Allah itu tidak akan sama sekali mati atau apa -apa aja .
Sifat manusia tidak sama pada Allah .manusia tidur ..tapi Allah tak tidur..mahupun tersenggok senggok ..boleh jadi sesat woo kalau kita kata Allah sama perangai macam manusia.
Apa yang ada dimuka bumi ni ..huii ..semua milik Allah ..mana milik kita ? cakap lah ?
Facebook ? haha ..jangan mimpi la .. kalau Allah tarik nyawa pencipta FB ..tak kemana kita .

Syafaat ..ingat semua orang dapat ke ? Nabi Ibrahim sendiri tak dapat beri syafaat kepada ayahnya .. Allah tak izinkan ...
Siapa yang dapat keizinan Allah untuk memberi syafaat ? siapa lagi kalau bukan junjungan besar nabi Muhammad SAW ,.. al-quran pun boleh bagi kita syafaat ..so , kena lah rajin rajin bukan al-quran ...ni tak ..rajin bukak kitab wajah ( Facebook ) je kerjanya.haha

Ilmu yang ada didunia ni ..Allah yang berikan kepada kita ..kita takda apa apa .. kita manusia yang lemah .. kadang kadang ada manusia yang rajin baca kitab ilmu ..tapi tak masuk masuk dalam kepala otak .. sebab ? Allah nak uji diri kita .. sambil tu , kita muhasabah diri , ilmu ni milik pencipta aku , mungkin dia sedang menguji kita ..bersangka baiklah kepada Allah .

Satu lagi , tak semua ilmu kita dapat tahu ..ada juga yang Allah simpan ...macam ?
ilmu qiamat ..bila tarikh qiamat ..? siapa tahu ? takda siapa ..percayalah ..ramalan Pakcik mana entah a.k.a Nostradamus tu pon tak betul..kita dilarang bertilik ..tilikan tiada benar melainkan yang salah . lagi apa lagi yang Allah rahsia kan ?
ya , ilmu ruh ..sikit sikit tu kita tahu lah ..

Firman Allah ,

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"
( Surah al-isra' 85 )

dan lain lain ilmu .

dengan ayat ini ..kita kenalah rendah diri ..kita kena la sedar ..kita ni siapa dihadapan Allah .


Kita layan pulak video 19 saat ni..seram uh..hahaha

http://www.youtube.com/watch?v=hks91SIlRYY


Kita nak tadbir dua benda pun da jadi celaru ..Allah tak ..Allah tadbir bulan ..ada accident tak bulan dengan matahari ? ( qiamat tak tahu la .haha)

ada tak orang complaint dengan kita , ya , ada ..walaupun sesetangah manusia suka kerja kita , tapi ada jugak yang tak suka ..percayalah ..
tapi Allah tak ..tak kiralah ..orang itu islam , kapir atau ...yahudi ..semua selesa dengan pentadbiran alam oleh Allah ...

ada tak yang merungut ..matahari ni kecil sangat lah , Allah patut besarkan lagi .? tak ada bukan ? maka, renung- renungkan dan selamat beramal.

kita nak tadbir sterika dengan talifon bimbit pun jadi gila ..
ada hati nak lawan Allah ..apapun ..

justeru , kita diwajibkan untuk senantiasa beribadah kepada Allah ..Allah takda apa apa pun jika kita langgar syariat nya ...tapi kita ? Azab Allah itu ..sangat pedih...

muhasabah diri kita ..

Saturday, September 25, 2010

Ketawa didunia , Menangis diakhirah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ketawa ialah satu dari naluri-naluri atau tabiat semulajadi manusia. Seorang ahli falsafah Greek pernah menegaskan bahawa manusia itu binatang yang pandai ketawa, tetapi manusia tidak ketawa tanpa sebab, bahkan di sebalik ketawa itu, tersembunyi sebab dan pendorongnya yang tertentu.

Adakah boleh bergurau , berjenaka , dan seangkatan dengannya ? sebelum saya cakap boleh , ada huraian sedikit berkenaan gurauan .



Apakah istilah yang diberikan oleh Umar Abdul Aziz ?

" Takutkan lah jenaka kerna itu adalah kebodohan dan mendatangkan dendam ."

Imam Al-Nawawi berkata: "Jenis jenaka yang dilarang adalah yang berlebihan dan terus-menerus, untuk itu mengarah ke terlalu banyak tawa dan pengerasan hati, itu mengalihkan perhatian dari mengingati Allah ...."


Saad Abi Waqas berkata ;

" Tetapkan batas jenaka anda , supaya tidak melampau lalu menyebabkan anda hilang penghargaan dan menghasut orang bodoh . "


Ada juga orang berkata ;

Jumlah jenaka harus seperti jumlah garam dalam makanan seseorang.

so , kalau orang yang melampau lampau berjenaka tu confirm makan garam lebih sangat . haha




Nabi SAW berkata:

"
Jangan ketawa terlalu banyak, kerana terlalu banyak tertawa mematikan hati."

(Shahih Al-Jaami ', 7312)



'Umar bin Al-Khattab berkata: "Barangsiapa tertawa terlalu banyak atau terlalu banyak berjenaka akan kehilangan rasa hormat, dan sesiapa tetap dalam melakukan sesuatu akan dikenali untuk itu."

ha , betul tak ? tak percaya tengok la artis kita zaman sekarang...


"Jika anda tahu apa yang saya tahu, kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak."

Maksud Hadith nabi


Sebab apa nabi sekejap ketawa , sekejap menangis ? sendirian pulak tu ... sebab kisah turunnya Telaga al-Kautsar . Sahabat tengok nabi ..lain macam je nabi ... tapi sahabat tau yang sememangnya Nabi sedang menerima wahyu ..surah Al-Kautsar .

Ibnu Umar ditanya, "Apakah para sahabat Nabi tertawa?"
Dia berkata, "Ya, tetapi iman di dalam hati mereka adalah seperti gunung.
"


kita ketawa ketawa juga ., tapi iman kita ? macam cekedis ( biskut) , sekejap ade , sekejap tak ada . haha

Persoalannya sekarang ... Adakah nabi bergurau berjenaka ?

Ya , pernah .. dan kisah jenaka yang paling saya tak boleh tahan ialah kisah Nabi Muhammad bersama Saidina Ali ,

Kisah nya berbunyi begini ..

Ali makan 5 biji kurma , begitu juga nabi .. dah habis makan , Ali ambil sisa biji kurma itu letak kepada sisa biji kurma nabi ..

Ali berkata ; dahsyat kau ..lapar sangat sampai makan sampai sepuluh biji kurma..

Nabi Muhammad : Ali , walaupun aku makan sepuluh biji kurma , tapi kau lagi dahsyat ..aku lapar aku makan buah je .tapi kau lapar sampai makan biji biji sekali ...




So , kurangkan ketawa banyakkan lah menangis ...

Friday, September 24, 2010

Nabi Muhammad SAW ; kisah ditanah Toif


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Hari ini , saya nak ceritakan peristiwa Nabi Muhammad SAW , ketika menyebarkan dakwah Islam kepada Penduduk Toif , saya kira kisah ini semua orang dah tahu ... just nak memperingat kan balik kisah ni ( dan nak penuhkan blog dengan artikel artikel ..hehe.)


bila nabi nak "basuh" mereka semua ni , ...nabi pulak yang kena "basuh" ..Nabi pun apa lagi ...lari la ..
last last , berdarah lah Nabi sana sini dibaling batu ..

Nabi pun dah penat lari jumpa pulak R&R , rehat lah baginda bawah pohon anggur .

Tiba - tiba , malaikat pun datang ...

Malaikat : Wahai nabi , aku datang ni ada hajat yang besar , aku ni penjaga gunug sekeliling kau ini , sudikah engkau jika aku offer kau gunung untuk diterbalikkan kepada mereka yang buat kau macam ni ?

Nabi SAW : jangan ! sesungguhnya mereka tidak tahu , genersi seterusnya pasti tahu ...


1 . Hadith ni menunjukkan akhlak mulia Rasulullah SAW .

2 . Hadith ni membuktikan bahawa ada "penunggu" yg mnjaga gunung .

3 .Selepas generasi daripada penduduk Taif ini ..datang generasi lain yg mlahirkan pelbagai pahlawan yang hebat hebat ..datang dri Toif!

Hadith ini memben
arkan kata Nabi .." nanti generasi generasi seterusnya pasti tahu "

Wednesday, September 15, 2010

Syeikh Qadir Jailani ; Kucing mengejutnya untuk solat Subuh ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Satu hari , akibat keletihan yang amat sangat , Syeikh Abdul Qadir al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba .


Melihat keadaan itu , Syaitan pun buka langkah dengan menyamar sebagai seekor kucing lalu menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir .

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun . Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk . Dalam pandangan mata hatinya , Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu .

" Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh , padahal kau amat benci kepada orang yang solat ? "

" Aku bimbang , sekiranya kau terlewat bangun Subuh ," jawab Syaitan .

Kehairanan , Syeikh Abdul Qadir bertanya , " Kenapa ?"

Staitan terpaksa menjawab kerana dia takutkan orang yang takutkan Allah .

" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh , kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan amalan yang lebih banyak dan lebih serius , " Kata Syaitan .

Tambah Syaitan itu lagi ,

" Kau akan bersedeqah , kau akan membantu orang lain . Kau akan mengajar lebih lama . Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit . Dengan itu nanti , aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah . Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar . Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya , dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan amalan baikmu itu nanti . "

Wallahu'alam

Sunday, September 5, 2010

Nabi Adam ; kisah Penciptaan Hawa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Harini kita bawak kisah manusia yang menyebabkan negeri ini diberi nama "Jeddah" ...siapa ?


Hawa , moyang kita , ibu kepada seluruh manusia ... korang ni takkan la tak tau.. Jeddah tu sendiri maksudnya nenek ... maknanya ..Hawa ni nenek moyang kita laa


Menurut riwayat , Nabi Adam AS telah melihat dalam mimpinya sebelum Hawa diciptakan menjadi isterinya . Mari kita renungkan kisah penciptaan Hawa sebagai Isteri Adam AS .

Semenjak kepergian Iblis dari syurga , yang menemani Adam setiap harinya hanyalah sunyi . Adam setiap hari kesepian . Pada suatu ketika , Allah SWT telah menjadikan Adam tertidur , maka dalam tidur yang lelap itu Allah mengambil satu tulang rusuk kirinya , digantikan dengan daging , dna sleanjutnya terciptalah Hawa .


Setelah Adam terbangun dari tidur , beliau terperanjat kerana disebelahnya ada perempuan cantik dan menawan .


Dengan penuh kehairanan dan gementar Adam bertanya ;

" Siapakah engkau ini ? "


Perempuan itu menjawab

" Aku adalah seorang wanita yang sengaja dijadikan Allah untuk menemanimu dalam kesepian ."


Dengan kedatangan Hawa , maka para malaikat ramai yang bertanya kepada Adam siapa wanita itu . Adam menjawab ;

" Ini adalah Hawa ,seorang wanita yang menjadi pendampingku dan sekali gus menjadi ibu kepada semua manusia ."


Dari pasangan suami isteri itulah Allah melahirkan seluruh manusia yang ada di dunia ini . Allah SWT berfirman dalam surah An- Nisa ayat 1 ;


" Yang telah menciptakan kamu dari seorang diri ( Adam ) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya ."

Wallhualam