Friday, February 25, 2011

Salam ~



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Boleh ke guna perkataan salam ? Orang kata tak boleh , salam tu maksudnya suruh pergi . Betul kah ?

Kes ni berlaku dalam media massa seperti sms , dan facebook .

Apa yang tak bolehnya ? Boleh lah , salam yang diguna bererti

'' assalamu'alaikum "


Tak kira lah kepada si penghantar atau si penerima salam .

Salam bermakna selamat , sejahtera . Salam tu kan pinjaman dari asma' Allah ;

" As-Salam ''


Jadinya , salam tu shortcut daripada kalimah assalamu'alaikum .
Cumanya nak bagitau kat sini . Kalau kita dapat tulis penuh itu lebih baik dan sempurna .

Ada beberapa sebab harus guna perkataan salam ;

1 . Nak cepat .

2 . Bimbang salah tulis perkataan ''assalamu'alaikum''


Lagipun , kalau dalam sms , kita bagi salam full version , " assalamu'alaikum warahmatullah hiwa barakatuh " , berapa lagi font yang tinggal untuk kita sms ?

Nama pun sms . ringkas punya . tulis pun ringkas - ringkas lah .

Nak lebih kuat dalil , sila ruju' sendiri surah Yaasin ayat 58 ;

" ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. "


Sesetengah kitab pun memakai shortcut seperti ;


1 . Nabi Muhammad SAW
2 . Para Sohabat RA
3 . Saidina Ali KAW

dan lain - lain .

Kesimpulannya , boleh atau tak gunakan perkataan shortcut untuk ''salam'' ?

jawabannya ialah boleh .

boleh dengan syarat , perkataan perkataan yang digunakan mestilah difahami oleh penerima sms atau pembaca .



Wallahu'alam bissawab .

Thursday, February 24, 2011

Suatu Ketika : Saidina Ali hendak solat subuh berjemaah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Suatu ketika , Saidina Ali keluar pada waktu subuh untuk menunaikan solat jemaah bersama Rasulullah SAW .

Ketika Saidina Ali dalam perjalanan ke masjid , Saidina Ali terserempak dengan seorang tua nasrani yang memegang tongkat dan pelita .

Orang tua ni pulak jenis yang berjalan 100 meter sehari atau erti kata lain lambat !

Saidina Ali ni dia tak berani nak melintas atau kata orang muda ''memecut kehadapan'' si orang tua ni . Kiranya , dia hormat orang tua la .

Sesudah Saidina Ali sampai ke masjid . Beliau agak terkejut melihat baginda Nabi Muhammad SAW masih dalam solat subuh ! Nabi Muhammad masih dalam keadaan ruku' .

Sesudah selesai solat , Nabi SAW memberitahu bahawa Jibrail telah menekan badan nabi SAW ketika nabi sedang ruku' menyebabkan Nabi ruku' terlalu lama seolah olah menantikan Saidina Ali untuk bersama - sama menunaikan solat jemaah .

Saidina Ali pun memberitahu bahawa peristiwa yang berlaku kepada dia sebentar sahaja tadi .

Maka , fahamlah nabi Muhammad SAW bahawa mengapa malaikat Jibrail menekan badan nabi ketika ruku' . Sememangnya berkait rapat dengan peristiwa Saidina Ali menghormati orang tua nasrani !

Diriwayatkan lagi . Allah SWT menyuruh malaikat Mikail memperlahankan pergerakan matahari supaya sempat untuk saidina Ali menunaikan solat subuh !

Subhanallah .

Sunday, February 20, 2011

Tarik Jemaah bukan macam Tarik tali


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


soalan ini saya kemukan kepada Ustaz Kazim Elias al-Hafiz dan telah saya olah .


Ustaz , bagaimana cara nak tarik jemaah ke masjid atau surau ?

ok , begini .

yang pertama , nabi suruh buat apa ?

nabi suruh kita sebarkan salam !

apa itu sebarkan salam . Ada dua .

1 . Memberi salam " Assalamu'alaikum " .

dan yang kedua ialah

2 . Bersalam .

Kita nampak pak Mad tengah sapu sampah luar rumah .

" Assalamu'alaikum pak Mad " .

" Waalaikumussalam ."

kita pun turun dari motor salam tangan Pak Mad dengan genggaman yang kuat.

Kalau dah genggam kuat tu , mesti ada beborak sekejap ;

" Pak Mad sehat ke ? "

Kita buat selalu macam ni , sampai dia dah lekat dengan kita .


yang kedua , Nabi suruh kita buat apa ?

Nabi suruh kita jamu orang makan .

Rajin - rajin lah kita buat majlis . lepas majlis tu kasi la hadirin ni makan - makan . Lagi banyak menu lagi bagus .

yang ketiga , Nabi suruh kita sambung silaturrahim

Kalau kita ni ada gaduh dengan orang , minta maaf . Kalau dia ada gadoh dengan kita , kita maafkan dia . Cuba memaafkan walau tak mampu nak memaafkan

paling best , kita bagi hadiah kat orang . Makin besar hadiah tu makin best !


Rasulullah SAW bersabda ;

" Kamu harus saling memberi hadiah , maka kamu akan saling mencintai "

( hadith Riwayat Bukhari )


Kalau kita contohi para Sohabat ,

Abdul Rahman Bin Auf tu selalu bagi sedekah setiap hari . Bukan 50 sen tapi 5 juta dinar !


yang terakhir sekali ialah

solat ditengah malam .

maksudnya , doa . Kita bangkit ditengah malam . Kita doa

" Ya Allah , bagilah hidayah dan taufiqMu untuk Pak Mad tergerak hatinya ke surau "

Kita selalu kutuk pak Mad tu malas nak ke surau la apa la tapi satu cara kaedah nak tarik pak Mad ke surau langsung tak ada . muhasabah diri .

Apapun , tarik jemaah ke masjid surau bukan macam tarik tali tapi macam tarik kereta .

kalau tarik tali dua dua sakit . last -last pihak yang kalah jatuh dan langsung tak pi surau .

Kalau tarik kereta , dua dua pihak tak sakit dan dua - dua pergi surau .

Boleh faham ke tak ni . saya pun tak faham .haha

Bila mereka dah kamceng dengan kita barulah kita ajak dia solat jemaah sama - sama .

wallahu'alam bissawab

Thursday, February 17, 2011

10 Replika Monumen di Taman Tamadun Islam



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia . Ia memberikan pendidikan dan hibran informatif tentang destinasi Islam deluruh dunia .


Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man , Kuala Terengganu . Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai .

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf seni bina islam dan zon Awam .

Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah islam dunia .

Antara monumen yang dimuatkan didalam blog ;



( Masjid Kul Sharif , Kazan , Russia )

Masjid ini dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigih mempertahankan diri dari serangan Ivan "The Terrible" .

Masjid ini dibina pada tahun 1996 setelah kejatujan Empayar Soviet .




( Masjid Kudus Minar )

Masjid Kudus Minar yang berada di Indonesia ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus . Menaranya diperbuat daripada batu - batu gunung berapi !





( Abu Nasr , Afghanistan )

Terletak di tengah - tengah Balkh , Central Park . Ianya dibina bagi mengabdikan jasa - jasa ketua dan tokoh agama terkenal di Heart , Afghanistan iaitu Khawaja Abu Nasr Parsa .






( Kota Aleppo Citadel , Syria )

Kota Aleppo adalah sebuah kota yang telah dibina oleh umat islam lampau diatas sebuah bukit di Syria . Ianya membuktikan kecanggihan teknologi umat islam dahulu yang berjaya membina kota diatas sebuah bukit .





( Kota al-Hambra , Sepanyol )

Kota al-Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada . Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol .


10 Replika Monumen Taman Tamadun Islam [part 2]

10 Replika Monumen di Taman Tamadun Islam



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


10 Replika Monumen Taman tamadun Islam [ part 1 ]

( Masjid Mohammad Ali )

Masjid ini terletak di Wilayah al-Qalaa di Kaherah , Mesir . Direka bentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yusuf Bushnaq . Mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi .




( Masjid Suleyman )

Masjid ini direkabentuk oleh Sinan yang merupakan arkitek agung dari Othmaniah . Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi .





( Kubbah as-Sakhrah )

Quba as-Sakhrah atau lebih dikenali sebaga Dome of Rock dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram al-Sharif . Kubah as-Sakhrah bukanlah binaan masjid .

Dikatakan , pembinaan masjid ini bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat nabi Muhammad SAW berpijak sebelum mikraj ke langit .

Ketika itu , masjid yang dibina oleh Saidina Umar berdekatan dengan kubah ini masih belum wujud . Kubah ini dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan .



( Masjid Agadez )

Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah - tengah Negara Niger . Ia dibina dalam kurun ke 16 semasa zaman Agadez . Ianya unik kerana diperbuat daripada kayu dan lumpur .





( Masjid Kalyan Minaret )

Menara ini dibina oleh Arsian Khan pada tahun 1127 Masihi .

Digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh .

Merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut .

Wednesday, February 16, 2011

al-Azhar perintis sebahagian Ulama


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


sejak dulu nama universiti Al-Azhar sudah terpahat dihati umat islam negara ini .
Ibu bapa akan berasa bangga jika anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti termasyhur dunia islam kini .


Universiti al-Azhar atau juga al-Azhar al-Shareef ( Azhar yang mulia ) , terkenal sebagai institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir , dan di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan .




Mula dibina pada 969 Masihi , merupakan universiti tertua yang kedua ditubuhkan dan masih beroperasi selepas universiti al-Qarawyin di Fes , Maghribi .


Universiti al-Azhar dibina oleh Kerajaan Fatimiyyah ( 909 - 1171 Masihi ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya .

Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar .


Sesungguhnya al-Azhar telah melahirkan pelbagai ulama' , cendikiawan , sarjana islam yang hebat seperti Syeikh Muhammad Abduh yang menggembleng tenaga bersama Syeikh Jamaludin al-Afghani .


Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negara pada tahun 1882 Masihi kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi .

Semasa menjalani hukuman , Syeikh Muhammad Abduh pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama Sayid Jamaludin iaitu gurunya .


Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi .

Beliau berani menyatakan idea - idea nya walau terpaksa berhadapan dengan rintangan yang hebat dan besar .


Beliau berani menyatakan kebencian rakyat Mesir tentera Inggeris kepada tokoh - tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada 1881 .

Beliau juga mendesak agar tentera Inggeris segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada islam .


Antara tokoh kontemporari yang dilahirkan oleh Al-Azhar ini adalah ;


1 . Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qadrawi


2 . Dr Abdul Halim Mahmud


3 . Syeikh Mahmud Syaltut


4 . Syeikh Mustafa al-Maraghi


5 . Syiekh Muhammad al-Ghazali


6 . Syeikh Saiyid Sabiq


7 . Syeikh Ahmad Yaasin


8 . Abdullah Nasir Ulwan


9 . Dr Mustafa as-Siba'ie


10 . Syeikh Sa'id Hawwa .


Wallahu'alam

Friday, February 11, 2011

10 Masjid Bersejarah



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Alhamdulillah , harini saya nak muatkan secara ringkas kisah 10 masjid bersejarah .

10 Masjid bersejarah yang dimuatkan bukanlah bererti hanya masjid ini sahaja yang bersejarah tetapi masjid ini lebih dikenali semua orang seluruh dunia .

Bagi rakyat Malaysia dan seangkatan dengannya yang ingin melihat rekaan masjid tapi tak ada budjet , mai la ke Taman Tamadun Islam di Terengganu .
Banyak replika masjid disitu .


mari kita ziarah !

Saya susun ikut ranking ye .


Tempat ke 10 ; Masjid Qurtuba

( dinding masjid Qurtuba )

Masjid Besar Qurtuba dibina di selatan Sepanyol seribu tahun yang lalu .

Pada masa itu penduduk Qurtuba melebihi satu juta orang !

Masjid ini menjadi pusat pembelajaran Islam yang penting .

Ia adalah masjid terbesar dan yang termasyur yang pernah dididirikan di Eropah .


nombor sembilan ; Masjid Koutubia .

Masjid Koutubia terletak di sebuah bandar Maghribi yang bernama Marrakesh .

( Masjid Koutubia )


Pemerintah Almohad yang bernama Abdul Mu'min mendirikan masjid ini lebih dari lapan ratus tahun yang lalu .

Menaranya setinggi dua ratus kaki . Jika kita berada dikemucak menara , kita boleh saksikan pergunungan Atlas .



Nombor lapan ; Masjid Qairawan .


( Masjid Besar Qairawan)

Masjid Besar Qairawan adalah masjid suci yang tertua di Tunisia . Masjid ini telah dibina oleh Uqba bin Naif pada tahun 670 Masihi .

Lebih dari seribu tahun lalu , Masjid Besar ini dijadikan sekolah perundangan Islam yang utama .


Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri persaudaraan dan keikhlasan .

Tembok menara masjid ini setebal sepuluh kaki .





Nombor tujuh ; Masjid Umayyad


( Masjid Umayyad )

Khalifah Umayyah yang bernama al-Walid mendirikan masjid besar di Damsyik , Syria .

Menara masjid ini adalah diantara yang terawal didirikan dalam dunia Islam .

Mengikut riwayat , masjid ini adalah tempat dimana Nabi Isa akan turun nanti .

Wallahu'alam .



Nombor enam ; Masjid Sultan Ahmad


( Masjid Sultan Ahmad atau Masjid Biru , Turki )

Masjid Sultan Ahmad didirikan hampir empat ratus tahun lalu di Istanbul , ibu negara empayar Turki pada zaman dahulu .

Kawsan luar masjid mendatar , tetapi didalamnya ia dihiasi dengan tembikar seramik yang cantik bewarna biru dan hijau .

Kalau di Shah Alam ni , masjid Negeri dipanggil dengan gelaran masjid biru , begitu juga Masjid Sultan Ahmad ini !



10 Masjid Bersejarah [ part 2]

10 Masjid Bersejarah


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


10 Masjid Bersejarah [ part 1 ]

Nombor 5 ; Masjid al-Mutawakkil .

( Masjid Besar al-Mutawakkil )

Khalifah - khalifah dizaman 'Abbasiyah mendirikan bandar bernama Samarra di tebing sungai Dijlah ( Tigris ) Abbasiyah dinegeri Iraq lebih dari seribu tahun yang lalu yakni pada tahun 842 Masihi .

Pada kurun ke 9 , Masjid Besar al-Mutawakkil dikatakan masjid terbesar diseluruh dunia Islam sehingga boleh menempatkan sejumlah 80 , 000 jemaah .


Azan akan dilaungkan dari kemuncak menara berpintal - pintal ini .


Ada sesetengah sumber menyatakan menara ini dinamakan Menara Jumaat .



Nombor 4 ; Masjid Badshahi


( Masjid Badshahi atau Masjid diRaja )


Lohore adalah sebuah bandar lama di Pakistan . Masjid Badshahi atau masjid diRaja didirikan oleh Aurangzeh , pemerintah empayar Moghul , tiga ratus tahun dahulu .

Masjid ini amat besar .

Hampir 200 , 000 orang islam boleh mengerjakan solat didalamnya .

Kawasan luar masjid belum campur lagi tau .




Nombor 3 ; Masjid al-Aqsa


( Masjid al-Aqsa )

Masjid al-aqsa seperti yang kita tahu , salah satu daripada 3 kota suci .

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata:

Janganlah bersungguh-sungguh pergi berjalan melainkan ke tiga masjid ; al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

dan masjid ini adalah masjid kedua yang tercipta di dunia bumi Allah .

Saya perlu tegaskan Masjid al-Aqsa bukan Masjid Quba As-Sakrah !



Nombor 2 ; Masjid Nabawi


Nabi kita yang dikasihi seperti yang kita maklum , Nabi Muhammad Mustofa SAW , wafat di Kota suci Madinatul Munawwarah .


( Masjid an-Nabawi )

Bandar Oasis yang cantik ini terletak di Arab Saudi .

Setiap muslim dan mukmin berusaha menziarahi Masjid Nabi untuk memberi salam kepada pemimpin Islam yang terulung semestinya Saidina Muhammad SAW !


Perlu diberitahu ; memberi salam kepada Nabi SAW daripada rumah pun boleh , inshaallah , Nabi Muhammad akan jawab .

daripada Ibn Mas'ud ;

Rasulullah SAW ber
bersabda:

" Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa Malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya.
"

( Cuma lebih molek , beri salam dari sana , Masjid Nabawi )


Nabi kita dikebumikan dibawah kubah yang bewarna hijau .




Jeng jeng jeng ...
memperkenalkan nombor satu .

Semestinya ! Masjid al-Haram !
Masjid al-haram yang terletak di Mekah adalah masjid yang paling suci dalam islam .

Semua orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah masjid ini .


( Kaabah , Masjidil Haram )

Setiap tahun berjuta - juta jemaah Haji menziarahi masjid ini bermula pada bulan ramadan .

Didalam islam , memandang Kaabah sahaja akan diberikan pahala !



Monday, February 7, 2011

Hidupnya 'Alam Bersyariat


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , mengapa 'alam ni mesti ditadbir dengan syariat Allah ?

Soalan anda ni lebih kurang sama dengan soalan ;

" ustaz , kenapa kita kena patuh syariat ? "

Yang pertama sekali jawapan saya mestilah ianya ;

1 . Perintah Allah ; Allah punya sukalah . Ini 'alam milik Allah , Allah yang cipta . Allah lebih tahu benda yang sesuai buat kita hambaNya .

2 . Salah satu cara ibadat dan tanda syukur manusia dan jin .

Allah berfirman ;

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

( Az-Dzariyat : 56 )

Untuk apa kita beribadat kepada Allah ? adakah Allah lemah dan perlu pertolongan kita ?
Oh tidak ! Allah itu bebas dari sifat yang tercela dan tidak sama lansung dengan makhlukNya .
Allah menyuruh kita beribadat untuk melihat sejauh mana ketaatan kita terhadapNya .

3 . Mempermudahkan tugas dan tanggungjawab menjadi khalifah dimuka bumi .

4 . Memakmurkan , memelihara dan memulihara 'alam .

Erti kata lain , bila kita disyariatkan untuk menjaga 'alam ni . Kita tadbir pula dengan betul . Inshaallah , akan terpelihara daripada kerosakan .

Firman Allah dalam surah al-'Araf ayat 85 . Ayat ni panjang tapi saya ambil point yang penting je .

" dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. "

Jadi , di antara hikmah lain 'alam ni mesti ditadbir dengan syariat Allah adalah untuk ;

5 . Keselamatan dan keselesaan .

Bila bumi dipelihara , dijaga dan dipulihara , pemanasan global dapat dielakkan dan ini menyebabkan manusia hidup selesa tanpa panas yang melampau lampau .

Begitu juga dengan peraturan hudud dan yang lain - lain .

Bila Allah perintah suami atau isteri yang telah berzina direjam , kebetulan orang yang nak berzina tengok pulak hukuman tu dikenakan , jadi tak dia nak berzina ?

Maka , hal ini menyebabkan jenayah berkurangan justeru menyelamatkan anak - anak perempuan kita dirogol .

6 . Cara hidup beragama .

Apa agama kita ?

Islam .

Apa itu islam ?

Islam berasal dari perkataan ''aslama'' yang membawa maksud ;

Sejahtera , selamat , aman dan yang paling penting menyerah diri .

Islam dari segi istilah ?

Tunduk , patuh , menyerah diri sepenuh hati kepada Allah .

Jesteru , kalau kita tak pilih syariat yang Allah letakkan , kita tidaklah menyerah diri sepenuh hati kepada Allah . Paling dahsyat , kita kata islam itu selamat , kalau tak pilih syariat islam , maknanya ? tak selamat lah !

7 . Syariat yang Allah turunkan sesuai dengan fitrah .

" aku bengang lah , ada ke patut dia bunuh si polan ni . Aku rasa macam nak bunuh je dia balik cara yang dia bunuh sipolan ni "

Ok , saya tanya , bunuh balas bunuh tu apa ?

tu lah syariat Allah yang diberi nama "hudud" .

Cuma saya nak cakap , kalau kes perempuan kena rogol , kita tak perlu la rogol balik perogol tu . Ada hukuman lain .

Contoh lain ,

Hukuman diat , harga seratus ekor unta perlu diberi kepada keluarga orang yang telah dibunuh atau terbunuh ( dalam kemalangan ) untuk meringankan beban .

Diat perlu diberi walaupun keluarga tu kata ''tak apa"

sebab ?

Fitrah manusia suka kan hidup selesa . Duit yang kita bagi tu sekurang kurangnya buat diorang kurang rasa keluh terhadap kehilangan anak mereka .

Hidupnya 'Alam Bersyariat [ Part 2 ]

Hidupnya 'Alam Bersyariat

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hidupnya 'alam bersyariat [ part 1 ]

8 . Terdapat dalil daripada al-hadith yang hidup mesti berdasarkan al-quran .

Semasa Rasulullah SAW menghantar Muadz bin Jabal sebagai gabenor ke Yaman .

Rasulullah SAW bertanya kepada beliau ;

" Dengan apakah engkau menghukum ?"

Muaz menjawab ; Dengan kitab Allah

Rasulullah bertanya lagi ;

" Jika tidak didapati didalamnya ?"

Muadz menjawab ; " Dengan sunnah Rasulullah "

" Jika tidak didapati didalamnya ? "

Muadz terus menjawab ; " Saya berijtihad dengan fikiran saya sendiri ."

( Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Termidzi )


saya tanya anda semua , dalam Al-quran tu ada apa ? syariatkan ?


Syariat mula turun zaman Nabi Nuh . Sebab ?

Zaman nabi Nuh baru start macam macam hal . Macam- macam perkara kufur yang berlaku .

Juseru , syariat ,

9 . memperbaiki aqidah .

10 . Rujukan dalam mengatasi masalah .

Firman Allah ;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


11 . Meningkatkan iman , memperbaiki akhlak dan jati diri individu serta mendisiplinkan diri .

Solat , seperti yang termaktub dalam al-quran , ianya dapat mencegah kemungkaran .

Kalau solat tak dapat mencegah bererti ada yang tak kena dengan solat .

Solat juga dapat disiplinkan diri .

Kita dididik dengan solat awal waktu .

Solat awal waktu sebenarnya dapat membentuk individu yang menghargai masa .

Solat yang dilakukan juga dapat melatih diri menjadi seorang yang rajin . Tak caya , try sungguh - sungguh !

12 . Menjaga perpaduan sesama manusia , ( khusus umat islam ) ; untuk mengatur perhubungan hablum minannas .

Solat jemaah , cuba kita lihat . yang duduk saf depan tu ada yang setakat kelulusan spm . ada yang kulit hitam , ada sultan , ada yang baru lepas mumayyiz . Mana ada saf depan tu , peguam sahaja . Tak ! siapa cepat , dia dapat .

13 . Syariat itu bersama ibadat .

Solat yang kita lakukan tanpa syariat dapat ''kurang markah" , boleh jadi telur ayam .

kalau pepatah inggeris kata , '' no money no talk '' ,

syariat islam pula menyebut , '' tak ikut tak ada pahala ."

Contoh senang macam ni ,

kita kerja , hujung bulan nak dapat gaji . Kita ni daftar sebagai pekerja , tapi kita tak buat kerja dengan bersungguh , tak ikut peraturan , ingat boss nak bagi kita elaun lebih ? ingat boss nak simpan kita lama - lama ?

14 . Syariat Allah menyebabkan seseorang itu berasa sangat insaf dan ingin bertaubat .

Itupun kalau dia melihat syariat dengan mata hati dan mendengar melalui kalam nafsi Tuhan !

15 . Ketamadunan negara islam yang hadhari .

Hari ni , kita lihat , ramai tokoh - tokoh barat mengakui kehebatan syariat Allah ni .

Hadhari tu tamadun . Tamadun tu negara yang maju .

Bila maju , negara lain pun tunduk hormat .

Orang kristian menjadi masyarakat yang berjaya sebab apa ? sebab dia pakai al-quran .
Banyak "ulama'' kristian sendiri mengaku Bible adalah sebuah kitab yang lucah . Diorang ni suruh simpan lagi kitab tu dalam almari , jangan kasi baca kat anak - anak .

Saya ulang suara , diorang memperakui al-quran .
Kalau kita memperakui al-quran , buat sahaja perintah , jangan banyak tanya .

Wallahu'alam



Sunday, February 6, 2011

Malaikat buat apa ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , saya nak tahu sekarang ni kan wahyu dah tak ada . Habis , malaikat Jibril tu ape kerjanya ? Malaikat - malaikat yang lain jugak . Apa yang diorang buat selain yang telah kita umum ?

Huk aloh , soalan mengancam . Tanyalah malaikat sendiri , mana la saya tahu .

Malaikat Jibrail seperti yang saya tulis dalam artikel "malaikat Jibrail" , malaikat Jibrail ditugaskan untuk mengetuai malaikat - malaikat yang lain menurunkan lailatul Qadr ( malam qadar ) .

Tugas - tugas malaikat yang lain tidak lah kita ketahui melainkan seperti yang ditulis didalam al-quran atau al-hadith .

Wallahu'alam

Saturday, February 5, 2011

Demi Masa !



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Sebagai umat islam , masa perlu dimanfaatkan agar ianya tidak membazir , dan perlu bersedia untuk menjawab persoalan yang akan Allah tanya di yaumul Mahsyar kelak .

didalam Surah al-'Asr , surah yang ke 103 menurut susunan al-quran .

Allah bersumpah dengan masa .


" Demi masa ! "

Apabila Allah bersumpah , Allah pasti bersumpah dengan sesuatu yang sangat hebat !

Kenapa masa ni hebat ? sebab , masa yang berlalu telahpun berlalu dan masa yang mendatang inshaallah akan mendatang .

Maknanya , manfaatkanlah masa sebaiknya supaya ianya tidak dibazirkan dengan diisi dengan benda yang tidak berfaedah .

Sebab dihari akhirat nanti , kita akan ditanya kemanakah masa muda kita telah habiskan . Apa kita nak jawab depan Allah kalau kita rugikan masa hidup di dunia ?


" Sesungguhnya manusia itu pasti dalam kerugian "

Allah menyatakan lagi bahawa umat akhir zaman ini PASTI dalam kerugian . Kenapa rugi ? sebab , masa ! kalau masa tidak dimanfaatkan ke arah memantapkan iman , memperbaiki akhlak dan memperjuangkan islam . Maka , sia - sia hidup didunia .

Ada 3 perkara yang menyebabkan kita ni ditangguh masuk ke syurga walaupun kelayakan nak masuk syurga tu dah ada . Apa dia ?

1 . Kita ada janji dengan orang ( tapi tak tunaikan ) , termasuklah hutang .

2 . Bercakap benda yang lagha .

3 . Membuang masa .

Mahfum Hadith .

Cuba renungi maksud nombor 3 tu . yang saya cakapkan ni hadith tau .


" Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "


kecuali orang - orang yg beriman yang beramal soleh .

Siapa dia ni yang Allah cakap beramal soleh ?

Orang yang beramal soleh ialah orang yang taat kepada perintah Allah dalam melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya .

Akhir sekali , untuk menjadi orang yang tidak rugi , Allah suruh kita menyampaikan
da'wah dengan kebenaran dan penuh kesabaran .

Sebab , Nabi SAW sendiri bersabda ;

" Menyebarkan islam diakhir zaman seperti menggenggam bara api "

Sebab apa ?

bila kita genggam bara api dengan kuat semesttinya sakit dan apabila terlepas
bara api itu , api itu akan terpadam .

Begitulah perumpaan da'wah kepada orang lain .


Maknanya , kalau kita da'wah dah betul . Tetapi tak sabar dalam berda'wah .

'' dah puas lah ustaz bagi nasihat , tapi dia tu degil . Tak mahu dengar . Sekarang ni , lantak lah dia . Pandai - pandai la cari hidayah ."

Ada cara berda'wah . Kita nak berda'wah kena mula dari bawah . Sikit sikit lama - lama jadi bukit .

Mana boleh sekali je da'wah lepas tu kita kata dah malas .
Cuba kalau kita makan satu suap , lepas tu kita tak makan dah seminggu atas alasan malas . Renung- renungkan sejenak .

Imam Shafie ketika mghuraikan surah ni berkata ;

" Jika manusia memerhati dan mengambil pengajaran dalam surah ini , maka memadailah bagi mereka ."

Wallahu'alam

Tuesday, February 1, 2011

Tafsir Surah an-Nazi'at ayat 25 dan 26


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Alhamdulillah , kita menyambung lagi pengajian kita berkenaan Tafsir surah yang ke 79 ,
surah an-Nazi'at ,

tanpa membuang masa , mari kita pergi kepada ayat yang hendak ditafsirkan inshaallah .

Sebelum ni kita telah membincangkan dari ayat 17 hingga 24 . Maka , apa kata , kita pergi kepada ayat yang ke 25 pula .



" Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
"

Kita dah belajar pada entri sebelum ini , dimana Firaun mengaku dirinya Tuhan yang tertinggi . Maka kita akan pergi pula kepada episod akhir kisah ini . Bukan kisah Doraemon tapi kisah Firaun . Bagaimana kesudahan kisah ini ?

Kisah yang cukup popular ,

Musa terpaksa lari ke Palestin bersama pengikut pengikutnya kerna tidak ada apa - apa lagi yang boleh dilakukan . Peranan baginda telah tamat . Tak ada apa yang boleh dilakukan . Berhadapan pulak dengan laut merah .

disaat itu , Firaun bersama kuncu - kuncunya mengejar dari belakang .

Macam mana nak buat , disaat situasi sebegini ?

Allah perintahkan nabi Musa A.S acu tongkat kearah laut . dan laut pun terbelah .

Bila laut terbelah , Nabi Musa A.S menyeberangi laut merah ni dan akhirnya berjaya melepasi laut merah .

Tetapi tidak bagi Firaun ! Firaun mati kelemasan dalam kekafiran . Saat Firaun dan kuncu - kuncunya melepasi laut merah . Laut merah yang terbelah tu bercantum semula menjadi seperti sedia kala .

Firaun sewaktu lemas mengaku beriman kepada Allah tetapi keimanan yang diucapkan itu tak serupa bikin dengan hatinya .

Seandainya , Nabi Allah Musa selamatkan Firaun , maka , Firaun akan menjadi zalim seperti biasa .

Maka , berakhirlah episod hidup Firaun , bertepatan dengan ayat 25 ini tadi .

" Allah menyeksa Firaun didunia dan akhirat . "

Nabi Musa dah tak ada jalan , dah berbuih mulut bak kata kita untuk berda'wah kepada Firaun ni tapi masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .

Firaun beserta kerajaannya pulak kejar Nabi Musa yang larikan diri bersama orang beriman .

Disaat Musa tak ada jalan keluar , Allah sendiri yang membantu nabi Musa .

Firman Allah ;

" Sesiapa yang memusuhi waliKu akanKu isytiharkan perang keatasnya . "

( hadith Qudsi )

Allah kalau hancurkan orang yang melawan Dia , sekejap je . Tak sampai setengah jam .

Peristiwa tahun gajah , Abdul Mutalib yang dirampas lembunya meminta kembali lembu miliknya dari Abrahah .

Abrahah pelik , kenapa Abdul Mutalib ni tak minta Kaaba tapi dia hanya minta lembu ?

maka , ini jawab Abdul Mutalib ;

" Lembu itu milik aku , aku tuannya tetapi Kaabah itu tuannya Allah , maka Allah akan menjaganya ."

Tak lama , Abrahah nak dekat je Kaabah ni maka Allah turunkan sekelompok burung ababil untuk memusnahkan mereka . Tak lama sekejap je . Kisah ni dimuatkan didalam al-quran surah al-Fil .

Peperangan Mu'tar misalnya , 3000 tentera lawan dengan 30 000 kafir kristian .

Seminggu lawan nih tapi tentera islam yang syahid , tujuh orang je manakala tentera Kristian yang mati katak ? banyak ...

Khalid Al-Walid yang mengetuai peperangan mengundur dari peperangan .

Orang kafir dalam peperangan ni tak kejar pun tentera islam . Sebab apa ?

Tentera islam hanya 3ribu tetapi mereka 30 000 pun tak dapat ditewaskan setelah berminggu minggu . Maknanya , orang kafir ni da penat melawan .

Tak lama lepas tu , peristiwa Tabuk pulak ,

30 000 lawan 100 000 .

Orang islam lawan tentera Rom .

Bila Nabi Muhammad sampai ke kawasan peperangan , satu pihak musuh pun tak ada . Mana mereka pergi ?

Tentera kafir Rom ni dah dapat perkhabaran tentang kehebatan tentera Islam waktu melawan di peperangan Mu'tar .

3 ribu lawan 30 ribu pun orang kafir dah penat , inikan pulak dia bawak 30 ribu tentera islam .
Tentera Rom dah lemah semangat , diorang cabut awal - awal .

Nabi Muhammad patah balik ke Madinah . Hebohkan peristiwa tentera Rom cabut lari dalam peperangan . Nabi Muhammad main minda umat arab .

Orang arab zaman dahulu banyak jadi balaci kepada tentera Rom . Mereka anggap Rom sebuah negara yang hebat dan mustahil untuk dikalahkan .

Kalau tentera Rom yang hebat pun kalah dengan Nabi Muhammad , maka , nabi Muhammad lagi hebat !

Berduyun duyun orang musyrik masuk islam setelah berita Rom cabut lari tersebar .

Jadi kita lihat , bahawa , pertolongan Allah itu sangat sangat dekat .

Islam tak akan kalah walaupun hampir dikalahkan kerana pertolongan Allah itu muncul sewaktu islam hampir kalah .



" Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya). "

Sungguh , ayat 15 hingga ke 26 ni menceritakan kisah Nabi Musa berhadapan dengan Firaun . Atau lebih tepat lagi kisah Firaun yang melampaui batas .

Syed Quthub , pengarang kitab Fi Zilal Quran menyatakan bahawa jangan pandang pengajaran dalam ayat ni sebagai Firaun tetapi pandanglah sebagai Firauniah atau lebih mesra dikenali sebagai perangai Firaun ( Firaunisms ) .

Sebab apa ? sebabnya ,

Firaun dah mati ditelan zaman , tapi tidak perangainya . Apa perangai Firaun ?

tak lain tak bukan , takbur , rasa diri dah besar sangat , menolak islam dengan kasar dan lain lain sifat yang bercanggah dengan syariat .

Wallahu'alam