Thursday, June 17, 2010

Nabi Muhammad ; dalam Kitab Hindu




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Bukti kewujudan Nabi Muhammad ada berlambak lambak . Tapi fokus entri kali ni ...Nabi Muhammad dalam kitab Hindu ...Dalam kitab tua yang berusia beribu tahun iaitu Rig Veda ada disebut tentang akan kelahiran seorang pemimpin yang dipanggil Narashangsa ( susah jugak nak menyebut nama beliau ...haha ) . Bila diteliti oleh para penyelidik hari ini , didapati ciri - ciri yang ada pada Narashangsa itu mempunyai persamaan yang pelbagai Nabi Umat Akhir Zaman , Nabi Muhammad SAW . Mari kita lihat persamaannya .


1 . Narashangsa equal to ' Yang Terpuji ' ;

Di mana mana tempat dalam kitab Vedas disebut juga tentang nama Eelit . Dalam nota kaki pada salah satu daripada Rig Veda yang diterbitkan , Eelit bermakna ' Yang Terpuji ' ...kalau hangpa semua bukak kamus translate bahasa arab-Melayu... Muhammad itu sendiri bermaksud " Yang Terpuji " . Kesimpulannya , Eelit equal to Narashangsa dan equal to :" yang Terpuji '' ..yah! dah dapat pun formula Matematik..haha


2 . Tempat Narashangsa akan lahir di kawasan Padang Pasir ;

Kita sudahpun sedia maklum bahawa tempat kelahiran Nabi kita ini ialah dikawasan yang dikelilingi padang Pasir .. Mekah yang cuaca panas dan terletak dikawasan tengah padang pasir di Semenanjung Padang Pasir ... Nabi Muhammad dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang bernama Abdullah dan Aminah...

3 . Kualiti Personaliti

Rig veda menjelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempynyai personaliti yang cukup hebat . Ia amat disayangi oleh ramai manusia . Stanley Lane Poole ( sila eja dengan betul ) menulis tentang Nabi Muhamnad dalam speeches of Muhammad menjelaskan bahawa siapa yang melihat baginda akan menghormatinya . Sesiapa yang mendekatinya akan menyayanginya . Mereka akan mengatakan ; " Aku tidak dapat melihat orang seperti dia ( Nabi Muhammad ) sebelum mahupun sesudah itu " .


Kita lihat Kisah Nabi Muhammad hijrah ke Madinah ... kalau tak silap saya , Abdullah ( saya tak ingat la Bin apa ..hehe ..tapi yang pasti dia masih kafir ketika itu ...) mengatakan " aku melihat cara dia menunggang kuda sahaja sudah 1 / 3 aku beriman kepada dia . " subhanallah .







4 . Wahyu

Djelaskan juga bahawa Nasrashangsa akan mendapat pengetahuan secara wahyu . Nabi Muhammad juga kita sedia maklum diturunkan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril ...Bahkan Nabi Muhammad telah mengetahui sesuatu perkara yang belum berlaku sekiranya telah diwahyukan terlebih dahulu . Perkara ini boleh dirujuk dalam tafsir ayat Surah Al-Ruum Ayat 2 hingga 4 .

" Telah dikalahkan Bangsa Romawi . Di negeri yang terdekat dan mereka sudah dikalahkan itu akan menang . Dalam beberapa tahun , bagi Allah SWT adalah urusan sebelum dan sesudah mereka menang . Dan di hari itu ( Kemenangan bangsa Romawi ) itu gembiralah orang orang yang beriman . "

5 . Narashangsa sebagai penerima Informasi dari Tuhan .

Dalam Vedas pula menyatakan ; Narashangsa sebagai Kavi . Makna Kavi pula terbahagi kepada dua ; satu sebagai penyair dan satu lagi ialah mendapat pengetahuan daripada Tuhan . Ini juga ada pada Nabi Muhammad SAW . Maka nyatalah benar akan firman Allah itu pada ayat Quran surah As Saffat ayat 36 -37 ;

Dan mereka berkata ; " Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan - sembahan kami kerana seorang Penyair gila . Sebenarnya dia ( Muhammad ) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul rasul sebelumnya ."


6 . Personaliti yang lemah lembut ;

Fakta sejarah telah menjelaskan yang rupa paras Nabi Muhammad ini adalah segak dan lemah lembut . Bahkan amat menarik personalitinya . Penulis bukan Islam pun turut meraguinya . Aku tak tahu tajuk buku tu beserta penulisnya ,tapi penulis itu meletakkan Nabi Muhammad SAW ditempat yang pertama tokoh yang berpengaruh . Bahkan Nabi mereka yakni Isa A.S berada ditempat yang bawah . Subhanallah .


7 . Penegah melakukan dosa ;

Disebut juga bahawa Narashangsa adalah seorang yang menegah melakukan dosa . Seorang yang melakukan dosa , beliau akan menolong orang itu supaya tidak lagi melakukan dosa pada masa akan datang . Ini adalah sama dengan bai Muhammad SAW yang juga menegah manusia berbuat dosa dan mendorong manusia berbuat baik dan beribadat kepada Allah SWT .

8 . Mempunyai 12 orang isteri ;

Dalam Atharvaveda iaitu kitab suci Hindu juga menyebut tentang Narashangsa akan mempunyai 12 orang isteri . Ini juga betul betul berlaku pada Nabi Muhammad SAW , di mana baginda sebenarnya mempunyai dua belas orang isteri ;

1 . Khadijahh Binti Khuwalid
2 . Saudah Binti Zam'a
3 . Aishah Binti Sayyidina Abu Bakar
4 . Hafsah Binti Sayyidina Umar
5 . Zainab Binti Khuzaima
6 .Ummi Salma Binti Abu Umayyah
7 . Zainab Binti Jahsy
8 . Juwayria Binti Haarith
9 . Rayhana Binti Zaid
10 . Ummi Habibah Binti Abu Sufian
11 . Safiyah Binti Huyay
12 . Maimunah Binti Harith

Ini juga tepat dengan apa yang dinyatakan dalam kitab suci Hindu tentang Narashangsa yang dikatakan mempunyai dua belas isteri . Dr Ved Prakash Uppaday , Muhammad in the Hindu Scriptures menjelaskan selanjutnya bahawa tidak ada dalam sejarah dunia pemimpin agama yang mempunyai 12 isteri selain daripada Nabi Muhammad SAW .


Didalam kitab suci Hindu , Mahabharata terdapat satu karakteryangbersamaan dengan ciri ciri Nabi Muhammad SAW . Nama karakter tersebut ialah Kalki . Korang eja dengan betul kalau tak kena gam nanti mulut..Kalki ya bukan Kaki ..haha.Bukti Kalki ni ialah Nabi Muhammad ? nah , ambik kau ;

1 . Kalki sebagai pemimpin agama dan pemerintah ( King )

Nabi Muhammad bukan sahaja Pemimpin agama dan pemerintah , bahkan menurut Prof K.S Ramakrishna Roa , Kolej Kerajaan untuk Wanita di Mysore , Kartanaka , menulis dalam bukunya The Prophet of Islam menyatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Nabi , pahlawan , peniaga , negarawan , peniaga , pemidato , reformis , pembela anak yatim , reformis , pembela abdi , pembela wanita , qadi dan alam aspek kemanusiaan , baginda adalah jaguh istimewa .


2 . Kalki pemimpin peperangan

Nabi Muhammad sudah semestinya sebagai pemimpin paling Utama bagi agama Islam dan baginda juga pemimping peperangan seperti peperangan apa kawan - kawan ? peperangan salib ? ha ye lah tuh..nak dapat kaki terbang aku silakan la kata peperangan salib..haha..
Antara peperangan yang masyhur yang diketuai baginda ialah peperangan Badar , perang Uhud dan perang Khandaq .


3 . Kalki sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara

Dalam konteks ini Hindu , Yahudi dan Kristian yang begitu lama terdahulu darinya tidak mempunyai negara tersendiri tetapi Nabi Muhammad SAW ada negara Islam , dimana baginda adalah ketua pemerintah .


4 . Kalki mengalahkan musuh , kemudian menunaikan Hajji

Setelah Nabi SAW mengalahkan musuh di Mekah , baginda mengambil hajji dimana baginda wafat tiga bulan kemudiannya di Madinah .


5 . Kalki pergi pergi ke taman yang indah , ini akan diikuti oleh Pengikutnya .

Terbukti apabila Nabi Muhammad pergi ke Madinah yang mana tempat itu adalah merupakan tempat yang indah dan subur di tanah Arab . Di tempat ini dilawati penganut Islam selepas atau sebelum mengambil haji di Mekah .


6 . Kalki membawa kebenaran dan kepalsuan akan hilang

Ini juga terbukti apabila Nabi Muhammmad menawan Mekah , sebagaimana dilaporkan oleh Professor Sejarah Kristian , Hitti , pada Januari 630 , penakhlukan Kota Mekah selesai . Nabi Muhammad telah memusnahkan sehingga dikatakan sampai 369 patung disitu . Di samping itu , wujud peraturan zakat di mana golongan yang berada dikenakan 2.5 peratus daripada simpanan tahunan . Zakat ini adalah untuk kebajikan umat Islam .


7 . Kalki mewujudkan 6 prinsip .

ok , kali ni aku nak tanya hangpa semua ..apa dia rukun islam kita ? haha....kalau nak tanya korang ni sampai minggu depan pun tak ingat..haha..ok lah.. Nabi Muhammad memperjuangkan rukun Islam yang lima ; iaitu mengucap 2 kalimat syahadah ,Solat 5 waktu , Puasa , Zakat , Haji dan satu lagi ..Jihad Fi Sabilillah !!!!


8 . Kalki dari golongan Brahmin .

Dalam kalangan Hindu menyatakan Kalki adalah dari golongan Brahmin . Malah mengikut kajian Dr . Ved Prakash bahwa ada bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah dari kalangan Brahman . Proffesser dalam Vedas , Umeshchandra Vidyaranta pada introduksinya dalam Rig Veda Samshita menjelaskan bahawa orang orang Aryan datang dari India dan menetap di tanah Arab . Sri Thakur Anukulchandra dalam bukunya mengenai Islam menegaskan bahawa Muhammad adalah dari kumpulan Aryan dengan bukti yang diambil daripada New Popular Encyclopedia Vol 1 dan dari Islam and World Prophet vol 2 menjelaskan keadaan fizikal Nabi Muhammad SAW adalah bentuk orang Aryan . Malah para khalifah iaitu Abu Bakar , Umar , Uthman dan Ali juga berkerturunan orang Aryan . Sudah tentu keturunannya itu adalah daripada ketua kumpulan yang dihormati menjaga Kaabah dari beberaa generasi lagi .


9 . Kalki menaiki Kuda Putih .

Kalki dikenali sebagai Pahlawan yang menaiki Kuda . Yang best nya..kuda yang di naiki ialah Kuda bewarna Putih . Kuda putih ini amat jarang didapati di dunia . Sudah tentu ia tidak amat jarang di India . Hanya di negara Arab , banyak didapati kuda putih . Semasa Nabi Muhammad hampir dengan kewafatannya . Baginda dikatakan dengan mempunyai kuda putih , sedikit senjata dan sebidang tanah . Tanah ini kemudiannya didermakan untuk kebajikan .


10 . Kalki memusnahkan patung .

Dalam versi 2 dan 4 , Kalki Purana ada menyatakan bahawa ;

A . Apabila Kalki menjadi pemerintah , setiap orang akan suka kepadanya . Vedas , agama dan kebenaran terus hidup .
B . Patung -patung dimusnahkan , pemujaan dihentikan .
C . Amalan agama tanda "tilak" ( amalan Hindu di tanda di dahi ) juga tiada kelihatan lagi .


Maka , terbukti lah Narashangsa dalam kitab Vedas dan Kalki yang berusia ribuan tahun tidak lain tidak bukan Nabi kita Nabi Muhammad SAW .


Maka ternyatalah nabi Muhammad Nabi yang mulia dan terpuji..lepas ni janganlah pulak guna Nama Narashangsa kat anak kita..kesian anak kita nanti...yang lebih kesian lagi..kitalah ..nak sebut pun payah..haha