Saturday, January 9, 2010

Kaum Perempuan , jangan pergi Musollah ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Begitulah isu di kariah kami ...


Ada sorang makcik kat kawasan surau ni mengadu kat saya...

"Ustaz tu tak baik cakap macam tu kat kitorang , kitorang nak pergi solat jugak "



Warga perempuan di sini salah faham...bukan ( perempuan ) tak boleh pergi Rumah Allah...boleh...tapi ada syaratnya...
Ustaz tu sendiri dah terangkan syaratnya..tapi makcik ni susah nak paham...





em....macam yang saya kata tadi ... bukan tak boleh...
ni apa yang Ustaz Tahir bagi tau...syarat ada 2 bagi perempuan ;


Syarat - syarat perempuan boleh dilepaskan ke Musollah :

1 . Minta Izin suami atau penjaga ( jika ada )


2. Tidak timbul fitnah
( kalau timbul fitnah , balik terus ke rumah )


maknanya kalau Makcik nak pergi surau sebab nak menuntut ilmu takpe...
Lagipun ... menuntut ilmu merupakan satu kewajipan...


Ustaz tu kata lagi...Kalau nak pergi surau pasal nak mengumpat baik tak payah datang...
ha...kiranya kita datang pasal nak memfitnah...
ataupun kita masih ada anak kecil kat rumah...pun tak yah datang

"Aisyah , isteri nabi sendiri tak solat kat masjid" terang Ustaz Tahir


Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

"Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka."





Timbul pulak soalan kedua ...
" macammana pulak Kalau perempuan Solat kat 3 Masjid dalam hadis Nabi ( Aqsa , Nabawi , al-Haram )? "

jawapannya ialah...

Fadhilatnya lain...fadhilatnya berganda-ganda dari solat kat surau atau Masjid...
Lagipun kita rakyat Malaysia mana ada pergi Hajj bawak budak kecil kan ?
nabi sendiri galakkan kita solat kat situ...


Mana ada nabi bersabda
" Solatlah kamu di surau al amin seksyen 18 kerana fadhilatnya besar "

tidak ada....tidak ada...tidak ada....



Solat jamaah di Masjid / Surau menjadi Fardhu kifayah ( mazhab Imam Syafie ) buat lelaki sahaja...ingat tu...
Kalau kata surau ni takde jemaah...seluruh LELAKI BALIGH (kariah) berdosa.....


P/s : alhamdulillah , sekurang kurang perempuan nak jugak pergi solat jemaah ,..bagaimana pulak dengan lelaki ???