Tuesday, January 5, 2010

Ajaran Sesat , petanda Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) setakat ini telah menyenaraikan 55 ajaran sesat yang diwartakan sesat dengan ada antaranya masih aktif menyebarkan fahaman mereka ...

Dalam pada itu , menurut JAKIM juga , kesemua ajaran itu diwartakan sesat menurut lima faktor Utama iaitu ;

* Tasawuf teosofi / tasawuf falsafah
* Fahaman Batiniah
* Syiah
* Amalan Khurafat
* Menggunakan akal tanpa batas

Jurucakap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , pihaknya masih mengumpul bukti sebelum dapat , mengheret beberapa pemimpin ajaran sesat ke muka pengadilan .

Menurutnya lagi , sebahagian besar daripada 55 ajaran sesat yang diwartakan oleh Jakim itu juga beroperasi di Selangor dan bagi tujuan itu JAIS dan JAKIM akan bekerjasama .


55 Ajaran Sesat

1 . Nasrul Haq
2 . Budi Suci
3 . Al-Watan
4 . Budi Suci Sejati
5 . Jawa Faradin
6 . Silat Sunda Pukulan Ghaib
7 . Tusuk Hikmat
8 . Ilmu Kebatinan
9 . Potong Maya
10 . Naluri
11 . Kaula
12 . Haqqulah Syahadah
13 . Rampai
14 . Wali Suci
15 . Kalimat Suci
16 . Silat pukulan jarak Jauh
17 . Ilmu Tenaga dalam Hikmat
18 . Zikir Sha'ban Islam Haq
19 . Asal Wujud Garis Laksamana
20 . Al-Ma'zat
21 . Trancendentel Meditation ( Maharisi Mahish Yugi )
22 . Ilmu Kebatinan
23 . Abdul Manan bin Harun - tolak hadis
24 . Ilmu Mentauhidkan Allah oleh S.T.Qahar
25 . Kumpulan Ikhwan / al-Mas
26 . Kuasa Ghaib
27 . Mohd Nordin Putih
28 . Nasrun S.T.Qahar
29 . Roslan Katimun atau ajaran Wali Sembilan
30 . Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31 . Wali sembilan
32 . Khatijah Ali @ Puan Tijah
33 . Syed Mutalib Syed Mohd.Nordin
34 . Ajaran Mohd . Seman Al-Banjari
35 . Al-Arqam
36 . Golongan Anti Hadis
37 . Ajaran Juruzon Abdul Latif atau Pak Su
38 . Syiah
39 . Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Klang
40 . Ajaran Hj. Kahar Ahmad
41 . Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
42 . Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43 . Tarikat Mufaridiah
44 . Ajaran Hassan Anak Rimau
45 . Tarikat Aurad Ismailiah
46 . Ajaran Martabat Tujuh
47 . Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48 . Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh )
49 . Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit
50 . Ajaran Ahmadiah / Qadiani
51 . Ajaran Mohd . Nor Seman
52 . Ajaran Ayah Pin
53 . Al-Maunah
54 . Ajaran Azhar Wahab
55 . Ajaran Hj. Banuar

* mungkin ada sedikit pertambahan ajaran sesat setelah artikel ini ditulis

Sumber : artikel KOSMO! 22 Oktober 09 Bahagian Negara ms 3



Kawan-kawan mari kita kaji apa itu ajaran sesat

Apa itu ajaran sesat ?
Ialah ajaran / amalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah walaupun didakwa sebagai Ajaran Islam

Ciri-ciri ajaran Sesat ,

* Mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis seperti mempertikaikan ajaran alQuran dan al Hadis
* Mengagungkan Pemimpin sehingga ke taraf Maksum sebagai nabi atau Tuhan
* Menolak perkara yang telah diputuskan hukumnya dalam islam seperti menghapuskan Jihad
* Mengubah bentuk ibadat yang telah ditetapkan seperti bersolat dengan Niat sahaja .
* Mengubah konsep pahala dan dosa
* Mendakwa boleh melakukan perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati
* Mengagungkan sesuatu selain Allah
* Menolak hadis
* Mengubah prinsip-prinsip dalam Islam


Langkah-langkah untuk menangani ajaran sesat ?

* Menghapuskan tempat ajaran sesat
* Memberi pendidikan Islam secara menyeluruh
* memberi nasihat tentang akibat pengamalan ajaran sesat

*
Kerjasama semua pihak membanteras ajaran sesat
* Menghantar mereka ke pusat pemulihan akidah





Ajaran sesat yang cukup popular dalam kalangan negara Islam ialah antaranya ialah Syiah....

Ya , baru - baru ini Surau ini ada menerima doa pelindung dari semua jenis penyakit Maut berjangkit dari Syeikh Ibnu Ahmad At Tarmizi Al Malizi rah Alaih.kononnya seorang mursyid .

Entahlah...siapa yang letak surat tu kat papan kenyataan surau pun tak tahulah

Insyaallah hi taala saya akan paparkan doa tu...Tapi ingat jangan percaya ini doa...

"Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit .Mereka itu ialah Nabi yang terpilih , Ali yang diredai , Fatimah dan kedua anak mereka ( Hasan dan Husain ) "

dikatakan lagi dalam artikel tersebut "ini doa tak perlu angkat tangan"...Hrmm...lawak...lawak sangat.... Kita dari kecil diajar doa perlu angkat tangan , tiba-tiba "ini doa tak perlu angkat tangan"

Mengikut dari sumber di Ustaz Nor Amin , beliau menyatakan bahawa tak angkat tangan tidak mengapa tetapi lebih elok dilakukan .
" ulamak menyatakan bahawa mengangkat tangan ketika berdoa ini seolahnya seperti kita berhajat dan memohon doa dengan bersungguh-sungguh , "terang beliau lagi.

bermakna , kalau kita tak angkat diumpamakan kita tidak mahu bersungguh dalam berdoa ?
tidak mahu bersungguh dalam berdoa memohon dari H1N1 ?menarik ....

Satu lagi...perasan kan Nama tu ....Ali , Fatimah , Hasan dan Husain ? bukankah syiah mengangungkan mereka semua ...kerana mereka ( Fatimah , Hasan dan Husain ) dari keturunan Saidina Ali...

Wallahualam bissawab ,
Hanya Allah bisa menjawab ....

P/s : tongkat ali dan kacip Fatimah bukan orang Syiah buat tau...ini buatan Malaysia...hehehe