Saturday, February 9, 2013

Tanda-Tanda Cinta


Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

Macam mana rasa cinta?

Sebelum saya berkongsi bagaimana rasanya cinta, atau apakah tanda-tanda kita sudah jatuh cinta, suka saya meng-share bahawa apabila cepat jatuh cinta merupakan tanda-tanda kita sudah perlu berkahwin.

Terdapat sepuluh tanda seseorang itu sudah wajib berkahwin, perkongsian menarik ini diambil dari buku "Mencari Pasangan Hidup" karangan Ustaz Emran Ahmad.

1. Hati berasa sunyi walaupun ada ramai orang disekelilingnya.
2. Kehidupan tidak terurus.
3. Jantung berdegup laju bila wujud lawan jantina.
4. Hilang fokus bila wujud lawan jantina.
5. Cemburu terhadap kebahagiaan orang lain.
6. Sayang terhadap kanak-kanak.
7. Jatuh cinta.
8. Cepat tergoda dan teruja.
9. Onani.
10. Ingin terhadap hubungan intim.

Baiklah, terus kepada jawapan, dipetik dari kitab "Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin karangan Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Berikut diberikan beberapa tanda seseorang itu sudah jatuh cinta terhadap seseorang;

1. Memanahkan dan menghalakan pandangan mata (nampak dia di mana sahaja)
2. Malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Selalu mengingati dan menyebut tentang orang yang dicintai.
4. Tunduk kepada arahan orang yang dicintainya.
5. Bersabar menghadapi gangguan (perangai) orang yang dicintainya.
6. Memperhatikan dan mendengar ucapan orang yang dicintainya.
7. Mencintai tempat dan rumah orang yang dicintainya.
8. Segera menghampiri orang yang dicintainya.
9. Mencintai apa-apa yang dicintai orang yang dicintainya.
10. Jalan yang ditempuh terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintainya.
11. Perasaan serba salah mengunjungi orang yang dicintainya atau orang yang dicintainya mengunjungi dirinya.
12. Gementar bila berhadapan serta bila disebut nama orang yang dicintainya.
13. Tidak menyukai sesuatu yang tidak disukai orang yang dicintainya.
14. Berkorban untuk mendapat keredaan orang yang dicintainya.
15. Menyukai apa-apapun yang menyenangkan orang yang dicintainya.
16. Suka menjauhi orang lain.
17. Tunduk patuh kepada orang yang dicintainya.
18. Bernafas panjang dan lebih kerap.
19. Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan dengan orang yang dicintainya.
20. Adanya kesesuaian dan keserasian dengan orang yang dicintainya.

Akhir sekali, ingin saya tutup dengan kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah;

"Dunia ini ibarat bayang-bayang, jika kamu tangkap tidak akan dapat, Jika kamu berpatah balik, ia akan mengekorimu."

Wallahu'alam