Friday, July 23, 2010

Zulqarnain itu bukan namanya ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kisah Zulqarnain turut dimainkan didalam Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 98 . Hangpa semua boleh baca sendiri la..haha..


Fokus entri kali ni .. " Zulqarnain itu bukan namanya ? " ....betul kah begitu ?

Habis tu dalam Quran dia tak panggil pon Zulqarnain ni Mawi ke Syahir ke ..

Allah panggil Zulqarnain je . Ya, benar..Al-Quran hanya menyebutkan nama manusia besar yang menguasai dunia dari belahan barat sehingga ke Timur itu sebagai Zulqarnain..

Takda nama lain . Menurut kajian Para Ulama dan ahli sejarah ia bukan nama sebenar , tapi hanya gelaran saja . Lebih lebih lagi jika dia bukan bangsa Arab , sedang nama yang dipakainya adalah Bahasa Arab .

Zulqarnain bermaksud orang yang mempunyai dua tanduk .


beberapa kemungkinan Zulqarnain dipanggil Zulqarnain .Tapi perkara ini hanya Allah Taala yang mengesahkannya bukanlah SIRIM mahupun JAKIM .

Pertama , kerana dia dapat menguasai dua kawasan yang sangat besar yakni disebelah barat dan timur hasil dari keberaniannya dan usahanya yang sangat gigih .

Kedua , dia sebagai seorang yang sangat kuat , gagah berani sehingga diibaratkan dengan haiwan yang berani seperti kerbau dan Banteng ( Nasihat saya sila lihat gambar Banteng di Internet jika tak pernah dengar nama haiwan ni ) . Kedua dua haiwan kuat ini sememangnya mempunyai dua tanduk .

Ketiga , kemungkinan di atas kepala raja perkasa itu memakai mahkota berupa tengkolok yang mempunyai dua bucu bersilang ke kiri dan kekanan sehingga menyerupai tanduk . Pada zaman dahulu mahkota seperti itu hanya dipakai oleh raja dalam satu satu kaum dan terbuat daripada emas . Dengan demikian orang ramai dapat mengetahui siapa yang menjadi raja di antara kaumnya .




kita lihat diatas kepala wanita tersebut..mungkin..inilah tanduk yang dimaksudkan penulis..
yang lelaki tu pakai tengkolok bukan tanduk..haha



Kemungkinan yang ketiga ini sangat besar kerana kaum yang didatanginya tiba tiba memanggilnya dengan

" Wahai orang yang punya dua tanduk ( Ya Zulqurnain )! " .

Kaum itu tidak tahu nama sebenar Zulqurnain , yelah ..baru je diorang jumpa..dahlah bahasa pun saling tak memahami .

Jadi untuk memudahkan kaum tersebut , mereka memanggil " Wahai tuan yang mempunyai dua tanduk ! " apabila dilihatnya diatas kepala sang penakhluk itu bertenggek sebuah mahkota berbucu dua seperti tanduk . Tentunya ada orang yang memahami bahasa Panglima Zulqurnain dan kaum terasing itu yang menjadi Juru Bahasa .


Tutup kepala atau mahkota berbucu dua menyerupai dua tanduk masih dapat disaksikan pada masa ini , yakni pakaian adat Minangkabau .
Sehingga dalam kalangan sesetengah kaum itu tersiar dongeng bahawa mereka ada kena mengena atau mendakwa sebagai keturunan Iskandar Zulqarnain .

Menurut satu dongeng dalam kalangan orang orang Melayu dikatakan bahawa ada seorang Raja bernama Iskandar yang bergelar Zulqarnain . Raja itu berasal dari Macedonia bergerak menyerang kerajaan Hindi sehingga terjadilah peperangan antaranya dengan Raja Hindi yang bernama Kida Hindi . Raja Hindu itu kalah dan memeluk agama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim A.S . Seterusnya Iskandar Zulqarnain berkahwin dengan puteri Raja Kida Hindi yang bernama Syahrul Bariyyah , dan yang menjadi Kadi dalam pernikah tersebut adalah Nabi Khidir .


Menurut dongeng itu , perkahwinan antara Iskandar Zulqarnain dengan Puteri Syahrul Bariyyah Binti Raja Kida Hindi telah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah yang kemudiannya menjadi Raja berkuasa .

Raja Aristun Syah menurunkan keturunan yang menjadi rajat turun temurun sehingga sampai kepada Raja Anusyirwan Al-Adil yang menurunkan Raja Melayu bernama Raja Suran . Katanya , Raja Suran ini pernah berkahwin dengan seorang Puteri Raja di dasar laut bernama Raja Aftabul Ardh dan nama puteri itu ialah Mahbatul Bahr .


Selain itu , Raja Suran juga pernah berkahwin dengan Puteri Raja Keling dan mendapat beberapa orang anak yang seorang diantaranya Bacitram Syah . Dikatakan bahawa Bacitram Syah inilah yang menjelma diatas Bukit Siguntang Mahameru , menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Tribuana , Raja Melayu yang mula mula menjelma atas dunia . Demikian dongeng yang ditulis Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu .

Aiseh...dari tafsir Quran dah masuk tafsir sejarah Melayu..haha