Wednesday, June 13, 2012

Etika berpakaian

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad

9 Rejab 1433 bersamaan hari Rabu 30 Mei 2012, saya telah ditemuramah (panggilan hangit) disalah sebuah radio streaming. Kebetulan, juruhebah tersebut merupakan sahabat karib saya, tempat saya berkongsi idea dan mencakna minda saya.

Tajuk yang dikongsikan berkenaan etika pakaian.

Juruhebah bertanya kepada saya, adakah terdapat halangan untuk saya selaku lelaki yang berbadan besar untuk mengenakan pakaian.

Saya jawab mudah. Tidak ada. Saya seringkali kelihatan keluar ke rumah, untuk ke masjid atau surau mengenakan pakaian yang gelap iaitu bewarna hitam. Jubah yang dikenakan oleh saya, adalah unik. Kata orang, satu-satunya jubah didunia. Jubah selalu dikaitkan dengan pakaian orang tua. Disebabkan itu, jubah saya memang unik kerana bertulangkan selain daripada warna jubah itu.

Terdapat beberapa koleksi jubah yang saya pakai. Antaranya ialah hitam tulang merah. Saya juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian yang berwarna cerah seperti warna putih bertulang merah dan warna ungu bertulang hijau muda.

Islam tidak menghalang fesyen, namun, ada batas-batas yang perlu dijaga.

Misalanya, kita memakai jubah. Tetapi membuat lubang dipunggung, tetap tidak boleh dipakai jubah tersebut sebab menampakkan aurat kita. Ataupun kain jubah yang menampakkan susuk badan, tetap tidak boleh digunakan.

Bagaimana pula sekiranya kita memakai kain ihram sahaja? Kalau kita pakai buat jengjalan kat Malaysia… nanti timbul fitnah la der. Tak payah pakai kalau macamtu. Lagi-lagi kalau pakai kain warna jingga.

Saya tidak berjubah 24 jam. Kadangkala saya memakai kurtha pergi ke masjid atau surau. Saya rasa saya sudah kemas itu yang penting. Tidak perlu berantai atau jeans yang terkoyak rabak. Tidak perlu. Mudah dan mencakna minda. Yang penting juga, ialah pemilihan warna tersebut. Sahabat nabi pernah membakar pakaian berwarna kuning. Maka nabi menrespon, supaya jangan membakar, kerana pakaian tersebut boleh dipakai oleh wanita dalam ahli keluarga nabi Muhammad.

Diakhir pertemuan saya dengan sahabat saya di internet, saya mengakhiri temuramah tersebut dengan kata-kata yang ramai orang ingat ini ialah hadis.

Kata-kata Syeikh Said Nursi Badiuzzaman :

“Allah menyukai pemuda yang berpakaian seperti orang tua. Dan Allah membenci orang tua yang berpakaian seperti orang muda.”

#Kita ni cantik sebab ada pakaian, kalau tak ada pakaian...mak datuk.. menggerutu badan-badan kita. Nak muntah orang lain  tengok. Semoga ada yang lebih molek daripada pakaian iaitu akhlak dan agama. Kerana pakaian boleh dipakai, tetapi agama dan akhlak, tidak boleh didapati dikedai dua ringgit. Ia tidak diwarisi, ianya dicari, dicari dan terus mencari...

Wallahu'alam