Thursday, September 8, 2011

Puasa Enam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Saya nak puasa enam Ustaz , tapi ... saya belum qada' lagi puasa wajib saya . Guano Ustaz ?


Tak kiralah , anda ni musafir ke , atau haidh ke waktu bulan Ramadan , wajib qada' puasa . Ada banyak pandangan para Ulama tentang hal ni , mana satu nak buat ??? moh le kita check .

1 . Qadha' dahulu baru tunaikan yang sunat .

Maksudnya apa ? maksudnya , kita utamakan hutang kita yang lebih besar kerana ia lebih penting .

2 . Puasa enam dulu kemudian Qadha ,

Ada dalam satu riwayat menyatakan isteri - isteri Rasulullah menggantikan puasanya pada bulan syaaban tahun hadapan . Menunjukkan disini , keutamaan menggantikan puasa , luas , bila - bila je boleh puasa . Sedangkan puasa sunat enam , hanya pada waktu syawal .

Saya cakap memang senang , sebab saya bukan perempuan , saya lelaki . Orang perempuan ni ada hari-hari Allah bagi cuti a.k.a ABC . Jadi , perempuan ABC ni diaorang nak puasa jugak . Tapi kalau puasa enam lepastu , terus nak direct dengan puasa qadha' . Tak larat !

3 . Puasa Qadha , diniatkan sekali dengan puasa sunat ,

Korang mesti tak pernah dengar kan perkara ni ? atau rasa was-was ?

Ada ibadah yang perlu dilakukan dengan dalil yang jelas . dan Ada juga ibadah yang dilakukan berdasarkan qiyas dan ijtihad . Justeru , perkara ni diharuskan berdasarkan qiyas keatas solat terawih . Boleh dirujuk dalam bab al-Umur Bimaqasidiha , kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan Imam al-Sayuti .

Perkara ini juga telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Syeikh Abdul Karim Zaidan dalam bukunya al-Mufassal fi-ahkam al-Marah . Beliau berpendapat , HARUS mengumpulkan niat fardhu dengan sunat .

Dalam buku Fatwa Majmak Fiqah Kuwaytiyyah , Himpunan Fatwa Ulama' Antarabangsa , juga telah membincangkan perkara ini . Mereka mengharuskan perkara ni . Namun , mereka bersepakat menyatakan perkara ini termasuk dalam hal khilafiyah yang menjadi perselisihan .

Ulama mengharuskan 2 dalam 1 niat beribadah tetapi bukan dengan wajib dengan wajib . Maksudnya , kita puasa qadha' disekalikan niat berpuasa nazar wajib . Maka , tak boleh macam tu .

4 . Puasa Qadha' dalam bulan Syawal , dapat pahala enam sekali .

Ada juga pandangan sebegini , maknanya , katakankanlah perempuan yang haidh ni dia kena ganti sebanyak 15 hari , sebanyak lima belas hari tu dia ganti dalam bulan syawal , dia sanggup tak pergi sale kat kompleks , dia sanggup tak pi open house rumah kawan-kawan dia . InsyaAllah , ada pahala sunat enam tu .

Ha , saya baru teringat , ada satu lagi pendapat , iaitu , puasa qadha je tak yah puasa sunat . HUHU . gurau jeh . Nak puasa , puasa je , tak yah nak kata orang ni tak betul , orang tu tak betul .
Cumanya , menurut pandangan Ustaz Gunawan Che Abdul Aziz , Ustaz Mohd Izhar Ariff dan lain- lain, pandangan terhadap nombor satu tu dah kira molek lah . Saya pun berpandangan sebegitu . Kita lari daripada khilaf .

Syeikh Ibnu Uthaimin R.A menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa hari Arafah atau Asyura , tetapi masih berhutang puasa Ramadan , maka puasanya sah . Tetapi , jika dia berniat untuk puasa ganti , maka ada 2 pahala . Satu pahala sunat dan kedua , pahala ganti puasa . Tetapi berbeza dengan puasa enam .

Bukan kah ada hadith nabi :

" Sesiapa yang berpuasa ramadan , disusuli dengan puasa enam hari syawal , seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun . "

( HR Muslim 1984 )

Syeikh Ibn Uthaimin menyatakan , sesiapa yang tak habis ( ganti ) puasa ramadan , maka dia tidak dikira sebagai berpuasa ramadan . ( Fatawa al-Siyam m/s 438 )

Wallahu'alam .

Tapi bila dah habis puasa enam , jangan lah puasa enam lagi kononnya nak tambah pahala setahun lagi =_="