Thursday, March 25, 2010

langit Merah di langit ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah,


Allahumma Solli A'la Muhammad .





Dalam surah al-Rahman ada termaktub ayat yang menerangkan gambar diatas...Sains dalam Quran...
Untuk makluman , gambar diatas ialah Cats Eye nabula yang berada digalaksi atau dikatakan langit dunia..wallahulam

Firman Allah dalam surah Rahman ayat yang ke37 yang bermaksud ;

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; "


Subhanaallah , ia membenarkan ayat Quran "lalu menjadilah ia merah mawar ..."


ketahuilah , Keagungan Allah berada dimana -mana sahaja....


Walaubagaimanapun , paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Qiamat semasa kehancuran yang berlaku dilangit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun dapat membantu kita kecuali Allah SWT .

Wallahu'alam

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Pengemis dan Isteri Cantik

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kali ini , mari kita ikuti kisah seorang pengemis yang kelaparan meminta meminta kepada suami ( suami kepada isteri yang cantik )


pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka .

"Tolonglah encik , saya tersangat lapar , sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ,"rayu pengemis itu.

Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .Dalam hati si suami itu berkata " Aku membina perniagaanku hingga berjaya bukan untuk orang lain akan tetapi untuk diri dan keluargaku ."

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedeqah .

Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya .

Setahun kemudian isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan suami yang baru .

Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan , tiba - tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan .

Setelah memberi makan sepinggan nasi kepada pengemis , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seseorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang " Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"

Begitulah ceritanya..tak semestinya kita hidup sentiasa diatas..kekadang kita juga akan merasa dibawah..oleh itu..hiduplah kita berbudi bahasa dan tolong menolong..

Sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas Malik ;

Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedeqahlah dengan kekayaanmu ,
Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedeqahlah dengan ilmu ,
Barang siapa yang mempunyai tenaga , maka bersedeqahlah dengan tenaganya .

Adakalanya kalau kita berada diatas orang takkan "jelous" dan kacau ..sebab duduk rumah Flag orang tak pandang!haha

Friday, March 19, 2010

Nabi Nuh; Nabi Nuh meraung tanpa henti


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,



Allahumma Solli Ala' Muhammad


Adakah anda tahu Nuh bukanlah nama sebenar Nabi Nuh meskipun seringkali nama Nuh digunakan didalam Al-Quran...

percaya atau tidak Nuh itu nama gelaran yang Allah taala beri kepada Nabi Nuh...

Apakah maksud Nuh ?
Nuh adalah nama dalam bahasa arab yang bererti " raungan atau tangisan yang berterusan "

nak tahu kenapa Nabi Nuh diberi julukan sedemikian ???

Kisah Nabi Nuh diberi julukan Nuh ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya . Rupa anjing itu lain dari yang lain tidak seperti anjing-anjing yang biasa . Anjing itu bermata empat , dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk nabi Nuh sendiri pada zaman itu . Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti dihadapannya dengan aga kehairanan .

Nabi Nuh kemudian memulakan bicara " Wahai anjing , aku lihat muka engkau ini begitu hodoh , mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain . Mengapa jadi begini ?"

lalu , anjing itu menjawab " Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku sebegini rupa . Kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini ? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau ! "

Nabi Nuh pun meraung ( menangis ) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu . Nabi Nuh menangis tanpa henti - henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan . Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu . Tidak henti - henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT dengan tidak sengaja .

Sejak daripada itu namanya pun dipanggil Nuh ( raungan ) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabdikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT .

Saidina Umar Al-Khattab menangis

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Sebagaimana yang kita tahu , Umar Al Khattab seorang yang tegas dan berani sehingga kan Syaitan takut nak menganggu Umar ...
Namun begitu..Umar amat menyayangi keluarganya...
mari kita hayati Kisah ini...


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari , anak Umar bin Al-Khattab pulang dari Sekolah sambil menangis . Ketika ditanya oleh ayahnya , anak itu menjawab "Teman - temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku . Kata mereka lihatlah anak Amirul Mukiminin bajunya bertampal seperti ini ."


Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya . Oleh sebab itu beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari Negara . meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong .

Maka bendahari mengirimkan surat jawapan yang berbunyi " Wahai Umar , adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan dapat hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu ? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu kepada Allah ?"

Membaca surat itu maka Umar tersungkur menangis , lalu berkata Umar kepada anaknya " Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun untuk sejam lagi "


Kalau kita,...sampai pecah anak tekak.."nak jugak!!!" ahaha..betul tak remaja ku???

Thursday, March 18, 2010

Hukum membalikkan tangan sewaktu Doa Menolok Bala


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli A'la Muhammad



Yusuf Al-Qadrawi


Pernahkah anda terlihat ketika Imam membaca sesuatu doa , telapak tangannya mengadap ke lantai dan tangan nya mengadap ke langit ?


Doa yang dimaksodkan tak lain tak bukan ...Doa Menolak Bala..

persoalannya ..apakah Nabi Muhammad pernah berbuat demikian ???

ada..

Nabi pernah buat membalikkan tangannya ketika berdoa sewaktu Solat minta Hujan..


Nabi minta hujan..sebab sewaktu tu kemarau yang panjang...

Ulama mentafsirkan bahawa kiranya Nabi membalikkan tangannya sewaktu memohon tolak bala ....

jadi ..Ulama bersepakat bahawa SUNAT membalikkan tangan sewaktu memohon tolak bala...

Kita time kenduri dah tak larat nak makan , penanggah nak taruk lagi nasi dalam pinggan kita , tangan kita macam mana ? ha , macam tu la jugak kita dengan Allah .

Nak faham dengan lebih lanjut ?

layan saja video ni...

Ulasan Ustaz Azhar Idrus tentang DOA TOLAK BALA

Tuesday, March 16, 2010

Kerajaan Iblis di Segi Tiga Bermuda ???





Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




peta Segi Tiga bermuda


pelik tak anda mengenai tajuk diatas ???


pelik...sebab tiada fakta yang menjelaskan apakah The Bermuda Triangle itu?

Saya sarankan anda beli tajuk buku Kisah Kisah Benar Jinn yang diterbitkan oleh Darul Numan..buku i ada menceritakan kisah-kisah misteri Jinn yang mungkin anda tidak pernah dikhabar...

pelbagai kajian dibuat untuk mengungkap misteri Segitiga bermuda , satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk Ghaib dan markas kejahatan . Di tempat itu pula terdapat singgahsana pusat kerajaan Iblis yang dikutuk Allah SWT , dan bahwasanya jinn termasuk di dlaam struktur pemerintahan maharaja Iblis.

Menurut pendedahan Muhammad Isa Dawud , masyarakat Jinn adalah masyarakat yang sanagat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi , jauh meninggalkan manusia , khususnya dalam menggali dan mengolah benda - benda alam dan unsur - unsur perlombongan .
Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkan nya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia... kecuali di masa Nabi Sulaiman A.S .



Sebuah buku karangan Muhammad Isa Dawud yang berjudul “Dialog dengan Jin Muslim” mengemukakan bahwa segitiga bermuda merupakan kawasan hunian para jin (halaman 83-96).


Jin yang bernama Musthafa melaporkan kepada Muhammad Isa Dawud ;

" Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting. Amerika , Inggeris dan Jerman bermaksud membongkar rahisa Segitiga Bermuda , disamping satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda , disamping satelit - satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya . Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia bermuda . Ini disebabkan keajaiban yang ada disana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata . Sebab disana terdapat sebuah kerajaan Iblis yang sudah sangat tua sekali usianya . Bagaimanapun , mereka tidak akan membahayakan sesiapa sahaja yang tunduk kepada Allah SWT . Sesungguhnya bila seorang Muslim melawati daerah maut itu , dan ia membaca ayat ayat Al-Quran , nescaya Iblis bersama kuncu -kuncunya tidak akan dapat mencelakakannya .


Wallahualam...

Monday, March 15, 2010

Kisah Pemuda dengan Sebiji Epal

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Alhamdulillah...kita sebagai umat Islam sewajibnya memiliki sifat Sabar...
kita hayati kisah Pemuda yang termakan sebiji epal....


( maafkan saya jika penyusunan cerita ini tidak teratur atau sedikit lari dari cerita asalnya )


Seorang pemuda yang bermusafir sedang lapar lalu terlihat makanan berupa sebiji epal bergolek hanyut di sungai . Lalu , dia mencapai buah tersebut dan memakan nya hanya beberapa suapan . Pemuda tersebut kemudiannya terfikir dari manakah sumber makanan yang telah dia makan .

Dia kemudiannya mengikuti arus sungai untuk memohon Halal pemilik buah keatas sebiji buah epal yang di makannya . Setelah berjumpa dengan Ladang yang dipenuhi dengan banyak buah Epal , dia mencari pemilik ladang tersebut dan ingin memohon ampun dan halal keatas makanan yang telah dimakannya .

Setelah berjumpa , dia memohon maaf atas kesilapannya itu .


" mashaallah , hebatnya dia ni , hanya sebiji epal sanggup datang begini jauh . " kata pemilik ladang .

Pemilik ladang tersebut tidak akan memaafkan dia kerana memakan sebiji buah Epal KECUALI jika dia bekerja di ladang epalnya yang besar selama 12 tahun
.Ada riwayat menyatakan ianya 8 tahun .Pemilik Ladang menyuruh Pemuda ini menguruskan ladangnya untuk menguji sejauh manakah iman dan tahap sabar pemuda tersebut .

Pemuda itu menerima tawaran tersebut dengan rela hati asalkan darah yang mengalir didalam badannya bukanlah Haram . Setelah
12 tahun bekerja , sekali lagi pemuda tersebut memohon maaf atas kesilapannya memakan sebiji buah epal yang hanyut di sungai 12 tahun yang lalu.

Namun , permohonannya untuk memohon maaf ditambah satu syarat lagi oleh Pemilik Ladang kepada Pemuda tersebut iaitu dia hendaklah mengahwini anak perempuannya yang tidak cukup sifat seperti PEKAK , BISU dan BUTA serta tidak cantik . Pemuda tersebut redho dan menganggap itu sebagai Jodoh dari Allah . Setelah dikahwinkan,Pemuda tersebut terkejut kerana tiada kecacatan pada Isterinya seperti yang dikatakan Mentua nya malahan wajah Isterinya cantik menawan dan berseri .

Mentuanya (Pemilik Ladang ) memberitahu
Pemuda tersebut bahawa inilah ganjaran yang Allah berikan hasil kesabaran nya selama 8 tahun bekerja . Pemilik Ladang tersebut juga memberitahu , apa yang dikatakan kepada anak mentua nya tentang anak perempuannya itu hanya lah Qiasan;

*Buta:Tidak pernah melihat benda yang kotor dan kemungkaran .

*Pekak :Tidak pernah mendengar benda yang keji .

*Bisu : Tidak pernah bercakap tentang hal yang menyakitkan hati atau sebagainya .

Persoalannya , siapa pemuda tersebut ? ya , jawabannya ialah Abu Soleh . Siapa pula Abu Soleh ? Abu Soleh ialah seorang ayah yang soleh kepada seorang anak yang soleh . Siapa anak yang soleh tersebut ? Tidak lain tidak bukan , anak yang dilahirkan setelah bernikah dengan perempuan ini ! Siapa ?

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani .

Cerita ini berlaku sebelum zaman Rasulullah S.A.W .

( Cerita ini adalah intipati Tazkirah Imam Subri Bin Abdullah , imam surau kawasan rumah penulis )

Inilah antara kehebatan kesabaran ....Jadi , ada orang nak nikahkan kita dengan anak nya yang cacat...terima sahaja lah...maybe dia nak test kita..tapi kalau benar... Kirim salam lah ek dengan pasangan korang tu.hehe

Friday, March 12, 2010

Nabi Muhammad SAW ; Tanda cinta kepada Rasulullah SAW


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Alhamdulillah, kita telah berjaya dilahirkan sebagai orang Islam...
Sebagai orang Islam...kita wajib beriman kepada kesemua Rukun iman ..
Fokus entri kali ini ialah rukun iman yang ke 4

Rukun Iman kepada Rasul

kita sebagai umat Islam yang mengaku Muhammad adalah nabi bahkan lebih kepada Rasul ..adakah kita benar benar beriman , tunduk cinta kepada baginda dengan sebenar - benar taqwa???

Kita kaji tanda -tanda CINTA kepada Nabi Muhammad SAW .

Umar Alkhattab pernah ditanya baginda SAW . Siapakah yang kamu sayangi ?
lalu Umar AlKhattab menjawab ...

1. Diriku sendiri
2. Ibu bapa ku
3. Anak ku
4. kau ,Nabi SAW

lalu , bersabdalah nabi SAW ;
" Tidak sempurna lah iman seseorang itu sehingga seseorang itu menyayangi aku melebihi diri sendiri , ibu bapa dan anak nya "

Umar Alkhattab kemudian menjawab...
Aku sekarang ni lebih menyayangi Nabi melebihi diriku , ibubapaku , dan anakku .


Tanda cinta kepada Rasulullah SAW yang Pertama ;

1 .Banyakkan berselawat ,
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
" Sesungguhnya Allah dan malaikat -malaikatNya berselawat untuk Nabi . Hai orang - orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya .

( surah al ahzab 33 : 56 )



Kita ni, sampai nak masuk rumah pon dituntut membaca selawat unuk nabi

Sahabat nabi ada problem rumah tangga , anak Sahabat ni tu dia...Hero Arab Saudi ( nakal la ) , kambing pon jadi ( tak keluar susu ) , ... jadi dia pi jumpa nabi , lalu Nabi pon bersabda ;
'Sebelum masuk ke dalam rumah mesti mengucapkan Salam , berselawat dan 3kali surah al Ikhlas "

maknanya la ni...hang bila pegang je tombol pintu tu ...hang nak masuk ni..hangpa kena ucap Salam... beri jer salam tak kira la ada orang ke takda...
nombor dua hanpa kena selawat ... betapa selawat dititik berat walaudalam apapun masalah...
last sekali , Surah al ikhlas...

Sahabat nie pun amal ape yg nabi suruh alhamdulillah..keluarganya kembali bahagia..kambing depa toksah cakap la ... susu tak henti henti keluar...
alhamdulillah..susu ada mari ...


ok, ok ... tanda cinta kepada Nabi SAW yang kedua pulak ;

2 .Kita kenang- kenang Baginda .
Pepatah arab ada menyebut " Sesiapa yang mencintai sesuatu benda itu maka ia akan mengulangi sesuatu itu berulan ulang kali... "

alah..macam pasangan isteri yang baru baru kahwin la.. asyik asyik tanya ..dah makan ke belom ...padahal baru 5 minit tak jumpa.

kalau yang ketiga ;

3 . Kita berusaha mengetahui dan mengamalkan sesuatu hadith...
Hadith adalah sesuatu yang disandarkan kepada nabi...maka ..apa sahaja daripada Nabi kita wajib mematuhinya..kerana Hadith adalah panduan kedua selepas Quran .

saya pun tak pasti imam yang mana berkata macam ni ...tapi yang pasti Imam 4 Mazhab yang muktabar ..

"amal tanpa ilmu sia sia,
ilmu tanpa amal gila "


4 .Mengutamakan kehendak Nabi SAW ;
yang ni meh sini aku terangkan...
katakan la kita tengah nak bukak puasa ni atau kata omputihnya...break a fast..chewah..ahaha

ok,,,kita da beli nih Karipap Sardines disaluti mentega mahal dari China..haha..lepastu ...
'' Allah Hu Akbarullah Hu Akbar "...azan berkumandang...korang pon cepat cepat bukak mulut korang untk menyantap Karipap tu ( entah da baca doa makan ke belom ..haha)...tetapi bila teringat yang nabi bukak puasa makan kurma dulu ..korang pon lawan nafsu korang..korang tiba tiba nak makan kurma sebab nabi makan kurma bila nak bukak puasa ..

5.Cinta kepada siapa yang Nabi cinta ;
siapa ?

- Alim Ulama
- Ahlul Quran



P/ S : tanda sujud agak lain tau dengan tanda cinta kepada Nabi,..haha

Friday, March 5, 2010

Nabi Muhammad SAW ; Riwayat Ringkas Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,



Allahumma Solli Ala' Muhammad








Alhamdulillah ...Sebagai umat Isl
am yang mukallaf , kita wajib mengetahui sejarah hidup Rasulullah SAW sebagaimana telah dikhususkan oleh Ulama untk mengetahui sejarahnya dengan ringkas atau secara mendalam .

Nabi Muhammad dilahirkan di Kota Makkah malam Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah tanggal 20 April Tahun 571 Masihi. Ulama juga khilaf tentang hari lahirnya Nabi Muhammad . Ada yang mengatakan lahirnya baginda pada 9 Rabiul Awal , ada pula yang mengatakan 13 Rabiul Awwal . Namun , hadith yang paling tepat ialah 12 Rabiul Awwal . Ayahanda Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abdul Mutallib manakala ibu baginda bernama Aminah binti Wahab .

Disaat Nabi dilahirkan , banyak hal - hal yang ajaib / yang pelik yang belum pernah dirasai oleh manusia .Ketika malam kelahiran Nabi , segala berhala di mana mana sahaja jatuh tersungkur dari tempatnya. Istana Kisra (Raja Parsi) juga bergoncangan . Api yang dipuja - puja oleh bangsa Parsi beratus - ratus tahun lamanya tidak pernah padam , akan tetapi tiba-tiba pada saat kelahiran baginda , api itu padam semuanya .

Nabi Muhammad SAW adalah berketurunan Bangsawan Quraisy di negeri Mekkah . Rupa Nabi SAW sangat elok dan tampan . Kulit nabi Nabi SAW pula putih bersih , kelakuan Nabi dipuji orang ramai . Baginda sangat jujur dan bijaksana .

Dalam kandungan ibunya ketika berusia lima bulan ( riwayat juga menyatakan 2 atau5 bulan ) , ayahnya meninggal dunia . Dalam usia empat tahun ibunya wafat .Baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutallib . Setelah kematian datuknya , baginda dijaga oleh Abu Talib , yakni ayah Saidina Ali .

Setelah dilahirkan Nabi menyusu kepada Suhaibah . Selama enam hari , Nabi tidak menyusu kepada ibunya sendiri . Kemudian menyusu kepada Siti Halimah . Nabi dijaga oleh Halimah sehingga usia empat tahun .

Usia sepuluh tahun Nabi mengembala kambing . Dikaji oleh pakar , nabi dikatakan diberi ujian oleh Allah taala dengan mengembala kambing kerana kambing ni binatang yang agak degil dan suka berpecah dalam kalangan jemaah. Allah takdirkan nabi megembala kambing kerana nak menguji kesabaran baginda dalam mengatasi manusia yang agak suka berpecah belah . Kalau readers tak percaya yang kambing ni suka pecah jemaah cuba tengok cerita Ahmad Albab .

Usia 25 tahun Nabi ikut Abu Talib berniaga ke negeri Syam. Kurang lebih 10 tahun lamanya Nabi memiliki pengalaman berniaga .


Usia Nabi 25 tahun Nabi menikah dengan Siti Khadijah di negeri Makkah , nabi hidup dengan bahagia bersama isterinya .

Usia 40 tahun Nabi menerima wahyu dari malaikat Jibril di gua Hira' yaitu selepas tahun lamanya Nabi Muhammad menyeru kepada umat Islam mendakwahkan kerasulannya .


Setahun sebelum hijrah Nabi Isra' dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab untuk menerima perintah solat. Pada awalnya perintah solat diwajibkan 50 waktu akan tetapi apabila Nabi Musa menasihati Muhammad meminta kurang solat , Nabi Muhammad berjumpa Allah kembali dan meminta kurang waktu solat , maka Allah mengurangkannya kepada 5 waktu solat yang waktunya sama juga dengan 50 waktu solat .

Kemudian , dalam usia 50 tahun lebih Nabi berhijrah ke Madinah bersama - sama sahabatnya . Nabi menegakkan Islam selama 23 tahun . Selama 11 tahun di Makkah dan 12 tahundi Madinah . Menurut keterangan ulama , Al-Quran diturunkan selama 22 tahun , 2 bulan dan 22 hari . Al-Quran berisi 114 surat terdiri dari 30 Juzuk berisi 6666 ayat .

Maka setelah Nabi membina agama Islam di Madinah , dalam usia 63 tahun Nabi kembali ke rahmatullah di Madinah , lalu baginda di makamkan di situ .

Demikian riwayat ringkas Nabi Muhammad SAW ...

Tuesday, March 2, 2010

Keseronakan Melancap , adakah melancap dibenarkan dalam Islam ???

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , hobi baru saya sekarang ialah melancap ( maaf kata ) , jadinya , adakah Islam membenarkan perbuatan ini ?

Onani ( melancap ) atau masturbation ialah perbuatan mengeluarkan mani dan memuaskan nafsu syahwat dengan menggunakan tangan atau alat – alat tertentu .

Tidak ada sebarang nas yang jelas mengharamkan onani , namun kebanyakan ulama mengharamkannya . Diantaranya Imam Malik berdasarkan lima hingga tujuh ayat dalam surah almukminun .

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya,” - 5

“Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:” - 6

“Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” – 7

( Surah al mukminun : ayat 5 hingga 7 )


Berdasarkan ayat diatas , Islam mengizinkan seseorang melepaskan syahwatnya kepada isteri –isteri dan hamba – hamba perempuan . Selain daripada mereka itu , termasuklah onani adalah tidak dibenarkan.

Imam Ahmad Bin Hambal mempunyai pendapat yang berbeza . Onani bagi beliau , termasuk dalam aspek yang mengeluarkan sesuatu yang berlebihan . Jadi , ia diharuskan dan tidak pula diharamkan . Pendapat ini diperkukuhkan oleh Ibnu Hazim .

Imam Abu Hanifah pula mengharuskan dalam dua keadaan .

Pertama ; jika dikhuatiri berzina
Kedua ; mereka yang tidak mampu berkahwin

Justeru , Islam memberi beberapa kelonggaran berhubung dengan onani . Walau bagaimanapun , apabila seseorang berasa teransang melakukan onani kerana seringkali melihat gambar dan video lucah , maka hukum haram lebih layak baginya .Jadinya , korang yang suka bukak RED****.com tu memang tak boleh melancap lah selepas tengok benda benda kotor macam tu...bukan tak boleh melancap sahaja ..tengok aib orang pon tak boleh.....

Ada pula pendapat yang mengaitkan onani dengan penyakit – penyakit seperti rabun , buta dan gangguan saraf mudah lupa serta seumpamanya . Namun pakar – pakar perubatan hari ini menolak pandangan ini kerana bagi mereka ia tidak berasas sama sekali .

Walau bagaimanapun , Islam tidak memandang sesuatu hanya pada sudut fizikal , sebaliknya Islam mementingkan keheningan spiritual yakni rohani bagi mengawal gelora syahwat yang menyerang jiwa seseorang .

Menurut Bukhari , Nabi Muhammad menggalakkan mereka berpuasa daripada semasa ke semasa , berdasarkan sabda nabi yang bermaksud ;

“ Wahai pemuda , sesiap diantara kamu yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin sebab perkahwinan dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan . Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa ”


Ustaz , saya dah kahwin , isteri saya mengandung . Jadi , saya tak boleh berasmara dengannya dikala itu . Tapi Ustaz , ustaz tak faham perasaan saya . Saya dah ghairah nak berasmara . Tapi dia pula mengandung , so , halal ke saya melancap sendirian ?


Haram melancap ! tapi kalau pakai tangan isteri , Ulama ada dua pendapat .


Pertama , Haram .


Kedua , Makruh tapi sah .



Wallahu'alam .