Tuesday, August 30, 2011

Petua Mengelak Jin

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ramai jugak yang nak tau , ada tak cara supaya kita tak diganggu oleh makhluq - makhluq yang agak halus dan comel ni . Jadi saya akan kongsikan sedikit lah . Apa yang terbatas di benak pikiran saya .

1 . Menyebut nama Allah ketika ditempat gelap , misalannya dibawah tangga atau lorong-lorong gelap . Lorong haji Taib tak da kena mengena . Kat situ banyak kekasih gelap bukan tempat gelap .

Katakan lah , masa kita rilek je meneran dalam tandas , tiba-tiba blackout . Jangan pulak kita sebut nama Allah dalam tandas .

Kena faham jugak , ada beza tandas dan bilik air .

Tandas ialah tempat dimana kita membuang sisa sisa kumbahan yang agak wangi baunya . huhu . Manakala bilik air , tempat untuk kita mandi . Kalau dalam bilik air tu mengaji la selama mana pun . Tak salah pun . Melainkan bilik air tu dah jadi bilik untuk menakung ''air pancut yang panas '' , maka tak boleh lah sebut nama Allah kat situ .

Begitu jugak situasi bilik air kita yang bercampur dengan tandas . Tak boleh sebut nama Allah kat situ secara lafaz . Kalau dalam hati , silakan .

Tanda-tanda jin pada diri kita ialah , tiba-tiba je bulu roma meremang naik . Jadi , ada sorang hamba Allah ni masa dalam tandas , tiba-tiba je bulu roma tengkuk dia meremang .

Maka , dengan cepat - cepat dia lafazkan , dia baca kalimah basmalah . Tiba-tiba dia teringat , tak boleh lafaz kalimah Allah dalam tandas , maka dia insaf dan dia pun ucap , astaghfirullahal 'azim . Lagi sekali ???


2 . Jangan menyakiti binatang tanpa sebab , misalannya anjing dan kucing . ( Khusus berwarna hitam )

Kadang-kadang kita ni tak pasal-pasal nak cekik binatang . Sebab apa nak cekik ? sebab diorang comel . Ye ke ? yeee ... macam baby baru lahir tu kan , kalau boleh nak cubit , tangan tu pusing sampai 360 darjah .

Macam tu jugak dengan saya , saya selalu dibuli disebabkan kecomelan saya . HUHU . ni gurau jea . Jangan marah ye . hehe


3 . Elakkan tidur sendirian , jikalau terpaksa , maka jagalah adab untuk tidur , seperti berwudhuk , berdoa dan sebagainya .

Sebab tu , kalau siapa yang single tu , kahwinlah . Kalau nak kahwin pulak , kena lah cari yang suci bersih keturunannya . Bukan maksud saya , cari yang hot muka takda jerawat .

Maksud saya , cari yang keturunannya , tak pernah ambil saka . atau jin .

Tapi sayang , kita tak .. dah lah memilih jodoh . Lepas tu , terpaksa tidur sengsorang . Nak tidur tu melompat pulak atas katil . Mentang-mentang lah tilam ori berspring . dia terjun atas tilam tu terbang sampai ke siling .


4 . Jangan " memancut " ditempat yang berlubang .

Memancut , apakah itu ? aiseh , buat -buat tanya pulak . yang tu-lah . yang apa lagi .

yang kadang-kadang warna lutsinar , kadang -kadang warna kuning .

Jin tu rileks tengah rehat-rehat dengan anak isteri , kita pi pancut "air panas'' kat tempat berlubang tu . tu habitat dia . Mana lah dia tak hangin semacam . Korang bayangkan lah , dah la kena air panas , hancing pulak tu .

Selalu yang buat macam ni orang lelaki lah . Kalau nak kau ''punya'' bengkak dan tak boleh bersama Isteri , silakan lah buat .

Orang melayu kita , masa nak kencing kat hutan atau tepi jalan raya ( eii , tepi jalan raya pun boleh jadike ??? tak malu ! ) , ada satu ayat yang diungkapkan :

" Datuk , anak cucu tempat kencingggg "

Kalau jin tu bercakap , dia akan balas ,

" Bila masa pulak aku berkahwin dengan nenek kau ? "

Kaedah dah betul , tapi doanya salah . Aiseh ,

ni doa dia , amalkan InsyaAllah .

" Salam sejahtera kepada #Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "


( Surah as-Saffat ayat 79 )

# atau boleh juga dibaca , ditukarkan dengan nama nabi Sulaiman .


5 . Jangan membunuh ular sewenang wenangnya .

Firaun yang kejam tu pun , bila tangkap Masyitah , ada bicara mahkamah . Kita terus kasi ''lenjun'' ular tu . Silap haribulan , kita yang k.o dulu . Sebab kita kena faham , ada 3 golongan jin :

- jin yang terbang .
- jin yang jenis tak bergerak , dia duduk je kat satu tempat , atau penunggu dan jin yang berpindah randah
- jin yang jenis menyamar menjadi binatang seperti anjing dan ular .

Tanyalah dulu ;

" Kau ni ular ke jin , kalau kau jin , baik kau pergi . Kalau tak , aku bunuh ! "

Kalau kata tak suka cakap dalam bahasa Melayu , cakap dalam bahasa omputih ,

" Are you snake or ginie ? if you ginie , better you go out . If you dont want , i kill you ! "

Kalau rasa-rasa english education korang lemah , apa masalahnya cakap bahasa arob ?

" Hal anta thu'banun aw jin ? "

Sebab ada hadith dari Nabi Muhammad SAW ;

daripada Abi Said al-Khudri , beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ;


" Sesungguhnya di Madinah terdapat segolongan jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , sesiapa yang melihat ular di dalam rumahnya , halaulah ia keluar sebanyak tiga kali . Jika ia tetap berdegil , bunuhlah kerana dia adalah syaitan . "

( Hadith Riwayat Muslim : 2236 )

Al-Nawawi R.H berkata ;

" Maksud hadith itu ialah , sekiranya ia tidak mahu pergi setelah diperintahkan keluar , sebenarnya ia bukan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan bukan pula jin yang telah memeluk islam . Oleh itu , tidak mengapa kamu membunuhnya dan Allah tidak akan mendatangkan sebarang bahaya ke atas kamu . Berbeza dengan jin penunggu rumah yang menyerupai ular dan jin yang telah memeluk islam . "

( Rujuk Syarah Muslim , jilid 14 ms 236 )


6 . Memakai minyak wangi .

Ini , khas untuk lelaki .

Habis , orang perempuan tak boleh pakai minyak wangi ke ?

Boleh , tapi bukan dengan melampau-lampau sehingga boleh menyebabkan , lelaki pun terbau minyak wangi tu .

'' tapi badan saya semerbak berbau kuat . "

Hilangkan bau tu , bukan sembunyikan bau tu dengan minyak wangi . Ada faham ?

Jin kafir sememangnya tak menyukai bau yang wangi .

Habis , tetiba kalau ada bau kapur barus ? Wallahu'alam , saya tak berani nak cakap siapa tu . Tapi jin memang tak suka bau wangi seperti kasturi .


7 . Menutup aurat bagi kaum perempuan .

Orang perempuan ni kalau tak tutup aurat , bukan sahaja dapat perhatian daripada seorang lelaki . Bahkan dapat perhatian daripada ''seekor lelaki '' .

Hati-hati wahai yang tak suka menutup aurat !!!

Wallahu'alam .

Monday, August 29, 2011

Mercun Raya Walaweyhh


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Asal balik kampung je raya , asal raya je balik kampung la .

Dah syok-syok balik , main mercun pulak dah .

Dah syok syok main mercun , putus jari .

Lepas tu insaf . Nasihat pulak kat kawan , jangan main mercun .


Maknanya , kalau tak putus , dia tetapi akan main meneruskan cita cita murni untuk memekakkan telinga jiran tetangga tok nenek dia . Mentang mentanglah jiran tok nenek dia semua pekak .

Tak cukup tu , dia pergi main mercun lagi time orang nak berkhutbah raya .

Jemaah menjerit : Bising lah !!!

Dia tak puas hati , dia menjerit balik , '' mercun mana boleh kasi slow . "

Dia yang ganggu orang , lepastu , dia marah balik .

Apa nak marah ? memang yang main mercun tu salah . Berbahaya la weh . Bukan setakat bahaya , bising pulak tu . Bukan setakat merbahayakan dan bising kepada diri sendiri . Tetapi , kepada orang lain jugak .

Bukankah ada hadith nabi SAW yang bermaksud ;

" Tidak boleh ( menimbulkan ) bahaya , dan tidak boleh pula membahayakan orang lain . "

( Hadith Riwayat Ibn Majah dari kitab al-Ahkam 2340 )

Maknanya , salah dari sisi agama tu satu hal , bahkan salah juga disisi undang-undang negara .

Ada banyak lagi benda yang boleh dimain , macam ps2 , ps3 , pc . Kenapa perlu cari yang memudharatkan ?

Wallahu'alam .

Sunday, August 21, 2011

Saya sayang Laila

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dalam bulan puasa ni , nabi suruh kita cari kekasih bernama Laila .

Nabi suruh cari kekasih ? kau bawak hadith dhoif ni !!! Couple tu haram !

haha . Rileks derr . bukan Laila , awek yg tip top tu . Lailatul Qadar la . Huhu .

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Qadar ?

al-Qadr ialah hari dimana , kita ditetapkan , ditakdirkan Allah untuk menerima jodoh , dituliskan ajal maut , musibah dan sebagainya . Korang boleh check benda ni dalam kitab Tafsir at-Tabari .

Lailatul Qadr , bukan malam lailatul qadr . Lailat tu dah bermaksud malam . Berapa kali nak malam ? haha

Macam tu jugak perkataan Syak wa sangka , Hasad dengki .

Syak tu bahasa arob sangka tu pulak , bahasa Melayu ...

Nasib baik tak , Siak Surau suka nangka . huhu .


Nabi bersabda ;

Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan .

( HR Bukhari )


Nabi suruh kita cari lailatul Qadr dengan bersungguh sungguh . Macam kita nak pilih baju raya , ada tak kita ambil je baju raya tu terus bayar ?

Tak bukan , kita mesti pilih size dulu , lepastu , warna . Corak nya . Satu baju kita nak beli sama dengan satu hari lamanya . Masjid kemana , solat kemana ...

Kita kena cari Lailatul Qadr ataupun malam al-Qadr , macam mencari barang yang tercicir . Kita tak akan cari dengan sambil lewa .

Katakan lah , kita dah balik shopping , sedar - sedar , anak kita dah hilang . Ada tak kita kata ," biarkanlah ... anak boleh buat lagi . " ? tak ada kan ?


Cuma , saya kat sini nak ambil peluang lah . Nak tegur diri saya dan semua .

Mana boleh kecoh-kecoh kat orang tentang date korang dengan Lailatul Qadr tu . Maknanya , korang diam-diam je lah dulu kalau dah terjumpa Lailatul Qadr . Jangan nak kecoh-kecoh kat orang . Ni tak , pi tulis pulak dalam fb .

Sebab apa , saya kata jangan tulis ? sebab menimbulkan fitnah , menimbulkan kucar kacir dan huru hara .


( Gambar hiasan je )

Confirm ke air tu beku secara tiba-tiba ? kau dah letak dalam freezer , memang la beku .

Pokok kat rumah kau tu bukan ruku' . Tapi layu , berapa hari dah kau tak bagi dia makan ? kau ingat dia puasa jugak ke ?



Betul , memang betul ada perkongsian dari pengalaman beberapa orang Ulama silam tentang tarikh lailatul qadr . Mereka menyatakan kalau puasa start sekian sekian sekian maka lailatul qadar akan muncul pada tarikh sekian sekian sekian . Itu based pengalaman ulama' .

Takkan tak faham hadith nabi , yang nabi iktikaf sungguh-sungguh 10 malam terakhir ?


Kita tak , akhir Ramadan bukan sibuk dengan Lailatul Qadr tapi sibuk di Lailatul Kamdar . huhu .
Bila kita cakap pasal ni , saya teringat satu selingan . Kisah antara Nujum Masai dan Pak Belalang .

Nujum Masai : Jika tuan bijak bestari , marilah jawab soalan hamba .

Pak Belalang : Silakan .

Nujum Masai : Apakah , 1 . Banyak-banyak , 2 . Sedikit - sedikt , 3 . Kadang-kadang , 4 . Jarang-jarang ?

Pak Belalang : Itu senang saja , jawabannya ialah solat .

Nujum Masai : Jelaskan .

Pak Belalang : Baiklah .

1 . Banyak-banyak ; iaitulah pada minggu first solat terawih , pada solat sunat raya dan solat Jumaat . Mereka ini digelar sebagai ahli sunat wal Jumaat .

2 . Sedikit-Sedikit ; iaitulah pada solat jemaah .

3 . Kadang-Kadang ; iaitulah pada solat Subuh .

4 . Jarang-Jarang ; iaitulah pada solat Qiam .

Waallahu'alam

Thursday, August 18, 2011

Hapus Hamper Habis-Habisan ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , ada satu pertandingan ni saya menang hamper , tapi saya dan kawan-kawan saya menang dengan cara yang menyalahi syariat . Kini , saya dah bertaubat , dan saki baki hamper tu masih ada lagi kat saya . Patutkah saya kunyah-kunyah , telan or buang ?

Barang yang lepas jangan dibuang . Macam familiar je pepatah ni . huhu .

Kerana apa jangan dibuang ? Kerana iannya barang yang bermanfaat .

Barang yang diperoleh secara haram ini , ianya bersifat hukmi dan bukan bersifat 'aini .

Ustaz apabenda sifat hukmi dan sifat 'aini tu ?

Hukmi tu hukum , dan 'aini tu jisim . Itulah sebab pentingnya arabic education .

Harta haram bersifat 'aini , itu yang wajib kita "bakoor" je . Contohnya macam daging babi , binatang sembelihan yang tidak disembelih , arak dan sebagainya .

Harta haram bersifat 'aini ni kita tak boleh nak bagi buat harta pusaka , nak bagi orang lain apatah lagi . Kena musnahkan nya . Wajib !

" Dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya , diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi dan perhiasan . "

( al-Halal wa al-Haram , fi al-Islam )

Dalam suatu hadith , yang berstatus hasan menurut Imam Ibnu Hajar dan al-Bani ,

Ada sorang sohabat nabi yang bernama Abi Talhah R.A , terbeli arak untuk anak yatim jagaannya . Sohabat mengadu kat nabi .

Nabi menjawab ,

" Musnahkan arak tersebut dan pecahkan bejana-bejananya . "

( HR Tirmidzi )

Harta yang anda perolehi secara haram itu menyebabkan hilangnya keberkatan pada hidup dan rezqi .

Harta haram secara hukmi ini tidak boleh digunakan untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga .

Namun , boleh disalurkan kepada baitul mal dan pusat zakat .

" tapi Ustaz , takkan hamper saya nak hantar kat baitul mal atau pusat zakat ? buang tebiat la . "

Baik , kalau macam tu , salurkan terus kepada fakir miskin . Jangan kata tak ada . Pergi cari kat pasar malam . Berlambak .

" Tak berdosa ke ? karang tak pasal - pasal amalan diorang tak terima 40 hari makan duit haram . "

Golongan fakir miskin diharuskan menerima wang daripada sebarang hasil , atas kemaslahaan umum , disebabkan mereka sangat sangat sangat memerlukan .

Tiada syubhah untuk mereka menerima dan tiada jua haram .

Wallahu'alam .

[ Solusi : isu 26 : ms 43 ]

Wednesday, August 10, 2011

Matlamat Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , boleh tak ustaz tolong berikan pandangan ustaz berkenaan '' Ramadan dan Guru Praktikal " ?


InsyaAllah , saya akan usahakan , setakat kemampuan saya .

Kita sendiri tahu , sendiri maklum bahawa ada pelbagai jenis watak , ada macam macam karenah manusia dalam dunia ni . Ada yang pemarah , ada yang periang , ada yang pendiam .

Sifat ini juga turut ada pada seorang guru atau bakal guru kerana mereka hanyalah seorang makhluq .

Ramadan , bulan penuh kemuliaan dan sarat dengan keberkatan . Justeru itu , mari kita munafaatkan sebaik baiknya bulan ramadan ni dalam mendidik jiwa kita daripada yang baik ke arah yang lebih lebih baik . Be the best among the best .

Sebagai umat islam , kita perlu faham , mengapa kita perlu berpuasa .

Supaya kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa . rujuk surah al-Baqarah ayat 183 .

Disebalik pengorbanan yang kita lakukan , pasti ada matlamat yang hendak kita kecapi .

Misalannya , kita sebagai seorang guru , kita pasti mahu mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri .

Begitu juga dengan bulan Ramadan . Pasti ada matlamat disebalik semua ini . Antaranya , yang saya dapat kongsikan disini ;

1 . Melatih diri bersifat sabar .

Sesungguhnya Allah bersama orang yang Sabar .

Lumrah 'alam , kalau anak-anak murid kita bawah umur tu , tak duduk diam ketika cikgu tengah mengajar . Jangan-jangan , kita dulu lebih teruk daripada budak-budak tu . Jaranglah ada budak-budak kalau cikgu mengajar tu dia teliti je dengar . Jarang ... Sebab , memang fitrah budak-budak tu buat silap .

Kita sebagai guru , atau bakal guru kenalah pandai , kena tahu cara memberi pendidikan yang terbaik buat anak anak murid .

Orang tua pernah berkata :

" Jaga seorang anak pun boleh jadi gila . "

Fahamkan kata-kata tersebut . Saya amat terkesan dihati dengan perkataan mereka . Memang mendalam maksudnya . Betul sangat apa yang mereka ungkapkan . Jikalau jaga seorang anak pun sudah boleh hilang kewarasan , apatah lagi ratusan anak ?

Maka , daripada sekaranglah kita kena bermula , khususnya pada Madrasah Ramadan .

Ada " spiesis " cikgu yang suka membawa mulut terhadap anak-anak muridnya yang kurang bijak , ada cikgu yang suka pilih kasih , ada yang mengajar kerana duit semata-mata .

Kita hapuskan sikap negatif , kita ambil yang jernih buang yang keruh . Amalkan puasa secara bersunguh-sungguh , mudah mudahan kita menjadi golongan yang bersabar .

Kalau kata , kita ni pemarah , dalam bulan ramadan , bila kita nak marah , cuba ingatkan kita sedang berpuasa . Kalau kita marah marah , nanti pahala berkurang , berkurang dan berkurang . Bukankah sudah rugi disitu ? InsyaAllah , akan terbantut marah kita tu .

Bukankah ada hadith yang bermaksud ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada pada puasanya kecuali lapar dan dahaga . "

Kita bukan manusia yang terpelihara daripada melakukan dosa .

Apa faedah nya jika ketika kita sedang berpuasa , kita bermaksiat pada Allah .

Maksiat , bukan sahaja berasmara berzina , atau buat perkara yang mengghairahkan .

Apa apa sahaja benda yang Allah larang dan apa apa sahaja perkara yang Allah perintahkan tetapi kita tidak laksanakan , itulah maksiat .

2 . Menjiwai perasaan orang-orang yang lemah :

Bakal guru sekalian , ramadan mendidik kita merasai kesulitan kelaparan dan penghayatan dalam kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik . Misalannya , mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan , ataupun yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Kita dahulu merupakan seorang murid hingusan , dan dihadapan kita ialah seorang guru yang berpenat lelah mengajar , dan mendidik kita bermula dengan huruf A , B , C hatta ke angka 999 . Namun , adakah kita menghargai dan mengerti pengorbanan guru tersebut ? yang bersusah payah kerana kita ? Sanggup keluar dari rumah dipagi hari walaupun pada bulan ramadan yang panas terik sehingga kering air tekaknya kerana mengajar kita .

Roda yang bawah akan naik keatas , dan roda yang atas akan turun kebawah . Maka , suatu hari nanti , insyaAllah , kita juga turut merasai pengorbanan tersebut .

3 . Menjaminkan sihat tubuh badan :

Semua pakar doktor sedunia bersetuju , bahawa segala penyakit berpunca daripada makanan .

Berpuasa , dapat membersihkan darah , melancarkan sistem penghadaman , dan membuang sisa kuman dalam badan .

Perkara ini mungkin dipandang sambil lewa , acuh tak acuh oleh kita dek kerana sibuk dengan profession guru kita . Maka , Ramadan , menjadualkan kita supaya kita menjaga pemakanan kita .

Wallahu'alam

Thursday, August 4, 2011

Kroihh Kroihh ZzZz ~

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Mati ialah tidur yang lama ,
Tidur ialah mati yang sekejap .

Katakan dia tidur sekejap je , tapi banyak kali . tu macam mana ?

Dekat office tidur , balik rumah tidur , dalam solat subuh tertidur , tengah drive boleh tertidur , dengar khutbah tertidur , dengar kuliah pun boleh tertidur .

Panggil lah Ustaz mana pun yang bersuara tinggi . Ustaz Smackdown lah , Ustaz Hackdown la , tapi hamba Allah tu boleh tertidur lagi .

Bayangkan , Ustaz tengah mengajar bab kekeluargaan pun dia boleh tertidur .

kawan pulak jenis yang suka mengacau .

Ustaz tanya '' Kalau kita tak ada bapak , kepada siapa yang kita perlu mohon restu . Nak kahwin ni . kat siapa kita nak mohon restu ? "

Kawan dia pergi cucuk jarum kat badan hamba Allah yang tidur ni , sampai terlatah hamba Allah ni .

" Mak ! "

Ustaz tu puji dia , jawaban menepati kehendak soalan , padahal tak sengaja tu .

Ustaz tu tanya lagi ,

" Kita nikah ni sebab nak lepaskan nafsu di jalan yang dibenarkan syara' , nak dapatkan keredaan .. keredaan siapa ?"

Kawan dia cucuk lagi ,

hamba Allah ni terlatah . " ya Allah . "

" Bagus . Betul jawaban tu , kerana nak dapat keredaan Allah . "

Ustaz sambung mengajar , sementara hamba Allah sambung tidur lagi .

Ustaz tanya lagi , '' Apa yang patut seorang Isteri cakap kepada suaminya sebelum tidur ? "

kawan dia still cucuk jarum kat badan dia , so , dia naik bengang la .

dengan nada sinis geram dan berwajah merah, nak marah tak boleh sebab kat depan ada Ustaz mengajar , lantas dia berkata '' cucuk , cucuk , berani cucuk lagi . Kau pun dah lama tak cucuk aku . Aku memang suka kau cucuk banyak kali , kalau boleh lama la sikit cucuk tu "

Kawan dia terus tak jadi nak cucuk lagi . Ustaz tu pulak terngaga dengan jawaban yang diberikan hamba Allah .

Jadi , orang yang banyak tidur ni dia kena jaga - jaga , dia boleh jadi sasaran saka .

Kalau nak tidur waktu malam tu , ada adab - adabnya , mentang mentang tilam kita berspring . Kalau dapat kita tilam macam tu , terjun atas tilam tu melantun balik sampai ke atas syiling .

Gelojoh bebenor .

Yang Penting , kalau nak tidur kena tutup mata . huhu .

Badan tu mengiring ke kanan dan dada mengadap ke kiblat . Ambillah wudu' sebelum tidur . Jangan lupa baca doa sebelum tidur .


Mungkin ada adab - adab tidur yang lain yang saya tak tahu . Maafkan diri saya yang hina dan dhoif ini .

Kalau adab - adab ni kita jaga , kita amal , tetiba kita ada mimpi yang kurang elok .

Maka , jaga je dari mimpi tu terus kita check tafsir quran .

Tak payah bukak mata . Random pilih muka surat , tangan tu tunjuk je kat mana mana ayat al-quran . Lepas tu bukak la mata , tengok ayat mana .

InsyaAllah itulah petunjuknya , makna mimpi kita yang kurang elok tu .

Sebab tu kena sediakan sebuah tafsir atau tarjamahan al-quran kat sisi . Tapi kita tak , kat sisi kita majalah Mangga , majalah Durian . Entah macam macam majalah yang terfaedah . Usahkan tak berfaedah , tak ada untung bersih langsung .

Wallahu'alam

Monday, August 1, 2011

Pantun Qiamat

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dajjal yang hina mengaku Tuhan ,
Sangatlah besar fitnah yang dibawa ,
Pimpinlah manusia kejalan kebenaran ,
Memudahkan diri jalan ke syurga .


Imam Mahdi berketurunan Muhammad ,
Kembalikan islam kejalan selamat ,
Tiada guna pergi berjihad ,
Jika Allah bukan matlamat .


Nabi Isa kembali berkunjung ,
Berpakaian kuning di Menara Putih ,
Agama islam sentiasalah disanjung ,
Memperbaiki akhlak , hati pun bersih .


Ya'juj dan Ma'juj dikurung Zulqurnain ,
Pagar terlerai tanpa azan disisi ,
Agama Islam jangan lah dipermain ,
Azab Allah pedih sekali .


Langit membawa kabut ad-dukhan ,
Azab yang tidak dapat digalang ,
Pergi ke wayang duduk didepan ,
Kenapa dimasjid saf belakang ?


Api besar menghalau manusia ,
Manusia bertaburan menuju ke Mahsyar ,
Jika tersedar hidup berdosa ,
Ingatlah Allah itu al-Ghaffar .


Dhabatul Ardh muncul dari perut bumi ,
Membawa penanda kafir dan mu'min ,
Jika patuh dengan perintah Ilahi ,
Mahligai disyurga pasti terjamin .


Matahari terbit sebelah barat ,
Tanda penutup segala taubat ,
Tiada guna menyesal diakhirat ,
Jika didunia berbuat jahat .


Tiupan sangkakala malaikat israfil ,
Tanda bermula hari pembalasan ,
Bacalah quran janganlah degil ,
di Kubur nanti Quranlah teman .


Wallahu'alam