Monday, December 20, 2010

Sudahkah anda memotong ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz, sekarang ni cuti sekolah macam macam promosi yang keluar . Ingatkan TM je ada i'lan "potong , potong , potong ." , rupanya Klinik pun ada i'lan potong tu . So ustaz , ceritakan sikit pasal khatan ni boleh ?

Nabi SAW bersabda dalam Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ;

Fitrah itu lima ;

1 . Khatan .
2 . Memotong bulu kemaluan .
3 . Menggunting misai .
4 . Memotong kuku .
5 . Mencabut bulu ketiak .

Jadi , pasti ada hikmah disebalik semua yang disuruh Nabi . Kita fokuskan yang nombor satu tu . Orang Melayu panggil khatan sebagai sunat .
Jadinya , ianya sunat yang wajiblah !ahaha .

Di Malaysia , kebanyakan kanak - kanak lelaki dikhatankan apabila memasuki usia antara tujuh hingga 12 tahun .


Di negara Barat dan Eropah , amalan ini dilaksanakan ketika bayi sehari dilahirkan .

Berkhatan tidak hanya dilakukan oleh orang Islam tetapi turut diamalkan sesetengah penganut Kristian Ortodoks di Afrika .

Ia adalah prosedur pembedahan TERTUA didunia yang dilakukan atas tuntutan agama . Ada yang melakukan khatan ini atas dasar budaya dan resam keluarga .

Kini , lebih ramai termasuk lelaku dewasa yang berkhatan atas dasar kesihatan .

Pada 2007 , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melalui Program HIV / AIDS bersama Bangsa - Bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit ( CDC ) mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV .

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks .

Bagaimanapun , perlu diingat , lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin yang lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan .

Umur ketika berkhatan boleh dibahagikan kepada tiga ;

* ketika neonatal ( umur kurang sebulan ) .
* bayi ( satu hingga 11 bulan )
* kanak - kanak ( satu hingga 12 tahun .)

Khatan ke atas neonatal dan bayi diamalkan di Afrika Barat , Israel , negara Arab dan Amerika Syarikat .

Manakala dikebanyakan negara lain ia hanya dilakukan pada kanak - kanak yang berusia .

Berdasarkan laporan WHO , dianggar kan satu daripada tiga ( 30 peratus ) lelaki di dunia berkhatan dan 68 peratus daripada mereka adalah Muslim .

Di Amerika Syarikat , kira - kira 55 hingga 65 peratus bayi lelaki dikhatankan setiap tahun .

Apa yang menarik , amalan ini sudah merebak ke Kanada , Amerika Latin , Eropah , Australia , Filipina dan Korea Selatan .

Apa kelebihan berkhatan selepas bayi dilahirkan ?

Berkhatan selepas bayi dilahirkan dapat mengurangkan kesakitan kerana kesakitan hanya dirasai selepas sebulan .

Luka berkhatan pada bayi lebih cepat sembuh . Penjagaan bayi juga lebih mudah kerana bayi tidak banyak bergerak .

Bagaimanapun , bukan semua bayi boleh dikhatankan sejurus selepas sehari dilahirkan kerana ada yang mengalami masalah struktur pada zakar dan perlu dirawat terlebih dahulu .

Malah , berkhatan juga dikecualikan bagi pesakit HEMOFILIA ( yang cepat mengalami pendarahan akibat kekurangan faktor pembekuan darah ) .

Bagi pesakit Hemofilia yang mahu berkhatan , mereka dikehendaki mengambil ubat seperti arahan doktor selama beberapa minggu sebelum dibenarkan menjalani prosedur itu .

Kebaikan berkhatan sudah banyak dibincangkan .

Kebaikan berkhatan antaranya ialah menjaga kebersihan seperti yang dituntut dalam ugama islam .

Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kuli yang menutup penghujung zakar .

Berkhatan untuk perempuan dilakukan ketika bayi dengan membabitkan pemotongan kelentit atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar .

Membersihkan zakar kanak - kanak kecil mudah kerana ia boleh dicuci sahaja .

Bagaimanapun , menurut risalah pendidikan Persatuan Pediatrik Amerika , apabila mencecah umur baligh , bagi remaja yang tidak berkhatan , kulit kulup ini perlu ditarik kebelakang supaya mendedahkan hujung zakar untuk dibersihkan setiap hari .

Ini kerana , dicelah kulit inilah terkumpulnya sel mati dan kekotoran .

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca kepada jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan .

Berkhatan adalah cara baik terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini terutama bagi kanak - kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang .

Berkhatan juga baik atas alasan kesihatan lain seperti : refluks vesikouterus ( iaitu aliran balik air kencing dari pundi kencing kedalam rahim bagi kanak kanak perempuan akibat kerosakan injap buag pinggang ) atau pundi kencing atau keradangan kulit kulup zakar .

Kajian mendapati dalam kalangan kanak kanak lelaki yang berkhatan , masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak - kanak tidak berkhatan .

Masalah zakar seperti keradangan , kerengsangan dan jangkitan sangat kerap berlaku dikalangan lelaki yang tidak berkhatan .

Wallahu'alam