Monday, January 24, 2011

Qunut Subuh , perlu kah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , saya nak tahu la , betul ke qunut time subuh tu sunat ? sesetengah Imam kat Mekah tu tak baca pun .

Sungguh sesetengah Imam Mekah tu tak baca , tapi lepas bangkit daripada ruku' tu dia rest sekejap bagi mazhab Shafie baca .

Tak perlu lah , baca panjang panjang dan secara kuat . baca takat bagi telinga kita sorang je dengar .

" Allah huma dini fiman hadait " sudah memadai , tak perlu habiskan qunut subuh tu .

Tadah tangan pun tak perlu . sunat je . Orang kita ni fikir kalau doa mesti kena tadah tangan .

Tu yang diorang hairan tu , macam mana lah kalau ikan berdoa . Kesitu pulak diorang pikir .

Jadinya , tadah tangan kalau tak buat pun tak apa .

Saya ulang tulisan , qunut subuh ni sunat sahaja . Tadah tangan ketika berdoa pun sunat sahaja .

Bila tak buat qunut subuh ni , tak buat sujud sahwi pun tak mengapa .

Sujud sahwi pun sunat sahaja .

Penghujung tulisan blog , saya menegaskan ,

didalam solat , meninggalkan perkara sunat adalah makruh . Tak berdosa pun ~

Imam Shafie pun pernah meninggalkan qunut subuh apakala menjadi imam ditempat mazhab lain .

Bila ditanya , rupanya imam Shafie menghormati pendapat mazhab imam lain . Saya pun kurang pasti siapa imam tersebut . Maaf .


Wallahu'alam