Saturday, October 30, 2010

Dimana Titian Sirot ?



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

artikel oleh Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz yang telah diolah .
Hadith dibawah ini, menerangkan kisah Padang Mahsyar .
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan "diletakkan" sebuah "jambatan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."

Kenapa "diletakkan" dan "jambatan" saya letak tanda "____"?

Kekeliruan para 'Alim Ulama dalam menerangkan dan mengembangkan hadith ini .

Apakah benar , ianya "diletakkan" dan " jambatan:?

Tidak !
diletakkan sebenarnya "diumpakan"
dan
jambatan sebenarnya " jalan " !

kita ulang balik hadith tu ,

“Dan "diumpamakan" sebuah "jalan" di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan ....."


Sekarang , saya tanya lagi sekali .. Apa yg " diumpamakan " ?
dan apa " jalan '' ?

ya , Padang Mahsyar ...dan jalan di Mahsyar menuju ke Mahkamah .

" Padang Mahsyar diumpamakan sebuah jalan diatas api neraka ..."

Kenapa Nabi kata , Padang Mahsar ibarat jalan diatas api neraka ?

Padang Mahsyar , tanah yang berwarna putih , tapi bahang dari neraka menyebabkan , tanah Mahsyar terbakar . Kalau tanah pun boleh terbakar , bagaimana pula dengan manusia ???

Bahkan jalan orang yang berjalan diMahsyar dibahagikan kepada tiga .

1 . Melalui kenderaan .
2 . Menggunakan kaki .
3 . Menggunakan muka .

Sebab tu Nabi kata , ibarat jalan diatas api neraka ...


Jadi , tidak ada " Titian Mustaqim" ..
yang ada , Jalan ke Mahsyar .

Sekarang , lihat gambar dibawah






Benarkah susunan gambar diatas ?
Inshaallah ,

Dalil Neraka dikiri ;

" Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu "

( Surah al-Waqi'ah ayat 41 )



Dalil Syurga dikanan ;

"
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu "

( Surah al-Waqi'ah ayat 27 )


Dalil Tembok Besar diantara Syurga Neraka ;

" Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, .... "

( Surah al-A'raf ayat 46 )

Maka , berdasarkan gambar beserta dalil .. cuba bayangkan , kalau ada sirot mustaqim diatas neraka , jikalau kita menyeberangi neraka , kita akan pergi kemana ? ada one way je . Nak belok kekiri ada tembok menghalang .


" Jikalau titian sirot punca kita terjatuh didalam neraka atau terus ke syurga , apa guna beramal ? "


Wallahu'alam bissawab .

Menurut Ulama Nusantara ; as-Syeikh al-Faqih Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki tentang perkara ini : banyaknya hadith-hadith di dalam Kitab TAHZIB MISYKAT AL-MASOBIH BAB AS-SIRAT  WAL MIZAN WA HISAB menyatakan memang wujudnya JAMBATAN SIRATAL MUSTAQIM di Hari Akhirat. Syeikh mengakhiri kalam menyatakan: 

TAKPELAH,WALAUPUN BELIAU (Ustaz Hasan Din al-Hafiz) PERNAH MENJADI PENASIHAT ISTANA,NAMUN BELIAU BUKANLAH MAKSUM,SEBAB ITU JANGAN KITA PELIK JIKALAU ADA INSAN YANG PERNAH TERSILAP DALAM KEHIDUPANNYA.. 

Sang Keldai dan Dua anak beranak


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kita hayati kisah ini , adakah lucu ? atau ada masej disebaliknya~


Seorang anak duduk diatas keldai , bermusafir , jalan jauh ...

Tiba - tiba ditegur oleh saudagar ,

" Apa punya anaklah kau ni , kesian bapak kau berjalan jauh . Sepatutnya , kau sebagai seorang anak , patut bagi ayah kau duduk , anak berdiri . Kesian ayah kau . "


Maka , anak dengan perasaan malu turun dari keldai .

" Ayah , duduk atas ini keldai ."

Pertukaran berlaku . Anak berjalan kaki , Ayah pula duduk diatas keldai .


Berjalan jauh~

Tiba - tiba ditegur oleh Orang orang yang berkelana ,


" Apa sudah jadi ? dunia nak kiamat kah ? " tanya Pekelana .


" kenapa ? " tanya si Bapa .

" Kamu bapa budak ni bukan ?"

" Ya , kenapa ? "

" Kamu sebagai seorang bapa , patut berkorban nyawa demi keluarga . Tapi lihatlah , apa sudah jadi ? Kamu duduk diatas keldai , sedang anak kamu yang lemah longlai berjalan kaki ? Tak guna kamu ."

Maka , si Anak dan Bapa meneruskan perjalanan lagi . Tapi kali ini berbeza , dua beranak menaiki keldai .

Berkerut dahi keldai , letih ..

Lalu pula di sebuah kampung , ditegur oleh orang kampung .

" Astagfirullah , kenapa kamu ? kamu tak tahukah , yang kamu telah mendera binatang ? tidak kasihankah kamu kepada si Keldai ?"

Anak dan Bapa turun dari keldai , masing -masing berjalan kaki .


Ditegur oleh manusia yang lain ,

" kamu semua ni baghal ? tak reti manfaatkan kenderaan ? Apa gunanya keldai yang kamu bawa ni ? "

Kerana geram , Anak dan Bapa mengikat Keldai , Anak dan bapa menjinjing keldai untuk bermusafir .



Pengajaran disini : Kalau kita dengar cakap orang , sampai qiamat pon belum tentu dapat naik seekor keldai dengan aman .

Wallahu'alam ...

Wednesday, October 27, 2010

Siapa first mengerjakan Solat Waktu ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Peristiwa Israk wal mikraj telah menurunkan satu hukum yakni perintah berkurun , Solat 50 Waktu ! dan dishortcutkan menjadi 5 waktu !
dari mana datangnya solat ? adakah datang dari zaman Muhammad SAW ? tidak , ianya datang dari zaman moyang kita , Adam AS . Mari kita tinjau ,


Subuh :

Orang pertama yang mengerjakan Subuh ialah Nabi Adam a.s, apabila baginda diturunkan ke bumi perkata pertama dilihatnya adalah kegelapan.Apabila fajar subuh menjelma Nabi Adam pun solat 2 rakaat..



Zohor :

Orang pertama adalah Nabi Ibrahim a.s.Iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismal a.s.Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari ,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat



Asar:

Orang pertama mengerjakan adalah Nabi Yunus a.s.Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan nun.Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu masuk waktu asar
.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan (4 kegelapan akan diterangkan nanti)..


Maghrib :

Orang pertama adalah Nabi Isa a.s.Tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.



Isyak :

Orang pertama idalah Nabi Musa a.s , pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu bersembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur .


Ada apa disebalik rakaat ? mari kita tinjau ;

Subuh : Nabi Adam as sembahyang 2 rakaat kerana


Rakaat pertama :Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam,
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma..



Zuhur : Sujud Nabi Ibrahim 4 rakaat kerana ;

Rakaat pertama :Bersyukur bagi penebusan.
Rakaaat kedua:Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga:Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat:Bersyukur kerana korbannya digantikan dgn tebusan kibas.

Asar :Nabi Yunus telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu.

Rakaat pertama :Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua :Kelam dgn air laut
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam
Rakaat keempat :Kelam dengan perut ikan nun



Maghrib: nabi Isa melakukan 3 rakaat kerana.

Rakaat pertama:Untuk menafikan ketuhanan selain Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua:Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



Isyak: Nabi Musa melakukan 4 rakaat kerana bersyukur Allah menghilangkan dukacitanya iaitu

Rakaat pertama :Dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat keempat :Dukacita terhadap anak firaun.


Wallahu'alam bissawab

Tuesday, October 26, 2010

Membina Perpaduan Berkorban Harta

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Entri kali ini ringkas , umat islam mesti membantu saudara seislamnya tak kira tempat tak kira waktu !


Daripada Ibnu Umar , seorang lelaki menemui Nabi SAW dan berkata ;

" Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling dicintai Allah , dan amal apakah yang paling dicintai Allah ?
"


Rasulullah menjawab ;

" Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang Muslim atau engkau menghilangkan sesuatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan ."


Kenapa Islam didik kita supaya membelanjakan harta kepada saudara saudara kita yang susah ?

Jawabannya ialah , hampir sama seperti fadhilat membayar zakat .

Jika kita membelanjakan harta , apa yang kita akan dapat ? apa ?

Perpaduan , nabi didik kita supaya erat perpaduan sesama Islam .

Abu Sufian sewaktu zaman kafir , menyuruh tentera tentera kafir berundur sebab apa ?

Satu keping roti dan segelas air dikongsi oleh semua , yang berjawatan , yang tak berjawatan .. . semua diletak ditempat yang sama dan berkongsi makan minum yang sama ! Makan ditalam , sunnah nabi ..bukan suka- suka . kena perbaiki sunnah nabi yang kita banyak buat tapi banyak lagi main main dalam menegakkan sunnah . Makan bertalam , bagus! tapi kenapa makan atas meja ?

Kita pergi ke hadith yang lain ,

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud ;

" Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk ( menunaikan ) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di masjid ini ( Masjid Madinah ) selama satu bulan . Dan barangsiapa yang menghentikan ammarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa yang menahan ammarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukankannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari qiamat . Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk ( menunaikan ) suatu keperluan sehingga tertunai ( keperluan ) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki - kai ( Hari Perhitungan ) .


( Hadith Riwayah Thabrani ) .


Cumanya , saya nasihatkan saudara saudari semua . Kalau boleh , sedeqah tu biar semua dapat . Ya , kita bantu saudara kita yang susah di negara negara Islam yang mundur , tetapi perlu diingatkan . negara kita masih ramai lagi yang susah .

Jangan jadi seperti kera dihutan disusukan , anak dirumah mati kelaparan .

Kewafatan Rasulullah SAW


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kita ketahui , setiap yang hidup akan mati . Banyak ayat dari al-quran menerangkan bahawa kita akan mati , contohnya dalam surah as-sajdah ayat 15 ,


" Dan katakanlah ; malaikat maut yang diserahi kepadamu akan mengambil nyawamu dan hanya kepada Tuhanmu lah kamu dikembalikan "

Nabi Muhammad sememangnya seorang makhluk bergelar manusia , setiap makhluk pasti merasai kematian termasuklah malaikat . Yang kekal hanya satu , tidak lain tidak bukan Khaliq! yakni Allah Azza Wajalla .

Saya ringkaskan cerita ,

Saat Fatimah disisi , Rasulullah terbaring .

" Kau Fatimah , akan menyusul aku kemudian " .

Fatimah dengar ni , suka dia . Tak macam kita.haha

Saat kepala Rasulullah dipeha Aishah , datang seorang lelaki Arab yang elok rupa parasnya .

" Assalamualaikum ," dua kali salam dihulurkan oleh lelaki Arab tersebut .

" Waalaikumussalam ,maaf , Rasulullah sedang sibuk , " balas Fatimah .

Rasulullah bertanya , Rasulullah suruh dia masuk .

Cuba teka , siapa lelaki Arab yang Hots tu ?

dia Malaikat maut !!!

" Wahai Malaikat maut , apakah kamu mahu mengambil nyawaku atau sekadar menziarahiku ? "

Izrail : Aku datang untuk kedua - duanya , akan tetapi Allah perintah kepadaku untuk meminta izin daripadamu untuk ambil nyawamu .

Sambungan ;

http://suraualaminshahalam18.blogspot.com/2010/02/rasulullah-terlalu-cintakan-umatnya.html


Sebelum wafat , 18 hari Rasulullah sakit , dari mana datang sakit Rasulullah ???


khabarnya Rasulullah SAW wafat disebabkan Rasulullah hendak makan sup kambing yang diracun oleh Perempuan Yahudi . Rasulullah baru letak daging kambing di bibir ,

daging kambing berkata ; Wahai Rasulullah , jangan makan aku . aku ni beracun .

daging rasulullah dah letak kat bibir ..

Sohabat Rasulullah semua dah almarhum bila makan kambing ni.

rujuk sirah / atau kitab yang dikarang oleh Said bin Wahf al-Qathani

buku karangannya yang bertajuk " Nabi SAW wafat karena diracun ? "

Beliau bersabda saat sakit menjelang wafat, " Wahai Aisyah, aku masih merasakan sakit karena makanan yang pernah aku cicipi di perang Khaibar . Dan inilah saatnya bagiku merasakan bagaimana terputusnya nadiku karena racun itu "
( HR. Bukhari )

Ibnu Mas'ud RA menegaskan , " Seandainya aku bersumpah sebanyak sembilan kali bahwa beliau wafat karena dibunuh, maka hal itu lebih aku sukai daripada aku bersumpah sekali bahwa beliau wafat bukan karena terbunuh ."



Mendengarkan Rasulullah dah wafat , Umar jadi "gila sekejap" , orang arab yang tahu Muhammad dah wafat , menangis ..menangis semuanya .

Umar berkata berkata ; sesiapa yang berkata Muhammad sudah wafat , aku akan potong kepala dia !

Umar macam tak terima kenyataan . Umar sambung lagi ayatnya .

" Rasulullah tak mati , rohnya cuma pergi menghadap Allah seperti mana , Musa A.S menghadap Allah ."

Seketika itu , Abu Bakar datang dari rumahnya yang jauh ke rumah Rasulullah . Dia berdiri sebelah Umar Al-Khattab . Lalu berkata ;


" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. "

( Surah al-Zumar ayat 30 )

Saidina Abu Bakar masuk kedalam rumah baginda SAW , kemudian keluar lalu berkata :

" Barangsiapa yang menyembah Rasulullah , sesungguhnya Rasulullah sudah wafat!
Akan tetapi , sesiapa yang menyembah Allah , sesungguhnya Allah tidak akan sama sekali wafat ."

Mendengar ayat itu , tertunduk Umar menangis . Tersedar dia , sememangnya Rasulullah sudah pergi meninggalkan dunia .

Wallahu'alam bissowab .

Monday, October 25, 2010

Perompak yang 'Alim ?



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ingat lah tuhan walaupun satu kali sehari . Saya bukan reda perbuatan maksiat anda sehari , tapi kalau , kalau betul kita ni malas solat , atau suka buat benda tak senonoh , ucapkan lah walaupun sekali sehari , waktu nak pergi sekolah ke , pergi keluar rumah ke . Paling kurang , bismillah .

Pernah dikhabarkan , satu perompak , aku lupa namanya . zaman selepas rasulullah .

Kejahatannya sampai orang ramai takut nak lalu... kawasan yg dia lalu . Bahkan , Ketua perompak yang lain tunduk takut pada kekejaman dia .

tapi peliknya perompak ni , ketua perompak tapi bawak tasbih berzikir .

katanya , rompak rompak jugak , ibadat jangan lupa!

Seketika , anak kuncunya ajak makan .

" saya puasa ."

Kadang kala Ketua permpak lain tanya , mana ketuamu ,

"dia sedang solat ."

Ketua Perompak solat ? Ketua perompak tahap S menunaikan solat ? pelik !

Satu hari , Perompak ni jatuh cinta dgn sorg perempuan . Dia dgn ghairah panjat rumah flat . Perempuan tu rumah tingkat tiga kot .
dia panjat punya panjat . Tiba dia terdengar dirumah tingkat yang kedua , ada orang mmbaca surah al-Hadid ayat 16 .

" Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. "

Perompak ni lari dalam rumah usang . Kebetulan ada saudagar saudagar dalam tu , saudagar itu berkata ,

"hati-hati , kawasan ini selalu diattack oleh polan bin bolan ( perompak tu ) , "

Mendengar kata saudagar tersebut terus dia menangis .

" Ya Allah , jahatnya aku sampai aku disebut sebut orang ." Lantas dia bertaubat dengan sebenar benar taubat .

Satu hari , ketika dia bertawaf di baitullah al-Haram , dia terserempak dengan mangsa nya dahulu .

" Bukankah kau yang merompak aku dahulu , kalau tak silap la ? "

" ya , aku , dengan berkat zikir aku , inshaallah aku disini ."

kalau dia boleh berubah , inikan kita ? renung - renungkan kisah benar ini .

Friday, October 22, 2010

Saidina Umar sayangkan anaknya , tetapi ...!




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Satu hari disebening subuh Saidina Umar sedang duduk menunggu matahari .


Tiba - tiba datang seorang perempuan Yahudi , berkata ;

" Wahai Umar , sesungguhnya aku akan mengandungkan cucumu !"

Umar terkejut .

" Baiklah , aku akan siasat perkara ini hari ini , dan besok kita akan bawa berbincang . "

Umar balik rumah bersarapan . Ada riwayat menyebut makan tengahari .

Umar menyuruh isterinya masak masakan yang sedap - sedap .

" Wahai anakku Ubaidilah , sudikah kamu sekiranya dapat meluangkan masamu bersama ayah . mari makan bersama ayah . "

" Baik ayah , " Ubaidilah makan

..sudah habis makan Umar suruh tambah .


" Tambah lagi ye anak , "

" Saya dah tak larat ayah ,"

" Tambah lagi ye anak , Ubaidilah tak sayang ayah lagi ? "

Ubaidilah makan , sudah habis makan Umar suruh tambah . Macam tadi juga , Ubaidilah menolak . Dua tiga kali ulang - ulang .

" Ubaidilah tak sayang ayah lagi ? "

" Minta maaf ayah , saya tak larat sangat . "

" Makanlah sedikit wahai anakku , kerana aku bimbang , inilah kali terakhir kita makan bersama . "

" Apa yang ayah cakap ni ? "

" Anak , boleh kau bagitahu secara jujurnya , adakah kau telah berzina ? " tanya Umar menangis ,

" Wahai ayah , maafkan saya , aku telah terlanjur , aku telah diperangkap oleh Yahudi . Mereka berkata ada perempuan mahu berjumpa denganku . Maka aku pergi kerumahnya keseorangan , aku diberi minum khamar , lantas aku terus berzina . Maafkan saya . ayah "

" Tidak mengapa anakku , besok kita bermesyuarat ."

Hari yang ditunggu telah tiba . Ramai para sohabat datang bermesyuarat . Ramai sahabat putuskan Ubaidilah dikenakan hudud . Salah seorang sohabat mencelah ;

" Wahai Umar , aku tidak berapa setuju anakmu dihududkan , bukankah anakmu tidak bersalah ? Dia telah diperangkap oleh Yahudi . "

Umar berkata , " Sungguh dia telah terminum khamar dan akhirnya berzina tetapi dia tetap bersalah , kalau tidak kenapa dia pergi ke rumah perempuan yahudi tersebut ? "

Akhirnya , Ubaidillah dihukum sebat 100 sebatan , sebelum disebat , Ubaidilah diikat , dikoyakkan belakang bajunya .

" Wahai umar , aku tidak mampu menyebat anakmu , " kata si Tukang Sebat .

" Aku kata sebat anakku ! "

" Aku tidak mampu , anakmu seorang ahli misjid , seorang yang rajin membaca doa , bahkan rajin membaca quran , '' menangis - nangis rayu si Tukang sebat .

" Bukankah kau dah buat perjanjian denganku untuk menyebat anakku ? "

" Ya , tapi , aku tak mampu , aku sayang anakmu lebih dari aku sayang anakku ."

" Sebat! "

Satu sebatan , dua sebatan , tiga sebatan , begitu lah seterusnya .

"Sakit ..ayah! " menangis si Ubaidilah . Bahkan si Tukang Sebat menyebat dalam tangisan .

" Sabar anakku "

" Ayah , aku lapar , "

Umar menyuapkan Ubaidilah makanan .

" Ayah , aku haus ."

dihulurkan minuman .

disebat lagi , sehingga 90 kali sebatan , sudah tidak bermaya Ubaidilah . Sudah nampak tanda tanda nazak pada diri Ubaidilah .

" Ayah , tekakku kering . "

Umar suapkan lagi Ubaidilah .

" minum ya Ubaidilah . Jangan lupa ya , kirim salam pada Rasulullah . "

Saat 97 sebatan , mati si Ubaidilah innalillah hiwainnailaihirojiun . Si Tukang sebat menangis nangis , tak mampu melihat peristiwa ini . Si Tukang sebat berhenti sebat .

" Wahai si Tukang Sebat , sebatlah dia buat kali terakhir . "

" wahai Umar , aku tidak mampu ."

" Sesungguhnya , engkau mampu berhutang 3 kali dengan Allah , tapi aku ini Umar , dan Umar tidak mampu berhutang dengan Allah , mahupun satu kali !"

Umar sendiri sebat jenazah anaknya buat kali terakhir bagi menggenapkan 100 sebatan .

Ikatan si jenazah dilepaskan . Menangis nangis Umar memeluk anaknya si Ubaidilah .

Hari itu juga Ubaidilah diuruskan jenazahnya . Jenazah disolatkan di Masjid Nabawi dan ditanamkan di Baqi .

Malam itu Umar mimpi anaknya bersama sama Rasulullah didalam syurga .

dan mimpi orang orang yang benar adalah BENAR!!!


Subhanallah , Ya Allah , matikan kami dalam nikmat Islam ! Amin~


Wallahu'alam

Tuesday, October 19, 2010

Solat pakai seluar jeans ?




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz , apakah hukum memakai seluar jeans ? haram or not haram ?hehe

Jawaban bagi soalan anda itu senang sahaja .

pakai seluar jeans tidak ada masaalah ~ Kenapa haram ? tak haram lah , tak kira la kau pakai seluar jeans or seluar hantu . yang penting tutup aurat .


Janganlah solat pakai seluar jeans yang bila sujud nampak punggung . Orang lain tengok nak muntah . Bukannya cantik pun . Hitam je .

Begitu juga kalau ( lelaki ) pakai seluar yang terkoyak kecil ditengah , kau mesti pakai seluar dalam bukan ? selagi aurat ditutup . Sah solat anda . tapi , apakejadahnya solat nampak seluar dalam ? tak malu ?haha



Kalau seluar jeans ketat pula macam mana ?


Janganlah cari seluar jeans yang ketat , susah nak ruku' nanti , saya pernah darurat , pakai seluar jeans , time nak tahiyat tu , sudah macam ruku' , tak boleh nak tahiyat .


Solat anda inshaallah sah , tapi macam yang saya kata , elakkan memakai seluar jeans yang ketat kerana ia mungkin menganggu anda untuk solat secara khudu' dan seterusnya menganggu kekusyukan solat .

Apapun , hukum memakai seluar yang ketat ialah makruh .

Ustaz , saya ada dengar khabar sesetengah jeans ada lambang salib di tulang seluar . Kononnya konspirasi Yahudi nak mengenakan umat islam . Kalau begitu , apakah hukum memakai seluar jeans ?

Kau ada baju Real Madrid kat rumah ? kalau ada , kau tau apa hukum memakai baju yang ada tanda salib ? kan ada tanda salib kat logo Real Madrid , kecil je .

Fatwa menetapkan hukumnya haram ~ .

Kalau pakai buat jalan jalan pun dah haram , apatah lagi menggunakannya untuk solat ?


Cumanya , saya ada dengar riwayat , solat tetap sah , tetapi dosa haram memakai pakaian tersebut yang ditanggung .

Persoalannya , sahih atau tidak , seluar jeans itu mengandungi tanda salib ?


Wallahualam .

Saturday, October 16, 2010

Kelebihan Rasulullah SAW


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Rasulullah SAW adalah manusia yang paling hebat didunia , setiap gerak gerinya dicatat oleh orang . Kita ada ? kalau ada pun yang buruk buruk sahaja . Rasulullah tak , setiap gerak geri dicatat tanpa sebarang kecacatan , yang cacat orang yang mecatatkannya , sengaja nak memutar belitkan kehidupan Rasulullah . ok ,itu bab orang hina Rasulullah , apa barang hina rasulullah , orang yang hina Rasulullah selalunya akan sering dapat malapetaka~


Sewaktu Halimah Saadiah nak balik setelah ambil Rasulullah ( sewaktu kecil) sebagai anak susuan , unta suami yang tua , keldai yang uzur menjadi laju bahkan lebih laju daripada kuda . Halimah sebenarnya datang berombongan , tapi rombongan semua dah balik malam dah selepas dapat anak , Halimah dan family balik besok pagi naik unta dan keldai tapi boleh potong rombongan tu .

Kisah yang lain diceritakan , anak Halimah sering menangis sebab tak dapat susu ibunya . Halimah kurang susu tapi berniat nak ambil Muhammad juga sebab nak dapat upah . Bila Muhammad dapat je puting payudara Halimah , berluak luak susu yang keluar , semenjak itu anak Halimah sudah tak menangis.


Kita susun pula dari atas ke bawah secara ringkas kelebihan anggota badan Rasulullah , kalau nak cerita tentang Rasulullah , banyak sangat sebab Rasulullah memang manusia yang hebat!

1 .Rambut ;

Pernah dengar kehebatan Khalid Al-Walid ? setiap peperangan yang dia jadi panglima , inshaallah tak akan kalah sehinggakan Umat Islam fikir sebab Khalid al-Walid lah islam menang .Tu la pasal Umar Al-Khattab pecat dia . So, jangan nak maki hamun Umar . Umar lebih bijak daripada kita .

Dari mana Khalid Al-Walid dapat kehebatan ini ?

Rambut Rasulullah SAW , rasulullah potong rambut baginda sendiri , lepas itu suruh Khalid al-Walid letak dalam serban dia . Akhir nya , semua peperangan yang dia sertai Islam menang hasil barakah rambut Nabi .

2 . Muka ;

suatu hari ,pada waktu malam, Aisyah menjahit . Tiba - tiba , api lampu terpadam , terjatuh lah jarum ke lantai . Aisyah terpandang ke luar .

"Ya , Allah , aku menjahit sampai siang rupanya . Mana Rasulullah ni ? " Aisyah cemburu .

Aisyah buka pintu , terkejut , Rasulullah di depan pintu .Wajah Rasulullah lah punca cahaya tersebut .

" Ya Rasulullah , wajah kau begini bercahaya . Ada tak umat Islam yang tak dapat lihat kau dipadang Mahsyar kelak ?"

" Ada , wahai Aisyah , mereka itu adalah bilamana nama aku disebut , mereka tidak berselawat keatasku ."

3 . Telinga ;

Ada sahabat Rasulullah yang meminta pertolongan daripada jauh . Rasulullah mampu mendengarnya .


4 . Mata ;

Saidina Husin , cucu Nabi yang kedua , saat Nabi lihat wajah Saidina Husin , menangis rasulullah . Sebab apa ? sebab .. Rasulullah sudah nampak masa depan Saidina Husin dibunuh oleh orang Islam . Orang Islam !!! peristiwa ini membuatkan Rasulullah berduka . Orang Islam sendiri membunuh cucu kesayangannya .

Riwayat yang lain , ada sahabat tegur Rasulullah , Rasulullah nampak atas kepala sahabat tu ada Malaikat maut lantas Rasulullah bersabda ;

" Berlaku lemah lembutlah engkau terhadap sahabatku . "

Sahabat pelik . On the way nak balik tu juga Sahabat ni gol.


5 . Hidung ;

Ada sahabat mengadu kepada Rasulullah , wahai Rasulullah , aku lapar .

Rasulullah suruh sahabat ni bawa beg kulit .

Maka , diberikan beg kulit kepada Rasulullah . Rasulullah ambil itu beg lalu hembus angin dari hidung ke beg kulit .

" Buka beg ini hanya bila kamu berwuduk ."

Sahabat ni pelik , nak tahu apa dalamnya , lantas dia berwuduk , terkejut sahabat , didalam beg kulitnya bila dibuka ada macam macam makanan , keju , susu , dan lain lain .

Kalau kita dapat macam tu ? tak payah kerjalah jawabnya . Duduk rumah tinggal hembus dalam laci .haha

Tapi Rasulullah tak , Rasulullah sendiri berlapar asal umatnya tak . Di rumah Nabi kadang kala tidak ada sebiji pun buah tamar sedangkan negeri tempat tinggal nabi penuh dengan pepohon tamar .

Nak tanya sedikit ,ada ke kamu pernah dengar Nabi minta Aisyah beg kulit ? tidak ada bukan ?hehe.



6 . Air liur ;

Dalam sebuah peperangan , ada sahabat nabi yang patah tangan nya . Nabi ambil tangan sahabat yang patah , sapu dengan air liur dan sambungkan kembali dengan badan . Terus elok !

Terdapat kisah , Sahabat Nabi beli perigi . Jadi , Nabi ludahkan air liurnya kedalam telaga tersebut. Menjadi manislah telaga tersebut . Bahkan lebih manis daripada madu .

Dalam riwayat yang lain juga dinyatakan , dalam sebuah peperangan , sahabat nabi terkena panah di biji mata hitam sebelah kanan . Nabi cabut panah menggunakan tangan kanan Nabi dan sapu air liur pada mata yang luka . Terus elok bahkan lebih baik dari sebelumnya .

Sampaikan Sahabat Nabi berkata ; kalaulah aku kena lagi sebelah .

Mintak lagi .haha.

7 . Badan ;

Nabi adalah orang yang lebih pemalu dari gadis gadis . Ada sahabat nabi sangat cium badan nabi . Jadi , dia buat helah .

Nabi sebelum ni tercampak capalnya dibadan Sahabat ni , jadi sahabat ni minta nabi buka baju , dia nak balas dendam terhadap nabi . Sahabat nabi yang lain , semua marah. " Sampai hati kau buat Nabi macam ni , tidak mengapa , kau balas dendam lah terhadap aku .

Sahabat ni , tetap dengan niatnya terhadap Nabi . Maka , nabi angkat gamis . Sahabat- Sahabat semua menangis sebab tahu yang nabi tak suka tunjuk tunjuk badan . Setelah nabi buka baju . Sahabat nabi yang nak balas dendam ni lantas cium badan nabi .

Nabi bersabda ; Barangsiapa yang nak lihat wajah penghuni syurga maka lihatlah dia .

Nabi palingkan wajah Sahabat ni kepada Sahabat sahabat yang lain . Terkejut sahabat . Bercahaya!


8 . Tangan ;

Seperti yang kita sedia maklum diantara celah celah jari nabi boleh keluarkan apa ???

air ...

Diriwayatkan , air yang keluar dari celah celah jari nabi cukup untuk 80, ribu orang . Subhanallah .

9 . Kaki ;

Kaki Saidina Ali yang sakit , diubati oleh Nabi menggunakan kaki Nabi sendiri . Bagaimana treatmentnya ? macam solat orang sakit tu lah . kaki menghadap kiblat . Nabi sini , Ali situ . ( Tapak kaki Ali bertemu tapak kaki Rasulullah .)

Ali berkata ; kaki aku lebih baik bahkan tak sakit sampai kesudahnya .



Wallahualam . Sila tegur kesilapan saya jika ada kesalahan . Syukran . Jazakallah .

Barakallah hu lakuma~


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Pernah dengar tajuk ni ? tak pernah ? bahaya uh , balik rumah , buka radio Islam .hehe


Fenomena Nasyid oleh Maher Zain memang melebihi jangkaun . Pelbagai isu turun setelah turunnya Maher Zain di bumi Malaysia . Itu soal lain , sekarang ni ,

mari kita preview sedikit lagu Maher Zain ~ Barakallahu lakuma ;


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(2x)

Baraka allah(4x)
Baraka allahu lakum walana(2x)
Allah barik lahuma, Allah adim hubbahuma
Allah solli wassalim a’la rasulillah
Allah tuba’laina, Allah irdho anna
Allah ihdi khotona a’al sunnat nabiina

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma
Wa jama’a bainakuma fi khair(4x)


Sekarang , saya bukan saja - saja nak post lagu ni , ada sebab .. part " Barakallah" sehingga "fi khair" tu apa benda ? orang kita nyanyi nyanyi sahaja tapi tak tahu maksud , ada yang berkata , lagu ni puji Allah ,.memang lah puji Allah tapi . Tapi apa , malas nak terangkan .haha


Lagu ini diambil dari salah satu hadis Rasulullah melihat dari Abu Hurairah r.a. Apabila seseorang berkahwin dengan Rasulullah membacakan doa kepada mereka


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

yang bererti "Semoga Tuhan memberkati anda dan memberikan berkat tentang dirimu dan Semoga Allah bersatu anda dalam yang baik."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain)



Apapun , lagu ni memang merdu , disarankan anda untuk mendengarnya~

Thursday, October 14, 2010

Kisah "BUDAK" Hitam

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Hari ini , saya nak ceritakan kisah seorang Sohabat berkulit Hitam , kalau fenomena masyarat di Malaysia , asal coklat gelap je ...panggil Hitam .

Suatu hari Orang Sudan berkata ; kalau di Malaysia orang kulit coklat gelap dah digelar hitam , kami disini apa orang Malaysia akan berkata ? Hitam legam ?


Aswadi , seorang Sohabat nabi , mahu berkahwin ..tetapi semua yang dipinang .. orang asyik cancel je . Yelah , sebab dia "HITAM" ...

Jadi , dia mengadu lah perkara ni kepada Rasulullah SAW ,

Rasulullah SAW masuk kedalam masjid bersama Aswadi .. melihat orang orang didalam masjid ..

Jemaah kemudian berkata ; habislah aku , aku ada anak dara... tak lama nanti , aku punya menantu warna hitamlah .

Masing- masing tidak menyukai jika bermenantukan Aswadi ..sebab ..Aswadi hitam legam ..sesuai dengan namanya .


Rasulullah SAW kemudian menyuruh Aswadi ke rumah polan bin polan ..." Aswadi , kau cakap dengan polan bin polan , aku suruh engkau meninang anak nya . "

Aswadi pun pergi lah ke rumah tersebut .. dah sampai .. Aswadi lihat .. ramai pembesar sedang berbual dengan Hamba Allah tersebut ..

"Apakah hajat engkau wahai Aswadi .."

Aswadi terdiam .. "nak bagitau ke taknak .. aku tau Rasulullah yang rekomenkan kat aku ..tetapi .. aku risau aku dapat maki ...atau lebih teruk lagi .."kaki"... ," hati Aswadi berbisik .

" Aswadi ? apakah hajat engkau "

" Rasulullah suruh saya meminang anak dara tuan .."

"Apa dia ?"

" Rasulullah suruh saya meminang anak dara tuan .."

"oh, kau tunggu luar kejap . "

Aswadi lega .. ingat kan Hamba Allah nak ambil "buku pendaftaran" , kira on la .. rupanya ..Hamba Allah tu keluar ..bawak kayu..

"sudahlah hitam , nak kahwin dengan anak aku yang putih , sini kau ..aku belasah "

terkejut si Aswadi , lari dia lintang pukang ...

"Ayah ...nanti dulu.." si anak dara menyampuk .

" Bukankah Aswadi datang hasil rekomen dari Rasulullah ,.. saya redo dia kahwin dengan saya .. taat dengan Allah dan Rasul .. mengingkari Allah dan Rasul dikira durhaka ."

Hamba Allah ni tersedar , dia nak cari Aswadi , nak mintak maaf .

dah jumpa Aswadi lelah kat bawah pokok .. ditegur Aswadi .. lari lagi 100 meter Aswadi ...Aswadi fikir Hamba Allah ni nak belasah dia lagi .


Hamba Allah ni pun pergi la berjumpa Rasulullah . Diceritakan masalahnya yang berlaku antara dia dan Aswadi ...

dipendekkan cerita .. kira on la .. jadi la maknanya .. kemudian , Rasulullah suruh Aswadi mintak duit dengan Saidina Uthman , Abdul Rahman Bin Auf dan sohabat yang lain untuk duit kahwin

Cukup 10 000 dinar ,.. Aswadi pergi lah pilih barang barang kahwin untuk dibeli ..
tiba tiba .. dengar seruan peperangan .. Aswadi letak balik barang barang kahwin beli lah pulak perkakas peperangan termasuk kuda . Siap dengan pelindung kepala lagi ..

Cuba kita , nak kahwin ni .. tiba tiba ada orang offer pergi haji .. kita tetap nak kahwin jugak.haha

sudah tu , Aswadi pergi berperang dengan tangkas ..Sohabat sohabat lain hairan ..

" siapa tu ? "

Sohabat tak tahu siapa tu sebab Aswadi pakai pelindung kepala ...

ditakdirkan Allah , Aswadi syahid .. terbukak pelindung kepala tu. Ramai orang terkejut habis.

Saat Aswadi dijinjing ke kubur.. kelihatan Rasulullah sekejap pandang ke kiri sekejap ke kanan ..

Sudah selesai majlis perpisahan tersebut ..

Para Sohabat bertanya , " Ya Rasulullah , kenapa Rasulullah sekejap tadi pandang ke kiri pandang ke kanan . "

Rasulullah SAW bersabda ;

" Seandainya engkau nampak apa yang aku nampak ..engkau juga akan lakukan sebegitu ..
begitu ramai bidadari syurga yang ingin merebut Aswadi ..sehinggakan terselak kain Bidadari itu ternampaklah pehanya . "

Subhanallah ... Aswadi si Hitam , yang sukar mencari pasangan didunia mendapat bidadari berduyun duyun ..


Wallahu'alam

Wednesday, October 13, 2010

Pantun berkerat kerat~


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Hari ini , saya dah tidak ada modal nak buat lawak .haha .. so , pantun ni la lawak nya .. diambil dari seorang pendakwah yang cukup popular .. dan diolah . Olah mengolah ni memang kerja saya ..



Jika manusia hidup berkat ,
diri akan jadi selamat ,
Rumah Tangga pula jadi sepakat ,
Negara akan bertambah kuat ,
Negara luar pula tunduk dan hormat ,
Permusuhan bakal tersekat ,
Pembangunan negara terus meningkat ,
Kemajuan menjadi pesat .

Tetapi awas Sahabat ,
Kemungkinan besar akan muncul pusat pusat maksiat ,
Ketika itu manusia akan mengubah tabiat ,
Ada yang nak jadi lalat ,
Ada yang nak jadi ulat ,
Solat makin liat ,
Orang baik transform jahat ,
Orang miskin nak kaya cepat ,
Orang tua nak mati lambat ,
Minumlah air gamat ,
Remaja lelaki pula suka pakai seluar ketat ,
Baju nampak pusat ,
Rambut tak nak sikat ,
Kasut tak payah sikat ,

Remaja Perempuan pula dengan skirt sekerat ,
Pakai pula sama sendat ,
Kadang kadang nampak yang tersirat ,
Tak kira bujur tak kira bulat ,
Siapa tertengok pasti tercegat ,
Silap gaya qiamat!

Bohsia bojan lagi gawat ,
Duduk jauh berkirim surat ,
Bila berjumpa tangan berjabat ,
Kemudian pakat peluk erat erat ,
Time tu nafas naik tersekat sekat ,
Usah peduli agama dan adat ,
Usah takut Allah dan maksiat ,
Usah peduli Malaikat pencatat ,
Yang penting kita buat ,
Akhirnya perut kempis jadi bulat ,
Lahirlah anak tak cukup sifat ,
dibuang pula dimerata tempat ,
Iblis pun melompat lompat ,
Cucu Adam dah masuk jerat ,
Inilah dia fenomena masyarakat .


Tidakkah risau dihari akhirat ?
Timbangan mungkar engkau berat ,
Adakah layak menerima syafaat ?
Jika nabi tak mengaku umat .
Engkau dikira orang sesat ,
Diseret pula ke api neraka yang menjilat jilat ,
Azab yang tak tertahan barang sesaat .

Ayuh hadirin hadirat ,
Ayuh kita bertaubat ,
Jangan diikuti lagi budaya barat ,
Kita tingkatkan amal ibadat ,
Lalu tinggalkan ikhtilat ,
Tidak mahukah hidup didalam nikmat ?
Jika syurga kita dapat ?
Allah pula kita dapat lihat .


Wallahu'alam .

Friday, October 8, 2010

Maaf , maafmu tidakku terima ...?????

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kawan , maafkan lah aku , aku tak sengaja ....

Maaf , Maafmu tak diterima ,
sila cuba lagi untuk meminta maaf selanjutnya ..

Maaf tak diterima ?


Sebab apa si Mangsa tak nak menerima maaf ?
Sebab panas hati ? Sebab patah hati ? Sebab sakit hati ?

Orang yang meminta maaf sebab bersalah , darjatnya tinggi disisi Allah ..
Orang yang meminta maaf walaupun dia tidak bersalah , darjatnya lebih tinggi dari orang yang minta maaf ketika bersalah .

Sesuai dengan hadith yang direkodkan oleh At Tabarani dan Al-Bazzar ;

Rasulullah SAW bersabda ;

" Mahukah kamu kuberitahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian ."

Mereka menjawab ; Bahkan ya Rasulullah .

Rasulullah SAW bersabda lagi ;

" Kamu lemah lembut terhadap mereka yang tidak mengetahui kamu , memaafkan orang yang menzalimi kamu , memberi kepada mereka yang tidak pernah memberi kepada kamu dan Kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu . "

Cuba bayangkan ..kalau nak mintak maaf pun darjat dah tinggi , apatah lagi memaafkan ?
Kita umat nabi Muhammad kan ? Umat Muhammad mesti mencontohi keperibadian Muhammad . Muhammad seorang yang memaafkan walaupun dihina dicaci ...
atau kita ni umat nabi Musa ? tak mungkin .. umat Nabi musa besar ..
atau kita ni nak jadi umat nabi Nuh ? dah lah pendek ..perasan pulak nak jadi umat Nabi Nuh yang tinggi .

So, apakah yang terjadi di akhirat nanti Mereka yang buat salah tu??

Ada riwayat sebenarnya menyatakan ...
yang diakhirat ..pahala kita dituntut diakhirat ..kalau bankrap ...dosa si mangsa diambil dan diberi kepada pelaku dosa .

ada juga riwayah ..
ketika didunia , kambing yang menyondol si kmbing lain .
di akhirat . Allah menghidupkan kedua dua sikambing dan si kambing lain itu pula menyondol si kambing itu .

Sabda Nabi SAW ;

" Segala haq akan dibayar kepada empunya pada hari Kiamat , sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya menyondol kambing biri-biri yang tidak bertanduk ."

( hadith Riwayat Muslim)


ok , nasihat saya kepada si mangsa ..
walaupun tak mampu memaafkan cubalah utk memaafkan .

Saidina Umar sendri , ketika berhadapan dgn org yang bunuh keluarga dia ..dia tak pandang muka budak tu ..khabarnya , budak tu dah masuk Islam . Wallahualam .

budak tu tanya " awat hang tak nak tengok muka aku ? muka aku ada banyak jerawat ka ? "

haha . bukan la ...gurauan je ..

budak tu tanya " awat hang tak nak tengok muka aku ?"

Umar berkata " aku risau kalau aku lihat muka kau ..aku rasa geram .. sbb kau dah bunuh keluarga aku "


ingat , dalam buku "Apa ertinya Saya menganut Islam" , karya Fathi Yakan , turun dimuatkan dengan pesanan Syaikh Hassan al-Banna berkenaan dengan Kewajipan Akh Muslim , nombor 11 ;

" Permusuhan saudara jangan sampai lupa akan kebaikan orang . "

Inilah yang dilakukan oleh Saidina Umar . Sangat hebat Umar .

paham tak the moral of the story.

Satu nasihat aku ..
kalau sungguh benci si mangsa pada Si pelaku dosa ,
biarlah benci itu kepada perangainya saja bukan nya jasad ..
benci kepada jasad bererti benci kepada Pencipta dan kesudahannya celaka lah anda .

nauzubillah hi minzalik .

didalam Akh Muslim juga , nombor 13 , pesan Syaikh Hassan Al-Banna lagi ;

" Saudara mestilah lemah lembut , mengampun dan memaafkan .."

Nak tahu , Meminta maaf itu suruhan Tuhan , tak percaya ? meh sini , aku bagi dalil .




"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). "

( Surah al-Syuraa : 42 : 43 )



Sedikit komentar daripada saya , tindakan memohon maaf adalah amat bagus saya kira .
Allah taala tak mengira Do yang mati dulu .. tidak ..Minah yang mati dulu .. TIDAK!!! dua dua adalah orang yang "mati" disisi Allah melainkan salah seorang daripada mereka meminta maaf .

boleh paham tak ? aku pon tak paham..haha..

Biar saya explain sikit.hehe .
maknanya .. tak kira la , Ahmad bergaduh dengan Muhammad atau Muhammad yang start gaduh dulu dengan Ahmad ... jika Ahmad atau Muhammad masih berkeras dengan sikap egonya tak nak mintak maaf , maka rugilah dia sewaktu menghadap Allah Taala di hari akhirat nanti .

Wallahualam bissawab .