Friday, December 3, 2010

Jin : Namaku Tuyul !


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , apakah hukum orang yang membela toyol ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan hukum , kita kena kenal dulu siapa Toyol yang kita nak komenkan ni . Bak kata orang dulu - dulu ; " tak kenal maka tak cinta ." haha

Kebanyakan orang melayu biasa mendengar perktaan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu . Ia juga merujuk kepada kanak - kanak kecil daripada golongan jin , yang dibela oleh manusia untuk mencuri benda - benda tertentu terutama duit !

Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik . Mengikut sesetengah khabar , toyol ini akan menjelmakan diri dengan wajah kanak - kanak .

Mengikut Kamus Dewan , definisi toyol adalah ; " toyol ialah sejenis hantu yang suka menganggu orang ."
( Kamus Dewan , halaman 1711 , Kuala Lumpur , 2005 )

Misalnya , kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping , dia mungkin mencuri sebahagian , sekeping atau dua keping .

Sebab itu kita biasa mendengar kalau ada yang hilang duit akan berkata ; " Toyol manalah yang mencuri duit aku ." Kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol . Tak pernah aku dengar lagi . " Pontianak mana yang curi duit aku ." ...

Toyol ini berperangai seperti anak keci yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50 hingga 60 sentimeter sahaja .

Kulit beliau merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata yang agak terkeluar sedikit .

Dahinya menonjol , mulut lebar dan berkepala botak .

Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya . Memiliki perwatakan yang agak nakal , suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya .

Toyol berasal daripada perut mak dia .hehe . Tak da lah , gurau jeh .
Toyol berasal daripada bangsa jin yang kafir yang kebanyakannya digunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat .

Syarat - syarat kelayakkan yang dikenakan untuk membela toyol ;

* tidak boleh mengamalkan ajaran agama islam .
* tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan .
* bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya .
* bersikap cinta terhadap harta benda .
* menyediakan sajian untuk makanan toyol .
* rumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama .
* suasana rumah harus redup .
* sedikan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol .
* harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil .

Jadi , apakah hukumnya membela jin ?
Sudah pasti haram plus dosa besar !

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat50 ;


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Wallahu'alam